BTC USD 85,846.4 Gold USD 4,348.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Jom cek status sama ada muslim,mukmin,munafik atau fasiq

Apa status anda?


  • Total voters
    0
  • This poll will close: .

zanuar

Super Active Member
Messages
6,079
Joined
Oct 14, 2009
Messages
6,079
Reaction score
468
Points
91
Ada seorang makhluk Allah..orangnya baik sekali..cukup time dia p solat...lepas grad U,dia menganggur selama 6 bulan..hatinya gelisah..dia melihat ramai kawan2 dia dapat kerja dengan gaji yg cukup lumayan..dan lebih mnyedihkan..ada antara kawan2 dia dapat masuk kerajaan....

Selepas 6 bulan dia menghantar perpuluh puluh resume...akhirnya dia di terima kerja di syarikat kecil.Pergi la dia menjual diri pada syarikat itu.Dimasa seisi temuduga,dia berjanji akan berkerja bersungguh sungguh..dia sanggup memikul amanah yg di berikan oleh syarikat itu..dan akhirnya dia diterima kerja dengan upah yg kecil.

Di masa kerja,hatinya amat tidak tenteram..selalu tidak berpuas hati dengan kerja yang di amanah,upah yang kecil sedangkan kelayakkan akedemik nya besar.Kawan2nya kerja di syarikat yg hebat dan kerajaan dengan gaji yang lumayan...Sedangkan dia lupa ramai lagi yang mengganggur yg perlukan kerja..ramai lagi yang sanggup pikul amanah kerja itu.Sesungguhnya dia tidak bersyukur.........

Di dalam riwayat al-Bukhari menyebut, “apabila kamu melihat kepada orang yang dilebihkan Allah dari segi harta benda dan kejadian, maka hendaklah dia melihat kepada orang yang lebih rendah taraf daripadanya”.

Tiga bulan dia berkerja di situ,akhirnya di di terima bekerja di kerajaan.Hatinya gembira.Pergila dia menjual diri dengan gaji yang di idamkan sesuai dengan kelayakannya.Di masa interview,dia berjanji bekerja dengan sungguh2..sanggup pikul amanah yg di berikan...selepas 3 bulan dia bekerja di stu,segala janji dan kepercayaan yang di beri dan dimenterai,telah pun dia khianat.

Dia mula abaikan kerja dia.Selalu MC,lepak kat kantin berjam jam...selalu layan facebook,forum,twitter..berdebat di forum CG dalam perjuangan islam adalah lebih afdal...janji dia untuk kerja bersungguh sungguh telah pun dia khianat.

Bila di beri amanah/tugasan..dia melengahkan masa..selalu dia hilang ke surau untuk solat dan lepak bersama kawan2.Amanah kerja yg dipikul..di tolak ke tepi..melayan customer dalam fanpage adalah penting sebab perniagaan online lebih penting dari amanah yg di serah oleh bossnya.

Bila amanah/tugasan dia belum siap..dia berbohong..katanya masa itu tak cukup,bahan itu tak cukup,ini tak cukup,itu tak kena,ini tak kena...akhirnya bohong itu telah pun meresap ke dalam hati dia...selalulah dia berbohong bila di beri amanah,janji dan kepercayaan....

Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu , ia berkata:Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Ada tiga tanda orang munafik:-
apabila berbicara ia berbohong,
apabila berjanji ia mengingkari
apabila dipercaya ia berkhianat


Makhluk Allah berasa tidak tenteram hidupnya.Dia melihat kawan sekerjanya.Kawan sekerjanya amat alim sekali.Bunyi azan jer terus masuk solat dan tinggalkan tugasan/amanah kerja itu.Makhluk Allah ingin menjadi alim seperti kawannya.Kawan sekerjanya menasihati makhluk Allah bahawa amanah Allah lebih penting dari amanah manusia.Dan kawannya bagitau kalau nak jadi org beriman,kena selalu hadiri kuliah agama.
Sempat nak tanya di kuliah td.. tp ada tanya dr Uai td.. tanya melalui sms jer, so jawapannya ringkas n padat.. kalau nk huraian lanjut, kena tanya di waktu kuliah.. ni jawapannya..


Wsalam..jd org beriman ialah meyakini 6 rukun iman kemudian mengamalkan rukun2 Islam..utk meyakininya dan mengamalkanya dgn betul maka kena belajar sptt hadiri kuliah..

Begitu mudah mereka ditawarkan menjadi orang beriman tanpa di uji oleh Allah .

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?

Daripada Anas ra berkata : Bersabda Rasulullah SAW, "Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq".

Pergilah makhluk Allah itu mendengar kuliah setiap hari.Dia berharap agar menjadi orang beriman di masa hadapan.Lama kelamaan dia mengikut jejak langkah kawan sekerjanya.Cukup time,lari p solat sebab amanah Allah lebih penting daripada amanah bossnya.Setiap hari dia menyeru nama pemimpin dan pembesarnya.Malah dalam solat pun dia menyeru nama pemimpin dan pembesar.Bila nak mulakan solat,hati nya menyeru "pembesaq kata hukum kena wat gini2 masa nak solat".Time solat pula bila dia nak garu ketiak,hatinya menyeru "pembesar kata hukum nya haram,batal solat" Bila baca pejam mata,hatinya menyeru "Pembesar kata hukum makruh,sunat tutup mata..kena buka besaq2"

Sesungguhnya dia bukannya meyembah Allah tetapi dia menyembah pembesarnya.

“Nabi S.a.w ditanya tentang dosa apa yang paling besar, beliau bersabda, “engkau menyeru sekutu Allah sedang Dia telah menciptakan kamu”. Hadith Riwayat Muslim

Bila bercakap bab hukum agama,makhluk Allah nombor satu..semuanya diterang bersandarkan quran dan hadis yg ditafsir oleh pemimpin dan pembesarnya...kalau ada org teguq pendapat pemimpin dia,lantas dia membela dengan marah sekali.Masa waktu kerja,dia lantang dalam CG membela hudud dan islam hingga mengkhianati janji janji yang telah dia tandatangan pada surat tawaran kerja...sehinggakan dia tak tau mana satu halal dan mana satu haram.....dan dia tak tau apa itu dosa....

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya seorang mukmin dalam melihat dosanya, bagaikan seorang yang berada di puncak gunung, yang selalu khuatir tergelincir jatuh. Adapun orang fasik dalam melihat dosanya, bagaikan seseorang yang dihinggapi lalat di hidungnya, maka dia usir begitu saja." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Di kisahkan pada zaman moden,lahirlah dua bayi yang bakal merubahkan dunia ini.Seorang bayi adalah Pemimpin Makhluk Allah manakala seorang bayi pula adalah Hamba Allah.Ibu bapa Pemimpin Makhluk Allah ini mempunyai kerjaya yang bagus.Dan di dalam rumah mereka ada banyak kitab2 yg terdiri dari terjemahan Al quran,terjemahan pelbagai hadis,tafsir quran dan hadis yang di karang oleh pembesar2 makhluk Allah.Kehidupan mereka amat bahagia dan dengan kehadiran bayi ini,mereka bertambah bersyukur dan berazam untuk jadikan bayi itu sebagai Pemimpin Makhluk Allah yg di sengani oleh kaum mereka.Dan apabila bayi itu menginjak umuq 10 tahun,dia telah khatam Al quran 30 juzuk.Dan bayi itu (Pemimpin Makhluk Allah) berazam akan MENTAFSIR segala isi ayat quran dan hadis dan akan menyampai pada kaumnya bila sampai masa.

Kehidupan keluarga ibu bapa Hamba Allah pula adalah ketegori sederhana.Mereka berniaga nasi campur di kawasan perkilangan.Tempat tinggal mereka tiada kemudahan elektrik maupun air.Namun ibu bapa Hamba Allah memiliki hanya tiga kitab sahaja iaitu terjemahan quran,bible dan terjemahan hadis sahih muslim.Bayi ini bila menginjak umur 11 tahun,muqaddam pun baca tak habis.Masuk umur 12 tahun,masuk surah baqarah,terus tak baca quran dah.Tapi bayi ini(Hamba Allah) merasa pelik bila dia baca terjemahan quran,hadis dan bible. Hamba Allah ini memahami setiap isi bible tapi satu habuk pun tak faham bila buka quran dan hadis. Hamba Allah ini tidak lagi membaca bible kerana takut terpaku dalam minda akan ayat2 bible tersebut.Dan Hamba Allah itu berazam untuk MEMAHAMI setiap ayat quran dan hadis.

Pada usia 12 tahun , Pemimpin Makhluk Allah dan Hamba Allah telah mendapat keputusan yg baik dalam ujian sekolah.Dan mereka di tawarkan masuk ke sekolah agama berasrama penuh.Dan mereka mengambil tawaran tersebut untuk mencapai azam masing2.

Pemimpin Makhluk Allah adalah pelajar yang tertib dan baik.Dia amat cermat bila membaca al quran.Setiap tajwid,nahu,harakat berada dalam mindanya.Dia akan memberi tumpuan yang penuh pada kelas tajwid agar bila besar nanti,dia boleh imamkan kaumnya dengan bacaan yg merdu dan tepat.Pemimpin Makhluk Allah juga menghafal nama2 pembesar Makhluk Allah agar senang dia mencari kitab2 tafsir karangan mereka.Ibu bapanya amat sayang kepada dia kerana kepandaian yag dia miliki.Segala permintaan di turuti umpama membeli kitab tafsir,kitab hakikat,makrifat,syariat,fiqh.Ibu bapanya membeli pakaian yang cantik dan lain2 lagi.Bak kata orang “senang banyak la tu”

Pemimpin Makhluk Allah itu berpegang pada terjemahan hadis yg salah ini :-


Hamba Allah ini pula seorang nakal.Pada usia 14 tahun,dia telah di buang sekolah kerana kesalahan jenayah.Lalu di di humban kedalam juvana.Selepas 3 bulan dia menginap juvana,akhirnya Hamba Allah di bebaskan.Bapanya amat kecewa dengan sikap nakal Hamba Allah lalu menghalau keluaq dari rumah.Maka keluaq la dia mencari kerja pada usia 14 tahun.Pelbagai kerja dia lakukan demi untuk menggalas perutnya.Pada usia 15 tahun,Hamba Allah menjual diri pada satu kilang.Dia diterima dengan upah sebanyak sehari 8 inggit.Hamba Allah amat bersyukur kerana pada usia 15,ada kilang nak ambik dia bekerja.Lalu dia bekerja bersungguh sungguh seolah olah di bayaq gaji sehari 80inggit kerana dia sedar bahawa dia bukan lagi di bawah tanggungan bapanya lagi.

Selepas hampir 8 bulan dia bekerja,Hamba Allah berfikir..kemana hala tujunya selepas besar nanti?Adakah dia akan menjadi buruh selama lamanya?Hamba Allah tahu dia tak punyai sebarang sijil akedemik.Setelah berfikir,lalu Hamba Allah berijtihad bahawa bidang mekanikal yang paling sesuai untuk dia ceburi sebab bidang itu mementingkan pengalaman berbanding sijil akedemik.


Pada usia 18 tahun,Pemimpin Mahkluk Allah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Mesir.Dia amat bersyukur kepada Allah kerana segala usahanya tercapai.Orang kampong dan ibu bapanya menghantar dia ke lapangan terbang.Mereka semua berharap agar kepulangan Pemimpin Mahkluk Allah ini akan memimpin kampong dan Negara dengan ilmu2 tafsir,fiqh,makrifat,syariat,hakikat,dll.Di Mesir, Pemimpin Mahkluk Allah mempelajari bahasa arab agar memudahkan dia mentafsir quran dan hadis.Dan juga memudahkan dia berdoa dalam bahasa arab.

Dari Abu Hurairah r.a : (ii). Dan seorang lelaki yang mempelajari ilmu dan mengajarkannya. Beliau juga membaca Al-Quran. Lelaki itupun dibawa menghadap Allah SWT.

Allah SWT memperingatkan segala nikmat yang diberikan kepadanya. Lelaki itu mengakui akan penerimaan semua nikmat tersebut. Allah SWT berfirman kepadanya : ‘Oleh itu, apakah yang telah kamu lakukan dengannya?’ Lelaki itupun menjawab : ‘Aku telah mempelajari ilmu dan mengajarkannya. Aku telah membaca Al-Quran semata-mata kerana-Mu.’

Allah SWT berfirman kepadanya : ‘Kamu berdusta. Akan tetapi kamu telah mempelajari ilmu supaya kamu dipanggil sebagai seorang ‘alim dan kamu telah membaca Al-Quran supaya dipanggil seorang qari. Sesungguhnya kamu telahpun dipanggil sedemikian.

Kemudian Allah SWT telah memerintahkan kepada malaikat agar lelaki itu dibawa pergi dan diheret dengan mukanya ke bawah hinggalah beliau dicampakkan ke dalam api neraka.

[011] (Sahih, Muslim, Ahmad, An-Nasa’i dan Al-Hakim)

Manakala pada usia 18 tahun,bapa kepada Hamba Allah telah mengajar Hamba Allah perihal cara2 mengambil wudhuk,cara bersolat bersandarkan pada hadis.Bapanya mengajar tanpa ada secuit pun pendapat atau tafsir pembesar Makhluk Allah.Semuanya di cedok bulat2 dari hadis.Selepas Hamba Allah belajar selama berminggu minggu,bapanya memanggil dia mengucap dua kalimah syahadah di hadapan bapanya sambil bersaksikan quran.Dan bapanya memberi nasihat pada Hamba Allah agar tidak menghadiri sebarang kuliah agama atau membeli buku2 atau kitab2 yang dikarang oleh pembesar Mahkluk Allah kerana takut segala tafsiran dan pendapat melekat kedalam minda anaknya.Hamba Allah menerima nasihat itu dengan hati riang.

Maka bermulalah perjalanan Hamba Allah sebagai orang muslim.

“Tidak seorang muslim pun yang ditimpa keletihan, penyakit, susah hati, sedih, disakiti orang, derita, sehingga jika sebatang duri menikamnya, kecuali Allah memadamkan dengan itu semua dosa-dosanya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hamba Allah telah berjanji pada diri dia bahawa dia akan memuliakan ibubapanya dunia dan akhirat akibat dipadang rendah oleh adik beradik dan masyarakat di sebabkan kenakalan Hamba Allah.Dan Hamba Allah juga berazam menjadi penyelia pada usia 30 tahun kerana itu sahajalah jawatan yang boleh di capainya sesuai dengan ketiadaan sijil akedemik.

Pergila dia menjual diri di syarikat kecil dan dengan upah yang kecil kerana dia inginkan pengetahuan bidang mekanikal.Baginya syarikat kecil adalah yang terbaik sebab satu hamba sahaya (pekerja) kena pegang sepuluh tugasan berbanding syarikat besar.Dia tak kisah gaji kecil sebab pengetahuan lebih berharga dari gaji tersebut.Hamba Allah itu sentiasa mencabar dirinya,mencabar masa yang di berikan dan mencabar tugasan yang di amanahkan.Dia membuat dengan sedaya upaya nya hinggakan makan ,tidur dan rehat tidak terurus.Malahan gajinya juga kira tak betul tapi dia tetap bekerja dengan tekun kerana amanah tetap amanah yg wajib dipikul.

Tapi hamba Allah ini merasa sedih dengan kaum yg menyembah batu dan kaum seagamanya.Mereka mengambil kesempatan atas kejujuran dan keikhlasan dia.lSebab itu dia senantiasa bertukar kilang.Pernah Hamba Allah di timpa penyakit skizo akibat tertekan dengan masalah ini.Disebabkan sikapnya yang tekun, ikhlas dan jujur bila di beri amanah/tugasan,dia tidak di sukai oleh kaumnya yang punyai sijil akedemik dan bergaji besar kerana Hamba Allah adalah ancaman kepada mereka dalam membodek tuan mereka. Sebab itu Hamba Allah suka bekerja seorang diri.

“Hendaklah kamu semua bersikap jujur, karena kejujuran membawa kepada kebaikan, dan kebaikan membawa ke sorga. Seorang yang selalu jujur dan mencari kejujuran akan ditulis oleh Allah sebagai orang yang jujur (shidiq).

Dan jauhilah sifat bohong, karena kebohongan membawa kepada kejahatan,dan kejahan membawa ke neraka. Orang yang selalu berbohong dan mencari-cari kebohongan, akan ditulis oleh Allah sebagai pembohong (kadzdzab). (H.R. Bukhari)

Pada usia 30 tahun,ada seorang tuan yang ingin mengambil Hamba Allah bekerja dengan dia.Tugasan dia adalah untuk membangunkan satu department mekanikal.Setelah berbincang,akhirnya satu perjanjian telah dimenterai .Setujulah Hamba Allah itu menerima amanah/tugasan tersebut.Di fahamkan bahawa Hamba Allah adalah orang ketiga setelah dua orang terdahulu gagal memikul amanah/tugasan tersebut.

Pergila Hamba Allah itu menunaikan janji janjinya.Selama setahun dia bekerja,dia tidak pernah mengambil cuti tahuna,cuti sakit.Apa yang di fokusnya adalah membangunkan department tersebut.Dia tidak mendapat bayaran bila bekerja pada Cuti umum,sabtu dan ahad malahan dia bekerja sehingga 24 jam tanpa sebarang bayaran.Ini kerana dia mencabar dirinya,mencabar janjinya bahawa dia boleh bangunkan department tersebut dalam masa setahun sahaja.

Akhirnya department tersebut berjaya di bangunkan.Bermula dengan 2 biji mesin,kini bertambah menjadi 6 biji mesin.Dia boleh mengendalikan 6 biji mesin sekaligus.Kemudian Hamba Allah itu mengambil anak2 muda yang mempunyai sijil tapi tiada kemahiran.Bayaran gaji anak2 muda itu sesuai dengan peredaran masa. Lalu dia menurunkan ilmu mekanikal kepada mereka.Hamba Allah sentiasa mencabar mereka untuk hasilkan produk yang terbaik.Anak2 muda seronok bekerja kerana pelbagai ilmu mekanikal mereka perolehi dan setiap produk berjaya di hasilkan dengan secepat mungkin berbanding masa yang dijadualkan.

Tiga tahun kemudian, tuan(majikan) mereka mengambil dua orang makhluk Allah untuk bekerja di situ.Kedua Mahkluk Allah itu mendakwa bahawa berpengalaman 15 tahun dalam bidang mekanikal.Dua orang makhluk Allah itu mendapat gaji yang di minta.Dan mereka berjanji memantapkan department tersebut.Seronok la hamba Allah itu kerana ada orang yang jauh pengalaman darinya bekerja di situ.Hamba Allah berharap dapat menimba ilmu pengetahuan mekanikal dari mereka.

Rupa rupanya kedua makhluk Allah itu hanya berkehendak upah yang tinggi.Pengalaman kedua makhluk Allah itu amat mendukacita.Anak2 muda ini pula yang kena ajar kedua makhluk Allah itu.Anak2 muda ini boleh hasilkan produk dalam masa sehari tapi kedua makhluk Allah itu mengambil masa dua hari untuk siapkan produk tersebut.Kedua makhluk Allah suka melengahkan masa bila di beri tugasan.Masuk waktu jer,makhluk Allah lari p surau untuk solat tanpa keizinan Hamba Allah sedang produk tersebut belum siap sepenuhnya.Bila di beri dua biji mesin untuk di kendali,makhluk Allah tarik muka masam.Ini amat memberi tekanan pada Hamba Allah untuk mengurus dan menyelia department tersebut.Malah Hamba Allah terpaksa mengambil tugasan yg di amanah kepada makhluk2 Allah untuk di selesaikan dengan seberapa segera.Anak2 muda mula lari tinggalkan kilang itu.

Rasulullah r bersabda: Tiga orang yang shalatnya tidak melebihi telinga mereka, yaitu hamba sahaya yang lari dari tuannya sehingga dia kembali, wanita yang semalaman suaminya dalam keadaan marah kepadanya, dan imam suatu kaum, sedang mereka benci kepadanya. [HR. At-Tirmidzi 360, shahih].

Hamba Allah bekerja di situ selama 4 tahun sahaja kerana tertekan dengan masalah ini.Hamba Allah nekad tidak akan menjual diri lagi.Hamba Allah ingin menjadi orang yang merdeka. Cukup la 20 tahun dia mencari pengetahuan ilmu mekanikal. Dia tidak mahu membinasakan dirinya dengan tekanan.Dan dia sesekali tidak akan membinasakan dirinya dengan mengikut jejak langkah makhluk2 Allah tersebut.Cukupla dia derita melihat kaum menyembah batu dan kaumnya mengambil kesempatan atas dia.Hamba Allah berhenti pada usia 34 tahun dan berniaga pakaian di pasar.Hamba Allah tidak sedar bahawa selama 20 tahun itu dia telah pun menyemai Ikhlas hingga ikhlas itu meresap kedalam hatinya.

Dari Abu Firas rahmatullah ‘alaih (seorang dari Kabilah Aslam) telah berkata: seorang telah berseru dan bertanya: ya Rasulullah! Apa itu iman? Nabi SAW bersabda: Iman itu ialah ikhlas. (HR Baihaqi)

Hamba Allah telah pun menjadi orang beriman setelah diuji dengan pelbagai ujian oleh Allah.

“Orang-orang " A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah : "Kamu belum beriman,tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: 'kami telah Islam '.Dan,jika kamu taat kepada Allah RasulNya, Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihani"

bersambunggggg..................... :)):)):))
 
Last edited:
Ada seorang makhluk Allah..orangnya baik sekali..cukup time dia p solat...lepas grad U,dia menganggur selama 6 bulan..hatinya gelisah..dia melihat ramai kawan2 dia dapat kerja dengan gaji yg cukup lumayan..dan lebih mnyedihkan..ada antara kawan2 dia dapat masuk kerajaan....

Selepas 6 bulan dia menghantar perpuluh puluh resume...akhirnya dia di terima kerja di syarikat kecil.Pergi la dia menjual diri pada syarikat itu.Dimasa seisi temuduga,dia berjanji akan berkerja bersungguh sungguh..dia sanggup memikul amanah yg di berikan oleh syarikat itu..dan akhirnya dia diterima kerja dengan upah yg kecil.

Di masa kerja,hatinya amat tidak tenteram..selalu tidak berpuas hati dengan kerja yang di amanah,upah yang kecil sedangkan kelayakkan akedemik nya besar.Kawan2nya kerja di syarikat yg hebat dan kerajaan dengan gaji yang lumayan...Sedangkan dia lupa ramai lagi yang mengganggur yg perlukan kerja..ramai lagi yang sanggup pikul amanah kerja itu.Sesungguhnya dia tidak bersyukur.........

Di dalam riwayat al-Bukhari menyebut, “apabila kamu melihat kepada orang yang dilebihkan Allah dari segi harta benda dan kejadian, maka hendaklah dia melihat kepada orang yang lebih rendah taraf daripadanya”.

Tiga bulan dia berkerja di situ,akhirnya di di terima bekerja di kerajaan.Hatinya gembira.Pergila dia menjual diri dengan gaji yang di idamkan sesuai dengan kelayakannya.Di masa interview,dia berjanji bekerja dengan sungguh2..sanggup pikul amanah yg di berikan...selepas 3 bulan dia bekerja di stu,segala janji dan kepercayaan yang di beri dan dimenterai,telah pun dia khianat.

Dia mula abaikan kerja dia.Selalu MC,lepak kat kantin berjam jam...selalu layan facebook,forum,twitter..berdebat di forum CG dalam perjuangan islam adalah lebih afdal...janji dia untuk kerja bersungguh sungguh telah pun dia khianat.

Bila di beri amanah/tugasan..dia melengahkan masa..selalu dia hilang ke surau untuk solat dan lepak bersama kawan2.Amanah kerja yg dipikul..di tolak ke tepi..melayan customer dalam fanpage adalah penting sebab perniagaan online lebih penting dari amanah yg di serah oleh bossnya.

Bila amanah/tugasan dia belum siap..dia berbohong..katanya masa itu tak cukup,bahan itu tak cukup,ini tak cukup,itu tak kena,ini tak kena...akhirnya bohong itu telah pun meresap ke dalam hati dia...selalulah dia berbohong bila di beri amanah,janji dan kepercayaan....

Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu , ia berkata:Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Ada tiga tanda orang munafik:-
apabila berbicara ia berbohong,
apabila berjanji ia mengingkari
apabila dipercaya ia berkhianat

Hello....orang melayu mana ada lah macam tu. Hang jangan tipi....berdosa....nanti masuk neraka siapa nak tolong hang?
 
nasib aku bukan keja gomen :eek:

:"> aku memang takde keja sangat sekarang ni..
dari kehulu kehilir mengumpat sana sini elok layan forum..
 
melayu mudah lupe..cpt sgt dpt nikmat tu yg jdi begitu...
 
wa haramkan duet cukai yg wa bayar kt gomen utk bayar gaji malaun2 pemalas tahap baboon ni..wa rase mcm teraniaya..bhangsadd!!!!
 
nasib aku bukan keja gomen :eek:

:"> aku memang takde keja sangat sekarang ni..
dari kehulu kehilir mengumpat sana sini elok layan forum..

layan forum pun kena beringat jugat tuan, ngumpat, fitnah ada je.....hehehe
 
thanks tt.ingatan yg baik untuk sy :)cgrock
 
Sebelum dapat kerja Janji tekun bekerja Sudah diterima cuti dan MC saja

https://www.youtube.com/watch?v=1u8q6JwnuUI">https://www.youtube.com/watch?v=1u8q6JwnuUI" type="application/x-shockwave-flash" wmode="transparent" width="425" height="350">
 
Back
Top
Log in Register