BTC USD 79,899.5 Gold USD 4,349.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penipuan Kad Kredit/Kad Debit Melalui Telefon

myroadtax.com

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,906
Paid Membership
Joined
Feb 12, 2014
Messages
25,906
Reaction score
585
Points
161
1236881_766879033322406_6312680914342035807_n.jpg


Oleh kerana ramai ahli keluarga, kenalan dan termasuk saya sendiri sudah menerima panggilan scam ini, saya ingin berkongsi scam alert dengan warga CG sekalian.

Ia mensasarkan pengguna baru kad kredit/kad debit yang kurang arif mengenai transaksi kad kredit. Sindiket akan menggunakan pelbagai taktik untuk mendapatkan CVV2 (Card Verification Value) iaitu tiga digit nombor terakhir di belakang kad kredit/kad debit mangsa.

Modus Operansi:

1. Sindiket akan membuat panggilan telefon kepada pemegang kad kredit atau debit dengan memaklumkan bahawa panggilan tersebut adalah daripada pusat khidmat pelanggan bank yang dilanggani. Ini menyebabkan mangsa menjadi selesa dan yakin berurusan.

2. Sindiket memberitahu mangsa:

a. mereka merupakan pemegang kad bertuah dan atas sebab tersebut, terdapat tawaran menarik seperti pakej pelancongan, insurans sedang menanti.

b. terdapat transaksi yang mencurigakan dalam akaun kad kredit/debit.

3. Oleh itu mangsa perlu membuat pengesahan nama penuh, nombor kad pengenalan dan tarikh luput kad.

4. Pihak sindiket kemudiannya akan meminta mangsa membacakan nombor kad kredit/debit mangsa berserta tiga digit nombor terakhir di belakang kad berkenaan.

5. Setelah semua maklumat tersebut diperolehi,

a. sindiket berjanji tawaran yang dimaksudkan akan dimaklum dalam tempoh terdekat.

b. sindiket memberitahu satu laporan rasmi akan dibuka bagi menyiasat aktiviti akaun. Sindiket juga akan menyakinkan mangsa bahawa akaun masih selamat digunakan.

6. Mangsa menyedari mereka tertipu apabila terdapat transaksi pengeluaran wang tanpa pengetahuan ketika menyemak penyata akaun bank.

AMARAN

1. JANGAN SESEKALI memberikan nombor kad kredit/ debit termasuk tiga digit nombor terakhir yang terdapat di belakang kad berkenaan.

2. Segera hubungi pihak bank sekiranya akaun anda digunakan oleh pihak ketiga tanpa kebenaran anda.

3. Jangan dedahkan apa-apa maklumat peribadi perbankan anda kepada orang yang tidak dikenali.

4. Jika anda sangsi dengan panggilan telefon, minta pihak bank hantar surat rasmi kepada anda mengenai tawaran atau permasalahan.

5. Anda juga boleh memberi alasan anda sibuk dan akan hubungi semula pihak bank dengan pergi ke cawangan yang terdekat.

6. Jika sindiket mendesak anda telefon, minta nombor telefon dahulu. Selepas itu semak nombor telefon dengan Bank HQ.

:(scam

Setakat ini sindiket akan caj dalam amaun RM300-RM500 supaya transaksi mereka lepas. Ini kerana banyak pengguna kad kredit baru mempunyai had kredit yang rendah.
 
aku pernah kene sedut duit senyap2 oleh paypal. tersubscribe benda apa ntah
 
[B said:
AMARAN[/B]

1. JANGAN SESEKALI memberikan nombor kad kredit/ debit termasuk tiga digit nombor terakhir yang terdapat di belakang kad berkenaan.

.

rasanya kod tu scammer tu pun dah tahu dah! saje je buat2 tak tahu
 
rasanya kod tu scammer tu pun dah tahu dah! saje je buat2 tak tahu

Memang masa telefon sindiket dah tahu nama penuh, alamat dan nombor mykad kita dan nombor kad kredit/debit. Tetapi mereka tak tahu nombor kod CVV2 tu.

Saya rasa memang sindiket ada orang dalam bank. Tetapi maklumat CVV2 ni rahsia. Pihak bank pun tidak tahu.
 
Mmg kes2 penipuan begini masih berleluasa...nice sharing tt
 
ada no pelik2 xpyh angkat. tak pun buat2 salah nombor
 
ada no pelik2 xpyh angkat. tak pun buat2 salah nombor

Aku dulu zaman perangai tak senonoh suka jawab telefon yang nombor unknown dan tidak kenal dengan...

"Rumah mayat Tanjung Malim..." :D
 
thank you TT for sharing..
2 minggu lepas dapat call offer kredit kad..

TAK PAYAHHH!!!

bump ini thread..
 
Back
Top
Log in Register