PAMM-accounts service by InstaForex: find your investor or invest funds in successful traders by 1 click! Investments from $1 to $100000 by 1 click! To be a part of PAMM-system it’s just enough to have account with InstaForex. PAMM-traders and PAMM-investors, InstaForex welcomes you!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > ENTERTAINMENTS, HOBBIES, INTERESTS > Entertainments, Interests, Lifestyle > Others Interest

CG Sponsors



Recommended Brokers

CG Updates
0 CariGold.com New Management
Last Post: Al-Walid
Posted On: 25-06-2010
Replies: 0
Views: 2,498
0 Additional rule in Sell Stuffs & Products section
Last Post: Dann
Posted On: 22-04-2010
Replies: 0
Views: 3,346
0 Kempen Menyertakan Sumber Berita Dan Info Dari Luar
Last Post: zolympus
Posted On: 21-03-2010
Replies: 0
Views: 3,716
More...
  #171  
Old 16-10-2008, 12:36 AM
DNAT DNAT is offline
Newbies

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Sep 2008
Posts: 25
Poster Rank: #11090
Thanked 0 Times
Groaned at 0 Times
Active Level
Default

best gak layan dikir barat ni .. hehehehe
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #172  
Old 16-10-2008, 12:39 AM
jutaONEprepaid jutaONEprepaid is offline
Legendary Member

jutaONEprepaid's Avatar
 
Trader Rating: (15)
Join Date: Apr 2007
Location: Kuala Terengganu
Posts: 15,611
Poster Rank: #34
Thanked 0 Times
Groaned at 0 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by tengku View Post
sayangnye klu cenggitu...ada pic pak leh tapang tak???
aku xkenal lagi ni....
POK LEH TAPANG



Nama penuh beliau ialah Mat Salleh Bin Haji Ahmad merupakan pengasas dan pendikir barat yang terulung. Beliau lebih dikenali di kalangan pendikir dengan nama Pak Leh Tapang. Beliau sangat dihormati dan dan mendapat sanjungan semua pihak.

Beliau memulakan dikir barat selepas Perang Dunia Kedua. Pak Leh mengubah corak dikir yang sedia ada iaitu dikir laba di kalangan masyarakat Kelantan kepada corak baru dengan mempertahankan pantun.

"Pak Leh mengambil asas daripada negeri Siam dicampur dengan corak dikir di Kelantan, lalu dinamakan dikir barat (Siam). Nama itu lekat hingga ke masa ini," jelas beliau.

Pada masa lalu, dikir barat menjadi hiburan orang-orang kampung seperti petani dan nelayan. Sekarang ini telah menjadi alat penghibur dan nasihat hingga ke peringkat bandar dan pelancong dari luar negara. Kini dikir barat telah pun mendapat tempat melalui radio, TV dan kaset-kaset.

Menurut Pak Leh ,beliau menggunakan media berdikir barat dalam berbagai tujuan seperti pendidikan, menasihat, hiburan dan dakwah melalui pantun-pantun dikirnya yang keluar secara spontan.

"Pak Leh boleh berpantun secara spontan dengan menggunakan penglihatan ,sebutan dalam apa sahaja tajuk. Tambah lagi kalau berlawan (bertanding) hujah-hujah pihak lawan dapat dipantun balik dan mengenakan pula kepada lawan-lawan," tambahnya lagi.

"Pernah Pak Leh diminta oleh Pejabat Penerangan Negeri Kelantan membuat dikir barat di kawasan-kawasan hitam dan sempadan dengan menyeru pengganas-pengganas supaya keluar hutan menyerah diri pada masa darurat dulu", jelasnya.

Peranan Pak Leh sebagai penghibur dikir barat bermula di bawah bangsal kecil di kampung-kampung telah meningkat hingga membawa ke majlis-majlis rasmi di istana, radio, TV hingga ke peringkat tertubuhnya Dendang Rakyat oleh RTM. Yang membanggakan ialah Pak Leh adalah yang mengasas dan memulakannya.

Apabila ditanya tentang kebolehannya untuk melaksanakan tugas tukang karut dengan berkesan sekali dalam semua majlis dan upacara, beliau mejelaskan bahawa tukang karut mesti luas pengetahuan termasuk yang terkini, banyak membaca dan tajam pula perhatian. Itulah isi pada diri tukang dikir yang ulung ini.

Pak Leh tidak mengasingkan diri dari masyarakat. Beliau pernah menjadi penghulu Mukim Teluk dan MukimTapang di Kota Bharu , ahli jawatankuasa PIBG beberapa buah sekolah berdekatan dan lain-lain badan kebajikan.

Atas jasa-jasa dan ketokohannya itu, beliau dianugerahi Surat Kepujian tahun 1988 dan Pingat Setia (PS) 1994 oleh Sultan Kelantan .

Pak Leh sekarang menetap di Taman Harmoni Kampung Beris Jambu, Jalan Panji Kota Bharu dalam usia 69 tahun. Beliau memiliki empat orang anak.

Pak Leh menasihatkan pasukan-pasukan dikir barat termasuk tukang karut , supaya sentiasa menjaga nama baik pasukan dengan berfikir tentang kebaikan dan elakkan yang mengarut (berbentuk cabul), atau apa sahaja yang memburukkan. Dengan ini, imej dikir barat sentiasa baik dan menjadi alat yang berkesan dalam pendidikan dakwah dan lain-lain sambil menghibur.

*Sumber daripada: "Pak Leh Tapang Guru Ulung Dikir Barat", Utusan Malaysia 11hb. Januari 1997.
__________________

MLM TERBARU! MILIKI LESEN AJL! TERSENARAI DI BURSA SAHAM MALAYSIA! ASET RM900 JUTA! BEROPERASI 11 TAHUN! SIAPA TAK KENAL POWER ROOT??

SULAM MEWAH INDONESIA & SUTERA EKSKLUSIF TERENGGANU ~New Stock! FREE Postage! Promosi Raya!~
Reply With Quote
  #173  
Old 16-10-2008, 12:40 AM
jutaONEprepaid jutaONEprepaid is offline
Legendary Member

jutaONEprepaid's Avatar
 
Trader Rating: (15)
Join Date: Apr 2007
Location: Kuala Terengganu
Posts: 15,611
Poster Rank: #34
Thanked 0 Times
Groaned at 0 Times
Active Level
My Mood:
Default

SEMAN WAU BULAN



Seman Mamat atau Seman Wau Bulan aktif berdikir barat bersama 50 orang rakan dalam kumpulan nyanyian bersama kumpulan "Puak Kampung Pondok Kubang Tin" , Peringat pada tahun 1958. Beliau juga belajar daripada tokoh-tokoh termasuk Pak Leh Tapang dan Hussin Belimbing pada masa itu.

Menyentuh tentang gelaran wau bulan , beliau memberitahu bahawa setiap tukang karut mempunyai gelaran tersendiri mengikut pilihan lagu bagi menutup persembahannya. Lagu wau bulan yang asal-usulnya mempunyai kaitan dengan Hikayat Dewa Muda menyebabkan beliau berminat untuk membawa lagu tersebut.

Menurut beliau, lagu wau bulan yang didendangkannya semasa penutup persembahan dikir barat, adalah satu cara untuk meminta maaf daripada penonton sekiranya terdapat kata-kata yang yang menyinggung perasaan ramai.

Lagu Wau Bulan ciptaannya berjaya mengangkat namanya sebagai seorang pendikir Kelantan yang popular, bahkan lagu berkenaan masih popular hingga ke hari ini.

Bukan itu sahaja lagu terbabit menjadi lagu wajib setiap kali persembahan dikir barat diadakan di mana ianya menjadi lagi penutup setiap persembahan.

Allahyarham juga turut menghasilkan berpuluh-puluh buah album termasuk album terakhir bertajuk Dewan Muda yang diterbitkan sebanyak enam siri sekitar tahun 2000. Sebagai menghargai jasa beliau dalam dikir barat, Allahyarham pernah mendapat beberapa anugerah, antaranya Anugerah Tokoh Budaya Kelantan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan pada tahun 2000.

Selain itu, Allahyarham juga turut menerima Anugerah Tokoh Budaya Parlimen Peringat pada tahun 1998 dan turut dikurniakan Pingat Bakti oleh Sultan Kelantan sempena keputeraan baginda pada tahun 1980.

Beliau meninggal dunia di rumahnya di Kampung Belukar Beta Hulu pada usia 65 tahun akibat serangan sakit jantung. Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Khadijah Md Noor, lapan orang anak termasuk empat anak tiri dan sembilan orang cucu.
__________________

MLM TERBARU! MILIKI LESEN AJL! TERSENARAI DI BURSA SAHAM MALAYSIA! ASET RM900 JUTA! BEROPERASI 11 TAHUN! SIAPA TAK KENAL POWER ROOT??

SULAM MEWAH INDONESIA & SUTERA EKSKLUSIF TERENGGANU ~New Stock! FREE Postage! Promosi Raya!~
Reply With Quote
  #174  
Old 16-10-2008, 12:41 AM
jutaONEprepaid jutaONEprepaid is offline
Legendary Member

jutaONEprepaid's Avatar
 
Trader Rating: (15)
Join Date: Apr 2007
Location: Kuala Terengganu
Posts: 15,611
Poster Rank: #34
Thanked 0 Times
Groaned at 0 Times
Active Level
My Mood:
Default

ARIFIN ANA



Ariffin Ana memulakan kariernya sebagai tok joro antara tahun 1958 dan 1959. Beliau dilahirkan pada 1955 di Kampung Siam, Pasir Mas. Beliau digelar Ana kerana kerana namanya melonjak ketika menetap di Kampung Ana, Tumpat, Kelantan.

Minat beliau terhadap dikir barat bermula sejak umur 11 tahun semasa mendengar Hassan Penyu dan Seman Wau Bulan berdikir. Beliau pernah dimarahi oleh gurunya kerana sering berdikir semasa belajar di sekolah pondok. Minat yang mendalam terhadap seni ini menyebabkan beliau berhenti belajar di sekolah pondok.

Sepanjang bergiat di dalam dikir barat, dia menjuarai beberapa beberapa pertandingan di negara ini. Beliau juga mengajar mereka yang berminat untuk berdikir barat. Jen Endoro adalah antara anak didiknya yang terkenal.

Beliau mempunyai 11 orang anak hasil perkongsian hidup dengan Khalijah Abdullah.Walaupun cacat penglihatan, beliau bergiat cergas di dalam dikir barat yang merupakan mata pencariannya.
__________________

MLM TERBARU! MILIKI LESEN AJL! TERSENARAI DI BURSA SAHAM MALAYSIA! ASET RM900 JUTA! BEROPERASI 11 TAHUN! SIAPA TAK KENAL POWER ROOT??

SULAM MEWAH INDONESIA & SUTERA EKSKLUSIF TERENGGANU ~New Stock! FREE Postage! Promosi Raya!~
Reply With Quote
  #175  
Old 16-10-2008, 12:47 AM
wanzex wanzex is offline
CG Top Poster Club

wanzex's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jul 2006
Location: Di SiSi DiRi
Posts: 32,005
Poster Rank: #7
Thanked 483 Times
Groaned at 0 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by jutaONEprepaid View Post
POK LEH TAPANG



Nama penuh beliau ialah Mat Salleh Bin Haji Ahmad merupakan pengasas dan pendikir barat yang terulung. Beliau lebih dikenali di kalangan pendikir dengan nama Pak Leh Tapang. Beliau sangat dihormati dan dan mendapat sanjungan semua pihak.

Beliau memulakan dikir barat selepas Perang Dunia Kedua. Pak Leh mengubah corak dikir yang sedia ada iaitu dikir laba di kalangan masyarakat Kelantan kepada corak baru dengan mempertahankan pantun.

"Pak Leh mengambil asas daripada negeri Siam dicampur dengan corak dikir di Kelantan, lalu dinamakan dikir barat (Siam). Nama itu lekat hingga ke masa ini," jelas beliau.

Pada masa lalu, dikir barat menjadi hiburan orang-orang kampung seperti petani dan nelayan. Sekarang ini telah menjadi alat penghibur dan nasihat hingga ke peringkat bandar dan pelancong dari luar negara. Kini dikir barat telah pun mendapat tempat melalui radio, TV dan kaset-kaset.

Menurut Pak Leh ,beliau menggunakan media berdikir barat dalam berbagai tujuan seperti pendidikan, menasihat, hiburan dan dakwah melalui pantun-pantun dikirnya yang keluar secara spontan.

"Pak Leh boleh berpantun secara spontan dengan menggunakan penglihatan ,sebutan dalam apa sahaja tajuk. Tambah lagi kalau berlawan (bertanding) hujah-hujah pihak lawan dapat dipantun balik dan mengenakan pula kepada lawan-lawan," tambahnya lagi.

"Pernah Pak Leh diminta oleh Pejabat Penerangan Negeri Kelantan membuat dikir barat di kawasan-kawasan hitam dan sempadan dengan menyeru pengganas-pengganas supaya keluar hutan menyerah diri pada masa darurat dulu", jelasnya.

Peranan Pak Leh sebagai penghibur dikir barat bermula di bawah bangsal kecil di kampung-kampung telah meningkat hingga membawa ke majlis-majlis rasmi di istana, radio, TV hingga ke peringkat tertubuhnya Dendang Rakyat oleh RTM. Yang membanggakan ialah Pak Leh adalah yang mengasas dan memulakannya.

Apabila ditanya tentang kebolehannya untuk melaksanakan tugas tukang karut dengan berkesan sekali dalam semua majlis dan upacara, beliau mejelaskan bahawa tukang karut mesti luas pengetahuan termasuk yang terkini, banyak membaca dan tajam pula perhatian. Itulah isi pada diri tukang dikir yang ulung ini.

Pak Leh tidak mengasingkan diri dari masyarakat. Beliau pernah menjadi penghulu Mukim Teluk dan MukimTapang di Kota Bharu , ahli jawatankuasa PIBG beberapa buah sekolah berdekatan dan lain-lain badan kebajikan.

Atas jasa-jasa dan ketokohannya itu, beliau dianugerahi Surat Kepujian tahun 1988 dan Pingat Setia (PS) 1994 oleh Sultan Kelantan .

Pak Leh sekarang menetap di Taman Harmoni Kampung Beris Jambu, Jalan Panji Kota Bharu dalam usia 69 tahun. Beliau memiliki empat orang anak.

Pak Leh menasihatkan pasukan-pasukan dikir barat termasuk tukang karut , supaya sentiasa menjaga nama baik pasukan dengan berfikir tentang kebaikan dan elakkan yang mengarut (berbentuk cabul), atau apa sahaja yang memburukkan. Dengan ini, imej dikir barat sentiasa baik dan menjadi alat yang berkesan dalam pendidikan dakwah dan lain-lain sambil menghibur.

*Sumber daripada: "Pak Leh Tapang Guru Ulung Dikir Barat", Utusan Malaysia 11hb. Januari 1997.
makasih yup....Oooo inilah pengasas dikir barat kat kelantan.
tampan banget arwah ni...
beru kenal wajahnya...
__________________
Mentari Tetap Bersinar
Reply With Quote
  #176  
Old 16-10-2008, 12:53 AM
jutaONEprepaid jutaONEprepaid is offline
Legendary Member

jutaONEprepaid's Avatar
 
Trader Rating: (15)
Join Date: Apr 2007
Location: Kuala Terengganu
Posts: 15,611
Poster Rank: #34
Thanked 0 Times
Groaned at 0 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by tengku View Post
ado lagi....
cikgu sulizi....cikgu sulizi!!!
cikgu sulizi dgn sapo tuuuu...?
Cikgu sulizi dan cikgu naim (kedua2 lulusan UKM)

*Cikgu naim dah meninggal dunia...

Allahyarham Cikgu Naim...mmg tidak asing di kalangan peminat dikir barat. Di awal tahun 2000 kemunculan satu gelora baru dlm seni dikir iaitu VCD dan CD. Dengan arus ini nama Cikgu Naim berdentum melonjak menghiasi dada-dada dunia hiburan dikir barat dengan meriahnya. Lontaran idea dan modal-modal bernas dari lirik lagunya membawa beliau lebih laju melangkah ke depan dalam arus persaingan lagu-lagu yang membawa mesej-mesej dan jenaka ringan dari isi hati ke khalayak sehingga memberi impak yg tiada taranya di kalangan penggemar dikir...

Jiwa kekampungannya diterjemahkan kepada suara lantang melalui lagu secara tak langsung mengajak penggemar dikir barat yang berbilang watak dan cara hidup mengenal perit jerih suasana hidup sebagai orang kampung..seorang pelajar berterima kasih kepada guru...seorang rakyat marhain melafaz isi hati kepada pembesar negeri dan tak lupa juga lagu-lagu motivasi yang boleh membangkit persoalan di mana kita sepatutnya berada. Ini gambaran hamba..utk lebih jelas perhalusilah lagu dan jalan cerita dlm2 lagu-lagunya..

Beliau seorang guru..pendidik..namun di dalam bangsal berdikir..gelaran cikgu itu ditinggalkan bersama baju kemeja seluar slack di rumahnya..Dalam bangsal berdikir Cikgu Naim adalah Naim...seorang tukang karut..boleh bergurau senda..bertegur sapa..dengan jujur mencemar duli untuk bergaul dengan awak2 dikir yang berbilang jenis watak lakaran peribadi..dari golongan berkaki ayam hingga ke bersepatu kulit.

Apa yang hamba boleh banggakan dari beliau...Sombong dan bongkak dlm seni tiada pun terbenih sekelumit dlm dirinya...Semoga antara kita boleh mewarisi sifat ini...Kita hanya insan biasa tidak terlepas dari kesilapan...Orang yang lebih mengenali Cikgu Naim pasti akan faham maksud ayat terakhir hamba ini...

*** Gugurmu terpahat seribu makna ***
__________________

MLM TERBARU! MILIKI LESEN AJL! TERSENARAI DI BURSA SAHAM MALAYSIA! ASET RM900 JUTA! BEROPERASI 11 TAHUN! SIAPA TAK KENAL POWER ROOT??

SULAM MEWAH INDONESIA & SUTERA EKSKLUSIF TERENGGANU ~New Stock! FREE Postage! Promosi Raya!~
Reply With Quote
  #177  
Old 16-10-2008, 01:01 AM
jutaONEprepaid jutaONEprepaid is offline
Legendary Member

jutaONEprepaid's Avatar
 
Trader Rating: (15)
Join Date: Apr 2007
Location: Kuala Terengganu
Posts: 15,611
Poster Rank: #34
Thanked 0 Times
Groaned at 0 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by tengku View Post
makasih yup....Oooo inilah pengasas dikir barat kat kelantan.
tampan banget arwah ni...
beru kenal wajahnya...
pok leh tapang bukan pengasas dikir barat..dia ada nafikan dalam satu temubualnya..dikir barat belum diketahui dari mana asal usulnya...

Mat Leh Tapang atau pok leh tidak terlibat sama sekali dengan kemasukan dikir barat atau usul dikir ni ke kelantan..ini diakui oleh pok leh sendiri didalam temuramah nya semasa arwah masih hidup.. jadi jika beliau menafikan bahawa dia bukan orang yang membawa masuk dikir ke kelantan, kita mungkin kena mempertimbangkan lagi sejarah yang abe par quote dari mana-mana lagi..mungkin kena bermuzakarah secara berhadap[an untuk mencari penyelesaian dalam kebuntuan..

Gemuloh Pak Leh Tapang mula bergerak secara aktif dalam bidang seni dengan Pasukan Rebana Kampung Tapang sebagai tukang cipta pantun yang akhirnya dikenali sebagai dikir barat pada tahun 40-an.
Istilah tukang karut dalam dikir barat juga adalah idea Gemuloh Pak Leh sendiri. Orang yang mula-mula meniru pantun-pantun yang dibawa oleh Gemuloh Pak Leh Tapang ialah Dollah dari Kampung Belimbing Pulau Tebu, Nilam Puri, Kota Bharu, kemudian ditiru pula oleh Wahid.

Selanjutnya ditiru oleh Zakaria, Na'amat Dunia yang meneruskan pantun-pantun itu ditiru pula oleh Awang Ikan Duyung, Seman Wau Bulan, Hussin dan berlarutan hingga ke generasi hari ini. Pantun-pantun mengarut dikir barat diucapkan secara spontan.

Sebelum Gemuloh Pak Leh Tapang memperkenalkan dikir barat, istilah “ddikir” sudah pun popular dalam kalangan masyarakat Kelantan seperti dikir rebana, dikir yadah, dan rebana kercing (hak ni jah beso tengok, dk bbano & yadah tak tahu).

Gemuloh ni pernah menjelaskan sebab-sebab dinamakan dikir barat kerana pada awal tahun 40-an ada orang-orang Kelantan yang berhijrah ke Thailand untuk mencari pekerjaan di sana. Justeru itu orang-orang inilah yang membawa balik ke negeri Kelantan, irama dan seni kata dari Thailand lalu dinamakan “Lagu Barat” tetapi mengarut yang ada di dalam dikir barat adalah ciptaan Pak Leh Tapang sendiri mengikut idea spontan.

Sekitar tahun 50-an, beliau diundang, bukan sahaja oleh masyarakat kampung malah oleh ketua-ketua jabatan dan orang-orang kenamaan, pelbagai persatuan dan badan amal dengan tujuan memungut derma.

Pak Leh Tapang julung-julung kalinya memperkenalkan nama-nama tok juara dikir barat sekitar tahun 50-an. Dengan adanya tok-tok jogho itu, berkembanglah dikir barat di negeri Kelantan. Antara kumpulan dikir barat yang wujud pada masa itu ialah Kumpulan Hussin Pulai Tebu, Kumpulan Pak Badol (joghonya ialah Awang Lubung Nibung), Kumpulan Bukit Akar (joghonya ialah Abdul Rahman Bukit Akar), Kumpulan Dollah Teluk Kemunting (tukang karutnya: Mamat Pengkalan Petah) dan Kumpulan Binjai (tukang karut: Dollah Kulat Malam).

Gemuloh juga menjelaskan perubahan lagu-lagu dikir barat oleh tok jogho dibawa oleh Kumpulan Awang Lah Jangga Barat dengan lagu asli dikir barat kemudian diubah suai oleh Kumpulan Hussain Pulau Tebu dengan membawa irama lagu makyung.

Seterusnya, diubahsuai oleh Kumpulan Zakaria Pulau Belanga dengan irama lagu dikir laba dan kemudian diubahsuai pula oleh Kumpulan Jusoh Kelong dengan irama lagu padang pasir dan irama lagu Hindustan.
Gemuloh Pak Leh pernah memberitahu tentang lahirnya tukang karut wanita yang bermula sekitar tahun 60-an terdiri daripada Che Jah dari Kampung Ana, Natrah dari Kampung Teluk Kemunting, dan Himah dari Perupuk, Bachok, Kelantan.

Dikir Barat berkembang juga ke Selatan Thailand, seperti wujudnya Kumpulan Awang Kampung Kersik, Pattani, Kumpulan Kumat Lukla (Pak Ku Mat), Kumpulan Jusoh Jabi, Sudin Jah Kerian, Nik Andak Jah Erong.

Pak Leh Tapang menjelaskan mengenai fahaman atau cara berpantun dalam persembahan dikir barat. Allahyarham tidak menggunakan perkataan lucah atau menghina sesiapa. Kerana itu allahyarham amat kesal kerana sebelum ini ada tukang karut tanpa malu-malu berpantun dengan perkataan lucah kononnya untuk melahirkan kelucuan atau menarik perhatian khalayak.
Dikir barat masih hidup malah begitu subur ke seluruh rantau, namun tokohnya Gemuloh Pak Leh Tapang telah pergi buat selama-lamanya. Beliau telah meninggalkan sejarah serta khazanah seni budaya yang tidak ternilai harganya.

# Mohon sedekahkan Al-fatihah buat Gemulloh ni.
Al-fatihah …….
__________________

MLM TERBARU! MILIKI LESEN AJL! TERSENARAI DI BURSA SAHAM MALAYSIA! ASET RM900 JUTA! BEROPERASI 11 TAHUN! SIAPA TAK KENAL POWER ROOT??

SULAM MEWAH INDONESIA & SUTERA EKSKLUSIF TERENGGANU ~New Stock! FREE Postage! Promosi Raya!~
Reply With Quote
  #178  
Old 16-10-2008, 01:04 AM
jutaONEprepaid jutaONEprepaid is offline
Legendary Member

jutaONEprepaid's Avatar
 
Trader Rating: (15)
Join Date: Apr 2007
Location: Kuala Terengganu
Posts: 15,611
Poster Rank: #34
Thanked 0 Times
Groaned at 0 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by tengku View Post
pe beza tukang karut ngan tok jogho????
dikir barat ni ada dua bahagian.

1. Berdikir - di ketuai oleh tok jogho - penyampaian mesej melalui bentuk nyanyian yg berselang seli antara awok2 membawa lagu tema dan tok jogho menggunakan pantu 4 kerat.

2. Mengarut - di kepalai oleh tukang - mesej di sampaikan melalui pantun 2 kerat, setiap keratan pantun yg di ucap oleh tkg karut akan di ikut oleh awok2 dalam kata2 yg sama.

Begitulah secara ringkasnya. Kalau tak faham nanti tanya lagi.

sedikit penambahan..Tok Jogho menyampaikan lagu dalam bentuk yang lebih lembut iramanya, puitis senikatanya manakala tukang karut menyampaikan mesej dalam lagu berbentuk lebih tepat senikatanya, direct to the point dlm bahasa ibunda hamba..

Perbezaan kedudukan juga membezakan antara tukang karut dan tok jogho ialah tok jogho mengalunkan lagu sambil bersila dan tukang karut pula sambil berdiri. Seseorang tok jogho juga memerlukan lenggok suara yang lebih berolak olak atau dalam bahasa mudahnya mempunyai kelebihan 'air suara' dari tukang karut. Walaubagaimanapun..tukang karut juga perlu suara yang indah didengar, lunak dipandang..ahaks..

Juara (Tok Juara)

Juara merupakan orang yang kedua penting dalam satu pertunjukan dikir
barat. Tugasnya ialah berdikir sebelum tukang karut mengarut. Pada waktu
tertentu juara juga terpaksa mengarut iaitu sewaktu menunggu ketibaan
tukang karut (biasanya di awal permainan) tetapi karutnya tidak panjang.
Juara tidak menyanyi tetapi berdikir sambil duduk di sepanjang masa
permainan. Tukang karut pula mendendangkan karutnya sambil berdiri dan
menari. Suara juara yang baik dan merdu boleh menaikkan semangat tukang
karut dan awok-awok pasukannya. Tema yang dibawa oleh juara selalunya
menjadi panduan kepada tukang karut untuk mengarut kerana selepas juara
berdikir tukang karut akan mengarut pula

Awok-awok berpakaian seragam. Mereka duduk dalam dua barisan dan
kedudukan ini sudah menjadi kelaziman apabila berada di atas pentas.

Juara juga bertindak sebagai ketua dan guru kepada seluruh awok - awoknya
sebab segala bentuk dikir yang merupakan suara latar atau korus, yang
diperlukan adalah dari ajaran dan arahan juara. Walau bagaimanapun, tukang
karut tidak terikat dengan tindakan juara atau awok-awok sewaktu
berlangsungnya persembahan. Lagu dan seni kata boleh dianggap sebagai
ciptaan juara. Awok-awoknya dilatih terlebih dahulu sebelum permainan dikir
barat diadakan dan seorang juaranya selalu mempunyai beberapa pasukan
awok-awok yang terdekat dengan tempat permainan dikir barat akan dipilih
atau ditugaskan oleh juara bagi mewakili pasukannya ketika mengadakan
persembahan di daerah tersebut.

Tukang Karut

Orang yang memainkan peranan utama dalam pasukan dikir barat ialah
tukang karut. Tugas tukang karut yang penting ialah berpantun dan bersyair.
Pantun dan syair yang didendangkan mengikut selera tukang karut. Idea, isi,
bahasa dan persoalan yang terkandung dalam puisi berkenaan (pantun dan
syair) selalunya dikemukakan secara spontan.

Tukang karut juga boleh menyanyi pelbagai jenis lagu. Biasanya, lagu-lagu
sendiri lebih dipentingkan oleh tukang karut dan kerap kali menjadi masyhur,
terkenal serta menjadi sinonim dengan namanya seperti Seman Wau Bulan,
Dolah Kulai Malam, Awang Ikan Duyung dan Iain-lain. Tukang karut
merupakan watak yang mempunyai kebolehan semulajadi kerana tidak semua
orang boleh menjadi tukang karut.

Sumber: Siri Mengenali Budaya 1/2003 Dikir barat. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia. 2003
__________________

MLM TERBARU! MILIKI LESEN AJL! TERSENARAI DI BURSA SAHAM MALAYSIA! ASET RM900 JUTA! BEROPERASI 11 TAHUN! SIAPA TAK KENAL POWER ROOT??

SULAM MEWAH INDONESIA & SUTERA EKSKLUSIF TERENGGANU ~New Stock! FREE Postage! Promosi Raya!~
Reply With Quote
  #179  
Old 16-10-2008, 01:05 AM
wanzex wanzex is offline
CG Top Poster Club

wanzex's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jul 2006
Location: Di SiSi DiRi
Posts: 32,005
Poster Rank: #7
Thanked 483 Times
Groaned at 0 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by jutaONEprepaid View Post
pok leh tapang bukan pengasas dikir barat..dia ada nafikan dalam satu temubualnya..dikir barat belum diketahui dari mana asal usulnya...
aiks.....konpius ni...biar betul!!!
__________________
Mentari Tetap Bersinar
Reply With Quote
  #180  
Old 16-10-2008, 01:09 AM
jutaONEprepaid jutaONEprepaid is offline
Legendary Member

jutaONEprepaid's Avatar
 
Trader Rating: (15)
Join Date: Apr 2007
Location: Kuala Terengganu
Posts: 15,611
Poster Rank: #34
Thanked 0 Times
Groaned at 0 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by irsaffy View Post
Pertandingan Dikir Barat ASEAN

23&24 Ogos 2008

Perkarangan Stadium Sultan Mohd Ke IV

sumber : http://www.tic.kelantan.gov.my/calendarbm.html

Berita :

================================================== ===================
KOTA BHARU, 19 Muharram 1428 Pelbagai program diatur kerajaan negeri bagi memartabatkan seni budaya Kelantan seperti persembahan seni dikir barat agar tidak luput ditelan zaman, selain memastikan seni budaya kebanggaan rakyat Kelantan ini tidak bercanggah dengan Islam.Pelbagai program dan sumbangan bantuan disalurkan kerajaan negeri bagi memastikan seni dikir barat dan penggiat seninya sentiasa terbela dari segi kebajikan.Pengerusi Koperasi Dikir Barat Kelantan Berhad (KDBKB), Zulkepli Mohamad berkata, dalam usaha mengangkat seni dikir barat diperingkat antarabangsa koperasi dengan kerjasama Majlis Tindakan Pelancongan Kelantan (TIC) akan menganjurkan satu Festival Seni Dikir Barat Antarabangsa.

Festivel dalam bentuk pertandingan ini merupakan yang pertama kali dianjurkan di peringkat antarabangsa dalam usaha memperkenalkan seni kebanggaan rakyat Kelantan di persada dunia, jelas beliau di majlis Penyerahan Kunci Rumah kepada penerima Anugerah Rumah Tokoh Dikir Barat pertama, Megat Nordin di Kampung Chepo, dekat sini baru-baru ini.

Majlis penyerahan kunci rumah telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Perpaduan Masyarakat, Dato Haji Anuar Tan Abdullah.Menurut Zulkepli lagi, festivel atau pertandingan dikir barat itu dijangka akan berlangsung pada bulan Ogos depan dan akan melibatkan penyertaan kumpulan dikir barat dari negara Thailand , Brunei , Singapura dan Indonesia .Selain itu menurut beliau, pihak koperasi juga meneruskan program persembahan mingguan secara bergilir-gilir yang diadakan sejak setahun lalu, dalam usaha memberi peluang kepada semua kumpulan dikir barat yang berdaftar sebagai anggota KDBKB dari seluruh Kelantan mengadakan persembahan kepada orang ramai dibeberapa tempat yang telah atur.

Untuk tujuan itu pihak kerajaan negeri telah meluluskan peruntukkan kepada KDBKB sebanyak RM75,000 bagi melaksanakan program persembahan mingguan di tempat-tempat terpilih. Beberapa tempat tumpuan ramai telah dipilih bagi dijalankan program itu, antaranya di Pasaraya Besar KB Mall, Tesco,

Pasaraya Bilall dan perkarangan Pasar Borong Wakaf Che Yeh dan program ini dijangka bermula pertengahan Febuari depan. Sementara itu, Anuar Tan berkata, sejak ditubuhkan dua tahun lepas tidak kurang RM350,000 telah disumbangkan kerajaan negeri kepada KDBKB bagi melaksanakan pelbagai aktiviti memajukan seni dikir barat, selain menjaga aspek kebajikan penggiat seninya. Ini termasuk menyediakan peruntukkan sebuah rumah setahun bernilai RM30,000 kepada tokoh dikir barat yang banyak menyumbang jasa mengembangkan seni dikir barat, yang telah dimulakan sejak tahun 2006 lagi,? jelas beliau.Bagi tahun 2007 kerajaan negeri melalui cadangan KDBKB telah memilih tokoh dikir barat dan tukang karut tersohor,

Abdullah Che Man atau Pak Nik Lah Tok Deh sebagai penerima kedua anugerah rumahHadir sama pada majlis itu, tokoh-tokoh vateran dikir barat tersohor antaranya Abdullah Che Man, Mat Daud Che Matdan lain-lain penggiat seni dikir barat.

Sumber : Buletin@Online buletinupkn.info

KEPUTUSAN DIKIR BARAT ASEAN

Johan = Malaysia
Naib Johan = Singapura
Ketiga = Thailand

Gambar wakil dari singapura

__________________

MLM TERBARU! MILIKI LESEN AJL! TERSENARAI DI BURSA SAHAM MALAYSIA! ASET RM900 JUTA! BEROPERASI 11 TAHUN! SIAPA TAK KENAL POWER ROOT??

SULAM MEWAH INDONESIA & SUTERA EKSKLUSIF TERENGGANU ~New Stock! FREE Postage! Promosi Raya!~
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply


Currently Active Users Viewing This Thread: 1 (0 members and 1 guests)
 
Thread Tools
Display Modes

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off
Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 08:39 AM.


Powered by vBulletin® Copyright ©2000 - 2010, Jelsoft Enterprises Ltd.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner. CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE