BTC USD 86,692.7 Gold USD 4,343.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amanah Raya ‘pinjamkan’ 1MDB RM2 bilion, kata DAP [Update]

myroadtax.com

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,906
Paid Membership
Joined
Feb 12, 2014
Messages
25,906
Reaction score
585
Points
161
Pengerusi Amanah Raya Berhad (ARB) Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (gambar) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Tanjong Ng Wei Aik berhubung dakwaan beliau yang syarikat itu memberi pinjaman RM2 bilion kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas beliau dilantik pengerusi pada 1 Januari tahun lepas.

Pada masa yang sama, beliau yang juga ahli Parlimen Kepala Batas, turut menafikan dakwaan Ng itu, menyifatkannya satu tuduhan yang berniat jahat bertujuan merosakkan kredibilitinya.

"Saya akan segera mengarahkan tindakan undang-undang diambil di atas kebiadapan dan serangan jahat Ng ini. Fitnah ini tidak mungkin saya biarkan berlalu begitu sahaja.

"Kerana ianya melibatkan tuduhan palsu dan jahat untuk mencemarkan imej ARB dan maruah saya secara peribadi,"
katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau turut mengecam Ng yang gagal mengemukakan sebarang dokumen bagi menyokong tuduhan terhadapnya dan ARB, mengatakan wakil rakyat DAP itu hanya menggunakan frasa "sumber dalaman".

Beliau dalam kenyataannya juga memperincikan "tuduhan liar" yang dibuat Ng, iaitu ARB meluluskan pinjaman RM2 bilion kepada 1MDB, pinjaman itu diberikan selepas pelantikannya dan ia diikat dengan faedah tahunan 4% serta dikategorikan sebagai "IOU bill".

"Saya hendak nyatakan secara jelas, nyata dan terang. Tidak ada sebarang pinjaman dengan amaun dan perjanjian yang dinyatakan, berlaku di ARB.

"Ia sama sekali tidak pernah berlaku dan tidak pernah dibawa untuk mendapatkan kelulusan di bawah persetujuan keseluruhan ahli lembaga pengarah yang saya pengerusikan selama ini,"
katanya.

Terdahulu hari ini, Ng menyatakan ARB didakwa meminjamkan RM2 bilion kepada 1MDB selepas ahli Parlimen Barisan Nasional itu dilantik sebagai pengerusi pemegang amanah syarikat pada 1 Januari tahun lepas.

Pinjaman itu, kata Ng, masih belum dibayar balik dan memberi kesan kepada aliran tunai ARB. – 10 Jun, 2015.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/...ap-ahli-parlimen-tanjong#sthash.hfYtaD5d.dpuf



amanah_raya_berhad.jpg

Satu lagi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) didakwa memberi pinjaman RM2 bilion kepada syarikat bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata seorang ahli Parlimen pembangkang hari ini.

Pinjaman itu, kata Ahli Parlimen Tanjong Ng Wei Aik, masih belum dibayar balik dan memberi kesan kepada aliran tunai Amanah Raya Berhad (ARB).

Memetik "maklumat sulit" daripada "sumber dalaman", beliau berkata ARB mengeluarkan RM2 bilion kepada 1MDB selepas Ahli Parlimen Kepala Batas Barisan Nasional Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dilantik pengerusi pemegang amanah syarikat pada 1 Januari tahun lepas.

Beliau mendakwa pinjaman itu berkadar faedah tahunan sebanyak 4%, dimeterai melalui "bil IOU" yang dikeluarkan oleh ARB.

Ng bagaimanapun, tidak mempunyai dokumen untuk menyokong dakwaan itu.

Tindakan itu menurutnya menjejaskan aliran tunai ARB kerana aset bersih syarikat itu sebelum pinjaman dikeluarkan berjumlah RM7.5 bilion, yang mana 35% atau RM2.6 bilion adalah wang tunai.


Selebihnya, adalah hartanah yang merupakan 20% daripada aset bersih ARB, bon dan pendapatan tetap (30%), saham (10%) dan aset lain (5%).

"Pinjaman RM2 bilion kepada 1MDB itu adalah daripada aset tunai ARB sebanyak RM2.6 bilion, menyebabkan syarikat itu menghadapi masalah aliran tunai yang besar.

"Ini memaksa ARB menjual sebahagian besar daripada bon dan hartanah REIT untuk mengekalkan rizab tunai manakala nilai bon hanya sebanyak 5% daripada jumlah aset,"
katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Ng juga berkata bekas eksekutif atasan ARB, bekas pengerusi Datuk Dusuki Ahmad dan bekas pengarah pengurus Datuk Ahmad Rodzi Pawanteh, "dipaksa" meninggalkan syarikat itu kerana enggan melanjutkan pinjaman kepada 1MDB dan pinjaman itu hanya diluluskan selepas Reezal Merican menyertai ARB.

Oleh itu, beliau menuntut penjelasan daripada Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak mengenai perkara itu, terutamanya memandangkan keadaan kewangan 1MDB yang tidak stabil.

Beliau turut menggesa pihak polis dan Jabatan Audit Negara menyiasat perkara itu sebagaimana kerana mengesyaki terdapat unsur jenayah pecah amanah. – 10 Jun, 2015.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/...1mdb-rm2-bilion-kata-dap#sthash.pCy0xndP.dpuf

.................
 
Last edited:
mamak lg...duit nih lg la byk org x tuntut..giler btol la..
 
rasanya tak lama lagi muflislah negara hahaha
 
Ng bagaimanapun, tidak mempunyai dokumen untuk menyokong dakwaan itu.

takde bukti sibuk nak tumpang glamer 1MDB..piirahh...
 
Back
Top
Log in Register