BTC USD 84,194.9 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Blogger mungkin kena GST?

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Blogger yang memperoleh pendapatan tahunan lebih RM500,000 bakal dikenakan GST.

​

PEMILIK atau pengendali laman blog yang menjadikan blog sebagai sumber menjana pendapatan bakal dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada April depan.

Bagaimanapun, pelaksanaan sistem percukaian baharu itu hanya melibatkan blog yang mempunyai jualan perniagaan tahunan melebihi RM500,000.

Menurut sumber yang enggan dikenalidari sebuah kementerian,pengiraan RM500,000 itu bukan berdasarkan kepada jualan iklan semata-mata, tetapi melibatkan jualan perniagaan lain.

“Blog yang menyediakan ruang pengiklanan dan mengenakan caj ke atasnya, bermakna blogger itu terlibat dalam pengiklanan. Jika blogger itu dalam perniagaan lain, maka dia juga perlu berdaftar dengan GST,” katanya.

Bagi blogger yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), sumber itu berkata, mereka boleh melakukan pendaftaran GST dengan menggunakan kad pengenalan (sole proprietor).

“Individu yang terlibat dengan perniagaan (sole proprietor) bukan merupakan syarikat, jadi dia tidak mempunyai nombor SSM dan ada kad pengenalan sahaja.

"Tetapi jika individu tersebut ada syarikat, dia perlu daftar menggunakan nombor SSM," menurut sumber itu.
 
500K pun tak sampai.. nak caj apa nya.. hahahahahahahaha!
 
undang2 rimba...kira nk rompak duit rakyat...
tu pn jgn...ikat perut konon...puihhh
 
haha... :)):)):)) dah dijangka..... sebab tu kena daftar ssm.... kena ada no pendaftaran perniagaan kat blog senang nak klepet.... banyak lagi akan menyusul..... tunggu..... :)):)):))
 
nasib baik untuk pendapatan tahunan rm500,000 je..
kalau tidak mesti felixia yeap caj gst jugak untuk ig review
 
mampuih mcm ni....semua kena,makan kiri kanan depan belakang....
 
10% pun aku sanggup bayar lah...

tapi tolonglah cemana nak dapat sales 500k tu

boring lah duk dalam kelompok tak kena GST
 
Back
Top
Log in Register