Ha, rasa-rasanya thread ini tak ada lagi…
So, biar Sya mulakan dulu.
Mengikut pengetahuan Sya yang cetek ini,
setakat ini
Sya baru tahu 6 jenis pantang – larang sejarah keturunan (sumpahan keras)
Yang tak boleh dilanggar oleh anak-cucu- cicit (keturunan) asal.
Kalau langgar juga dpt padah.
Memang misteri dan tak masuk dek akal…
Tapi kena percaya & ikut, kalau tak dapat susah…
Contoh:
1. Sumpahan Ikan Tapah di Perak
keturunan Pak Kaduk, asal Lambor Kiri, Lambor Kanan
tak boleh makan ikan Tapah, (kalau tak rasalah penangannya)
2. Sumpahan Ikan Patin di Brunai.
Keturunan Pengiran Laga.
(keturunannya banyak di Sarawak tak boleh usik ikan patin sedikitpun)
3. Sumpahan ‘Puti’ ke atas Orang Rawo.
Tak boleh pijak tanah/simen sebelum buat adat
Menjejak tanah, kalau tidak cirit sampai membawa ke mati.
4. Pantang larang Orang Sungai Sarawak.
Mesti buat upacara ‘tingkuang’,
pengantin lelaki ‘orang luar’ dilarang naik ke rumah sebelum dapat
kebenaran. (tunggu berjam2), kalau langgar
memang mengakibatkan kepada mulut berbuih2 sampai mati.
5. Ada keturunan tak boleh makan ikan kekacang / alu-alu,
Kalau makan naik kelopak garam, gatal2 (macam alergik).
Kononnya ikan tu dah kena sumpah dek bota laut.
6. Keturunan yg kena sumpah dek buaya putih di Sungai Muar,
7 keturunan tak boleh turun laut, sungai, air terjun, datang akibat buruk.
7. Keturunan boleh jalan atas api, boleh ubat cedera terbakar
(Suku Sawau di Fiji)
memang ada sesetengah dari sumpahan/pantang tersebut ada betul nya... pernah terjadi kat sini... orang malanau memang pantang makan ikan pating ngan ikan talapia... pendek kata depa tak berapa gemar nak makan ikan darat nie...
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE