Sensasi dalam dunia Forex! Cepat dapatkan tawaran terbaru daripada InstaForex - bonus 45% untuk setiap deposit! Bonus 45% untuk keuntungan yang maksimum!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > News, Current Issues, Rumours

News, Current Issues, Rumours Share & get daily updated news, current issues from locals to all around the world.

CG Sponsors



Recommended Brokers

CG Updates
0 Forum rules improvised
Last Post: CariGold
Posted On: 05-02-2014
Replies: 0
Views: 20,090
0 Social Group is now based on request
Last Post: CariGold
Posted On: 11-12-2012
Replies: 0
Views: 50,643
0 Unscheduled maintenance
Last Post: CariGold
Posted On: 26-11-2012
Replies: 0
Views: 38,218
More...
Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 30-05-2013, 09:13 AM
balqis07 balqis07 is offline
CG Top Poster Club

balqis07's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jan 2010
Posts: 22,182
Poster Rank: #69
Blog Entries: 20
Thanked 245 Times
Active Level
Post Update....Kematian Remaja Perempuan, Lari tinggalkan mayat kekasih



BAPA Aimi Hamizah, Mohamad Sahak terpaksa dipapah oleh anaknya, Abu Suffian lantaran gagal mengawal emosi selepas melihat mayat anaknya di Hospital Melaka semalam.

MELAKA – Kes pembunuhan seorang gadis yang mayatnya ditemui di tapak pembuangan sampah di Kampung Solok Gaung, Ayer Molek Rabu lalu mendapat petunjuk baharu apabila siasatan mendapati suspek meninggalkan mangsa di situ selepas panik melihat pelajar berkenaan mati akibat sesak nafas.

Bagaimanapun, ia masih belum cukup untuk merungkai punca sebenar kematian mangsa kerana laporan bedah siasat mendapati tidak terdapat kesan mencurigakan pada badan mangsa dan tiada tanda gadis itu menjadi mangsa serangan jenayah seksual.

Tambahan pula, doktor menghadapi sedikit kesukaran untuk mengetahui punca kematian ekoran jasad Aimi Hamizah Mohamad, 14, yang sudah mereput.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan P. R. Gunarajan berkata, suspek mendakwa, selepas mendapati kelas mengaji dibatalkan pada malam Isnin lalu, mangsa telah membonceng motosikalnya untuk ke sebuah taman berdekatan.

Katanya, suspek berusia 17 tahun yang kini direman itu merupakan kekasih mangsa dan mereka belajar di sekolah yang sama.

“Mereka kemudian telah pergi ke kawasan semak di Kampung Solok Gaung pada pukul 9 malam. Ketika sedang berdua-duaan, suspek mendakwa mangsa mengalami sesak nafas dan suspek cuba melakukan CPR (bantuan pernafasan kecemasan) untuk menyelamatkan kekasihnya namun gagal.

“Akibat terlalu panik dan takut melihat mangsa mati secara tiba-tiba, suspek bertindak meninggalkan mayat mangsa di situ,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...a&pg=ne_09.htm



Kawasan semak yang juga tempat pembuangan sampah ini merupakan lokasi di mana Aimi Hamizah ditemui mati oleh sekumpulan remaja lelaki. Gambar kecil : Mohamad


AYER MOLEK - "Apa dosa anak saya?" demikian luahan bapa kepada remaja perempuan, Aimi Hamizah, 14, yang ditemui mati di kawasan pembuangan sampah di Kampung Solok Gaung, di sini, kelmarin, selepas dilaporkan hilang sehari sebelum itu.

Mohamad Sahak, 58, berkata, walaupun reda dengan takdir, dia tetap mahu tahu mengapa anak kesayangannya itu diperlaku sebegitu.

"Saya mahu tahu siapa pembunuh Aimi dan apa motifnya. Saya harap pembunuh anak saya ditangkap dan terima pembalasan dengan segera," katanya.

Dia kelihatan masih trauma ketika bercakap kepada pemberita yang menemuinya di rumahnya di Taman Desa Ayer Molek, di sini, semalam.

Katanya, sejak Aimi Hamizah, anak bongsu daripada tiga beradik itu tidak pulang ke rumah Isnin lalu, dia dan isterinya, Maimunah Ismail, 44, seperti tidak tentu arah dan sentiasa berada dalam keadaan bimbang.

Mohamad yang merupakan pekerja kilang lebur besi di Merlimau berkata, anak tunggal perempuannya itu sangat manja dan rapat dengannya.

Anaknya sempat berbuka puasa dengan isterinya Isnin lalu, mencium tangan mereka berkali-kali sebelum keluar untuk mengaji al-Quran.

“Arwah puasa ganti dan dia ada ajak saya berbuka puasa sekali, tapi saya tak mahu sebab tidak berpuasa.

“Sebelum keluar rumah pergi mengaji pula dia salam saya berkali-kali dan sempat mencium ibunya. Selalunya dia akan salam dua, tiga kali, tapi kali ini berkali-kali pula,” katanya.

Mohamad berkata, dia bersama anak lelaki serta beberapa rakan anak lelakinya kemudian terus mencari mangsa selepas tidak pulang ke rumah hingga 10 malam.

“Sehingga hari Selasa Aimi masih tak balik-balik, jadi kami pergi buat laporan polis di Balai Polis Tiang Dua, kira-kira jam 10.45 malam.

“Keesokannya (Rabu), saya rasa tak sedap hati setelah polis datang ke rumah kira-kira jam 7 malam dan memaklumkan bahawa mereka ada jumpa mayat seorang remaja perempuan dan meminta saya untuk membuat pengecaman,” katanya.

Menurutnya, dia dan isterinya, serta dua anak lelaki, Abdul Mutalib, 20, dan Abu Sufian, 17, bergegas ke tempat kejadian sejauh kira-kira empat kilometer untuk buat pengecaman.

“Semasa di tempat kejadian, saya tak mampu buat pengecaman kerana masih terkejut, namun dimaklumkan oleh isteri dan anak lelaki bahawa mayat remaja perempuan itu adalah Aimi berdasarkan pakaian dan barang kemas yang dipakainya,” katanya.

Tambah Mohamad, dia reda dengan pemergian anaknya, tetapi tetap tidak dapat menerima hakikat anaknya meninggal dunia dalam keadaan demikian.

Mangsa ditemui dalam keadaan terlentang di atas papan lapis berhampiran padang oleh sekumpulan remaja lelaki yang baru sahaja pulang dari bermain bola sepak kira-kira jam 7 petang kelmarin.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/tangka...egera-1.165804











Kematian remaja perempuan ada unsur bunuh


MELAKA: Polis percaya mayat remaja perempuan berusia 14 tahun yang ditemui di kawasan pembuangan sampah di Kampung Solok Gaung, Ayer Molek di sini semalam, adalah mangsa bunuh.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Melaka Superintendan P.R.Gunarajan berkata, walaupun tiada kesan kecederaan fizikal pada mayat Aimi Hamizah Mohamad, polis percaya kes itu ada unsur bunuh kerana mayat ditinggalkan di kawasan semak dan terpencil.
"Kita akan siasat kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kita percaya mangsa telah meninggal dunia lebih 24 jam (sebelum mayatnya ditemui)," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Katanya, punca sebenar kematian gadis itu hanya akan diketahui selepas bedah siasat yang akan dijalankan esok di Hospital Besar Melaka.

Proses bedah siasat terpaksa ditangguh kerana perlu menunggu pakar dari Hospital Kuala Lumpur, katanya.

Mayat Aimi Hamizah ditemui sekumpulan remaja kampung itu yang dalam perjalanan pulang selepas bermain bola sepak di padang berhampiran lokasi kejadian kira-kira jam 7 malam semalam.

Pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Ayer Molek itu dilapor hilang selepas gagal pulang ke rumahnya di Taman Desa Molek, di sini Isnin lepas, selepas keluar untuk ke kelas mengaji al-Quran kira-kira jam 7.40 malam.
Mayat anak perempuan tunggal daripada tiga beradik itu ditemui lengkap berpakaian dalam keadaan terlentang di atas sekeping papan lapis di tapak pembuangan sampah tersebut, empat kilometer dari rumahnya.

Sementara itu, ayah mangsa Mohamad Sahak, 58, berkata anak bongsunya itu keluar dari rumah selepas berbuka puasa pada Isnin lepas, untuk ke kelas mengaji al-Quran yang tidak jauh dari rumah mereka.

Bagaimanapun, Mohamad berkata, anaknya tidak pulang ke rumah seperti biasa pada pukul 9 malam, menyebabkan beliau mencari Aimi Hamizah di rumah guru kelas al-Quran berkenaan.

"Saya dimaklumkan guru mengajinya bahawa Hamizah datang untuk mengaji tapi pulang selepas dimaklumkan kelas tersebut dibatalkan," kata pekerja kilang lebur besi di Merlimau, Jasin itu.

Beliau dan anak lelakinya, Abu Sufian, 17 serta jiran dan rakan mereka bertindak mencari Aimi Hamizah namun gagal sebelum membuat laporan di Balai Polis Tiang Dua.

Kira-kira jam 7 malam semalam, polis datang ke rumah meminta kami membuat pengecaman terhadap mayat seorang remaja perempuan yang ditemui di kampung bersebelahan, katanya.

Menurut Mohamad, pengecaman itu dilakukan isterinya Maimunah Ismail, 44, dan anak lelaki mereka.

"Kami terkejut namun reda dan berharap polis dapat menahan siapa yang melakukan perbuatan ini dengan segera. Saya hendak tahu siapa yang tergamak melakukan perbuatan kejam ini," katanya. - BERNAMA




MELAKA - Misteri kehilangan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang tidak pulang ke rumah selepas keluar mengaji dua hari lalu terjawab apabila dia ditemui mati di kawasan pembuangan sampah di Kampung Solok Gaung, Ayer Molek, lewat petang semalam.

Mangsa yang tinggal di Taman Desa Molek di sini, ditemui dalam keadaan terlentang di atas papan lapis berhampiran padang oleh sekumpulan remaja lelaki yang baru sahaja pulang dari bermain bola sepak kira-kira jam 7 petang.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Superintendan PR Gunarajan berkata, ibu bapa mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Tiang Dua kelmarin selepas anak mereka tidak pulang ke rumah Isnin lalu.

“ Pihak keluarga telahpun mengesahkan mangsa adalah anak mereka berdasarkan pakaian mangsa yang sama sebelum keluar rumah,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/budak-...ampah-1.165326

Last edited by balqis07; 01-06-2013 at 07:29 AM..
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 30-05-2013, 09:14 AM
demise_u demise_u is offline
Super Active Member

demise_u's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2008
Posts: 4,032
Poster Rank: #924
Thanked 96 Times
Active Level
Default

Alfatehah..kejamnya manusia sekarang
Reply With Quote
  #3  
Old 30-05-2013, 09:16 AM
amins33 amins33 is offline
Super Active Member

amins33's Avatar
 
Trader Rating: (8)
Join Date: Sep 2008
Posts: 4,528
Poster Rank: #824
Thanked 3 Times
Active Level
Default

Apela jadik kt bsk.ni sebelum tu ek
Reply With Quote
  #4  
Old 30-05-2013, 09:16 AM
mynameis mynameis is offline
Super Active Member

mynameis's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2012
Posts: 3,134
Poster Rank: #1221
Thanked 5 Times
Active Level
My Mood:
Default

rogol dan bunuh.Alfatihah
Reply With Quote
  #5  
Old 30-05-2013, 09:18 AM
balqis07 balqis07 is offline
CG Top Poster Club

balqis07's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jan 2010
Posts: 22,182
Poster Rank: #69
Blog Entries: 20
Thanked 245 Times
Active Level
Default

Bahaya betul sekarang ni biarkan anak2 berjalan bersendirian diluar, macam2 perkara boleh berlaku.
Reply With Quote
  #6  
Old 30-05-2013, 09:23 AM
hasnolfaizal hasnolfaizal is offline
Active Member

 
Trader Rating: (1)
Join Date: Mar 2012
Posts: 1,556
Poster Rank: #2420
Thanked 0 Times
Active Level
My Mood:
Default

Alfatihah... Hati.. ramai orang gile dan sakit jiwa sekarang ni.. hu hu
Reply With Quote
  #7  
Old 30-05-2013, 09:23 AM
Nazj Nazj is offline
Super Active Member

Nazj's Avatar
 
Trader Rating: (13)
Join Date: May 2011
Posts: 2,675
Poster Rank: #1447
Blog Entries: 1
Thanked 15 Times
Active Level
My Mood:
Default

Penat lelah 14 tahun makbapak budak tu jaga, didik, bagi makan minum... malaun2 tu senang2 je bunuh...
Reply With Quote
  #8  
Old 30-05-2013, 09:29 AM
sangbogol sangbogol is offline
Legendary Member

sangbogol's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Dec 2007
Location: Bulan-Bintang-Matahari
Posts: 14,182
Poster Rank: #152
Thanked 8 Times
Active Level
My Mood:
Default

apa kes nih! dendam kot!
__________________
"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah"
Reply With Quote
  #9  
Old 30-05-2013, 09:31 AM
fauzizul fauzizul is offline
Legendary Member

fauzizul's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Sep 2009
Posts: 11,594
Poster Rank: #215
Blog Entries: 1
Thanked 9 Times
Active Level
My Mood:
Default

berak 6 6 malaysia
Reply With Quote
  #10  
Old 30-05-2013, 10:00 AM
NEMO NEMO is offline
CG Super Hardcore

NEMO's Avatar


 
Trader Rating: (241)
Join Date: Jan 2007
Location: Balik modal dalam 6 bln..bisnes emas terbaru
Posts: 112,583
Poster Rank: #3
Thanked 1,001 Times
Active Level
My Mood:
Default

jgn biarkan anak2 bersendrian
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 04:01 AM.


Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner. CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE