Forex Gratis! Modal - hadiah dari broker. Dapatkan bonus $50!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > MAKE MONEY DISCUSSION > Local Investments > Koperasi Investments > Koperasi registered under Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Koperasi registered under Suruhanjaya Koperasi Malaysia Discuss all investments offers by registered coop is approved by Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Recommended Brokers

CG Sponsors



CG Updates
0 Reverting back old theme
Last Post: CariGold
Posted On: 06-05-2017
Replies: 0
Views: 5,635
0 CariGold new theme version - and more features are coming!
Last Post: niagafx
Posted On: 06-05-2017
Replies: 538
Views: 16,429
0 Video embed in post
Last Post: CariGold
Posted On: 15-12-2016
Replies: 0
Views: 22,036
More...
Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 12-10-2013, 01:51 PM
mytrade mytrade is offline
Super Active

 
Trader Rating: (1)
Join Date: Dec 2007
Posts: 6,888
Thanks (Received): 213
Likes (Received): 2
Dislikes (Received): 0
Active Level
Default KPF jual 51% Felda Holding kepada FGV RM2.2 billion

Kepada pemegang saham KPF, sila berikan komen anda berdasarkan perkembangan ni....pro dan kon transaksi ini...

FGV akan beli pegangan 51% Felda Holding dari KPF

Nilai belian ialah RM2.2 billion iaitu RM19.61 sesaham sebanyak 113 juta saham...

Sebahagian dari RM2.2 billion akan dipulang sbg dividen khas kpd 200,000 pemegang saham KPF....

Rujuk artikel di bawah...

Aku bagi komen awal...
Kenapa KPF perlu jual Felda Holding....iaitu mahkota dalam Felda...spt mana KFC dan QSR dalam KPJ dulu....

Nilai RM2.2 billion jauh lebih kurang dari offer awal semasa FGV nak listing dulu yg mana jika KPF lepaskan Felda Holding maka KPF akan dapat 37% pegangan FGV yg bersamaan dgn 1,349,815,130 unit saham FGV yg mana jika di tgk harga terakhir FGV semalam iaitu RM4.25 ia bernilai RM5,736,714,302......

sementelah klu dulu lepaskan felda holding bukan saja dapat 1.3 unit saham FGV yg bernilai RM 5 billion malah dividen yg sepanjang 2012 sudah menjana income sebanyak......(nanti diperiksa semula)

Harap perwakilan KPF dapat buat pertimbangan sewajarnya....
Felda Holding adalah permata kpd KPF..






Sumber : Berita harian 12/10/2013

Urus niaga dibuat pada harga RM2.2 bilion

FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) akan membeli baki 51 peratus saham yang tidak dimilikinya dalam FELDA Holdings Bhd (FHB) daripada Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd (KPF) dalam satu janji niaga bernilai RM2.2 bilion.

FGV dalam kenyataannya mengumumkan perkara itu semalam berkata, ia sudah mencapai persetujuan dengan KPF untuk mengambilalih kira-kira 113 juta saham FHB yang dimiliki koperasi itu pada harga RM19.61 sesaham.
“Pengambilalihan itu bagaimanapun tertakluk kepada kelulusan daripada ahli KPF dan pemegang saham FGV, dan ia dijangka akan dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini,” katanya sambil menambah pembelian itu akan dibiayai menggunakan dana yang diraihnya daripada tawaran awam permulaan (IPO) sebelum ini dan juga pinjaman.

FGV berkata, apabila pembelian itu diselesaikan, ia akan menyaksikan kumpulan itu muncul sebagai sebuah syarikat perladangan minyak sawit bersepadu sepenuhnya.

Ia akan membolehkannya meraih kecekapan operasi serta sinergi dalam rantaian nilai perladangan kumpulan, pada masa sama menyelaraskan pengurusan dan kepentingan ekuiti aktiviti pertengahan dan hilirannya.

FGV ketika ini hanya menguasai 49 peratus kepentingan dalam FHB. Apabila pembelian itu diselesaikan, FHB akan menjadi anak syarikat miliknya.

Sumbang secara positif

“Pengambilalihan ini dijangka menyumbang secara positif kepada keuntungan FGV kerana FHB adalah sebuah kumpulan yang menguntungkan,” kata FGV dalam kenyataan berkenaan.

FHB kini adalah pengeluar minyak sawit mentah (MSM) terbesar dunia berasaskan jumlah pengeluaran. Tahun lalu, ia menghasilkan 3.3 juta tan MSM yang mewakili lapan peratus daripada pengeluaran dunia bagi komoditi itu.

Operasinya disokong hampir 19,000 pekerja yang dibantu lebih 40,000 tenaga buruh di 138 ladang milik FELDA, 71 kilang minyak sawit, tujuh kilang penapisan, empat kilang penghancur isirung, sembilan kilang getah, kilang pembuatan dan beberapa logistik dan pukal pemasangan di seluruh Malaysia dan beberapa lokasi di luar negara.

Ia mempunyai 49 anak syarikat, syarikat bersekutu dan syarikat usaha sama yang beroperasi di Malaysia dan empat di luar negara. Pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012, FHB mencatatkan keuntungan bersih RM484.2 juta.


Bonus khas

Sementara itu, Pengerusi KPF, Datuk Faizoull Ahmad ketika dihubungi BH berkata, koperasi itu akan menggunakan sebahagian daripada RM2.2 bilion yang diraih daripada penjualan kepentingan dalam FHB itu untuk membayar bonus khas kepada lebih 200,000 ahlinya.

Sebahagian lagi, katanya akan dilabur semula dalam beberapa sektor yang berpotensi untuk menjana keuntungan seperti sektor perladangan di dalam dan luar negara.

Beliau bagaimanapun, enggan memberitahu peratusan yang akan diagihkan sebagai bonus khas itu.

“Pengumuman lanjut mengenai perkara ini bagaimanapun akan dibuat dalam mesyuarat agung tahunan KPF nanti,” katanya.
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
Paid Advertisement
  #2  
Old 12-10-2013, 01:58 PM
akira_sempoi akira_sempoi is offline
Active Member

akira_sempoi's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Sep 2008
Posts: 1,798
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 0
Dislikes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Send a message via Yahoo to akira_sempoi
Default

Ok ke ko?
__________________
You are a slave to the money then you die
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #3  
Old 12-10-2013, 02:02 PM
mr_man mr_man is offline
Active Member

mr_man's Avatar
 
Trader Rating: (8)
Join Date: Feb 2010
Posts: 1,927
Thanks (Received): 4
Likes (Received): 0
Dislikes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

penerangan yang sempoi utk faham keadaan diperlukan..
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #4  
Old 12-10-2013, 02:14 PM
katani17 katani17 is offline
Active Plus

katani17's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Dec 2007
Posts: 4,779
Thanks (Received): 168
Likes (Received): 1
Dislikes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by akira_sempoi View Post
Ok ke ko?
masalah gak nanti. KPF terpaksa cari pelaburan baru n maintain dividen. Kebanyakan income dtang dari pelaburan felda holdings. Tahun depan div ok cuma tahun mendatang ????????
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #5  
Old 12-10-2013, 03:33 PM
oimates oimates is offline
Active Plus

oimates's Avatar
 
Trader Rating: (9)
Join Date: May 2009
Posts: 2,917
Thanks (Received): 39
Likes (Received): 1
Dislikes (Received): 0
Active Level
Default

jgn la jual..kpf dh tentu kukuh skarang ni..nk invest ke cabang lain blh sangat tanpa jual share tu..
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #6  
Old 12-10-2013, 06:36 PM
akaifx akaifx is offline
Regular

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Apr 2011
Posts: 140
Thanks (Received): 5
Likes (Received): 0
Dislikes (Received): 0
Active Level
Default

Salam , my trade..saya pun ada baca dalam akhbar star arini statement yang sama ..tapi pasal spesial bonus tuuu takde pulak keluar rasanya..pada pandangan saya Felda Holding menyumbang .....% (sesiapa yang ada maklumat tolonglah isi percentage) daripada dividen tahunan KPF.Ianya ibarat angsa yang bertelur emas bagi KPF.Kalau angsa tersebut telah dijual, pada pandangan peribadi saya KPF bukan lagi pelaburan yang menarik untuk masa depan.Oleh kerana tiada maklumat kewangan detail.Ianya berdasarkan maklumat am sahaja.Pandangan ahli ahli yang lain amat dihargai demi masa depan KPF .Kesian lah kat saya yang melabur pun guna duit pinjaman bank
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #7  
Old 12-10-2013, 08:09 PM
mytrade mytrade is offline
Super Active

 
Trader Rating: (1)
Join Date: Dec 2007
Posts: 6,888
Thanks (Received): 213
Likes (Received): 2
Dislikes (Received): 0
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by akaifx View Post
Salam , my trade..saya pun ada baca dalam akhbar star arini statement yang sama ..tapi pasal spesial bonus tuuu takde pulak keluar rasanya..pada pandangan saya Felda Holding menyumbang .....% (sesiapa yang ada maklumat tolonglah isi percentage) daripada dividen tahunan KPF.Ianya ibarat angsa yang bertelur emas bagi KPF.Kalau angsa tersebut telah dijual, pada pandangan peribadi saya KPF bukan lagi pelaburan yang menarik untuk masa depan.Oleh kerana tiada maklumat kewangan detail.Ianya berdasarkan maklumat am sahaja.Pandangan ahli ahli yang lain amat dihargai demi masa depan KPF .Kesian lah kat saya yang melabur pun guna duit pinjaman bank
spesial bonus...cuba tgk perenggan akhir ada tak..dlm berita harian ada td..

Bonus khas

Sementara itu, Pengerusi KPF, Datuk Faizoull Ahmad ketika dihubungi BH berkata, koperasi itu akan menggunakan sebahagian daripada RM2.2 bilion yang diraih daripada penjualan kepentingan dalam FHB itu untuk membayar bonus khas kepada lebih 200,000 ahlinya.

Sebahagian lagi, katanya akan dilabur semula dalam beberapa sektor yang berpotensi untuk menjana keuntungan seperti sektor perladangan di dalam dan luar negara.

Beliau bagaimanapun, enggan memberitahu peratusan yang akan diagihkan sebagai bonus khas itu.

“Pengumuman lanjut mengenai perkara ini bagaimanapun akan dibuat dalam mesyuarat agung tahunan KPF nanti,” katanya




betul bro...FHB adalah angsa emas..klu jual ibu angsa mana nk nk dpt telur lagi...klu pun dit leh beli angsa perak banyak adakah sama dgn telur emas..

Mengenai sumbangan FHB dalam dividen KPF agak sukar sbb FHB dah jadi sebahagian dari FGV...tp dlm artikel ini ada menyatakan keuntungan bersih FHB ialah RM484 juta...

Dan dgn 51% pegangan KPF, keuntungan itu sebanyak RM242 juta adalah milik KPF....49% pergi kpd FGV..



OK skrg kita tgk laporan tahunan KPF 2012....

Pelaburan KPF telah meningkat kepada RM3.15 bilion dengan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 8.8% berjumlah RM0.25 bilion berbanding tahun lalu (2011:RM2.9 bilion). Pelaburan terbesar adalah dalam Syarikat Usahasama/Luar bernilai RM842.01 juta ataupun 26.73% daripada jumlah keseluruhan dana pelaburan, diikuti dengan Deposit/Simpanan RM586.09 juta (18.61%), Sekuriti Pasaran RM571.77 juta (18.15%), Hartanah RM490.48 juta (15.57%), Syarikat Kumpulan Felda RM353.60 juta (11.23%), Amanah Raya Berhad RM103.49 juta (3.28%), Pembiayaan RM85.37 juta (2.71%), Koop Bank RM54.85 juta (1.74%), Sukuk RM36.0 juta (1.14%), dan Syarikat Kumpulan KPF RM26.41 juta (0.84%). KPF telah menambah pemilikan modal syer dalam Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad sebanyak RM1.85 juta dan Bank Persatuan Malaysia Berhad sebanyak RM2.00 juta.

Pemilikan ekuiti dalam 11 buah Syarikat Kumpulan Felda melalui pegangan sebanyak 256.6 juta unit saham dengan kos pelaburan sebanyak RM353.6 juta, kekal sebagai teras utama pelaburan KPF.

Pada tahun 2012, KPF mencatatkan perolehan sebanyak RM825.73 juta iaitu peningkatan 19.48% berbanding tempoh yang sama tahun lalu (2011:RM691.09 juta). Perolehan ini merupakan pencapaian tertinggi sejak ditubuhkan 32 tahun lalu. Syarikat Kumpulan Felda membayar dividen sebanyak RM300.13 juta (2011:RM398.16 juta), menyumbang 36.35% daripada jumlah keseluruhan pendapatan KPF.

Keuntungan bersih sebelum cukai ialah sebanyak RM351.7 juta, susut sebanyak RM4.44 juta atau 1.25% berbanding tahun lalu (2011:RM356.14 juta). Penyusutan keuntungan bersih ini berikutan peningkatan perbelanjaan yang disebabkan oleh belanja rosotnilai aset sedia dijual, susutnilai pelaburan hartanah dan kos kewangan. Pada tahun ini KPF turut membayar zakat perniagaannya sebanyak RM10.5 juta.


Ok analisis...
11% dari pelaburan KPF adalah di Syarikat Kumpulan Felda ..RM353 juta..melalui pemilikan ekuti 256 juta unit saham....

Dividen dari syarikat kumpulan felda ialah sebanyak RM300 juta, menyumbang 36% kpd pendapatan KPF....(rekod 2011 sebanyak RM398 juta sbb 2012 FGV ada listed)...

Dari RM300 juta sumbangan kumpulan felda, RM242 juta datang dari FHB...

Perghh payah nak buat analisis ni...aku surrender dulu la...

Last edited by mytrade; 12-10-2013 at 08:13 PM..
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #8  
Old 12-10-2013, 08:26 PM
mytrade mytrade is offline
Super Active

 
Trader Rating: (1)
Join Date: Dec 2007
Posts: 6,888
Thanks (Received): 213
Likes (Received): 2
Dislikes (Received): 0
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by akaifx View Post
Salam , my trade..saya pun ada baca dalam akhbar star arini statement yang sama ..tapi pasal spesial bonus tuuu takde pulak keluar rasanya..pada pandangan saya Felda Holding menyumbang .....% (sesiapa yang ada maklumat tolonglah isi percentage) daripada dividen tahunan KPF.Ianya ibarat angsa yang bertelur emas bagi KPF.Kalau angsa tersebut telah dijual, pada pandangan peribadi saya KPF bukan lagi pelaburan yang menarik untuk masa depan.Oleh kerana tiada maklumat kewangan detail.Ianya berdasarkan maklumat am sahaja.Pandangan ahli ahli yang lain amat dihargai demi masa depan KPF .Kesian lah kat saya yang melabur pun guna duit pinjaman bank
Dari apa yg saya faham FHB menyumbang 30% perolehan KPF...

Sbb....
Perolehan KPF 2012 ialah RM825 juta....
Dividen dari syarikat kumpulan felda ialah RM300 juta..
Dari RM300 juta, RM242 adalah untung dari FHB...

Kira sendiri la..

KPF ada byk lagi pelaburan lain..
cuma ralatnye klu nk jual FHB skrg, kenape tidak masa FGV nak listing dulu....klu tukar dah dapat 37% saham FGV sebanyak 1.35 billion unit yg bernilai RM5 billion skrg....

dgn FGV bagi dividen 14 sen 2012, ia menyumbang sebanyak 1.35 billion unit x 14 sen....ia bagi RM189 juta dividen...
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #9  
Old 12-10-2013, 09:36 PM
KIZMAN KIZMAN is offline
Active Member

 
Trader Rating: (1)
Join Date: Oct 2011
Posts: 2,307
Thanks (Received): 4
Likes (Received): 0
Dislikes (Received): 0
Active Level
Default

So anak jiran den nak masuk 100k dlm kpf ni...masa yg sesuai tak ni?

Adehh...
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #10  
Old 12-10-2013, 09:40 PM
2bz4money 2bz4money is offline
Legendary Member

2bz4money's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: Aug 2006
Location: Kajang
Posts: 10,562
Thanks (Received): 2016
Likes (Received): 22
Dislikes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Send a message via Yahoo to 2bz4money
Default

berita positif bagi pelabur FGV cam aku ni..
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 09:05 PM.


Copyright ©2000 - 2017, CariGold.com.
All posts published herein are merely based on individual views, and they do not expressly or by implications represent those of CariGold.com or its owner. It is hereby made clear that CariGold.com does not endorse, support, adopt or vouch any views, programs and/or business opportunities posted herein. CariGold.com also does not give and/or offer any investment advice to any members and/or readers. All members and readers are advised to independently consult their own consultants, lawyers and/or families before making any investment and/or business decisions. This forum is merely a place for general discussions. It is hereby agreed by all members and/or readers that CariGold. com is in no way responsible and/or liable for any damages and/or losses suffered by anyone of you