BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,333.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

1MDB sudah langsai hutang RM2 bilion semalam, Ananda Krishnan bayarkan

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
ananda-krishnan-reuters-150115.JPG

Pihak bank menerima pembayaran hutang sebanyak RM2 bilion petang semalam, beberapa jam selepas jutawan T Ananda Krishnan bersetuju untuk menyelamatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – Gambar fail Reuters, 13 Februari 2015.

Syarikat bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membayar hutang RM2 bilion semalam dengan wang hartawan T Ananda Krishnan, enam hari sebelum bank menggerakkan peningkatan risiko kegagalan atau “event of default” (EOD), kata sumber.

The Malaysian Insider difahamkan melalui pegawai bank yang dekat dengan kes ini, bank menerima wang petang semalam, beberapa jam selepas Ananda bersetuju untuk menyelamatkan syarikat itu.

Pembayaran itu merupakan penyelamatan saat akhir untuk 1MDB yang dimiliki secara penuh oleh Kementerian Kewangan.

Duit sudah masuk, Ananda menyelamatkannya,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Satu lagi sumber mengesahkan pembayaran pinjaman RM2 bilion daripada RM5.5 bilion sudah dilakukan kepada bank berkenaan.

Anak syarikat 1MDB Powertek Investment Holdings Sdn Bhd mengambil pinjaman pada Mei lalu untuk membiayai semula pinjaman penyambung RM6.17 bilion diambil pada 2012 untuk pembelian aset tenaga.

1MDB menstrukturkan hutang RM5.5 bilion kepada dua cabang: Hutang RM3.5 bilion yang perlu diselesaikan pada Ogos 2024 dan RM2 bilion – perlu diselesaikan November lepas, menurut LPC – sebuah unit pakar mengenai pinjaman di bawah Thomson Reuters.

Hutang RM2 bilion itu ditanggung syarikat Ananda Usaha Tegas, kata sumber yang tahu tentang rundingan di antara Ananda dan 1MDB.

Maybank memberikan 58.99% daripada pinjaman RM 2 bilion itu manakala RHB memberikan 32.41%. Pemberi pinjaman lain adalah Alliance Investment Bank Bhd (4.06%), Malaysia Building Society Bhd (3.24%) dan Hwang DBS Investment Bhd (1.29%).

1MDB yang memiliki portfolio loji jana kuasa besar sudah terlepas tarikh akhir pembayaran pinjaman pada Disember dan pemberi pinjamannya mahu melihat ia dibayar sebelum mereka terpaksa menghapus kira dalam pendapatan suku pertama, kata sumber.

The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan tarikh akhir pembayaran pinjaman adalah pada 18 Februari.

Ananda yang menjual koleksi loji jana kuasa tenaga kepada 1MDB, sudah berunding dengan 1MDB untuk menjadi pelabur asas dalam penyenaraian aset kuasa AS$3 bilion yang sudah lama ditangguhkan itu.

1MDB yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan pengerusi lembaga penasihatnya mempunyai keseluruhan hutang sebanyak RM42 bilion. 1MDB dikritik hebat kerana mengambil pinjaman besar dan sukar membayarnya.

Di antara pengkritik hebat adalah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin selain ahli Parlimen pembangkang yang mengatakan hutangnya boleh menjejaskan sistem kewangan negara.

Pembangkang mempersoalkan keadaan kewangan syarikat itu selepas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda memberitahu akhbar Business Times Singapura hujung minggu lalu baki AS$1.103 bilion (RM3.91 bilion) dana di Pulau Cayman tidak akan dibawa pulang ke Malaysia. – 13 Februari, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/...nda-krishnan-kata-sumber#sthash.lmApEY6y.dpuf
 
agak2 apa dia dapat sebagai balasan? jeng jeng jeng....
 
Hahhahaha...you help me, i help you. jgn risau senang untk projek besar masuk nanti.
 
giler ah...bilion-bilion punye bisnes...kalo gagal apa kesah, rakyat 1Malaysia kan ada utk tanggung....kalo untung, kaut sendiri..kalo rugi rakyat tanggung....terbaek punye bisnes...0% risk
 
rm2bilion transfer mcm tu je. alih2 duit dah masuk

korang punya br1m dah? :p
 
Ananda Krishnan tau yg 1MDB tu lubuk buat duit..beli utk jangka masa panjang tuh..

mmg otak bisnes kau..
 
Back
Top
Log in Register