Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 16-09-2008, 03:46 AM
eboss eboss is offline
CG Hardcore

eboss's Avatar

 
Trader Rating: (23)
Join Date: Nov 2007
Location: FRANCHISE QMATHS ENRICH CENTRE AKAN DIBUKA PM SAYA
Posts: 85,693
Thanks (Received): 1894
Likes (Received): 1
Active Level
My Mood:
Default Cawangan CIMB Kuala Terengganu ditutup kerana kesilapan ingkar

Ismail, Kuala Terengganu, disita berikutan penghakiman ingkar yang didakwa diperoleh oleh seorang pelanggan terhadap bank itu.

“Kami sudah memfailkan pembelaan terhadap saman ini pada Julai dan oleh itu terkejut kerana penghakiman ingkar dikenakan terhadap kami,” kata jurucakap CIMB Group dalam satu kenyataan hari ini.

“Tidak ada rekod mengenai penghakiman sudah diserahkan kepada para peguam kami mengikut prosedur undang-undang, dan kami percaya tidak ada asas untuk tindakan yang diambil hari ini,” kata jurucakap itu.

CIMB Group hari ini memperoleh penangguhan pelaksanaan penghakiman dan sudah memohon untuk mengetepikan penghakiman itu.

Ia juga sedang menyiasat perkara itu dan berkata ia tidak teragak-agak untuk menggunakan semua peruntukan undang-undang, termasuk memfailkan laporan polis.

“Kami memohon maaf terhadap kesusahan yang dialami oleh pengguna dan kami akan memastikan mereka dapat melakukan urusan perbankan masing-masing di Jalan Sultan Sulaiman (cawangan) mulai esok,” kata jurucakap itu. - Bernama
__________________
USAHAWAN WWW.QMATHSMALAYSIA.COM BERMINAT? PM SAYA
Pelaburan LAGI HEBAT dari emas
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 16-09-2008, 03:48 AM
eboss eboss is offline
CG Hardcore

eboss's Avatar

 
Trader Rating: (23)
Join Date: Nov 2007
Location: FRANCHISE QMATHS ENRICH CENTRE AKAN DIBUKA PM SAYA
Posts: 85,693
Thanks (Received): 1894
Likes (Received): 1
Active Level
My Mood:
Default

Pejabat CIMB Bank Wilayah Timur disita kerana gagal jelas tuntutan saman RM15.6 juta


KUALA TERENGGANU: Kesemua aset CIMB Bank Wilayah Timur termasuk bangunan tiga tingkat, mesin ATM, bilik kebal serta barangan pejabat di Jalan Sultan Ismail di sini disita hari ini ekoran kegagalan bank itu menjelaskan tuntutan saman ganti rugi RM15.6 juta kepada sebuah syarikat kontraktor di Kota Baharu, Kelantan.

Saman itu dikenakan ekoran kegagalan CIMB Bank Kota Baharu memenuhi perjanjian bagi pinjaman RM11 juta yang dibuat dengan Syrikat Zima Properties Sdn Bhd pada Mac tahun 2005 bagi membangunkan satu projek perumahan di Pasir Mas, Kelantan.

Writ penyitaan dan penjualan barangan itu dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kota Baharu pada 1 September lalu dan pelaksanaan tindakan terhadap aset CIMB itu dilakukan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu

MUTAKHIR Pejabat CIMB Bank Wilayah Timur disita kerana gagal jelas tuntutan saman RM15.6 juta


KUALA TERENGGANU: Kesemua aset CIMB Bank Wilayah Timur termasuk bangunan tiga tingkat, mesin ATM, bilik kebal serta barangan pejabat di Jalan Sultan Ismail di sini disita hari ini ekoran kegagalan bank itu menjelaskan tuntutan saman ganti rugi RM15.6 juta kepada sebuah syarikat kontraktor di Kota Baharu, Kelantan.

Saman itu dikenakan ekoran kegagalan CIMB Bank Kota Baharu memenuhi perjanjian bagi pinjaman RM11 juta yang dibuat dengan Syrikat Zima Properties Sdn Bhd pada Mac tahun 2005 bagi membangunkan satu projek perumahan di Pasir Mas, Kelantan.

Writ penyitaan dan penjualan barangan itu dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kota Baharu pada 1 September lalu dan pelaksanaan tindakan terhadap aset CIMB itu dilakukan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.



Proses inventori penyitaan dilakukan oleh wakil peguam daripada Tetuan Wan Zainuddin & Co, bailif Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dan wakil pelelong awam pada 9.30 pagi tadi menyebabkan semua urusan bank berkenaan digantung pada hari ini.

Mengikut writ itu, CIMB Bank Wilayah Timur diberi tempoh dua minggu untuk menjelaskan jumlah saman ganti rugi khas itu kepada syarikat Zima Properties Sdn Bhd di Kota Baharu, dan kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan kesemua aset bank itu dilelong.

Wan Zainuddin Wan Musa, selaku peguam syarikat kontraktor itu berkata, anak guamnya telah membuat permohonan pinjaman sebanyak RM11 juta bagi tujuan pembelian hartanah dan pembangunan sebuah projek perumahan di Pasir Mas Kelantan dan ia telah diluluskan oleh pihak bank berkenaan pada Mac 2005.

“Bagaimanapun pada Disember 2005, pihak bank telah mengeluarkan satu perjanjian baru yang menstruktur semula perjanjian itu dengan tawaran pinjaman kali ini diberikan hanya RM4 juta. Tetapi anak guam kami enggan menandatanganinya,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Ekoran itu, plaintif memfailkan saman pada 29 Mei 2008 memohon CIMB Bank membayar ganti rugi khas kerana kehilangan keuntungan, kos yang telah dibelanjakan untuk pembangunan projek perumahan itu, faedah yang telah dibayar kepada defendan dan ganti rugi am kerana kejatuhan maruah, nama baik, reputasi serta potensi perniagaan.

Wan Zainuddin berkata kelewatan pembelaan oleh pihak defendan kemudiannya telah menyebabkan penghakiman yang dilakukan pada 6 Ogos di Mahkamah Tinggi Kota Baharu memihak kepada anak guamnya dan mahkamah telah mengarahkan defendan membayar ganti rugi khas bagi keuntungan yang bakal diperoleh plaintif sebanyak RM7.8 juta.

CIMB Bank juga dikehendaki membayar ganti rugi bagi kos yang telah dibelanjakan untuk pembelian hartanah dan pembinaan projek sebanyak RM6.6 juta, ganti rugi khas untuk faedah yang telah dibayar oleh plaintif kepada defendan sehingga 30 April sebanyak RM957,343, dan faedah sebanyak lapan peratus setahun bermula tarikh penghakiman dilakukan sebanyak RM225.

Wan Zainuddin berkata pembayaran untuk kos ganti rugi am kerana kejatuhan maruah, nama baik, reputasi serta potensi perniagaan belum diputuskan oleh mahkamah.

“Sehingga pukul 12.30 tengah hari tadi, pihak defendan masih gagal menjelaskan tuntutan ini, dan sekiranya ia masih gagal berbuat demikian dalam tempoh 14 hari, kesemua aset CIMB Bank Wilayah akan dilelong,” katanya.

Seorang pegawai bank yang dihubungi enggan mengulas. - Bernama
__________________
USAHAWAN WWW.QMATHSMALAYSIA.COM BERMINAT? PM SAYA
Pelaburan LAGI HEBAT dari emas
Reply With Quote
  #3  
Old 16-09-2008, 03:53 AM
dek_ang dek_ang is offline
Active Plus

dek_ang's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Jul 2008
Posts: 4,726
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

adeh..bank pon kena sita eh...
Reply With Quote
  #4  
Old 16-09-2008, 04:05 AM
reeez80 reeez80 is offline
Legendary Member

reeez80's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Apr 2007
Location: Ktn, Phg
Posts: 14,673
Thanks (Received): 5
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

bank pun boleh jadi macam nie.. hehehe.. macam2 lah kes sekarang nie...
__________________
YOU'LL NEVER WALK ALONE...
Reply With Quote
  #5  
Old 16-09-2008, 04:13 AM
miXxer miXxer is offline
Legendary Member

miXxer's Avatar
 
Trader Rating: (14)
Join Date: Nov 2007
Location: 32.301353,-64.790892
Posts: 13,257
Thanks (Received): 63
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

elok la tu.. jgn kasi muka na dgn bank neh..
__________________
Reply With Quote
  #6  
Old 16-09-2008, 05:09 AM
dino dino is offline
Super Active

dino's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2007
Location: Kuantan-Old Trafford,Manchester United
Posts: 7,650
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Ekekekeee....padan gak muka CIMB bank,biasa dia yg laju sita org,sekarang...amik ko...............
__________________
GLORY-GLORY MANCHESTER UNITED!!!

Reply With Quote
  #7  
Old 16-09-2008, 05:34 AM
kambing gurun kambing gurun is offline
Active Plus

kambing gurun's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2008
Posts: 3,254
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Pergh!!!! tu laaaaaaaaaaa, slalu sgt tarik duit org, kali nih rasakan..... Hikmat kubah berdarah 27 petala langit..............
Reply With Quote
  #8  
Old 16-09-2008, 05:40 AM
MOD jr. MOD jr. is offline
CG Top Poster Club

MOD jr.'s Avatar
 
Trader Rating: (33)
Join Date: May 2008
Posts: 22,557
Thanks (Received): 91
Likes (Received): 10
Active Level
Default

semalam aku pi maybank...tergelak sakan ada solek bapak besar depan pintu,,,,adeh...bank pun kena sita ke...hyip scam ke =))=))
__________________


IKOFX SUPPORTER
Reply With Quote
  #9  
Old 16-09-2008, 05:42 AM
mj12 mj12 is offline
Legendary Member

mj12's Avatar
 
Trader Rating: (8)
Join Date: Mar 2008
Posts: 11,824
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

bank adik najib nie kan?
__________________
p/s....kling....klong....kling.....klong..........
Reply With Quote
  #10  
Old 16-09-2008, 05:48 AM
gUeSs gUeSs is offline
Regular

gUeSs's Avatar
 
Trader Rating: (3)
Join Date: Sep 2008
Posts: 836
Thanks (Received): 33
Likes (Received): 0
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by ayamod View Post
semalam aku pi maybank...tergelak sakan ada solek bapak besar depan pintu,,,,adeh...bank pun kena sita ke...hyip scam ke =))=))
apsal maybank yg kena solex plak??
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump