BTC USD 77,508.4 Gold USD 4,393.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tak hormat Negaraku boleh masuk penjara

tapailepat

Permanently Banned - Multiple ID
Messages
647
Joined
May 6, 2013
Messages
647
Reaction score
0
Points
10
ea1eb025e648d2f2bbbd3678a93b6e22.jpg


Tahukah kamu tidak menghormati lagu kebangsaan boleh dipenjarakan?

Menurut Akta Lagu Kebangsaan 1968, gagal berdiri untuk menghormati lagi Negaraku yang sedang berkumandang boleh didenda RM100 atau lebih buruk, merengkok sebulan dalam penjara.

Bagaimanapun, David Matthew, peguam yang mempunyai kepakaran khusus dalam undang-undang pentadbiran berkata, berdiri sahaja tidak cukup untuk membuatkan kamu selamat.

Katanya, Seksyen 8(2) akta itu menyebut menunjukkan rasa tidak hormat pada lagu kebangsaan dan tafsirannya meluas seperti melambai tangan, menyilangkan kaki atau sambil makan ketika Negaraku dikumandangkan.

"Ini juga boleh dianggap tidak hormat... Peruntukan ini luas," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau diminta mengulas berhubung akta yang kurang diketahui itu, yang mungkin dikenakan terhadap penonton panggung wayang antara 28 Ogos hingga 3 September ini.

Kerajaan memutuskan mengumandangkan lagu Negaraku dalam semua panggung wayang seluruh negara sempena sambutan kemerdekaan.
 
aku setuju... kekadang manusia ni perlu di hukum tuk berubah.. bukan 24jam pon .. kurang 5min je.. konsert metalica boleh je berdiri berjam2
 
azan berkemundang pun ramai yg tak hormat...
 
Hahaha
Dalam pawagan tu orang bergesek2 pon boleh lepas, apetah lagi nak pantau orang berdiri atau tak masa lagu negaraku.
 
bgus gak ni..kaum Cha skang xde sensitiviti wlupun dorg hidup sng krn negara ku ni...:-?
 
undang2 yang tak pernah terlaksana..
sebab tu ada sesetengah bangsa yang 'melemak'..
 
Back
Top
Log in Register