BTC USD 85,423.9 Gold USD 4,323.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita ini lahir tanpa vagina

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,282
Points
196
Jacqui Beck, wanita yang lahir tanpa vagina
Sunday, November 17, 2013



j1.jpg


Jacqui Beck didiagnosis MRKH (Mayer Rokitansky Kuster Hauser) iaitu satu sindrom yang mempengaruhi sistem pembiakan, yang membuatnya lahir tanpa rahim, tanpa serviks juga tanpa lubang faraj.

Sejak lahir, badan Jacqui Beck sudah tidak mempunyai organ-organ pembiakan, termasuk faraj. Tapi orang tuanya tak pernah sedar. Kondisinya baru ketahuan setelah Beck berjumpa doktor kerana sakit punggung dan tidak juga datang haid meski usianya sudah menginjak 17 tahun

Menurut hasil pemeriksaan, di tempat yang seharusnya menjadi faraj hanya ada sebuah lesung kecil tanpa lubang, yang ertinya Beck tidak akan boleh melakukan hubungan seksual atau melahirkan anaknya sendiri.

"Saya tidak pernah menganggap diri saya berbeza dari perempuan lain. Selepas mendengar berita mengejutkan ini, saya tidak boleh percaya apa yang saya dengar. Saya yakin doktor keliru, tapi ketika itu menjelaskan mengapa saya tidak mengalami haid, semuanya mulai masuk akal," ujar Jacqui beck.

Perasaan Beck begitu hancur mengetahui bahawa dirinya berbeza dari perempuan lain. Dia tidak akan mampu merasakan bagaimana rasanya hamil, melahirkan, bahkan datang haid.

"Saya benar-benar marah dan merasa seperti saya bukan wanita sejati lagi," tambahnya

Mrkh (Mayer Rokitansky Kuster Hauser) adalah kelainan bawaan yang mempengaruhi satu daripada 5,000 wanita di Britain. Hal ini ditandai dengan tidak adanya faraj, rahim dan leher rahim.

Wanita dengan keadaan ini mempunyai ovari yang berfungsi normal, sehingga akan mengalami tanda-tanda akil baligh normal tetapi tidak akan mengalami haid atau kehamilan.

Alat pembiakan luaran biasanya tampak normal, itu sebabnya MRKH tidak ditemui sehingga wanita berada di usia remaja. Kelainan ini biasanya ditemui ketika seorang wanita cuba untuk berhubungan seks atau tak pernah dapat haid.
 
Tak ada gambar la pulakkk...nak tgk mcm mana ghupanya x ada vagina...:D
 
cacat laaa ni....ada juga cam ni yer....mcm tak caya aje
 
Back
Top
Log in Register