BTC USD 86,230.3 Gold USD 4,321.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu tiada wang 1MDB disimpan dalam bank Singapura [UPDATE]

myroadtax.com

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,906
Paid Membership
Joined
Feb 12, 2014
Messages
25,906
Reaction score
585
Points
161
Dr Mahathir tidak patut dakwa Najib menipu, kata Kementerian Kewangan

Kementerian Kewangan hari ini menjelaskan bahawa jawapan bertulis Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat mengenai syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disediakan oleh pegawai kementerian berkenaan.

Dalam satu kenyataan hari ini, ia menjelaskan dokumen mengenai kedudukan kewangan 1MDB di bank BSI Singapura itu ditulis dan disemak oleh pegawai Kementerian Kewangan berdasarkan maklumat daripada syarikat berkenaan.

Menurut kenyataan itu, Kementerian Kewangan meminda jawapan asal yang dibuat pada 10 Mac lepas supaya tidak timbul kekeliruan mengenai kedudukan kewangan 1MDB di BSI Singapura dan selaras dengan tuntutan urusan Parlimen.

"Tindakan Kementerian Kewangan meminda jawapan asal adalah bukti ia tidak berniat sama sekali hendak berbohong mengenai perkara itu,"
katanya.

Sehubungan itu, ia menyifatkan sebagai tidak wajar dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Najib, yang juga menteri kewangan, berbohong.

"Lazimnya jawapan bertulis di Dewan Rakyat dibuat atas nama beliau berdasarkan maklumat yang diberi oleh agensi berkenaan yang kemudiannya disemak dan diedarkan oleh pegawai.

"Kementerian Kewangan pun mengambil tindakan sewajarnya agar perkara ini tidak berulang,"
kata kenyataan itu. – Bernama, 24 Mei, 2015.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/...bertulis-di-dewan-rakyat#sthash.1tKhoHkV.dpuf


Dr Mahathir mahu Najib disiasat kerana bohong status 1MDB di Bank Singapura

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini terus menyerang Datuk Seri Najib Razak, mengatakan perdana menteri itu berbohong mengenai status wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikatakan disimpan di BSI Bank di Singapura.

Merujuk jawapan bertulis Najib di Parlimen berhubung perkara itu beberapa hari lepas, bekas perdana menteri itu berkata, sebarang perbuatan “cover-up” atau menyembunyi kesalahan dalam urusan kerajaan, adalah salah dari segi undang-undang.

Ia satu kesalahan mengikut Seksyen 218 Kanun Keseksaan dan polis harus menjalankan siasatan
, kata Dr Mahathir dalam blognya chedet.cc.

"Amatlah menyedihkan apabila saya dapati saya tidak dapat elak dari kenyataan yang perdana menteri membohong.

"Dalam kes wang 1MDB yang dikatakan dibawa balik dari Cayman Islands dan disimpan dalam bank BSI Singapura, jawapan tertulis perdana menteri kepada soalan Parlimen tidak menepati kebenaran sama sekali.

"Pembohongan yang pertama ialah tidak ada wang tunai 1MDB yang dibawa balik,"
katanya.

"Kedua, tidak ada wang tunai yang dimasukkan ke dalam bank BSI di Singapura.

"Ini jelas dari pindaan kepada jawapan yang pertama, iaitu bukan wang tunai berjumlah AS$1.103 bilion (RM3.6 bilion), dimasuk dalam bank BSI, tetapi dokumen (surat pengakuan) yang disimpan dengan bank.

"Apa dia nya surat ini tidak dijelas tetapi yang jelas ialah ia bukan wang tunai,"
katanya.

Dalam jawapan kepada ahli Parlimen DAP Tony Pua (Petaling Jaya Utara) itu, Najib berkata, baki pelaburan itu yang ditebus 1MDB merupakan aset dalam bentuk dolar Amerika Syarikat.

Najib pada Mac lalu dalam satu jawapan bertulis kepada Pua berkata, dana yang ditebus itu dalam bentuk wang tunai.

Katanya, Bank BSI menafikan mengeluarkan dokumen yang diberi 1MDB berkaitan akaun anak syarikatnya, Brazen Sky Limited.

Ini, kata Dr Mahathir dalam tulisannya yang bertajuk 'Najib dan pembohongan' itu, jelas menunjukkan kenyataan bertulis kedua oleh Najib kepada Parlimen, mengatakan yang disimpan adalah dokumen, juga tidak benar.

Dr Mahathir berkata, Bank Negara Malaysia sudah tentu dimaklumkan oleh penguasa kewangan Singapura, Monetary Authority of Singapore, yang dana itu bukan berbentuk wang tunai, tetapi ia dirahsiakan.

"Tujuan merahsiakan tentulah kerana ada sesuatu yang tidak kena atau pembohongan yang dilakukan apabila Najib menjawab soalan yang wang tunai disimpan dengan Bank BSI di Singapura," katanya.

Dr Mahathir berkata, mereka yang membuat laporan salah melanggar undang-undang jenayah Seksyen 218.

"Perkara yang amat serius sedang berlaku.

"Wang syarikat milik kerajaan yang dihutang dengan jaminan kerajaan sebanyak RM7 bilion tidak dapat dikesan di mana ia berada dan percubaan dibuat untuk membohongi Parlimen dan negara berkenaan dengannya.

"Ada unsur jenayah berkenaan kes ini yang memerlukan siasatan oleh polis dan jika wang ini tidak juga dapat dikesan maka proses undang-undang hendaklah diambil terhadap semua pihak yang terlibat,"[/B] katanya. – 24 Mei, 2015.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/...a-1mdb-di-bank-singapura#sthash.VvZFgPdN.dpuf

Najib tolak dakwaan 1MDB peroleh penyata palsu BSI

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini menafikan dakwaan yang mengatakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy telah memperoleh penyata bank palsu yang bukan milik Bank BSI di Singapura.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar.

“Kenyataan Ahli Yang Berhormat bahawa CEO Arul Kanda mendapat penyata bank yang bukan milik BSI adalah tidak benar,” kata beliau yang juga Menteri Kewangan dalam sebuah jawapan bertulis di Parlimen pada Khamis.

Najib berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen DAP-Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz yang menanyakan bagaimana Arul Kanda boleh mendapat penyata bank yang bukan milik BSI.

Katanya, penyata itu palsu dan bukan dari BSI, ia ternyata 'falsification of document’ (pemalsuan dokumen) serta boleh mendedahkan 1MDB kepada tindakan undang-undang oleh BSI.

Pada 22 April lalu, Sarawak Report telah mendedahkan bahawa syarikat milik kerajaan, 1MDB didakwa memberikan penyata bank palsu berkaitan akaun anak syarikatnya kepada cawangan Bank BSI di Singapura.

Menurut laman tersebut, bukti menunjukkan BSI menolak dokumen 1MDB mengenai akaun Brazen Sky Limited di Singapura.

Semalam, Najib memaklumkan bahawa baki pelaburan 1MDB yang diuruskan oleh Cayman Monetary Authority sebanyak US$1.103 bilion telah ditebus dengan aset dan bukannya wang tunai.

Katanya, baki pelaburan tersebut ditebus dalam bentuk aset mata wang US$ di BSI.

Sebelum ini, Najib telah memberitahu bahawa baki dana pelaburan 1MDB yang diuruskan oleh Cayman Monetary Authority tersebut telah ditebus dalam bentuk wang tunai.

Menurutnya, dana tersebut masih disimpan dalam mata wang US Dolar di BSI yang bertujuan untuk memudahkan urusan pengeluaran wang.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-ma...kwaan-1mdb-peroleh-penyata-palsu-bsi-60417?cp


Putrajaya akui tersalah tafsir mengenai wang 1MDB di Singapura

Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata Putrajaya tersalah tafsir mengenai wang disimpan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di sebuah bank di Singapura.

Sebaliknya, Husni menjelaskan aset yang dibawa pulang dari Pulau Cayman dan disimpan di sebuah bank Singapura itu adalah dalam bentuk unit, bukan wang seperti yang dilapor sebelum ini.

"Saya rasa ini satu kesilapan, kesilapan dalam erti kata tafsiran apabila mereka (1MDB) mengatakan sudah menebus dan menyimpannya di sebuah bank di Singapura," kata Husni yang tidak menamakan bank di Singapura itu semasa ditemui pemberita di luar Dewan Rakyat.

"Ia sebenarnya simpanan, ia dalam bentuk unit, ia disokong oleh dana kekayaan berdaulat."

Husni berkata, Putrajaya sedang berusaha membawa pulang aset yang disimpan itu secepat mungkin.

"Jadi, kami harap untuk membawanya pulang secepat mungkin,"
kata Husni.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengaku wang 1MDB yang dibawa pulang daripada Pulau Cayman tidak disimpan di bank di Singapura.

Dalam jawapannya di Dewan Rakyat, menteri kewangan itu menjelaskan hanya baki pelaburan ditebus dalam bentuk aset di bank Singapura yang tidak dinamakan.

"1MDB sudah menjelaskan baki pelaburan yang sudah ditebus oleh 1MDB adalah dalam bentuk aset di dalam mata wang dolar AS di sebuah bank di Singapura bertujuan untuk mengimbangi liabiliti dolar AS.

"Bank ini merupakan penjaga bagi pihak 1MDB untuk aset ini,"
kata perdana menteri dalam jawapan bertulis semalam kepada soalan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Husni juga berkata 1MDB akan cuba mengelak daripada berdepan "cross default" seperti yang dilaporkan oleh akhbar Business Times dari Singapura.

"Kami tidak mahu ia berlaku, jika ia berlaku ia akan beri kesan sistemik, jadi kami tidak mahu ia berlaku,"
katanya.

Mengenai masalah aliran tunai yang dihadapi 1MDB, Husni berkata ia hanya jangka masa pendek.

"Ia bukan masalah besar, ia hanya masalah aliran tunai untuk jangka masa pendek, hanya untuk jangka masa pendek," katanya. – 21 Mei, 2015.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/...i-wang-1mdb-di-singapura#sthash.xQGdfbtR.dpuf

Pecat lembaga pengarah 1MDB, biarkan polis siasat, Muhyiddin beritahu Najib

rompin_by-election-muhyiddin_yassin-speech-040515-TMI-NAJJUA.jpg



Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Datuk Seri Najib Razak agar memecat lembaga pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan membawa masuk polis menyiasat syarikat sarat hutang itu.

Muhyiddin berkata, sekiranya Najib yang juga perdana menteri dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB tidak bertindak, tidak mustahil Umno dan Barisan Nasional (BN) akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang.

"Saya beritahu perdana menteri, pecat semua ahli lembaga pengarah 1MDB. Buang mereka. Buanglah, pasal mereka, perdana menteri terpaksa menanggung, tetapi tidak dibuang lagi,” katanya dalam satu program Keris yang diadakan Jumaat lalu, dan dihadiri pemimpin kanan Umno termasuk Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Buanglah. CEO ni buang. Bukan buang sahaja, panggil polis siasat," kata Muhyiddin disambut sorakan pemimpin tertinggi Umno, dalam video yang turut dimuatnaik di YouTube.

Muhyiddin berkata beliau berasa hairan bagaimana dalam tempoh yang singkat syarikat milik Kementerian Kewangan itu menanggung hutang sehingga RM42 bilion.

Katanya, isu 1MDB perlu segera diselesaikan kerana ia hanya menjadi liabiliti kepada kerajaan dan menyebabkan Umno tidak dipilih rakyat.

“Kita perlu ambil tindakan, tak boleh beri sedikit masa.

“Jadi rakyat tengok barulah pimpinan kerajaan rasa bertanggungjawab ambil tindakan serius,”
katanya.

DAP hari ini menggesa presiden dan ketua pengarah kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy segera dipecat kerana menipu rakyat mengenai kewujudan tunai AS$1.1 bilion (RM3.96 bilion) di Singapura, kata DAP.

Setiausaha publisiti DAP, Tony Pua berkata, Najib dan ahli lembaga pengarah 1MDB mesti menyingkirkan Arul daripada terus memimpin syarikat sarat hutang itu.

“Kegagalan memecat Arul dengan segera akan mencemarkan nama baik perdana menteri dan ahli lembaga pengarah 1MDB.

“Jika beliau terus memimpin 1MDB akan menghalang usaha mencari kebenaran dan dalang yang akan menyebabkan lebih kerugian kepada syarikat itu,” katanya dalam satu kenyataan awal pagi ini.

Rancangan Malaysia Ke-11 akan membantu Bumiputera untuk memiliki hartanah kediaman melalui sumber dana. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Mei, 2015.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, rombongannya bersama beberapa menteri Kabinet pada awal bulan ini ke Milan, Itali bukanlah satu komplot bagi menjatuhkan Najib.

“Sebab itu bila saya buat kenyataan di Milan, sebenarnya tiada komplot.

“Zaid Ibrahim kata saya, dengan Tok Pa, dengan Datuk Nazri duduk berkomplot nak jatuhkan, termasuk Tun Daim, bohong, fitnah, jangan percaya mudah-mudah apa yang ada dalam media sosial,”
katanya merujuk kepada dakwaan bekas menteri Kabinet Datuk Zaid Ibrahim baru-baru ini.

Muhyiddin semasa berada di Milan awal bulan ini berkata kontroversi 1MDB sangat serius dan bakal menjadi parah.

Katanya, isu hutang 1MDB merupakan faktor utama kekalahan BN di Permatang Pauh.

Muhyiddin, yang juga timbalan presiden Umno, berkata beliau sendiri tidak tahu bagaimana menjelaskan perkara tersebut kepada orang ramai ketika berkempen.

"Saya tidak tahu apa nak cakap apa.

"Rakyat mahu tahu, bukan sahaja Tun Dr Mahathir Mohamad,"
katanya.

Tambahnya, perkara itu makin melarat dan bakal memberi kesan buruk bukan sahaja ke atas rakyat tetapi juga Umno. – 21 Mei, 2015.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/...muhyiddin-beritahu-najib#sthash.NVx1Plr7.dpuf

1MDB has no cash after all

KUALA LUMPUR: There is no cash after all in 1Malaysia Development Bhd’s (1MDB) Singapore bank account.

That was the shocking revelation by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak (pic) yesterday in response to a parliamentary question asked by DAP lawmaker Tony Pua.

Pua asked whether Bank Negara Malaysia (BNM) had been informed by the authorities in Singapore that the bank statements of 1MDB and its subsidiary (Brazen Sky Ltd) at the Singapore account of Swiss bank BSI had been falsified and whether there was US$1.103 billion (RM3.99 billion) in cash in the account as previously stated.

“1MDB has explained that the redeemed investments of 1MDB [from the Cayman Islands] are in the form of assets in US dollars in a bank in Singapore for the purpose of balancing the liability of the company’s US dollar,” said Najib in his written reply to Pua.

Najib, who is also the finance minister, told Parliament in March that the cash redeemed from the funds that were kept in the Cayman Islands is now with BSI Singapore. In his written reply yesterday, he said the answer he gave in March is now “amended”.

1MDB president and group executive director Arul Kanda Kandasamy also said that 1MDB had placed its funds in the form of US dollar cash in Singapore instead of Malaysia as 1MDB planned to use the money to service its US dollar-denominated debt.

In an immediate response, Pua yesterday lashed out at the prime minister and Arul, accusing them of lying when they said in March that the money redeemed from the Cayman Islands was in cash.

“This is an admission that it has no cash in BSI Bank Singapore. It’s paper, not cash. What they did was they shifted the paper assets from Caymans to Singapore,” said Pua, a strident critic of the state investment arm, at the Parliament lobby yesterday.

Pua demanded to know the real value of the paper assets as he believed that it was the reason 1MDB was having problems servicing its debts.

“1MDB had lied to the people by claiming they have a lot of cash in the account. I want 1MDB to explain this because all along we have been led to believe there is cash in the bank account,” he said.

He said this was also the reason why the troubled company had sought loans from tycoon T Ananda Krishnan’s company Tanjong plc and the government as it no longer had any money.

Tanjong arranged for private investors to come up with RM2 billion as a form of refinancing or rollover to help the debt-laden company while Putrajaya gave a RM950 million loan in March.

As on whether BNM had been informed by its Singapore counterpart that statements which showed there was cash in the BSI account were faked, Najib cited an international protocol called Egmont Principles of Information Exchange, which prevented any information on any investigation from being revealed without the consent of Singapore.

Criticism has been mounting over the finance ministry’s wholly-owned investment vehicle, established in 2009, which has chalked up debts of up to RM42 billion, backed by Putrajaya.

Scrutiny has grown more intense following news portal Sarawak Report’s recent exposés, which piled pressure on Najib and prompted opposition politicians, former and current Umno leaders including long-serving former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and anti-graft non-governmental bodies to demand a thorough investigation into 1MDB.

Dr Mahathir has asked for an independent commission to conduct an investigation while Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin has suggested that a forensic audit be done going back all the way to 2009.

Throughout all this, Najib and 1MDB have insisted that all was fine with the company.


This article first appeared in The Edge Financial Daily, on May 21, 2015.

Najib akhirnya mengaku tiada wang 1MDB disimpan dalam bank Singapura

bsibank_zurich_reuters.jpg
Datuk Seri Najib Razak akhirnya mengaku wang syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibawa pulang daripada Pulau Cayman tidak disimpan di bank di Singapura.

Dalam jawapan di Dewan Rakyat hari ini, menteri kewangan itu sebaliknya menjelaskan hanya baki pelaburan ditebus dalam bentuk aset di bank Singapura yang tidak dinamakan.

"1MDB sudah menjelaskan bahawa baki pelaburan yang telah ditebus oleh 1MDB adalah dalam bentuk aset di dalam mata wang dolar AS di sebuah bank di Singapura bertujuan untuk mengimbangi liabiliti US Dollar.

"Bank ini merupakan penjaga bagi pihak 1MDB untuk aset ini,"
kata perdana menteri dalam jawapan bertulis hari ini kepada soalan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Pua berkata, pendedahan ini mengejutkan dan mengesahkan tiada wang tunai yang dibawa balik oleh 1MDB daripada Pulau Cayman.

"Maksudnya tiada wang tunai yang disimpan di Singapura, tapi hanya adalah aset. Aset ini pula hanya 'paper asset'," kata Pua pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Pua juga menyifatkan pelaburan yang diwar-warkan Putrajaya sebelum ini dibuat di Pulau Cayman adalah mengarut, malah nilai aset tersebut juga tidak diketahui.

"Ini semata-mata aset atas kertas, apa nilai sebenar kita tidak tahu. Bermakna mereka 1MDB hanya membuat pemindahan kertas daripada Pulau Cayman ke Singapura," katanya. - 20 Mei, 2015.

Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/...pan-dalam-bank-singapura#sthash.YLZWnN3N.dpuf

............
 
Last edited:
jap, nk bli popcorn, next...
mengaku jugak akhirnya
:D
 
Dah makin kelakar plak kisah2 di Malaysia ni

Oh Malaysiaku
 
semalam org bawahan buat u-turn...
hari ni ketuanya plak....




jom order popcorn...
next...
 
Last edited:
Abih tu mana gi wang tersebut? Adakah dalam poketnyakah atau dalam beg tangan bininyakah.
 
pergghhhhh memang kaki2 penipu semua ye pemimpin2 BN ni.. terutama yang dari UMCO.. terbaeklah macai.. mesti korang bangga..
 
Korang ingat najib xsedia lg jawapan?..korang tunggu jerk pokjib jawab dgn snang hati...hahaha
 
nanti jawab kt wartawan yg nk keluar kat berita tv lain la pulak...
 
"Maksudnya tiada wang tunai yang disimpan di Singapura, tapi hanya adalah aset. Aset ini pula hanya 'paper asset'," kata Pua pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Lorrr.Wang tunai tu kita panggil paper asset la.

Aku pun tak pasti sama ada Tony Pua ni betul2 bo.doh sampai dia tak tau wang tunai

tu dipanggil paper asset atau saja2 buat2 bo.doh supaya blh spin.

Apa2 pun.Mmg malang la rakyat Malaysia skarang ni.Dahla dapat PM yg buat entiti bo.doh dan ntah apa2 mcm 1MDB,

nak harapkan pembangkang,pembangkang pun sama gak bo.doh.Naya naya. :(
 
Back
Top
Log in Register