BTC USD 84,594.6 Gold USD 4,287.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE : Isu duit Tabung Haji digunakan utk tujuan 1MDB

underscore

Legendary Member
gem
Messages
19,745
Joined
Sep 20, 2008
Messages
19,745
Reaction score
5,497
Points
486
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) disifatkan akan dikenakan Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) sebanyak 30 peratus di atas keuntungan bersih penjualan semula tanah di projek Tun Razak Exchange (TRX) yang dibeli daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada pemilik baharu tanah berkenaan.

Peguam hartanah, Khairul Anuar Shaharudin berkata, jumlah itu sekali gus bakal mengurangkan jumlah keuntungan yang diumum TH selepas mengambil keputusan menjual semula aset yang dibeli daripada 1MDB.

"Katakanlah keuntungan yang diumum adalah RM5 juta, jadi keuntungan bersihnya harus ditolak 30 peratus untuk cukai RPGT.

"Kerajaan kenakan cukai itu kepada syarikat yang membuat jualan jika memegang hartanah atau aset tersebut dalam masa lima tahun namun dikecualikan kepada individu,"
katanya kepada Astro AWANI di sini pada Ahad.

Khairul Anuar mengulas kenyataan Pengerusi TH, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang menjangkakan keuntungan lebih RM5 juta daripada penjualan plot tanah seluas 1.56 ekar itu.

Kata Abdul Azeez, setakat ini sudah ada tiga pihak sedia membeli tanah ini dan urusan jual beli tanah ini akan dilaksanakan TH minggu depan selain memberitahu keputusan penjualan itu juga sudah diputuskan dan dipersetujui semua ahli Lembaga Pengarah TH.

Dalam pada itu kata Khairul Anuar, TH juga akan dikenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) daripada keseluruhan harga jualan tanah tersebut.

"Jadi apabila TH memaklumkan jualan semula tanah itu pada jumlah hampir RM200 juta, kerajaan akan kenakan GST sebanyak enam peratus daripada angka itu.

"Keuntungan TH juga dijangka akan menjadi lebih rendah dari yang diumum selepas ditolak RPGT dan GST,"
ujarnya.

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin sebelum ini meminta TH membatalkan transaksi pembelian TRX untuk mengelakkan persepsi kurang baik di kalangan pendeposit.

Dalam pada itu, seorang pakar percukaian negara yang enggan dikenali menjelaskan, penjualan tanah di TRX oleh TH kepada pihak ketiga dilihat mustahil dilakukan dalam masa singkat.

"Jadi transaksi ini sebenarnya mustahil kerana RPGT yang akan dikenakan ini akan mengambil sedikit masa untuk diselesaikan.

"Ia bukan boleh selesai dalam masa satu atau dua hari, banyak prosedur yang perlu dibuat untuk memastikan transaksi itu berjaya," ujarnya.

Sumber: http://www.astroawani.com/berita-ma...pada-untung-jual-trx-peguam-hartanah-59666?cp

Pembelian tanah di TRX patuhi syariah

KUALA LUMPUR 9 Mei – Pembelian sebidang tanah di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) dengan nilai RM188.5 juta oleh Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) daripada 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) adalah menepati syarat-syarat pematuhan syariah.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin berkata, urusan pembelian hartanah untuk pembangunan itu adalah sah dan dijalankan tanpa membabitkan unsur-unsur gharar (meragukan).

Jelasnya yang juga Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji, pembelian tanah itu bukan satu perkara luar biasa dan urusannya dijalankan dengan sangat telus serta mengikut kaedah-kaedah jual beli dalam Islam.

“Dalam menentukan harga barang, bukan pembeli yang menentukannya dan kita tidak mempunyai hak untuk mempertikaikan harga ditawarkan.

“Dalam urusan jual beli Islam, jika penjual meletakkan harga sedemikian dan pembeli bersetuju, ada barang dan ada bayaran, maka boleh berlaku (urusan) jual beli itu,” katanya dalam sidang akhbar tentang pembelian plot tanah seluas 0.63 hektar di TRX bernilai RM188.5 juta di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim; Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Tan Sri Ismee Ismail serta Timbalan Pengarah Urusannya, Datuk Johan Abdullah.

Dalam transaksi pembelian tanah yang menjadi kontroversi itu, Abd. Shukor berkata, Tabung Haji mengikuti sepenuhnya proses dan prosedur urusan jual beli mengikut cara-cara Islam.

“Dua tahun kita menunggu untuk membeli tanah di TRX, kita melihat proses-proses (pembangunan) tersebut. Kita (membuat keputusan) membelinya kerana ia akan beri faedah untuk Tabung Haji dan memberi untung kepada pendeposit.

“Kita menilai (urusan pembeliannya) sebagai seorang Islam. Saya lihat tempat itu sangat strategik,” ujarnya.

Tambah Abd. Shukor, pembelian itu dijalankan tanpa ada unsur-unsur penipuan dan ia juga dijalankan tanpa membabitkan pengaruh mana-mana pihak lain.

“Dalam (urusan) beli tanah itu, kita tidak ada hubungan dengan mana-mana pihak. Kita beli tanah atas nama Tabung Haji, membangunkannya dan itu hak milik kita,” tegasnya.
11206035_901299773264555_8608657046483972783_n_j.jpg

KUALA LUMPUR - Tabung Haji (TH) telah membuat keputusan mahu menjual semula sebidang tanah berkeluasan 0.63 hektar di pusat kewangan Tun Tazak Exchange (TRX) yang dibeli daripada 1Malaysia Development Corporation (1MDB) pada nilai RM188.5 juta bulan lalu bagi menyelamatkan maruah organisasi itu daripada terus tercemar.

Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini berkata, keputusan itu dibuat setelah mendengar pandangan daripada pelbagai pihak termasuk hasil mesyuarat yang dibuat bersama kesemua Ahli Lembaga Pengarah TH pagi tadi.

"Secara dasarnya pembelian tanah tersebut dibuat atas kapasiti pelaburan hartanah bagi mendapatkan pulangan dan keuntungan kepada TH dan tiada kaitan langsung dengan dakwaan kononnya untuk menyelamatkan 1MDB.
Biz Bonanza Deal. The Only Broadband Deals for SMEs

"Bagaimanapun, untuk mengelak daripada fitnah ini berterusan, kita telah buat keputusan untuk menjual semula tanah berkenaan dalam masa terdekat ini kepada pihak yang berminat.

"Keputusan itu juga dibuat bagi menghormati dan memastikan kepercayaan para pelabur kepada TH akan berterusan selain melegakan kegusaran dan kebimbangan orang ramai mengenai isu ini," katanya dalam satu sidang akhbar di menara TH di sini.

Menurut Abdul Azeez lagi, setakat ini tiga pihak telah menawarkan diri untuk membeli tanah berkenaan dengan satu daripadanya telah bersetuju untuk membayar pada harga RM193.5 juta termasuk RM5 juta keuntungan yang bakal diperolehi TH hasil transaksi berkenaan selepas sebulan TH memiliki tanah itu secara sah. - Bernama

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan perkara itu berkata, polis telah membuka kertas siasatan bagi kes itu sejurus laporan polis dibuat semalam.

“Kebocoran maklumat di peringkat pengurusan Tabung Haji itu kita akan siasat di bawah Akta Rahsia Rasmi. Itu sememangnya bidang kuasa polis.

“Apabila ada laporan polis kita akan melakukan siasatan segera untuk menentukan siapa yang terlibat,” katanya selepas menyaksikan Majlis Serah Tugas Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) yang menyaksikan Pengarahnya, Datuk Zubaidah Md. Ismail bersara wajib.

Ditanya sama ada terdapat beberapa individu penting akan dipanggil bagi membantu siasatan, Khalid berkata, kemungkinan itu ada sejurus siasatan dilaksanakan nanti.

“Setakat ini kita siasat di bawah Akta Rahsia Rasmi dan jika ada isu lain, kita mungkin akan buka kertas siasatan mengikut kesalahan yang lain,” jelasnya yang turut merujuk kepada laporan polis oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Semalam, Lembaga Tabung Haji menerusi Timbalan Pengarah Urusannya, Datuk Johan Abdullah membuat laporan polis terhadap sebuah laman blog yang membocorkan kertas cadangan pelaburan itu.

Menurut Johan, pembocoran maklumat sulit oleh blog itu adalah kesalahan yang serius dan pihaknya kesal kerana banyak fakta telah dimanipulasi sehingga menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.

Antara kandungan laporan polis itu adalah pelaburan Lembaga Tabung Haji sudah melalui proses dalaman, menurut peraturan dengan mendapat kelulusan yang betul dan teratur.

Malah, Johan turut menyangkal dakwaan pembelian tanah seluas 0.63 hektar (1.56 ekar) bernilai RM188.5 juta adalah untuk menyelamat atau bail out 1MDB selain menafikan beliau ditekan atau menerima panggilan telefon daripada sesiapa dalam membuat keputusan itu.

image.jpg


Tun Mahathir - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
< 1 / 1 >
SHAH ALAM – “Rancangan ini perlu dibatalkan sekarang juga!” demikian reaksi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kontroversi terbaharu berhubung pembelian tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Lembaga Tabung Haji (TH).

Beliau membidas tindakan TH yang menggunakan caruman orang awam untuk membeli tanah yang hanya 1.5 ekar Tun Razak Exchange (TRX) tapi membayar pada kadar hampir dengan harga 70 ekar tanah yang dibeli 1MDB sebelum ini.

“Wang tabung haji adalah daripada pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam. Wang ini bukan milik Tabung Haji.

“Amatlah menyedihkan apabila wang ini diguna untuk ‘bail out’ (pemulihan) hutang 1MDB. Tanah TRX seluas 70 ekar dibeli oleh 1MDB dengan harga RM194.1 juta untuk 70 ekar.

“Sekarang TH membeli satu 1.5 ekar dengan harga RM188.5 juta, hampir sama dengan harga 1MDB beli 70 ekar. Untung besarlah 1MDB. Sebenarnya tanah ini, asalnya untuk mengadakan pusat dagangan Bumiputera. Tetapi 1MDB telah mengetepikan projek ini,” katanya melalui catatan terbaharu di blognya Chedet.com, hari ini.

Semalam, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah mengesahkan badan berkanun itu telah membeli sebidang tanah bernilai RM188.5 juta di TTRX milik 1MDB bagi pembangunan sebuah menara kediaman namun menafikan pembelian Signature Tower melibatkan kos RM 578 juta.

Dalam tulisan sama, Tun Mahathir mengingatkan Tabung Haji bahawa wang yang disimpan orang ramai dengan harapan ia diurus dengan baik tetapi malangnya ia digunakan untuk menyelamatkan 1MDB.

“Tiada ada negara yang begitu berjaya mengumpul wang dari orang Islam yang berhajat untuk mengerjakan haji dari Malaysia dengan tabung hajinya. Wang yang ditabung sejak ditubuhkan Tabung Haji sudah meningkat sehingga ribuan juta Ringgit. Wang ini boleh dilabur supaya keuntungan dapat membantu pengurusan tabung haji dan subsidi kepada bakal haji.

“Inikah cara Tabung Haji mengguna duit orang ramai yang diamanahkan kepadanya? Pencarum berharap duit yang disimpan dengan Tabung Haji diurus untuk kebaikan mereka tetapi wang ini diguna untuk menyelamatkan 1MDB yang telah hilangkan berbilion Ringgit.

“Rancangan ini perlu dibatalkan sekarang juga,” tegasnya.

Beliau juga sempat memberi amaran kepada Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim agar menyiasat dan melaporkan gejala-gejala rasuah yang berlaku serta buktikan beliau turut melesapkan duit kerajaan sepanjang pemerintahannya sebagai Perdana Menteri sebelum ini.

“Tunku Aziz berkata dia sedia menyiasat Jho Low (ahli perniagaan) dan Riza Aziz (anak tiri Najib) jika saya buat laporan. Sebenarnya laporan telah dibuat oleh pihak lain tetapi tidak ada siasatan yang dibuat oleh sesiapa. Sebaliknya pihak yang melaporkan diisytiharkan muflis dan rumahnya telah digeledah.

“Jika Tunku Aziz begitu prihatin terhadap gejala rasuah, siasatlah dan laporlah kes-kes berkenaan. Buktikan juga yang saya lesap duit kerajaan!! Jika tidak dapat diam sajalah,” tegasnya.

Sebelum ini, Tunku Aziz mengkritik skandal kewangan yang berlaku dalam tempoh 20 tahun Tun Mahathir berkhidmat.



sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/tun-m-batal-segera-pembelian-tanah-1mdb-1.388193


SHAH ALAM – Kontroversi pembelian hartanah 1MDB oleh Lembaga Tabung Haji (TH) yang didedahkan hari ini adalah disebabkan penglibatan orang politik di dalam pentadbiran tertinggi TH itu sendiri.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik berkata, perkara itu berkait rapat dengan kedudukan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang merupakan ahli Parlimen Umno sebagai pengerusinya.

“Pelantikan orang politik sebagai Pengerusi TH hanya menimbulkan situasi 'conflict of interest' di dalam pentadbiran dan hala tuju LTH itu sendiri. Malah, kewujudan orang politik sebagai pengerusi TH akan hanya menimbulkan kesangsian dan keraguan para pencarum.
“Adalah tidak wajar bagi sesebuah institusi kewangan Islam yang memegang amanah para jemaah haji dari seluruh negara dipengerusikan oleh orang politik yang dilantik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.



Dr Maszlee yang juga Presiden Academic Staff Association (ASA) berkata, pengerusi TH itu akan dilihat sebagai mewakili kepentingan parti yang diwakilinya berbanding kepentingan para pencarum.
“TH sepatutnya dipengerusikan oleh tokoh-tokoh korporat berjiwa Islamik, bebas politik, yang telah terbukti kemampuannya dan mempunyai rekod yang diperakui oleh semua pihak,” katanya.

Isu membabitkan Lembaga Tabung Haji menjadi kontroversi apabila dikatakan terlibat dengan pembelian meragukan dalam 1MDB , namun dinafikan oleh pihak TH dalam satu sidang media hari ini.

1.png


Walaupun semalam Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menafikan dana kumpulan itu digunakan untuk urusan jual beli tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tetapi hari ini ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Johan Abdullah mengesahkan pembelian tanah itu untuk projek Tun Razak Exchange (TRX).

Johan berkata dana yang dilaburkan untuk tanah itu merangkumi pelan kediaman menara yang bernilai RM188.5 juta bagaimanapun menafikan syarikat itu membeli tanah lain daripada 1MDB untuk pembangunan TRX.

"Kebocoran maklumat melalui kertas cadangan tidak boleh dijadikan sebagai bukti keputusan muktamad pelaburan tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata RM188.5 juta yang dibayar untuk pembelian hartanah itu adalah pada kadar diskaun berlandaskan nilai pasaran semasa dan ia dinilai badan penilai bebas profesional.

Johan berkata, cadangan pembangunan kediaman itu akan dibangunkan anak syarikatnya, TH Properties Sdn Bhd, yang dijangka memberi pulangan positif kepada Kumpulan TH pada masa depan.

“Langkah ini selaras dengan strategi pelaburan hartanah TH yang memberikan tumpuan kepada sektor domestik.

“Pelaburan ini merupakan keputusan komersial yang menepati selera risiko dan melalui semua proses penilaian dalaman yang terperinci,” katanya.

Sebelum ini, Azeez menafikan pendedahan beberapa blog bahawa TH membeli tanah di TRX sebagai membantu 1MDB melangsaikan hutangnya.

"Saya akan jalankan tanggungjawab dan amanah diberi. At the end of the day, the results that matter most," kata Aziz dalam Twitter.

Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari dalam kenyataannya hari ini berkata sebagai badan amanah menyimpan duit bakal haji, LTH tidak sepatutnya terlibat dalam projek berisiko tinggi.

"Jika dakwaan ini benar, Datuk Azeez dan menteri yang mengendalikan LTH perlu meletakkan jawatan serta-merta," kata Zairil.

Gesaan sama dibuat Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bagaimana wang amanah RM772 juta digunakan untuk membeli tanah pada harga berpuluh kali ganda.

"Persoalan yang timbul, apakah penglibatan pelaburan Tabung Haji dalam 1MDB merupakan aktiviti teras Tabung Haji itu sendiri?" soal Husam.

Katanya, dokumen mula tersebar di media sosial menunjukkan Tabung Haji seolah-olah penyelamat 1MDB.

Husam turut mempersoalkan mengapa LTH perlu membayar purata antara 50-65 kali lebih tinggi untuk sekeping tanah kerajaan.

Katanya, pada awalnya, 1MDB hanya mendapat plot pertama dengan harga RM4 juta daripada kerajaan dan kini Tabung Haji perlu membayar RM194 juta kepada syarikat 1MDB.

Untuk plot kedua, 1MDB dapat pembelian hanya RM8.9 juta dan Tabung Haji sekali lagi terpaksa membelinya pada RM578 juta.

"Ini satu amalan yang ganjil," kata Husam.
X jd beli pulak tv 3 suku bgtau


​

KUALA LUMPUR 7 Mei - Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Johan Abdullah akan membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi berhubung “pembocoran” dokumen Tabung Haji dalam urusan pembelian tanah di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


updated
http://www.astroawani.com/berita-ma...embelian-hartanah-di-tun-razak-exchange-59450

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengesahkan telah membeli tanah bagi tujuan pelaburan hartanah di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX).

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah menerusi kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi.

Menurut beliau, langkah ini adalah sejajar dengan strategi pelaburan hartanah TH yang memberikan tumpuan kepada sektor domestik.

"Pelaburan ini merupakan keputusan komersial yang menepati selera risiko dan telah melalui semua proses penilaian dalaman yang terperinci.

"Pembelian hartanah pada harga RM188.5 juta adalah pada kadar diskaun berlandaskan nilai pasaran semasa dan ia telah dinilai oleh sebuah badan penilai bebas profesional," katanya.

Menurut kenyataan beliau lagi, cadangan pembangunan kediaman itu yang akan dibangunkan oleh TH Properties (anak syarikat TH), dijangka memberi pulangan positif kepada kumpulan itu pada masa hadapan.

Tambah Johan, TH akan terus meneroka peluang-peluang pelaburan yang seumpamanya di dalam pasaran domestik seperti yang digaris dalam rangkakerja Alokasi Aset Strategik.

Sementara itu, dalam kenyataan yang sama, Johan menafikan pembelian Signature Tower (Fasa 2) oleh Kumpulan TH sepertimana yang dilaporkan di dalam blog-blog tertentu.

"Kebocoran maklumat melalui kertas cadangan tidak boleh dijadikan sebagai bukti keputusan muktamad pelaburan tersebut," katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Lembaga Tabung Haji (LTH), Datuk Seri Azeez Rahim menerusi Twitternya telah menafikan dakwaan pembelian tanah milik 1MDB seperti yang tersebar di media sosial sejak semalam.


Read more at: http://www.astroawani.com/berita-ma...elian-hartanah-di-tun-razak-exchange-59450?cp



​

KUALA LUMPUR 7 Mei - Lembaga Tabung Haji (TH) menafikan membeli Signature Tower(Fasa 2) di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) seperti yang dilaporkan dalam sebuah blog.

Kebocoran maklumat melalui kertas cadangan tidak boleh dijadikan sebagai bukti keputusan muktamad pelaburan tersebut, kata Timbalan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Johan Abdullah dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Bagaimanapun, dalam kenyataan yang sama, Johan menjelaskan TH ada membuat pelaburan hartanah bagi pembangunan menara kediaman (hartanah) di TRX.

Ini, katanya, sejajar dengan strategi pelaburan hartanah TH yang menumpukan kepada sektor domestik.

"Pelaburan ini merupakan keputusan komersial yang menepati selera risiko dan telah melalui semua proses penilaian dalaman yang teliti.

"Pembelian hartanah pada harga RM188.5 juta itu adalah pada kadar diskaun berlandaskan nilai pasaran semasa dan telah dinilai oleh sebuah badan penilai bebas profesional," kata Johan.

Cadangan pembangunan kediaman tersebut akan dibangunkan oleh anak syarikat TH, TH Properties Sdn Bhd, yang dijangka memberi pulangan positif kepada kumpulan pada masa hadapan.

Johan berkata, TH akan terus meneroka peluang pelaburan dalam pasaran domestik seperti yang digariskan dalam rangka kerja Peruntukan Aset Strategiknya. - BERNAMA



SHAH ALAM – Lembaga Tabung Haji (LTH) akan memberikan jawapan berhubung dakwaan pembelian tanah milik syarikat pelaburan kontroversi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang tersebar di media sosial, semalam.

Memetik laporan sebuah portal, Pengerusi LTH, Datuk Seri Azeez Rahim dipetik sebagai berkata, beliau telah mengarahkan pihak pengurusan Tabung Haji untuk mengeluarkan kenyataan.

“Saya dah suruh pihak pengurusan Tabung Haji mengeluarkan kenyataan sebentar lagi. Mereka akan jawab nanti…biar mereka selesaikan dahulu,” katanya.

Sebelum itu, melalui akaun Twitternya, Azeez menafikan dakwaan yang menyebut Tabung Haji akan membeli dua plot tanah Tun Razak Exchange (TRX) dari 1MDB dengan RM772 juta tunai.

“Tak betul. TH akan keluarkan kenyataan secepat mungkin. Terima kasih,” tulisnya menjawab pertanyaan pengikutnya di laman itu, semalam.

Beberapa blog telah memuatnaik dokumen-dokumen berkaitan pembelian tanah TRX dan mendakwa menggunakan wang pendeposit yang disimpan bukannya wang kerajaan.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasional/beli-tanah-1mdb-tabung-haji-ada-jawapan-1.387683




1459107_855658494496193_2824972954579700328_n_jp.jpg
11229571_855658511162858_1370762332798698797_n_j.jpg
11148596_855658447829531_1414927813795717607_n_j.jpg
11150701_855658477829528_2189789654737947090_n_j.jpg



Tabung Haji digunakan sbg backup menyelamatkan sykt 1MDB dgn membeli 2 plot tanah di Tun Razak Exchange pada harga RM772 juta menggunakan dana penyimpan.

Dokumen juga memaparkan Tabung Haji perlu membayar RM2,860 per square feet (RM194million) buat plot tanah pertama dimana kelulusan Menteri dalam masa kurang 2 minggu & wang pembelian harus di bayar kepada 1MDB secara penuh.

Mengapa Tabung Haji perlu membayar purata antara 50-65 kali lebih tinggi untuk sekeping tanah Kerajaan dengan wang pendeposit Tabung Haji?

Pada dasarnya 1MDB dapat Plot 1 untuk RM4 juta daripada Kerajaan dan kini Tabung Haji perlu membayar RM194million kepada syarikat 1MDB. Lebih memeranjatkan, setiap transaksi juga dikena GST pd kadar 6%.

Untuk Plot 2, 1MDB dapat pembelian hanya RM8.9 juta dan Tabung Haji sekali lagi terpaksa membelinya pada RM578 juta.
 
Last edited:
Habislah.. Ni saperlah otak bingaaaiii samer jer ngok dengan mamat masilano albuduhi bangani..:mad:
 
Alamak....betoi ke ni...
 
Uish camnala paper ni blh terlepas
 
tabung hj beli tanah ikut harga pasaran kot.utk keuntungan pelabur jugak.
 
terbaik:)cgrock:)cgrock:)cgrock

da ni yg rakyat malaysia nk:)cgrock


nk amek duit tabung haji amikla..janji sepol ble hidup bahagia.

korang yg kijo siang malam...kroni yg kenyang...

klu korang still pilih amno gak pasni mmg aku xtau nk kata apela...
 
Last edited:
terbaiklah...
sapa2 ada acc tabung haji boleh pindah pi t-rex dah
 
aku dah tak kesah...

Yang atas tu..sedar la sendiri, ingat ingatlah rukun iman tu
 
Ni yg Tun dah bgtau..tak guna tabung haji guna KWSP...teruk dah ni...
 
Back
Top
Log in Register