BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,333.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

1MDB pernah mahu cagarkan minyak dan gas di laut Terengganu, dakwa bekas MB

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
MB Terengganu Nafi Dakwaan Ahmad Said

ahmad%20saif.ashx


KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menafikan dakwaan bahawa Terengganu Investment Authority (TIA) yang kini dikenali 1Malaysia Development Berhad (1MDB) cuba mencagar hasil minyak dan gas negeri itu.

"Tiada perkara seperti itu. Ahli Exco tidak akan bersetuju kerana kami juga mempunyai sebuah pasukan pakar untuk menasihati kami dan perkara itu tidak akan berlaku.

"Malah, TIA tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan 1MDB," kata Ahmad Razif kepada pemberita selepas menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Wisma Darul Iman, di sini, Rabu.

Ahmad Razif mengesahkan bahawa kerajaan negeri pada mulanya merancang untuk melabur dengan TIA dan TIA pada awalnya ditubuhkan sebagai pilihan untuk mempelbagaikan pendapatan negeri itu.

"Ia adalah satu keputusan sebulat suara oleh exco untuk membuat pelaburan dan begitulah caranya TIA ditubuhkan dimana kita melabur RM1 juta pada waktu tersebut," tegasnya.

Beliau bagaimanapun berkata kerajaan negeri juga sebulat suara memutuskan untuk menarik diri selepas menyedari waktu untuk melakukannya tidak sesuai.

"Kami menarik diri kerana tidak mahu menanggung sebarang risiko apabila menyedari kerajaan negeri tidak dapat menguruskan TIA walaupun mereka membuat beberapa keuntungan yang baik.

"Jadi tidak ada isu. Kami tidak kehilangan apa-apa. Tidak ada satu sen pun. Cerita tamat.

"Kami telus dan saya terbuka untuk semua bertindak dengan sewajarnya bagi menangani sebarang salah laku melalui saluran yang betul," katanya.

Terdahulu, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mendedahkan bahawa TIA cuba mencagar hasil minyak dan gas negeri itu.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/05/13/mb-tganu-nafi/
image.jpg


KUALA TERENGGANU - Syarikat di bawah Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Sdn Bhd (1MDB) didakwa pernah hendak mencagarkan minyak dan gas di laut Terengganu.

Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, urus niaga pelaburan itu hendak dilaksanakan ketika 1MDB mempunyai hubung kait dengan Terengganu Investment Authority (TIA) semasa penubuhannya pada awal 2008.

Bagaimanapun, Ahmad mendakwa, pelaburan itu terpaksa ditarik balik berikutan pelbagai masalah yang timbul.

“..... ini salah satu sebab saya dimarahi Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), termasuk kes-kes lain sehingga akhirnya kita menarik diri.

“Buat masa ini saya tidak boleh menjawab isu ini. Saya menunggu masa yang sesuai. Tetapi, saya akui betul 1MDB asalnya TIA yang modalnya berbayar, saya bagi pihak kerajaan negeri yang membayar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Satiful Bahri Mamat (Pas-Paka) mengenai hubungan 1MDB dengan Kerajaan Negeri Terengganu pada sidang Dun ketika membahaskan titah sultan sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dun Ke-13 di Wisma Darul Iman, hari ini.

Sebelum ini, 1MDB dikaitkan dengan beberapa isu kontroversi termasuk dakwaan hutang berjumlah RM42 bilion dan yang terbaharu apabila Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH), Datuk Johan Abdullah mengesahkan badan berkanun itu telah membeli sebidang tanah bernilai RM188.5 juta di Tun Razak Exchange (TRX) milik 1MDB.

Mengulas lanjut, Ahmad bagaimanapun berkata, Kerajaan Negeri Terengganu tidak mengalami sebarang kerugian kerana pihaknya telah menuntut kembali wang berjumlah RM1juta yang digunakan sebagai modal berbayar, ketika itu.


http://www.sinarharian.com.my/semasa/ini-salah-satu-sebab-pm-marah-1.389457
 
Last edited:
satu persatu timbul, tiap hari ada shj berita pasal 1mdb
 
ada kes lain lg rupanya, celakau tul 1MDB nih.
 
Rm1 juta jer modal berbayar....bagus2.
 
ingatkan dah penjarakan anwar selesai la masalah umno..rupa2 masalah besar yg lain plak timbul.doa org teraniaya makbul
 
Back
Top
Log in Register