Sensasi dalam dunia Forex! Cepat dapatkan tawaran terbaru daripada InstaForex - bonus 45% untuk setiap deposit! Bonus 45% untuk keuntungan yang maksimum!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Gossip, Celebrities

Gossip, Celebrities Right place for paparazzi :) . Share your info with our celebrities and gossip fans.

CG Sponsors



Recommended Brokers

CG Updates
0 Forum rules improvised
Last Post: CariGold
Posted On: 05-02-2014
Replies: 0
Views: 17,625
0 Social Group is now based on request
Last Post: CariGold
Posted On: 11-12-2012
Replies: 0
Views: 47,876
0 Unscheduled maintenance
Last Post: CariGold
Posted On: 26-11-2012
Replies: 0
Views: 35,645
More...
Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 12-10-2008, 02:45 AM
irsaffy irsaffy is offline
CG Top Poster Club

irsaffy's Avatar
 
Trader Rating: (11)
Join Date: May 2007
Posts: 41,171
Poster Rank: #18
Thanked 251 Times
Active Level
Default Penggunaan botox dan susuk di kalangan artis Malaysia - sejauh mana kebenarannya???

ISU BOTOX

Sejak diperkenalkan, Botox mendapat sambutan hangat apatah lagi ia dikatakan menjadi pilihan ramai selebriti terkenal di seluruh dunia

MANUSIA tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki. Dalam konteks kecantikan diri, masih ada segelintir wanita yang ingin mencari kesempurnaan dengan membuat `transformasi’ terhadap wajah mereka.

Wajah bulat mahu ditukar menjadi bujur sirih; hidung kembang mahu dimancungkan dan kulit kedut pula ingin ditegangkan seperti anak dara. Fenomena inilah yang akhirnya melahirkan Botox yang kini menjadi perbualan panas seantero negara. Botulinum Toxin Type A atau Botox terhasil daripada sejenis racun dikenali sebagai Clostridium Botulium.

Ia dieksploitasi pakar kecantikan bagi menghilangkan kedutan dan tanda penuaan pada wajah manusia khususnya wanita.

Sejak diperkenalkan, Botox mendapat sambutan hangat apatah lagi ia dikatakan sering dipakai ramai selebriti terkenal di seluruh dunia.

Selepas diragui kandungan serta penggunaan bahan itu, akhirnya Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, baru-baru ini mengumumkan bahawa suntikan Botox untuk tujuan kosmetik adalah haram di sisi agama Islam kerana ia mengandungi bahan yang meragukan termasuk racun dan khinzir.

Itupun selepas pihak terbabit meneliti laporan kajian pakar tempatan dan luar negara mengenai penggunaan bahan itu sebelum membuat keputusan, termasuk kajian di Asia Barat. Hasilnya, mereka mendapati Botox antara lainnya mengandungi bahan daripada khinzir, selain wujudnya bahan tiruan yang boleh memudaratkan pengguna.

Selain itu, penggunaan Botox boleh mendatangkan kesan sampingan yang membahayakan anggota fizikal dan dalaman.

Dari sudut lain, suntikan Botox juga mungkin ada persamaan dengan kaedah menanam susuk yang diamalkan segelintir masyarakat Melayu sejak zaman berzaman untuk kelihatan lebih cantik tetapi diharamkan agama. Kita sorot kembali kenyataan beberapa artis tempatan yang pernah dikaitkan dengan penggunaan Botox.

SITI NURHALIZA
“SAYA masih muda untuk memerlukan suntikan Botox mahupun Vitamin C. Apa yang saya tekankan ialah penjagaan dalaman kerana kecantikan akan lahir daripadanya. Cantik di luar saja tidak guna jika di dalam tidak sihat.
Namun saya hanya amalkan pengambilan Vitamin C, E, antioksida dan B kompleks. Saya juga minum susu untuk kalsium. Petua saya untuk tampil berseri mudah saja iaitu berselawat setiap kali mencuci muka.”

TUSHEE
“SAYA tak pakai Botox. Saya hanya amalkan suntikan kolagen pada muka saya. Bagi saya ia bukan satu kesalahan, bukan kes jenayah! Saya difahamkan, Botox lebih sesuai untuk mereka yang berusia 35 atau 40 tahun ke atas. Umur saya sekarang belum sesuai lagi untuk Botox, tapi kolagen, OK. Apabila tak ada kolagen, itu yang jadi kulit muka jadi kendur-kendur. Tapi, saya pelik apabila saya beritahu hanya ambil kolagen, orang masih kata saya pakai Botox, sampai nak bertengkar.”

ROHANA JALIL
“KECANGGIHAN teknologi harus digunakan selagi ia tidak memudaratkan pengguna. Sudah empat tahun saya mengamalkan suntikan Vitamin C dan kolagen selain mengambil pil hormon seperti primrose oil untuk kekal cantik dan melambatkan penuaan. Saya belum tengok bagaimana rupa Botox! Saya berpuas hati dengan penampilan baru, selain kedutan hilang, kulit semakin licin. Jangan biarkan diri rasa tidak selesa apabila orang memandang. Sebagai artis, walaupun penampilan saya bukan lagi seperti awal dulu, sekurang-kurangnya orang masih memandang saya hari ini. Tidak kurang juga mereka yang bertemu saya akan berkata saya nampak lebih muda.”

IFA RAZIAH
“SAYA tak malu mengakui ada mengambil suntikan Vitamin C untuk mencantikkan kulit. Tiada salahnya kerana ia tidak mengubah apa-apa. Tetapi bukan semudah itu saya lakukannya. Saya tetap dapatkan pandangan mereka yang terbabit dalam bidang agama, selain bertanya doktor pakar.

Saya tidak mahu kerana ghairah untuk cantik, akhirnya badan sendiri yang binasa. Saya tidak kesal sekali pun terpaksa mengeluarkan bajet besar untuk memelihara kecantikan. Saya cuma menjaganya dengan lebih baik.

Alhamdulillah, beberapa hari selepas mengambil suntikan itu, saya sudah nampak kesannya. Kulit saya segar dan bercahaya. Mungkin tidak secantik artis lain, tetapi saya dapat rasakan perubahan itu. Apabila sudah cantik, saya berusaha pula untuk mempertahankannya dan tidak perlu lokek keluar belanja kerana kecantikan ini bukan untuk orang lain, diri sendiri dan juga suami.”

ANITA SARAWAK
“SAYA tidak menggunakan Botox pada muka saya dan saya tidak akan merosakkan wajah semata-mata untuk kelihatan lebih cantik dan muda. Kulit wajah akan kelihatan agak pelik dan suntikan serum itu dan boleh merubah bentuk asal mata, hidung dan wajah seseorang. Sejak kecil ibu sudah mendidik saya untuk menjaga kecantikan tubuh dan wajah. Sehingga kini selepas berusia 54 tahun saya sentiasa mengamalkan rawatan spa kerana ia adalah suatu rawatan yang cukup istimewa untuk wajah saya.”

NANU BAHARUDDIN
“APABILA saya tampil dalam jurucakap produk Kayla suatu ketika dulu, memang wajah saya juga kembali muda namun ada desas-desus menuduh saya menyuntik Botox dan melakukan pembedahan plastik pada muka! Saya masih waras. Setiap inci perubahan yang berlaku pada diri saya, dari hujung rambut sampai hujung kaki adalah `keajaiban’ produk itu. Sekiranya masih ada yang menuduh saya menyuntik Botox pada wajah atau pakai susuk, mereka silap."

Pengakuan jujur artis luar negara

BAGAIMANA pula dengan artis, model dan selebriti antarabangsa? Sejak dulu lagi ramai artis luar negara banyak dikaitkan dengan isu bedah plastik dan terbaru, suntikan Botox, demi kerjaya seni masing-masing. Berikut ini antara mereka yang dilaporkan pernah menggunakan Botox untuk mendapatkan perubahan wajah yang anggun dan jelita.

KRIS DAYANTI
PENYANYI lagu Mencintaimu, Kris Dayanti dalam bukunya, Seribu Satu KD terbitan 2003 pernah mendedahkan, dia ada mengambil suntikan Botox. “Saya tidak sempurna. Kulit saya kering dan hitam. Selepas mempunyai wang yang cukup untuk merawat tubuh, saya lebih suka berjumpa doktor kulit.

"Dia memberi beberapa jenis krim untuk siang dan malam hari yang bisa merawat dan menjernihkan warna kulit tanpa efek sampingan. Hasilnya lumayan.
"Kini agar tetap mulus, saya juga melakukan suntikan plasenta, Vitamin C dan sesekali melakukan perawatan dengan suntikan Botox. Memang mahal, tetapi hasilnya bagus.”

LINDA EVANGELISTA
SUPERMODEL ini pernah menjadi ratu di pentas catwalk dunia. Katanya, “Saya sangat meminati perkara yang membabitkan kedutan kulit dan kecantikan muka. Ya, saya menggunakan Botox. Bagi saya, ia satu perubahan hebat seperti mewarna rambut dari hitam ke blonde.”

NAOMI CAMPBEL
“SAYA tidak akan menolak pembedahan plastik terutama kalau berlaku kemalangan yang menjejaskan penampilan diri. Saya cukup cerewet mengenai penjagaan kulit dan ia diwarisi dari nenek saya sendiri,” katanya. Sebelum ini, Naomi didakwa menggunakan Botox dan menafikannya. Lalu, Naomi menyaman lebih AS$50,000 kepada King of Botox, Dr Sebagh. Selain itu, peguam Naomi menyatakan bahawa Naomi tidak pernah menjadi model produk barangan keluaran Dr Sebagh.

TERI HATCHER
“SAYA tidak akan menggunakan Botox lagi. Memang sebelum ini saya terlalu taksub dengan Botox dan berhasrat menghentikannya. Saya menggunakan Botox untuk menghilangkan kedutan pada wajah saya. Saya tidak akan menggunakannya lagi kerana mendapati ia hanya cantik buat sementara, malah boleh mendatangkan penyakit lain.”

TARA PALMER-TOMKINSON
“SEJAK enam tahun lalu, hidung saya bentuknya begini. Saya benci hidung saya sebelum ini. Sebab itulah saya mengambil Botox untuk mencantikkannya. Peminat sudah tahu mengenainya, termasuk semua bekas teman lelaki saya.
Jurusolek yang pernah menyolekkan saya juga tahu keadaan hidung saya ini. Disebabkan takut untuk pembedahan plastik, saya hanya mengambil suntikan Botox. Ini semua demi karier saya.”

JESSICA SIMPSON
“SAYA tidak akan menggunakan Botox. Saya lebih rela menjadi jurucakap program amal yang membabitkan pembedahan kanak-kanak. Saya mengambil keputusan mengikut jejak Angelina Jolie selepas melawat Afrika Selatan tahun lalu juga untuk program amal.

"Kalau boleh saya mahu menggunakan diri saya sebagai selebriti ke arah amal kebajikan. Saya juga berhasrat menubuhkan persatuan menyelamatkan artis dari menggunakan Botox sehingga menjadikan diri seperti patung hidup.”

INFO BOTOX

1 Ia adalah ejen saraf yang digunakan dalam bidang kecantikan untuk rawatan kedutan dengan melumpuhkan otot pada wajah.
2 Kos RM1,500 setiap suntikan.
3 Boleh didapati di pusat perubatan dan rawatan kecantikan.
4 Antara kaedah rawat masalah otot akibat cerebral palsy.
5 Mengandungi bahan meragukan dan bersifat najis.
6 Suntikan itu dibenarkan untuk tujuan perubatan dengan syarat penggunaannya dikategorikan sebagai dalam keadaan darurat.
7 Suntikan Botox disifatkan satu penipuan serta mengubah kejadian Tuhan.
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 12-10-2008, 02:46 AM
irsaffy irsaffy is offline
CG Top Poster Club

irsaffy's Avatar
 
Trader Rating: (11)
Join Date: May 2007
Posts: 41,171
Poster Rank: #18
Thanked 251 Times
Active Level
Default

ISU SUSUK

Artis yang Memakai Susuk!!!

Derita Artis Pakai Susuk..

KUALA LUMPUR: Ramai artis negara ini yang ingin kelihatan jelita dan mengekalkan populariti masih taksub dengan pemakaian susuk, biarpun zaman serba maju kini menawarkan pelbagai bentuk rawatan moden dan solekan.

Akibatnya ada yang terpaksa menanggung derita, termasuk diserang penyakit misteri dan jiwa sentiasa tidak tenteram akibat diganggu ‘penunggu susuk’.

Seorang pengamal perubatan tradisional (bomoh) di Kemaman, Terengganu yang terkenal dengan kepakarannya membuang susuk, Liza Hamzah, 40, berkata dia sering dihubungi dan didatangi artis yang ingin mendapatkan khidmatnya.

“Saya pernah mengeluarkan susuk seorang artis veteran yang cukup terkenal tetapi menderita. Selang tiga bulan kemudian, saya dengar dia meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Paya Berenjut.

Liza mendakwa, sehingga ini lebih 20 artis datang mendapatkan khidmatnya sama ada mengeluarkan susuk, memerdukan suara atau menaikkan seri muka.

Katanya, kebanyakan pemakai susuk, termasuk artis dan orang kenamaan, menemuinya dan menyuarakan hasrat membuang susuk, tapi pada masa sama mereka bimbang tindakan itu menyebabkan wajah mereka bertukar hodoh.

“Itulah masalah utama mereka. Baru-baru ini seorang artis lelaki berusia 40-an menghubungi saya dan menyuarakan kebimbangan sama. Dia telefon banyak kali. Namun, saya menasihatinya supaya usah bimbang dan lebih baik buang sebelum susuk makan diri,” katanya.

Liza berkata, susuk berlian, emas, jarum dan beras adalah empat susuk yang biasanya digunakan wanita atau lelaki untuk ‘ditanam’ pada wajah bagi menaikkan seri.

Bagaimanapun, berlian dan emas adalah susuk popular bagi artis dan golongan berada, manakala susuk jarum dan beras digunakan penari tarian tradisonal.

Namun di sebalik wajah berseri, lama kelamaan pengguna susuk menjadi lemah dan tidak bermaya kerana susuk dikatakan memakan diri secara tidak sedar.

“Ini kerana susuk itu mempunyai penunggu,” katanya yang mengakui sering didatangi pemakai susuk untuk mendapatkan khidmat merawat dan mengeluarkan semula susuk.

Liza berkata, kerja menanam susuk pada wajah biasanya dilakukan bomoh Indonesia atau bidan dengan bayaran antara RM1,000 hingga RM2,000.

“Saya tidak nafikan, sebaik susuk emas, berlian, beras atau jarum dikeluarkan, wajah pemakai nampak berkedut halus, tapi ia tidak ketara. Jadi, mereka tidak perlu bimbang hal itu,” katanya yang lebih tujuh tahun mendalami ilmu perubatan tradisional, termasuk membuang susuk.

Liza menyarankan pemakai susuk segera membuangnya kerana memakai susuk akan memakan diri secara perlahan-lahan apabila diserang pelbagai jenis penyakit misteri yang sukar disembuhkan.

“Saya nasihatkan mereka yang memakai susuk supaya membuang amalan syirik itu yang memudaratkan diri dan menggunakan cara yang digalakkan Islam.

“Pemakai susuk tidak perlu bimbang dengan gangguan ‘penunggu’ susuk kerana mereka dibekalkan air dan limau nipis yang dijampi dengan ayat al-Quran.

“Setakat ini saya bersyukur mereka yang membuang susuk menggunakan khidmat saya boleh hidup tenteram, sihat dan tidak lagi diganggu penunggu susuk itu,” katanya yang bersuamikan seorang nelayan berusia lingkungan 40-an.

Liza yang turut berkemampuan membantu menyembuhkan pelbagai penyakit berkata, khidmat diberikan tidak dikenakan bayaran atau pengeras kerana niatnya membantu adalah murni.

Sementara itu, pengamal perubatan terkenal di Pandan Indah, di sini, Awang Mohd Yahya, 55 atau lebih dikenali sebagai ‘bomoh artis’ turut mengakui ramai artis sanggup ‘berhabis’ wang, malah berhutang, untuk memasang susuk dengan kepercayaan akan kelihatan cantik dan rezeki mereka bertambah selepas berbuat demikian.

Katanya, selain artis, susuk menjadi pilihan ‘mak datin’ yang tidak mahu suami menduakan mereka, peniaga yang ingin barangan mereka laris dan golongan intelektual yang ingin dihormati.

Beliau berkata, sejak menjadi ‘bomoh susuk’ pada 1974, pelanggannya tidak pernah berkurangan.

“Ini menunjukkan kepercayaan penduduk negara ini terhadap susuk tidak pernah terjejas. Biarpun sekarang ini ada bermacam produk kecantikan, menaikkan aura dan sebagainya, susuk terus menjadi pilihan,” katanya.

Awang yang lebih mesra dengan panggilan Pak Awang mendakwa, artis adalah pelanggan utamanya dan mengaku jumlahnya besar. Bagaimanapun, dia enggan mendedahkan siapa artis dimaksudkan.

“Minta maaf, saya diamanahkan pelanggan supaya tidak menceritakan nama mereka kepada sesiapa, namun terus-terang saya katakan banyak artis kita, sama ada lama atau baru, memakai susuk.

“Artis biasanya memakai susuk kerana ingin mengekalkan populariti dan kelihatan cantik serta cergas sepanjang masa. Ada juga meminta saya memasang susuk sebagai pendinding dan pelindung kerana bimbang dikhianati orang,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mendakwa susuk ditanamnya adalah susuk daripada ayat al-Quran dan bukan jarum emas, berlian dan besi yang diharamkan Islam.

Antara jenis susuk yang ditawar Pak Awang ialah susuk ayat untuk ilmu kasihan, penunduk, pemanis, pendinding diri, seri wajah, suara merdu, penyeri diri, kelamin suami isteri, pelaris diri, pelaris perniagaan, pengikat kasih, penarik batin, luruh badan, pemikat umum, mandi susuk, susuk payudara, pulih dara dan ibu segala susuk.

Pak Awang berkata, berbanding bomoh susuk lain, beliau meminta pelanggan menemuinya dari semasa ke semasa untuk memastikan sama ada susuk itu bersesuaian dengan mereka.

Beliau yang mengendalikan Pusat Rawatan Zawil Hayat di Pandan Indah, dekat sini, mendakwa masalah susuk disalahtafsirkan sebagai sesat apabila bomoh bertanggungjawab memasukkan unsur sihir dan ilmu hitam di dalamnya.

“Bagi susuk yang ditanam benda ke dalam tubuh manusia, pemakainya harus membuang sebelum mereka meninggal dunia. Bagaimanapun, susuk saya tidak perlu buang kerana tidak dimasukkan apa-apa ke dalam tubuh,” dakwanya.

Beliau berkata, semua jenis rawatan ditawarkannya adalah satu usaha sebagai manusia yang mahu berikhtiar untuk memperbaiki diri dan kesihatan, sama ada zahir dan batin.

“Semuanya dengan keizinan Allah SWT,” katanya.

Ditanya mengenai bayaran dikenakan, Pak Awang turut merahsiakan dengan berkata, beberapa perkara perlu diambil kira sebelum mengenakan bayaran seperti masalah dihadapi pelanggan, jenis dan kesukaran ketika memasang susuk.
Reply With Quote
  #3  
Old 12-10-2008, 02:47 AM
aHmadDaniEL aHmadDaniEL is offline
Permanently Banned

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jul 2008
Location: dalam kotak
Posts: 18,270
Poster Rank: #99
Thanked 6 Times
Active Level
My Mood:
Default

botok tu maybe ada kot....susuk? erm.....
__________________
akuarium ikan den dah pindahkn ke sebelah..
Reply With Quote
  #4  
Old 12-10-2008, 02:50 AM
irsaffy irsaffy is offline
CG Top Poster Club

irsaffy's Avatar
 
Trader Rating: (11)
Join Date: May 2007
Posts: 41,171
Poster Rank: #18
Thanked 251 Times
Active Level
Default

Agak2 korg siapakah artis yg terlibat ngan bende mcmni?? yang aku tau Pian Cecupak mengaku dia cucuk botox.
Reply With Quote
  #5  
Old 12-10-2008, 02:56 AM
zeroxlegend zeroxlegend is offline
Active Member

zeroxlegend's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Jun 2008
Location: Cheras,KL
Posts: 1,551
Poster Rank: #2415
Thanked 0 Times
Active Level
My Mood:
Default

botox?
ramai artis yg dah guna.....
tapi kalu susuk aku rasa tak begitu meluas lagilah....
__________________
Power doesn't corrupt people, people corrupt power. -William Gaddis-
Reply With Quote
  #6  
Old 12-10-2008, 02:58 AM
irsaffy irsaffy is offline
CG Top Poster Club

irsaffy's Avatar
 
Trader Rating: (11)
Join Date: May 2007
Posts: 41,171
Poster Rank: #18
Thanked 251 Times
Active Level
Default

Kris Dayanti pun mengaku yg dia cucuk botox gak..
Gambar lama


Gambar kini

Reply With Quote
  #7  
Old 12-10-2008, 02:58 AM
aHmadDaniEL aHmadDaniEL is offline
Permanently Banned

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jul 2008
Location: dalam kotak
Posts: 18,270
Poster Rank: #99
Thanked 6 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by irsaffy View Post
Agak2 korg siapakah artis yg terlibat ngan bende mcmni?? yang aku tau Pian Cecupak mengaku dia cucuk botox.
jadi apa??????
__________________
akuarium ikan den dah pindahkn ke sebelah..
Reply With Quote
  #8  
Old 12-10-2008, 02:58 AM
sevenx17 sevenx17 is offline
Super Active Member

sevenx17's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Apr 2008
Posts: 2,807
Poster Rank: #1362
Thanked 0 Times
Active Level
My Mood:
Default

emm..aku rs yg nmpk pakai botox cam anita srawak,umie aida,ifa raziah
yg lain xprasan

oh ye, maybe rosnah mat aris pn
__________________
FEELING LUCKY NUMBER SE7EN?
Reply With Quote
  #9  
Old 12-10-2008, 02:59 AM
aHmadDaniEL aHmadDaniEL is offline
Permanently Banned

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jul 2008
Location: dalam kotak
Posts: 18,270
Poster Rank: #99
Thanked 6 Times
Active Level
My Mood:
Default

kris dayanti awal2 dah ngaku...
bukan cam artis malaysia yg hipokrit...
__________________
akuarium ikan den dah pindahkn ke sebelah..
Reply With Quote
  #10  
Old 12-10-2008, 02:59 AM
sevenx17 sevenx17 is offline
Super Active Member

sevenx17's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Apr 2008
Posts: 2,807
Poster Rank: #1362
Thanked 0 Times
Active Level
My Mood:
Default

berbeza btoi rupe kris dayanti dlu yek
__________________
FEELING LUCKY NUMBER SE7EN?
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 08:25 AM.


Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner. CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE