tangkisan
Permanently Banned - Multiple ID
- Messages
- 7,998
- Joined
- Dec 12, 2010
- Messages
- 7,998
- Reaction score
- 415
- Points
- 81
Jawapan Najib...
![]()
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan beliau bertanggungjawab menjadi nama baik kerajaan dan Umno dengan tidak berdialog secara terbuka dengan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 5 Jun lalu. – Gambar The Malaysian Insider
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberikan alasan menjaga nama baik Umno bagi mempertahankan tindakannya tidak muncul pada satu dialog terus terang dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada 5 Jun lalu.
Alasan itu dinyatakan dalam tulisan terbaru di blognya hari ini selepas beliau dikritik ramai kerana tidak hadir program di ibu pejabat Umno sendiri selepas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut hadir pada majlis yang sama.
“Sebagai seorang perdana menteri, memang tidak wajar untuk debat seperti ini diadakan secara terbuka di khalayak ramai dengan bekas perdana menteri, dan dari parti politik yang sama.
“Ia tidak membawa sebarang kebaikan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).
“Saya sebagai perdana menteri dan presiden Umno, bertanggungjawab menjaga nama baik kerajaan dan parti,” tulisnya dalam rencana bertajuk “Dialog PM Bersama NGO-NGO”, hari ini.
“Tun Mahathir berhak bertanya dan saya sanggup memberi penjelasan kepada beliau.
“Ini saya lakukan agar perkara munasabah yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir dapat dijelaskan,” katanya lapor TMI dan Malaysiakini.
Penganjur acara bersama Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bahawa perdana menteri terpaksa membatalkan kehadiran di saat-saat akhir susulan nasihat polis.
Penganjur malah berkata Najib sudah pun hampir hendak bergerak ke acara itu ketika dimaklumkan arahan Tan Sri Khalid Abu Bakar itu.
“PM sudah hendak bergerak dah,” kata Pengerusi Sukaguam Datuk Khairil Anuar Rahmat.
Program terus terang itu hari ini bertukar menjadi acara pengkritiknya Tun Dr Mahathir Mohamad yang sempat berucap sebentar.
Beliau bagaimanapun diminta berhenti oleh pihak polis dan diiring supaya beredar daripada Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.
Menjelaskan kehadiran Mahathir, Khairil berkata perdana menteri 22 tahun itu tidak diundang dan mungkin hadir kerana kehadirannya sudah dispekulasi meluas sejak semalam.
“Tun M tahu dia tidak diundang. Dia tahu, tapi dia beritahu dia perlu datang untuk diberi peluang bercakap dan bertemu orang ramai.
“Tun M hadir sebab (spekulasi kehadirannya) viral (tersebar meluas) sejak petang semalam,” katanya.[/QUOTE]
Najib tak gembira keputusan kami, kata polis
![]()
Pihak polis terpaksa membatalkan program dialog NGO perdana menteri, yang bertukar menjadi majlis dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, demi keselamatan walaupun tidak disukai oleh Datuk Seri Najib Razak.
“PM tidak gembira dengan keputusan saya tetapi demi keselamatan dan keharmonian saya terpaksa membuat pendirian dan membatalkan acara ini.
“Saya harap semua pihak yang mencintai keamanan memahami perkara ini,” kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Polis terpaksa membatalkan program perdana menteri, yang bertukar menjadi majlis dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, demi keselamatan walaupun tidak disukai oleh Datuk Seri Najib Razak.
“PM tidak gembira dengan keputusan saya tetapi demi keselamatan dan keharmonian saya terpaksa membuat pendirian dan membatalkan acara ini.
“Saya harap semua pihak yang mencintai keamanan memahami perkara ini,” kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Datuk Seri Najib Razak tidak menghadiri majlis dialog ‘Nothing to Hide’ atau #Nothing2Hide bersama bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini atas faktor keselamatan menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri lapor Malaysiakini.
Penganjur acara bersama Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bahawa perdana menteri terpaksa membatalkan kehadiran di saat-saat akhir susulan nasihat polis.
Penganjur malah berkata Najib sudah pun hampir hendak bergerak ke acara itu ketika dimaklumkan arahan Tan Sri Khalid Abu Bakar itu.
“PM sudah hendak bergerak dah,” kata Pengerusi Sukaguam Datuk Khairil Anuar Rahmat.
Program terus terang itu hari ini bertukar menjadi acara pengkritiknya Tun Dr Mahathir Mohamad yang sempat berucap sebentar.
Beliau bagaimanapun diminta berhenti oleh pihak polis dan diiring supaya beredar daripada Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.
Menjelaskan kehadiran Mahathir, Khairil berkata perdana menteri 22 tahun itu tidak diundang dan mungkin hadir kerana kehadirannya sudah dispekulasi meluas sejak semalam.
“Tun M tahu dia tidak diundang. Dia tahu, tapi dia beritahu dia perlu datang untuk diberi peluang bercakap dan bertemu orang ramai.
“Tun M hadir sebab (spekulasi kehadirannya) viral (tersebar meluas) sejak petang semalam,” katanya.
Video Facebook dah ada di Youtube...
http://www.youtube.com/watch?v=YyRf_vUgsAM
Kalau malas nak tengok panjang, nak tengok bab sensasi kena halang polis bila sebut Jho Low...
http://www.youtube.com/watch?v=ZCjVSYlFKLM
#Something2Hide
![]()
Kalau dapat tengok live ni memang best...
http://www.youtube.com/watch?v=y66P7tr7kCo
![]()
Tun M yang berucap...
![]()
spesis takde tulur cam jibby ape yg boleh diharapkan..pahlawan konon puii
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dalam akan hadir dalam satu sesi dialog dinamakan ‘Nothing to Hide’ dengan NGO dan kumpulan masyarakat sivil Jumaat ini.
Penganjurnya, SukaGuam hari ini berkata, sesi dua jam itu akan memberikan masa yang cukup kepada peserta untuk mengambil bahagian secara aktif dalam sesi soal-jawab mengenai isu-isu berkaitan dengan Najib dan pentadbirannya.
SukaGuam merupakan singkatan kepada Sukarelawan Peguam Malaysia yang memberikan khidmat nasihat guaman secara percuma.
Pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, NGO, pemimpin aktivis dan orang ramai boleh bertanya kepada Najib mengenai semua topik termasuk isu-isu kontroversi seperti 1MDB dan urusan pembelian tanah oleh Tabung Haji.
Katanya, Najib telah mengesahkan dengan pihak penganjur akan hadir di majlis tersebut.
Beliau berkata, pihaknya mahu dialog tersebut menjadi platform yang berkesan kerana SukaGuam adalah sebuah NGO yang berkaitan undang-undang.
“Di mahkamah, terdapat hujah dan satu lagi pihak sentiasa diberi peluang untuk menjawab hujah-hujah berkenaan,” katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.
Najib kini dalam lawatan ke seluruh negara untuk meraih sokongan selepas dikritik terutamanya oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Antara isu yang dibangkitkan adalah dakwaan perbelanjaan berlebihan Najib dan pengendalian isu 1MDB dan GST.
Sementara itu, Najib telah menjawab sebahagian daripada isu-isu tersebut melalui blognya.
Semalam, akhbar milik Umno, Utusan Malaysia melaporkan Najib memberi kata dua kepada anggota kabinet berhubung isu 1MDB semasa mesyuarat pada hari Jumaat.
Mahathir juga dijemput
Khairul berkata SukaGuam juga akan menjemput Dr Mahathir bersama dengan 1,500 NGO dan pemimpin aktivis menghdiri sesi dialog itu yang dijadualkan berlangsung pada pagi Jumaat di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC.
“Ini adalah satu forum terbuka. Jika Dr Mahathir datang, kami akan menyambutnya,” kata sambil menambah beliau akan menjemput Dr Mahathir jika beliau belum mendapat jemputan. – Malaysiakini
Last edited:
