BTC USD 75,755.5 Gold USD 4,322.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penggunaan gear dgn betul utk kereta automatik

shay

Fun Poster
Messages
644
Joined
Feb 4, 2007
Messages
644
Reaction score
0
Points
10
Harap sama2 dpt kongis info yang bagus disini.

Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila berhenti kat trafic light. dpt agak sebab lampu reverse nyala kejap. bayangkan kalau terkejut sebab lampu trafic light dah hijau lama.kereta dah hon2. tertekan pedal minyak dulu baru masuk gear. boleh kondem gear box rasanya.

kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:
1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki

nak jalan:
1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak

Penggunaan tombol/butang pada batang gear:
1. tekan tombol semasa menukar
P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D

2. jangan sesekali tekan antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D

pernah tegur org semua gear dia belasah tekan tombol masa tukar.
kalau gear yg jenis ada lekuk2 tu selamatlah. tombol tekan pun tak ada kan?

Jenis ada tombol
Gearbox.gif


Jenis ada lekuk tak ada tombol
2009-toyota-yaris-4-doorimage--2009-toyota-yaris-4-door-sedan-auto--natl--gear-shift-size-pvtmgc36.jpg


Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto:

P - parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda. gear akan disekat.
jadi kereta anda takkan bergerak walaupun handbrake tak ditarik.

R - reverse, untuk mengundur kereta anda

N - neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic jem, alihkan ke gear
neutral. bukan parking! jika anda perasan, gear D ke N tidak perlu menekan kekunci
pada tombol gear.

D - drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya butang overdrive - gear
akan menyekat untuk masuk ke gear 4. gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3
shj

3 - setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3
untuk menurunkan gear dari 4 ke 3

2 - ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak akan masuk ke gear
seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu

L - Low gear, gear pertama

ok good info, selalunya tolak sampai P tekan h/brek rilek kaki...:D

seeloknya tolak N. tarik hand brek. rilek kaki.

aku masa turun cameron ke gua musang selalu letak kat N, utk jimat minyak boleh ke?

jimat tu mmg lah tapi bahaya. seelok guna gear rendah semasa turun bukit. seperti gear D3/D2/OD
 
Last edited:
ooooo mcm tu, tq pada TT...info yg sangat berguna walaupun baca tak sampai seminit..
 
perasan bro pasal guna gear parking kat trafik light ...
 
Kalau aku...kat trafik light. Tukar n. Tekan brek. Hijau..tukar d. Berdesup.

Atau...merah. Tekan brek je..hijau. Berdesup.

Cmni ok x tt...
 
ok good info, selalunya tolak sampai P tekan h/brek rilek kaki...:D
 
Naik bukit mcm hiway karak mcmane pulak tt
Kompius nak guna mane satu..D 3 2 atau L
 
hahaha guna P ms t.light? pelik sgt aih..
 
N sudah le,sampai ke P...

gear no2 korang gune tak???
ade membe bgtau,klau baru nak mule jln, elok gune 2 dlu...
utk jg gear box katenye...
kdg2 terlupe...
 
lampu merah tekan brek.lampu hijau tekan minyak.lampu kuning tak tau nak tekan ape,pedal ada 2 je.hehe
 
Back
Top
Log in Register