BTC USD 86,003.0 Gold USD 4,333.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

1MDB sah tebus pelaburan di Kepulauan Cayman

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
1MDB, syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan Malaysia, sudah menebus semula sepenuhnya US$2.318 bilion yang dilaburkan oleh syarikat itu dalam dana berdaftar di Kepulauan Cayman.

Dalam satu kenyataan, Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, Arul Kanda berkata, dana itu merupakan pembayaran semula pinjaman yang disediakan kepada PetroSaudi pada 2011 dalam bentuk nota-nota Murahaba susulan penamatan perjanjian sebelum ini yang dimeterai untuk menjalin usaha sama dengan syarikat itu.

Nota-nota berkenaan yang dibayar sepenuhnya dan faedah, kemudiannya dilaburkan dalam dana yang dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Monetari Cayman.

1MDB sebelum ini menebus US$1.215 bilion, yang mewakili 60 peratus dana yang dilabur, dan kini menebus tambahan US$1.103 bilion, yang membabitkan baki daripada sejumlah US$2.318 bilion yang dilaburkan pada asalnya. - Bernama
 
Ni bos bru ari tu ye...
 
byk betull duit letak kat pulau tu
 
Back
Top
Log in Register