BTC USD 84,559.7 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KOLEKSI CERITA SERAM ---> dari rumah sebelah

CASA_IMPIAN

Fun Poster
Messages
926
Joined
Oct 8, 2008
Messages
926
Reaction score
14
Points
20
Cerita 1

bapak aku seorang anggota polis dan dia gemar memancing.
ketika itu. musim udang. jadinya. dia ke Tasek ,Ipoh dengan bebrapa rakan dari balai. untuk mencari lubuk2 udang.
dan selalunya. bapak akan balik pagi2 kira2 jam 1 2 pagi.
keluar jam 1tghari.
ketika itu. bapak cuti.

kawasan rumah aku boleh di katakan tiada border atau pagar. jadinya. seseorang itu boleh keliling rumah aku

dan kisah ini terjadi hari kedua bapak keluar memancing udang.
ketika itu mak tertidur di depan. menunggu ayah mungkin. ataupun tertidur menonton tv.
kira2 jam 2pagi. kedengaran bunyi kereta bapak


mak terjaga. dan terpisat2.
dan mak jenguk dari dalam melalui tingkap
dan kelihatan.

bapak sudah pulang.bapak keluar dari kereta membawa gabut. dalamya mesti ada hasil tangkapan
dan ketika bapak berjalan ke rumah. bapak terus ke belakang rumah.
kerana hendak letak alatan memancing.
dan ketika bapak bergerak di tepi rumah. mak merenung dari dalam.
bersedia nak menyambut suaminya yang tercinta
tetapi..


mak terkejut!
di belakang bapak ada dua budak kecik dalam keadaan yang pelik. telinga nya runcing dan badannya kelabu2.
dan yang lebih mengejutkan
di belakang dua budak kecik itu
ada seorang wanita berambut panjang. badannya cukup besar. mengekori budak itu sambil kepala nya di goyang goyang!!

mak terkejut. lalu berisitgfar
ketiga2 benda itu mengekori belakang bapak!
sebaik sahaja bapak tiba di pintu rumah. seperti biasa. bapak akan menandah tangan membaca doa. minta di jauhkan.

cepat2 mak sambut bapak,
dan paginya. mak tengok di dapur. ada 2 ekor udang yang cukup besar dari size yang biasa

2 ekor!! tiba tiba mak teringat kisah malam tadi. cepat2 dia menyuruh aku mencampakkan udang itu ke dalam sungai semula.

dan bapak baru tersedar. pantang larang org memancing. jangan ambil benda yang pelik. kerana kata bapa
selama 5 jam dorang mengail hanya bapak seorang yang dapat hasil.

tamat cerita pertama dari aku. ini kisah mula2 bapak aku berjinak dengan arena memancing
 
nota kaki-- hello readers. maaf la buat semua yang tertunggu2. bukan nya saya taknak sambung. tapi faham2 je lah. saya punye cerita dekat "Seri Iskandar " tu. itu cerita dari kawan saya. saya dpat cerite tu pun sekerat2. itupun guna call. huhuh.so saya bz.kawan saya tu pun bz. jadinya.itu sebab jadi 'projek gajah putih' dekat thread itu. jadinya, saya amik inisiatif. better saya guna pengalaman sendiri. senang ye dak? hehe.

prologue- saya sewaktu belajar. sangat2 gemar masuk ke hutan. ditambah pula saya amik Sport Science,jadinya memang ada jungle trekkin,water rafting bla bla. semua yang melibatkan aktiviti hutan. hampir satu sem tu. 4x masuk hutan. dan malas nak cite panjang. this is new horror story. about Malaysian Forest.............

jeng jeng...


Manusia Tanpa Wajah.

Pagi itu. aku bergegas mandi. seronok rasanya hati.sebab dapat masuk hutan lagi. horrayy! mana tak seronok
sebab equipment barang2 camping dah di beli. habis duit PTPTN aku. khemah. kasut Teva. tali.clip dan berbagai2 lagi aku beli
padahal. ada je fakulti provide. tapi nak pakai barang sendiri. hahaha

jam 6am. aku dah tercengat di Fakulti dengan kawan2 yang lain.
kami sekelas akan ke ENDAU ROMPIN.
hutan tebal. dan penuh misteri.
dari mulut orang. aku hampir2 taknak pergi. bila aku di momok dengan cerita hantu.
tetapi. di sebabkan aku sendiri penah terkena hal2 mistik ( rujuk Misteri Penamppakan TOKONG) aku rasa berani

tiba di sempadan Jhor Pahang kira2 jam 2petang. lewat sedikit. sebab berenti makan. berak la. dan solat.

tiba di pintu pengawal Polis Hutan,kami di beri taklimat. seperti biasa. hampir 1 jam.
kebetulan kami masuk semasa musim kemarau. jadi cuaca agak panas. tapi kami bersiap juga dengan kelengkapan ketika hujan.
kadang2 cuaca bukan boleh di ramal. ini kuasa TUHAN.

kami masuk ke dalam hutan kira2 jam 4pm. di bawah seliaan Perhilitan dan Renjer Hutan sendiri.
selepas di tunjuukan tapak camping. hampir 45min brjalan baru jumpa. memang tebal.
kami setup2. kira2 550pm. baru selesai. siap 20 khemah di pasang
dan aku memang beli 6 men tent,haha besar sedikit. sebab aku tinggi. hehe dan aku ada bawak air mattress. nak puas tidor!

malam itu masing2 penat. aktiviti masak ada.tapi malam itu aku hanya makan nestum dan masuk tidur.
malam itu sunyi. hanya bunyi cengekerik dan bunyi2 haiwan kecil sahaja berbunyi...

pagi itu. jam 6am. kami solat subuh berjemaah. dan lecturer aku. aku namakan En Fizo.( EF )
EF arahkan aku dan Mail ( nama tipu) untuk cari kayu api dan buahan2 yang boleh di makan
memang dah di ajar untuk survival dalam hutan. dan kata EF . kawasan ini da pisang hutan.
wahh. lama sudah tak makan pisang hutan!

berbekalkan lampu torchlite dan headlamp. kami berjalan .perlahan2. sambil aku memegang parang sehasta panjangnya.
perlahan2. dan aku dengan selamba memakai bot Doc Marten dalam hutan. berat. tapi macam secure.padahal aku ada boot untuk camping. tapi rasa seolah2 skinhead pula.hahah

kira2 20min. kami berjalan. kami dan nampak langit membiru. matahari nak keluar. dan kedudukan kami sedikit di atas bukit.
kira2 jam 650am. baru la kami berjumpa apa yang nak di cari.
Mail terus roger EF guna walkie. mengatakan kami dan jumpa pisang hutan dan kami inform EF tentang koordinat kami.
memang kami buat macam tu setiap 20min. untuk keselamatan. kami akan tagging bearing dan koodinat.

sebelum kami mengambil pisang hutan. Mail . seorang yang agak alim dan selelau jadi imam dekat kolej.
membaca doa. mohon di tolak segala bala kalau2 ada yang marah kami ambil barang hutan
dan sebelum aku mecantas pisang itu. aku membaca
Assalamualaikum Ya Nabi Sulaiman.
kata ustaz. jin2 sangat takut dengar nama Nabi Sulaiman.

dapat la hampir setandan pisang hutan. boleh la di salai.
kira jam 720am. langit dah cerah. kami bergerak pulang. sambil aku menjinjit pisang yang di letak dalam guni.
dan mail lead di depan aku.
tiba tiba.terdengar bunyi suara wanita ketawa.ketawa kecil.
terus langkah aku terhenti! dan mael segera berpaling ke arah aku sambil letak jari telunjuk di mulut!
tanda diam!

aku terus diam. terus aku genggam parang aku.dan mael pun bergitu...
dan tiba tiba. kira2 30meter dari kami..

kelihatan 3 orang kelibat wanita berkurung putih dan bertutup kepala seakan2 kain batik berwarna kuning2.
berjalan di celah2 pokok besar.

aku dan mail terus merendahkan badan! aku terus berpeluh. rasa cuak.
dan aku tau! itu bukan nya manusia.
mana mungkin ada manusia begitu di tengah hutan!
berbaju kurung!
serba putih!

sedang kami memerhatikan mereka.
mereka beetiga. berhenti. dan tidak semena mena.
mereka bertiga memandang kami
dan terkejut!!

ada rambut. tapi muka kosong!!
sejurus mereka melihat kami.

kedengaran di sisi telinga kami. bunyi orang memberi salam,
entah datang dari mana.

( muka kosong tu sebijik cam cite bunian afdlin shaauki tu geng!!)

terus mael bangun dan berjalan laju . ikut jalan lain!
dan aku follow belakang!
kami terpaksa re route jalan lain.
sebab jalan itu ada mereka. rasa tak berani pula nak langgar. sebab dorg tercongok je dekat situ.,
sempat aku tengok mereka. mereka hanya berjalan.seperti terapung...dan di sekiling mereak sepertu ada kabus2...
pelik.

balik di base camp. aku bercerita dengan EF.
dia agak otai dalam kes2 macam ni..
sepatah sahaja dari mulut EF

"bunian."
sambung EF " untung la korg dpt jumpa anak dara buniaan pagi2 cmni" katanya sambil ketawa.


aku terdiam. dan mael menggaru2 kepala.
itu baru hari kedua kami di sini........
seperti pengalaman lepas.

"sekali dah nampak. mesti dia nak bagi nampak lagi!"
 
Kejadian Padil di ganggu pontianak


Kisah ini berlaku sekitar tahun 2004. zaman ini. zaman aku amik STPM
aku boleh di katakan super senior di sekolah ini. dari form 1 hngga form5 dan kemudian hingga form6 aku lepak di asrama
aku berasal dari Pekan SLim River. tak jauh dari Ipoh..
di asrama. aku ,menjawat jawatan sebagai Penolong Ketua Umum,jawatan num dua dalam organisasi asrama.

sememangnya. sekolah aku ini. boleh di kategorikan. sekolah yang lama.
sekolah melayu pertama di Ipoh.

hari minggu adalah hari paling bahagia bagi budak2 asrama. tnayalah mana2 budak asrama
OUTING! BOLEH BALIK KAMPUNG! MAKAN SEDAP LAUK NASI MINYAK! bla bla bla
dan sebagai kebanyyakan budak asrama.
aku keluar pada hari Sabtu tersebut. seperti remaja lain.pergi ke cyber cafe.
zaman itu zaman Ledakan MYSPACE!
gila myspace. siapa yang tak gila myspace ketika itu!


aku balik agak lewat.
jam 8 baru aku pulang. dan aku terlepas lauk nasi minyak!
arghh. takpela. aku dah beli maggi dan dah melantak nasi goreng tadi.
sampai sahaja di dorm ....

" Meor. mana yang lain?" tanya aku

"ramai balik beb. ngada la dorg. rindu mak bapak" perli mior.

"bior la mior..org ada mak bapak" celah Azuan. ntah datang dari mana suara itu. agaknya dari celah2 katil
(Azuan memang gemar lepak celah2 katil. nak caj hp. kalau warden datang.senang nak caver katenye)

aku tersenyum memerhatikan gelagat kawan2 aku.

jam hampir 12malam.
tv tiada cerita yang menarik. jumlah penonton malam itu memang kurang..
berbanding minggu lepas. ramai budak2.
dorg memg pakat balik...

dorm aku menempatkan semua pelajr senior
ya dorm aku semua form 5 dan form 6.
nak elakkan gejala buli kata warden

hampir jam 2am. aku melepak di kaki lima.
menghisap rokok. rasa bebas. budak2 junior takde
nanti mati aku di repotnya pada CIkgu Amir

aku lapar
ini lah maslah duduk di asrama.cepat lapar
aku mula menyelongkar loker aku
aku capai Meggi Ruski perasa tomyam

kitorg panggil Meggi Neraka
sebab pedas die melampau!!!!!
tak percaya.pegi la cari

turun kebawah. pegi ke watercoller. isi,rendam dan makan
jam 240 aku bercadg untuk masuk tidur..
sedang aku hendak menyusun bantal..
perut aku terasa sakit

"argh.. ni yang malas makan ruski ni" bebel aku seorg diri.

kedengaran Mior ketawa dari bawah.
tak tidur lagi rupanya

aku jenguk kebawh; kelihatan mior sedang bergayut dengan awek

"teman aku wei!"

"ahhh! maalas. aku tgh on call ni. busuk la padil teman ko berak"

aku malas nak menyambung percakapan.
perut dah tak tahan..

aku segera mengambil baldi dan menuju ke tandas....

sejuk.
tandas malam itu sunyi.
tiada budak2 overtime basuh baju senior...
dan aku sedikit cuak semasa melangkah masuk....

kebetulan. tandas faveret aku terletak di hujung.
sebab apa faveret? air laju. getah panjang dan agak bersih kurang lumut2
mungkin org jarang pergi. semua pergi tandas belah2 depan

cangkung
lepaskan apa yang patot.
kelihatan dari atas para tandas. ada senaskah majalah.
Majalah Gempak la ni!
getus aku dalam hati!

aku pastikan tiada yang nak keluar.( hahaha)
dan dengan kadar yang cepat aku cuba mencapai majalah tersebut

aku meletakkan tangan untuk menggapai!!


TIBA TIBA!!!
AKU MERASAKAN TANGAN AKU DI PEGANG DARI ARAH TANDAS SEBELAH!!!

SEMACAM ADA YANG MAHU MENGAPAI MAJALAH YANG SAMA.!!!!

SEMEMNAGNYA AKU NAMPAK TANDAS SEBELAH TERBUKAK
TIADA ORG

DAN AKU MULAI MERASA KAGET..

"AHH SUDAH...SIAPA LAK NI"

HAAAAAAAA ni mesti mior nak wat dajal kat aku!

"wei mior!! aku baling taik ni ke sebelah kang....!" jerit aku.
dengan harapan mior lari.
sebab aku memg di kenali sebagai gila2 dan aku penah buat benda yang aku cakap td!

senyap.sunyi
dan tiba tiba telinga ini menangkap bunyi

"HEEEEEEEEEEEE.HEEEEEEEEEE.HEEEE.HEEEEEEEEEEEEEEEE"

terdengar bunyi hilaian dari sebelah!
yang sememangnya suara perempuan!!
dan aku mula kecut!!!

dan tiba kedengaran bunyi org berdehem

secara kasar dan garau.

"errrrrrrrrrrrrrrm! hmmmmmmmmmmmmmmmmm!'

dan tidak semena mena.aku merasakan kotak tandas itu gelap!

semacam ada yang menghalang cahaya lampu!!!!!

dan sememangnya..

ada sesuatu di atas!!

dengan perlahan2.aku mendongakkan kepala ke atas dan!!!!!!!!

KELIHATAN SATU LEMBAGA BERAMBUT PANJANG! DAN MUKA SEPERTI TERBAKAR DAN BERDARAH!
MATANYA LOHONG DAN BERTARING GIGINY!!!
MELIHAT AKU DAN MENGILAI!!!!!!!!!!!!
HEEEEEEEEEEEEEEEEEEE.HEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE!!!

SEAKAN MAHU MENERPA AKU!!!
AKU PITAM!!!


jam 6pagi. mior mengetuk pintu tandas
baru aku tersedar. dan aku tak tau apa yang terjadi pada aku!

aku cepat2 menyahutt!

"haa. ada ada.. sori beb. aku tertido la "

kedengaran mior ketawa.

sesudah selesai.aku keluar dan menuju ke dorm

dan sememangnya. aku rasa mahu demam!!!!

apa yang datang malam tadi????????!!!!!
 
subscribe untuk dibawa ke MJ12.

boleh tak tt?
 
Cerita 3

masa tu perkhemahan sekolah rendah. darjah 6 (biasa la kat sekolah masing2 mesti ade citer hantu. kalu sekolah dia xde cite hantu kire childhood dia tak complete la...haha)

time tu aktiviti burung hantu pukul 2-3 pagi. satu team 10 orang. team aku ade sorang cikgu lead. sebelum team kitorang dilepaskan cikgu nor (name cikgu aku) suruh kitorang duk dalam 1 barisan pastu sebutkan nombor. slepas sume ok...kitorang pon jalan. cikgu nor duk belakang. setiap orang termasuk aku (lelaki sahaja..ade 5orang) akan gilir2 lead depan atas arahan cg nor.

kitorang pon jalan. jalan..jalan..jalan...

ok habis jalan sudah.

sbelum masuk kantin (tempat ramai2 berkumpul) cikgu nor suh duk dalam satu barisan...sebutkan no balik sorang2.

aa...mesti da agak kan pe yang berlaku? hehe...

yap. tetiba ade no terlebih. mula2 kira ade 10 orang. abis jalan tetiba ade 11 orang. orang yang sebut no 11 tu sebut slow2 (sebab sebut dalam kehairanan tiba2 datang no 11). lepas dia (nama dia judin) sebut no 11...awkward moment sekejab. tetiba cg nor pon bilang kitorang sendiri. lepas mulut dia kumat kamit bilang tetiba dia senyap. pastu dia kate "korang duk sini kejab, cikgu nak gi panggil ustad din". habis je cg nor sebut camtu...amende lagi habis bertaburan budak2 lari pergi kantin tempat budak2 lain berkumpul hahahaha. giler ape nak tunggu situ! yang kelakarnye cg nor sendiri berlari lepas tu dia yang sampai kantin dulu pintas budak2 kekekeke

sampai kat kantin...bilang orang balik. ustad din sendiri bilangkan. ok...10 orang. ustad din bacekan air jampi pastu suh team aku minum air tu..cg nor pun minum sekali. lepas tu bace surah yasin. tak pasal2 tido lewat sikit malam tu

ok..pastu xde ape2 gangguan pon. aktiviti berjalan lancar. tapi memang serius time kire tu ade 11 orang

kemudian benda ni jadi legend dalam sekolah aku...adik aku yang masuk sekolah kemudian pun tahu ceite ni
 
First time ooo thread ni tak dpt sambutan...hebat btul penangan pru-13 ni.
 
Back
Top
Log in Register