BTC USD 76,950.0 Gold USD 4,346.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua anak ba.bi hutan disangka pelanduk

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Anggota JPAM menunjukkan dua anak **** hutan yang ditangkap selepas memasuki rumah seorang penduduk.
< 1 / 2 >
IPOH - “Sejak 13 tahun berkhidmat dengan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM) ini adalah kali pertama saya menemui spesies haiwan berkenaan,” kata Ketua operasi JPAM, Sarjan Nazri Sulaiman berhubung penemuan anak **** spesies sus scrofa di Taman Seri Desa, di sini.

Kata Nazri, dalam kejadian jam 9.30 malam itu, pemilik rumah teres terbabit menyangka haiwan tersebut adalah pelanduk kecil.

Menurutnya, selepas mendapat panggilan daripada pemilik rumah terbabit beliau bersama empat anggota lain bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati dua ekor haiwan menyerupai kancil menyorok di belakang pintu hadapan kediaman itu.

“Pada mulanya, kami tidak menyangka haiwan itu adalah anak **** berikutan kepalanya hanya menunduk ke bawah manakala badannya pula menyamai bentuk kancil.

“Kami kemudian memasang perangkap sebelum berjaya menangkap sekor haiwan kecil seberat dua kilogram. Bagaimanapun seekor lagi berjaya melarikan diri ke arah dapur. Haiwan itu sangat agresif dan cuba menggigit anggota JPAM, namun dapat ditangkap tiga minit kemudian,” katanya.

Menurutnya, selepas meneliti corak yang terdapat pada tubuh haiwan itu, pihaknya baru menyedari ia adalah anak **** hutan.

“Kami hairan bagaimana haiwan ini boleh tersesat ke kawasan perumahan berikutan Taman Seri Desa, terletak jauh dari hutan serta berada bersebelahan lebuhraya Utara Selatan (PLUS),” ujarnya.

Anak **** hutan itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat JPAM Daerah Kinta sebelum dilepaskan ke kawasan hutan berhampiran.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/dua-anak-****-hutan-disangka-pelanduk-1.197589
 
nasib dorang tak makan
 
aku nmpak pun cam pelanduk tu.fuh bahaye btul
 
wild_boar1.jpg


camni rupa anak b4b1 hutan...
 
yg ni rupa pelanduk..kan dah jadi pelanduk dua serupa..:)):))

63145181.jpg
 
Back
Top
Log in Register