BTC USD 83,759.4 Gold USD 4,295.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis hanya siasat jika audit 1MDB ada terkantoi - KPN

alonso

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
62,527
Paid Membership
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,527
Reaction score
426
Points
531
1mdb.jpg



KUALA LUMPUR: Polis hanya akan menjalankan siasatan jika audit terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) oleh Jabatan Audit Negara mengesan sebarang percanggahan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata, polis akan menunggu laporan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mengenai perkara ini.

"Sekiranya siasatan mengesan sebarang percanggahan, polis seterusnya akan memulakan siasatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bercakap di Putrajaya awal hari ini, Ambrin mengumumkan bahawa jabatannya telah mula menjalankan audit terhadap 1MDB sebaik sahaja diarahkan berbuat demikian oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak minggu lepas.

Khalid turut memperjelaskan laporan media yang memetik beliau sebagai mencadangkan supaya Najib disoal berhubung isu itu.

"Apa yang saya sebenarnya maksudkan ialah polis akan menyoal semua pihak yang kami percaya boleh membantu memberi maklumat tentang kes. Begitupun, fokus ialah kepada pihak-pihak yang membuat keputusan dalam syarikat," katanya.

Khalid mengulangi bahawa tindakan ini hanya akan dimulakan jika laporan Ketua Audit Negara mendedahkan percanggahan dan petunjuk bahawa terdapat salah laku dalam syarikat pembangunan strategik milik kerajaan itu.

"Jika tidak, siasatan tidak akan dijalankan," katanya.

Khalid mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat laporan berhubung 1MDB tanpa asas.

"Polis akan mengambil tindakan terhadap mereka yang sengaja menggunakan masa dan sumber kami, dengan tidak perlu. Biarkan proses biasa berjalan," katanya.

Menurut laporan, Peguam Negara telah menubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasat laporan polis berhubung 1MDB berkaitan dakwaan salah urus dana.

Khalid berkata, pasukan khas itu akan diketuai oleh Jabatan Peguam Negara untuk membolehkan penggemblengan sumber untuk memudahkan siasatan.

Beliau berkata, ini lebih berkesan daripada menjalankan siasatan secara berasingan.

Selain Bahagian Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara, Khalid berkata pasukan khas itu juga disertai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

- BERNAMA
 
1MDB: Beri ruang kepada Jabatan Audit Negara laksana tugas - PAC

KUALA LUMPUR: Semua pihak perlu berhenti membuat sebarang andaian, sebaliknya memberi ruang secukupnya kepada Jabatan Audit Negara (JAN) untuk melaksanakan audit terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed, berkata pihaknya menaruh kepercayaan sepenuhnya terhadap kewibawaan, keupayaan dan kredibiliti JAN di bawah pimpinan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang untuk melakukan pengauditan secara berkecuali, telus dan bertanggungjawab.

"JAN perlu diberikan ruang secukupnya bagi melaksanakan audit terhadap 1MDB dan ia perlu dilakukan tanpa sebarang rasa takut atau ada campur tangan daripada mana-mana pihak," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Nur Jazlan berkata, berikutan terlalu banyak andaian dan maklumat yang disebarkan mengenai akaun 1MDB di media sosial, portal berita dan blog, adalah lebih baik supaya semua pihak berkepentingan agar bersabar dan menunggu kesahihan hasil pengauditan daripada JAN.

Beliau berkata, penting untuk JAN menjalankan pengauditan secara tidak tergesa-gesa dalam memastikan setiap sudut dan ruang lingkup akaun, operasi dan pelaburan 1MDB diaudit dengan teliti.

"PAC juga akan mengadakan kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebaik menerima laporan daripada JAN sekiranya wujud penyelewengan yang boleh didakwa mengikut undang-undang SPRM," katanya.

- BERNAMA
 
kalau nak siasat/tangkap komen di twitter, tak perlu tunggu, hari itu gak depa buat. ni nak siasat dimana hilangnya duit berbillion rakyat dalam 1MDB , depa buat nak tak nak je.

laporan audit mesti akan 100% cakap takde ketirisan dalam 1MDB, "benda biasa dalam pelaburan, ada untung ada rugi" .
 
Hm....

Dimana ketelusan? Integriti?

Harap malaysia masih aman
 
Cnfrm tak ke mana kalau buat audit ni.

Klu rugi mesti ckp salah labur, kebetulan plk ekonomi skrg tak baik.
 
fokus ialah kepada pihak-pihak yang membuat keputusan dalam syarikat

Kalau camni sudah pasti laporan audit bersih. Biasalah kan... sebelum laporan keluar CEO nak kena tengok dan luluskan dahulu.

Patut hantar SPRM masuk terus dalam atau panggil syarikat luar negara yang audit.

Tapi komputer dan server semua pun dah kena padam. Kalau ada dokumen kertas, habis semua dah kena shred dah lama dulu. Boleh jumpa bukti ke? Penyamun ni profesional.
 
akan jadi mcm episod: PKFZ, NFC jugak ke ni?
 
drama je lebih nie...last2x senyap gitu je benda nie..
 
Back
Top
Log in Register