Location: FRANCHISE QMATHS ENRICH CENTRE AKAN DIBUKA PM SAYA
Posts: 85,717
Poster Rank: #4
Thanked 1,838 Times
Active Level
My Mood:
`Berilah saya peluang...’
KUALA LUMPUR: “Saya mahu kembali ke dunia lakonan kerana hanya itu kebolehan saya untuk mendapatkan pekerjaan.
“Saya bertekad mahu berlakon seperti dulu. Berilah saya peluang,” kata bekas pelakon, Wan Nor Azlin Wan Mohd Husain.
Hampir lima tahun Wan Nor Azlin menyepikan diri daripada dunia hiburan tetapi Khamis lalu, namanya kembali menjadi sebutan selepas rumahnya disimbah cat gara-gara suaminya didakwa berhutang dengan along menjadi perhatian media.
Bagi Wan Nor Azlin, dia mengakui sangat tertekan dengan kejadian itu, apatah lagi sepanjang menyepi dia berdepan kehidupan yang sungguh menyeksakan.
“Hanya Tuhan yang tahu betapa saya berdepan 1,001 dugaan hidup yang mungkin tidak mampu dilalui orang lain. Sampai satu tahap, rumah saya hampir dilelong, kereta hampir ditarik dan anak terpaksa bertukar sekolah.
“Semuanya kerana saya tiada sumber pendapatan. Begitupun, saya bersyukur kerana masih mampu memberi kasih sayang dan perhatian penuh kepada tiga anak saya,” katanya.
Menurut Wan Nor Azlin, tiada siapa yang tahu kejadian berkenaan berlaku pada ulang tahun kelahirannya ke-40.
Katanya, walaupun tertekan, jauh di lubuk hatinya dia semakin bersemangat untuk membina hidup baru.
“Selepas kejadian itu saya akan berusaha mencari peluang untuk berlakon. Sebelum ini memang saya ada terima tawaran berlakon daripada David Teo untuk drama Intan Asmara.
“Saya sudah mendapat skrip dan jadual, tetapi saya dikatakan perlu mendapat pengesahan daripada RTM sama ada saya digantung atau tidak.
“Saya sungguh kecewa ketika itu kerana tawaran itu ditarik semula hinggalah RTM selepas itu membuat pengumuman tidak pernah menggantung saya,” katanya.
Wan Nor Azlin berkata, kini dia meletakkan harapan tinggi dapat berlakon semula supaya mampu mengecapi kehidupan lebih baik.
“Kepada penerbit dan pengarah, jangan takut untuk mengambil saya berlakon kerana saya tidak berdepan sebarang masalah dan saya tidak pernah digam,” katanya yang kini bertudung.
Ketika aktif berlakon sejak 1988, Wan Nor Azlin yang sinonim dengan watak ‘air mata’ membintangi lebih 200 drama dan teater.
Antara drama ialah Pahlawan Ulung, Dari Mana Nak Ke Mana, Jalinan Kasih, Bangsar, Takbir Untuk Abdah, Generasi 3 dan Wanita, manakala teater pula Tanah Abang dan Rumah Manusia.
Wan Nor Azlin juga pernah membintangi dua filem, iaitu Antara Gadis pada 1992 dan Azam pada 1997.
Lakonannya mendapat pengiktirafan apabila merangkul Anugerah Pelakon Wanita TV Terbaik Anugerah Sri Angkasa 2001 menerusi drama Takbir Untuk Abdah.
Kali terakhir Wan Nor Azlin muncul menerusi telemovie Airmata Ibu, terbitan Suria Records Sdn Bhd (SRC) yang dihasilkan dalam bentuk cakera padat video (VCD).
__________________
[URL="http://www.ziddu.com/register.php?referralid=(ykNIMdeL"][B][COLOR="Red"]UPLOAD BAHAN - SHARE LINK - EARN FREE PAYPAL.LET'S TRY ![/COLOR][/B][/URL]
[B][URL="http://www.ziddu.com/download.php?uid=aaydlpytbq%2Bh4palZbKWlJWiZ6qbl50%3D5"]Software Download Clip video dari YouTube,Google Video dll.[/URL][/B]
Last edited by cybermaster; 04-08-2008 at 03:58 AM..
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE