TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Seorang penjual di Pasar Sentral Nunukan di Sulawesi melihat longgokan beras selepas kenaikan harga bahan mentah itu baru-baru ini.
NUNUKAN, Kalimantan Utara – Beberapa peniaga beras di daerah Nunukan di sini didapati mengambil kesempatan akibat kenaikan harga beras tempatan dengan membungkus semula beras dari Malaysia yang dibeli pada harga jauh lebih murah.
Oleh kerana harga beras seberat 20 kilogram bagi kelas pertengahan mencecah sehingga 290,000 rupiah (RM81) berbanding 160,000 rupiah (RM44) sebelum ini, peniaga didapati mula cenderung membungkus semula beras Malaysia dengan bungkusan beras Indonesia.
Hal ini kerana, beras dari Malaysia seberat 10 kilogram tidak mengalami perubahan harga yang banyak berbanding beras tempatan dengan harganya masih kekal pada harga 80,000 rupiah (RM22).
Dengan menukar bungkusan beras, peniaga boleh meraih keuntungan hampir dua kali ganda.
Ketua Bahagian Jabatan Perdagangan Luar Negeri Perindustrian Perdagangan Koperasi dan Usahawan Kecil dan Sederhana Nunukan, Abdul Rahman mengaku menerima laporan itu daripada pihak polis tentang penemuan lima tan beras Malaysia yang dibungkus semula dengan pek beras Indonesia.
“Pihak polis telah membuat penyelarasan dengan kita dan kita telah susun atur dengan wakil pegawai daerah supaya kita menjual bungkusan dari Malaysia itu,’’ katanya kepada Kompas.com.
Terdahulu, penduduk Nunukan melaporkan kepada pihak berkuasa akan penemuan beras yang berkualiti rendah semasa membeli beras di Sulawesi yang setelah diperiksa merupakan beras Malaysia.
“Banyak rungutan berhubung beras dari Malaysia yang berkualiti rendah. Ejen syarikat mengaku mereka menukar bungkusan beras itu.
“Oleh itu, kita telah memaklumkan kepada peniaga supaya menjual beras Malaysia tanpa perlu menukar bungkusannya,’’ tambah Rahman.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/lua...g-dua-kali-ganda-1.69061#sthash.hqbSe8GF.dpuf