BTC USD 85,908.5 Gold USD 4,322.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

6 bank mahu 1MDB bayar segera RM3.5 bilion selepas langgar syarat

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,282
Points
196
Sekiranya jumlah itu gagal dibayar, 1MDB juga berkemungkinan berdepan kegagalan melangsaikan hutang sebanyak AS$15.5 bilion (RM42 bilion)
13 May 2015


1MDB_100515_TMINAZIRSUFARI_02.jpg


Masalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berterusan lagi, yang terkini apabila ia perlu menjelaskan hutang AS$975 juta (RM3.52 bilion) empat bulan sebelum tarikh akhir penyelesaiannya, lapor harian perniagaan Singapura, Business Times.

Enam bank diketuai Deutsche Bank kini dalam usaha memaksa syarikat itu menyelesaikan hutangnya kerana pinjaman itu dicagarkan menerusi AS$1.103 bilion milik anak syarikat 1MDB, Brazen Sky, wang yang kini disimpan di sebuah bank swasta Switzerland di Singapura, BSI Singapore Bank.

Business Times melaporkan enam bank tersebut mula risau ekoran dokumen cagaran Brazen Sky didakwa "tidak lengkap" kerana tidak memenuhi syaratnya, dan ini membolehkan konsortium bank tersebut menuntut hutang lebih awal sebelum akhir Ogos.

"Susulan kontroversi ini, apa yang pada awalnya dianggap sebuah pinjaman yang bersandarkan cagaran yang amat ketat kini membimbangkan bank," kata akhbar itu memetik sumber.

Pihak terlibat kini sedang berbincang mengelakkan krisis berkenaan pinjaman tersebut.

Pada 22 April, laman Sarawak Report berkata akaun 1MDB di BSI Singapore mengandungi "aset atas kertas semata-mata" dan "nilai sebenarnya tidak dapat ditentukan".

Semalam, Ahli Parlimen PKR Rafizi Ramli menyatakan kerisauan sama ada 1MDB boleh membayar hutangnya yang bakal matang. Dakwanya, beliau mempunyai maklumat dana pelaburan negara itu menyenaraikan akaunnya di BSI Singapore "yang diragui" sebagai cagaran.

Jika benar, kata Rafizi, 1MDB mungkin menggunakan dana awam untuk memenuhi tarikh akhir pembayaran pada September ini, memandangkan akaunnya di Bank BSI sebenarnya tidak memiliki wang tunai.

Business Times dalam laporannya turut maklum isu hutang 1MDB ini melibatkan beberapa bank seperti BSI, RBS Coutts dan Deutsche Bank.

Menurutnya, Penguasa Kewangan Singapura (MAS) membantu pihak berkuasa Malaysia menyiasat akaun firma itu yang bermasalah.

Ia berkata beberapa bank, termasuk BSI Singapore, akan mengambil tindakan undang-undang jika "kes ini menjadi semakin serius dan tuntutan dibuat terhadap mereka".

1MDB yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2009 dikritik hebat apabila mengumpul hutang sebanyak RM42 bilion.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sebelum ini mendedahkan Putrajaya meluluskan kredit sedia ada kepada 1MDB sebanyak RM950 juta dan RM600 juta sudah digunakan.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/...nggar-syarat-lapor-akhba#sthash.lSHZa4xL.dpuf
 
Last edited:
minggu2 untuk 1MDB berterusan....mana mau lari...
 
bayaq la.. tunggu apa lagi.. pastu dh boleh dissolved dh 1mdb ni.. dissolved ngan najib skali.. ok gk..
 
sikit demi sikit ..
tnggu dan lihat..
 
mintak pinjam ananda krishnan lg la. aritu rm2bilion tranfer cmtu je hehe
 
Sarawak Report berkata akaun 1MDB di BSI Singapore mengandungi "aset atas kertas semata-mata" dan "nilai sebenarnya tidak dapat ditentukan".

Semalam, Ahli Parlimen PKR Rafizi Ramli menyatakan kerisauan sama ada 1MDB boleh membayar hutangnya yang bakal matang. Dakwanya, beliau mempunyai maklumat dana pelaburan negara itu menyenaraikan akaunnya di BSI Singapore "yang diragui" sebagai cagaran.

Jika benar, kata Rafizi, 1MDB mungkin menggunakan dana awam untuk memenuhi tarikh akhir pembayaran pada September ini, memandangkan akaunnya di Bank BSI sebenarnya tidak memiliki wang tunai.

Dakwaan Tiada Duit Dalam Akaun 1MDB di Singapura
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=572130

Banyak lagi isu 1MDB ni...
 
Last edited:
xpe, kn ramai lg yg sokong 1mdb.

"apa masalah t.haji beli tanah klu ia menguntongkn":eek::eek:

tunggu ms je...kwsp, asb, tabung pencen krajaan korang nk kena sebat...
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register