BTC USD 84,443.3 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Road To Millionaire - Memoir Tuksidang

tuksidang

Banned
Messages
4,972
Joined
Jul 26, 2008
Messages
4,972
Reaction score
463
Points
41
MILLIONAIRE = Wang Simpanan Berjumlah RM1 JUTA

Nama aku Hairul Nizam Hashim. Berumur 29 thn. Sudah berkahwin dengan Norhafeza Usak dan di kurniakan seorg putera comel bernama Hairul Haqimie. Dalam dunia maya, ramai yg mengenali aku dengan tuksidang - nickname yg aku guna sejak sekolah lagi.

Aku ada beli umah kt kajang. Aku duk sana sebab dulu aku blajar kat UPM dlm jurusan Kejuruteraan Mekanikal. Jadik da cari rezeki pun kat sana, terus ler aku beli umah kat situ sejak bujang lagi. Tapi bila dah khawin dan ada baby ni, aku dah jarang balik kesana. Menetap terus di rumah emak aku sbb Haqimie mak aku yg jaga. Wife aku pun memang dah keje kat Seremban. Jadi sbb kesian kat dia dgn baby kena ulang alik selalu, aku menetap terus di Seremban. Umah kajang balik ujung minggu atau masa aku ada keje kat KL jer. Yg pastinya sekarang, aku nak beli satu umah kat Seremban. Tak kan selama-lamanya nak duk umah mak kan..

Tujuan aku menulis memoir ni sebab aku nak mencatatkan perjalanan aku MENJADI JUTAWAN PADA UMUR 40 TAHUN. Ada 11 tahun lagi dateline. Sekurang-kurangnya dengan catatan ni, semangat aku terus kental dan boleh berkongsi suka duka untuk menjadi jutawan dengan korang suma. Mungkin tak setiap hari aku akan update, tetapi setiap suka duka aku akan catatkan. Maknanya aku akan terus menulis sehingga tahun NOV 2019. Harap- harap CG masih wujud.

Aku tak pandai menulis dengan ayat-ayat indah, sebab aku blajar jadi Jurutera. Aku juga tk pernah tulis memoir, cerpen atau novel. Jadi bab-bab lepas ni mungkin bercelaru. Nantilah aku upah editor untuk buat buku. Kot2 dgn penerbitan buku tu bleh menyumbang wang simpanan untuk aku jadi jutawan. Tapi yg penting korang boleh faham dan boleh ambil pengajaran.

Jutawan yang aku maksudkan adalah mempunyai WANG SIMPANAN BERJUMLAH RM1 JUTA. Itu sasaran aku.

DSC00320.jpg
 
Last edited:
wah...
samala impian kita...
aku tunggu tunjuk ajarmu sifu!!!
 
Nama Hairul Nizam ni cam biasa wak kenal jer....tp saper ek??..

Ok,toksidang..semoga cita2 anda tercapai pada 2018 tuk jd jutawan...Aminnn...
 
TERIMA KASIH MLM !!

Sejak di UPM aku dah minat berniaga. Bagi aku berniaga merupakan satu kejaya mencabar yg memerlukan perancangan teliti, kesabaran, dan kerja keras sehingga membuahkan hasil iaitu KEUNTUNGAN. Sebab asyik berniaga aku dah tawar hati untuk menjadi Jurutera. Macam2 bisnes aku awat masa di Kolej Kedua, UPM. Aku jual nasi lemak, aku jual burger, aku buat event. Tp yg melekat sampai sekarang adalah MLM. Ni lah satu kepakaran aku yg akan aku gunakan untuk menjadi jutawan nanti.

Aku pernah jadi Ruby Manager masa aktif dalam LUXOR Network selepas habis belajar. Dapatlah dalam RM3 ribu sebulan. Tapi tak bertahan lama. Dlm 8 bulan jer. Ada krisis dengan Upline. Lepas tu aku berhenti dan joint Alliance Teamwork Marketing (ATM). Kat ATM ni banyak yg aku belajar dan aku capai. Dari pengedar biasa, aku jadi leader, speaker dan trainer. Satu M'sia aku pusing bg ceramah. Beribu-ribu kali rasanya naik pentas. Berbaldi-baldi air liur tersembur keluar. Maklumlah 4 tahun nya kerja. Bila berniaga ikut cina, aku jadi cukup2 kental dan tahan lasak. Last income masa aku berhenti dalam RM15,000 sebulan dgn pangkat Diamond Director. Ada 2 org jer Diamond dlm company tu. Seronok hidup dengan 5 angka sebulan ni. Walaupun besar periuk, besarlah kerak adalah jugak aku menyimpan sikit-sikit. Sebab aku pegang kata-kata Azizi Ali betapa pentingnya menyimpan untuk menjadi jutawan. Atleast 20% aku simpan sebelum duit tu aku gunakan untuk keperluan lain-lain. Dengan ATM juga, merasalah aku melancong setiap tahun ke luar negara termasuk lah menunaikan UMRAH. Alhamdulillah..

Seronok dalam ATM tk bertahan lama bila M'sia di landa wabak internet investment. Habis downline aku yg 8000 org tu g wat internet investment. Sampai aku tk leh tahan dan cabut jugak wat internet investment..... hehehehehehe. Dlm 3 bulan, dekat RM30,000 aku collect. Lepas lah aku settle kn hutang, wat belanja kahwin dan bwk bini aku g honeymoon ke Medan. Bila internet investment kena block, aku terus wat biz sendiri. Masih juga berkisar dgn internet biz. Untuk aku aktif semula dalam ATM mungkin tak sebab aku dah tk larat nk build up semula group. Kerja 4 tahun tu...Penat beb. Baik aku berubah angin..Biz internet pertama yg aku wat selepas tu ialah KUTU WANG POS

Kutu Wang Pos ni aku mula bulan 11 tahun 2007. Sampai sekarang ni dah lebih RM50,000 aku collect. Tp dengan income kutu aku tk bleh simpan byk sangat sebab lepas-lepas jer cover kehidupan bulanan. Pada bulan Dis 07, aku di lamar TheSpaceAds utk jadi trainer / speaker mereka. Aku di bayar elaun ceramah. Dan untuk dapat income lebih, aku wat jugaklah network. Dapatlah tambah income dlm RM2000 sebulan. Tiap-tiap minggulah aku ulang alik ke Hotel First Business In KL bg ceramah setiap khamis mlm. Hingga lah sampai bulan Jun 08 (kalo tk silap), aku dah aktif dalam thespaceads sebab mereka ada problem nk byr peserta inkubator. Aku beralih bukak company sendiri / wat program sendiri. Aku takut bila aku byk kali gagal dlm MLM ni, org dah tk percaya aku lagi dah. Walaupun org tk tahu bukan salah aku tp silap company. Jadi sebelum nama busuk, baik aku wat program dan company sendiri...

Bagi aku MLM mengajar aku byk perkara ttg kehidupan. Sbb MLM adalah perniagaan menguruskan manusia. Jika bijak mengurus manusia, buat apa benda pun jadik. Wang akan datang kemudian. Masuk thn ni dah 6 tahun aku wat biz ni full time. Dan aku tk patah semangat, bosan atau terpikir nk makan gaji. Kerana dunia biz marketing dan networking ni menyeronokkan..

Terima Kasih MLM !!

44.jpg


40.jpg


18.jpg
 
Last edited:
tq bro...tak salah kan kalo ako contohi ko..
ako dah jatuh banyak kali...dan ako taknak jatuh lagi..
the new life began...

anyway...good luck for your dreams

that's why ako pakai nick mydreamerz (ada makna tu)
 
tq bro...tak salah kan kalo ako contohi ko..
ako dah jatuh banyak kali...dan ako taknak jatuh lagi..
the new life began...

anyway...good luck for your dreams

that's why ako pakai nick mydreamerz (ada makna tu)

Bersama Kita Ke Puncak Kejayaan!!
 
Memang hebat semangat kau bro...semoga org spt kau layak menjadi jutawan...supaya apa yg bro impikan akan menjadi kenyataan di samping x lupa menyumbang kebajikan terhadap anak2 yatim...:)
 
Memang hebat semangat kau bro...semoga org spt kau layak menjadi jutawan...supaya apa yg bro impikan akan menjadi kenyataan di samping x lupa menyumbang kebajikan terhadap anak2 yatim...:)

TQ. Menyumbang kepada anak-anak yatim merupakan salah satu cara untuk aku jadi jutawan di akhirat..Aku tk kan lupa tu..
 
ALANG-ALANG MENYELUK PEKASAM, BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN

Ramai yg kata kerjaya full time sbg networker / wat MLM ni mencabar. Memang betul tu. Aku tk nafikan. Kalau masa awal-awal dulu, cabaran bg aku memang kadang kala bleh wat aku putus asa. Tp bila dah 6 thn terlibat, aku suka plak cabaran ni. Pelik sungguh..Cabaran dah jadi pelonjak untuk aku semakin maju ke depan - pembakar semangat untuk terus menuju ke gerbang jutawan.

Apa yg aku tk lalui selama ni:
  1. Aku pernah kena halau dari rumah prospek. Yg jemput dtg isteri, tk bgtau suami. So, aku kena halau walaupun dia yg jemput dtg.
  2. Aku pernah ke Mersing utk appointment. Bertolak dgn upline dari Kajang. Alih-alih bila sampai Mersing, call prospek tu, tk angkat terus. Patah la balik ke Kajang. Kena maki dgn upline usah cerita lar..
  3. Aku pernah nk kena pukul dgn suami upline. Dia bgtau suami yg MLM dia joint pelaburan.Duduk Diam Dapat Duit padahal kena menjual dan menaja baru dpt income. Terpaksa lah aku beli brg2 dia semula dan pulangkan modal dekat suami dia.
  4. Aku pernah wat presentation dpn prospek. Tgh asyik aku bercerita, dia bleh tido plak..:((:((. Terpaksalah aku tutup buku dan blah.
  5. Aku pernah di leteri oleh mak ayah aku dan sedara mara. Penat-penat blajar UPM,grade wat MLM. Org tk sekolah pun bleh wat. Kena kutuk kaw2 nya. Aku pun tk bleh salah kan diorg sbb diorg tk pernah tgk ada di kalangan family yg kaya / berjaya wat MLM ni. Yg kena kelentong jer yg ramai. Jadi kenalah aku buktikan pada mereka. Sampailah aku berjaya "rasuah" parent aku dgn beli peti ais besar giler utk gantikan peti ais yg lebih tua dr aku kt umah tu. Aku belikan mesin basuh canggih. Terus diorg senyap dan support aku..:eek::eek::eek:
  6. Kereta Proton Wira SE yg baru aku pakai dalam 4 bulan kena tarik. Silap aku jugak, beli tk wat perancangan. Dah tau bulan pose, bulan raya dan hujung thn org simpan duit utk raya dan utk beli kelengkapan budak sekolah. Jadi biz slow. Aku plak tk menyimpan lg masa tu nk cover kehidupan. Tk mampu byr, terus kena tarik..Bygkan mcm mana nk letak muka masa nak servis downline / customer. Dulu pakai kete, sekarang pakai moto EX5 buruk. Kata bleh untung juta2..:((:((:((
  7. Aku byk putus kawan sbb bila diorg joint biz aku, diorg tk kaya2. Salah diorg jugak, MLM bukan skim cepat kaya. Kena usaha untuk kaya. Nk suruh aku wat suma, matilah. Sedara mara pun sama. Bila tk kaya, masam muka. Aduhai...Girlfriend pun byk lari. :D. Sbb tk der masa nk dating..Alhamdulillah, wife aku sekarang sokong dan memahami. TQ SAYANG!!!

Dan bermacam2 lagi lah cabaran yg mendatang. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Dah aku pilih kerjaya ni, aku kena teruskan. Bukan sedikit jutawan MLM dekat M'sia ni. Ada 4000 org. Kalau mereka boleh, tk kan aku tk bleh.

Bak kata upline aku " Kalo cabaran yg seteruk ni pun ko bleh harungi, cabaran yg lain-lain tu kacang jer..Aku PASTI ko memang bleh jadi jutawan. Cuma masa yg menentukan ". TQ Hjh Rohaya..

Sekarang ni, aku dah ada company sendiri yg wat program internet biz; HYPERNET RESOURCES .Aku nk carik pengalaman jadi taukeh plak. Untung aku ada 2 org partner yg penuh dedikasi En. Mohd Faizal Zainal dan En. Mohd Fareez Zainal. Insyallah dlm masa terdekat ni company ni akan jadi Sdn Bhd dan ada opis di Kota Damansara.

Kami belum ada sales juta2 lagi. Income setakat ni lepas2 cover kehidupan seharian jer tp aku gerenti dalam setahun dua ni, sales kitorg bleh juta2. Sykt pun blum setahun, tk nk lah nnt cepat naik dan cepat bungkus..Wat masa ni kami fokus jual ebook,jual cacing pawah dan akan di lancarkan dalam masa terdekat jual bulk sms. Yg bulk sms ni aku jangka akan meletup mcm goreng pisang panas..
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register