Harga : RM 17.00 NOW RM 11
Halaman :424
ISBN : 983-124-194-0
Sinopsis : DEKAT DI HATI
TUJUH belas tahun yang lalu, hati Johan bagai dihiris sembilu setiap kali mendengar sindiran saudara-maranya. Harga dirinya seperti diinjak-injak oleh mereka hanya kerana dia bukan pegawai besar. Sekian lama menahan sabar, akhirnya dia membuat keputusan setelah puas beristikharah. Dengan linangan air mata, isteri dan anak-anak ditinggalkan. Sebagai lelaki sejati, dia harus pergi untuk memperbaiki kehidupan mereka sekeluarga.
Masa silih berganti, Johan pulang untuk menggalang janjinya kepada Noraini, Izuddin dan Izatti. Malangnya, harapan tidak semudah yang dilafazkan. Pemergiannya dulu dianggap sebagai lelaki pengecut! Apatah lagi tindakan melulunya dulu menceraikan Noraini yang setia, ibarat melepaskan satu tanggungjawab.
Susah hidupnya di rantau orang, derita lagi hidup Noraini bersama anak-anak. Izuddin membesar sebagai anak yang tahu diri. Manakala Izatti pula sentiasa mencari-cari kasih ayah yang sudah ‘mati’.
Dalam diam, Johan cuba memenangi hati Izuddin dan Izatti yang menganggapnya sebagai ayah yang culas. Hasratnya mahu menyatukan mereka dalam sebuah keluarga. Dan dia mahu Noraini kembali ke pangkuannya untuk membina semula kehidupan mereka.
Harga : RM 17.00 NOW RM10
Halaman :432
ISBN : 983-124-228-9
Sinopsis : MIMPI YANG PASTI
Mengisahkan seorang remaja yang kehadirannya tidak dipinta kerana dilahirkan hasil daripada hubungan terlarang. Sejak itu, Adi Putera membesar tanpa kasih sayang dan belaian manja. Ayah entah siapa. Ibunya seriang tiada. Dia membesar dengan 'tegahan' - jangan buat itu, jangan buat ini, jangan nakal, jangan main api... jangan, jangan dan jangan.
Akhirnya, jiwa remaja Adi memberontak. Bersama kawan-kawan rapatnya, dia menyertai kumpulan Mat Motor. Dalam diam, Nani menyukai Adi, namun pemuda itu hanya mencintai Nurul seorang.
Dalam satu perlumbaan haram, adi cedera parah sehingga mengalami gangguan jiwa. Lebih mengecewakannya apabila Nurul turut menjadi perhatian Azman sehingga berhasrat untuk mengahwininya.
Adakah Adi terus merajuk diri? Mampukah Nurul menerima cinta Azman sedangkan dia juga mencintai Adi? Dapatkah Adi menemui ayahnya yang sebenarnya?
TAJUK : SUTERA KASIH
PENULIS : Sirhan Ansari
HARGA : RM15.00 NOW RM 9
HaLAMAN : 368
ISBN : 983-124-180-0
Sinopsis : SUTERA KASIH
Kata pujangga Hamka, cinta manusia melalui beberapa pintu. Ada pintu kasih, pintu sayang dan pintu rindu. Tetapi cinta yang paling abadi ialah cinta yang melewati pintu simpati. Benarkah?
Nurul Azwa menoktahkan zaman remajanya dengan memilih Faris sebagai suami. Dalam melayari gelombang kasih, dugaan datang melanda. Sejak disahkan kedua-dua buah pinggangnya tidak berfungsi dan tidak mampu memberikan zuriat, dia menarik diri. Jujur diakui, saat itu seakan lenyap semua harapan dan semangat. Namun, wanita cekal ini masih ada akal, ada perasaan dan juga iman. Dia menerima hitam putih kehidupan ini sebagai ketentuan yang telah tersurat. Hidup mesti diteruskan!
Faris memulakan kehidupan barunya dengan Syima. Kuasa ALLAH... Syima mengetahui kisah penderitaan Azwa apabila terbaca diari suaminya. Atas dasar kemanusiaan dan simpati, Syima nekad, wanita berhati luhur itu perlu dibantu. Tetapi... mereka tidak pernah bertemu, jauh sekali mengenali hati budi masing-masing. Hanya yang dia tahu... andai cinta itu satu pengorbanan, dia juga perlu berkorban meskipun ada hati yang teruji, ada hati yang terluka.
Perjalanan hidup ketiga insan ini masih jauh, pelbagai kemelut terus menanti. Dalam sabar Azwa, adakala terasa bahang derita. Dalam bahagia Syima, ada bersilih duka. Dan dalam tenang Faris, sesekali kesal datang melanda. Pun begitu, mereka terus berjuang untuk menikmati kebahagiaan. Dan setelah sekian lama berdoa... terleraikah kekusutan, termakbulkah impian? Yang pasti... diari duka silam ini perlu dinoktah, derita ini perlu ada penyudah!
Last edited by mohas_maju; 21-07-2008 at 06:19 PM..
kalo nak berniaga..biarla terang.supaya tidak ada unsur2 yg tak benarkan dlm syarak...letak la harga..supaya semua org tahu..PM2 nih,,boleh menimbulkan syak..mana la tahu..kat org nih harga lain org nih harga lain..ok..peace
kalo nak berniaga..biarla terang.supaya tidak ada unsur2 yg tak benarkan dlm syarak...letak la harga..supaya semua org tahu..PM2 nih,,boleh menimbulkan syak..mana la tahu..kat org nih harga lain org nih harga lain..ok..peace
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE