Sensasi dalam dunia Forex! Cepat dapatkan tawaran terbaru daripada InstaForex - bonus 45% untuk setiap deposit! Bonus 45% untuk keuntungan yang maksimum!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > News, Current Issues, Rumours

News, Current Issues, Rumours Share & get daily updated news, current issues from locals to all around the world.

CG Sponsors



Recommended Brokers

CG Updates
0 Forum rules improvised
Last Post: CariGold
Posted On: 05-02-2014
Replies: 0
Views: 20,282
0 Social Group is now based on request
Last Post: CariGold
Posted On: 11-12-2012
Replies: 0
Views: 50,861
0 Unscheduled maintenance
Last Post: CariGold
Posted On: 26-11-2012
Replies: 0
Views: 38,424
More...
Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 10-03-2013, 10:17 PM
Jess.Malik Jess.Malik is offline
Super Active Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2011
Posts: 3,153
Poster Rank: #1212
Blog Entries: 1
Thanked 152 Times
Active Level
Default Siapakah SEBENARNYA Penceroboh di LD?



Kronologi:

- Akhir tahun lalu gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam yang dipimpin oleh Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II di Jolo Sulu telah diberikan laporan dari Tawi-Tawi bahawa ada satu gerakan bersenjata sedang berlatih dengan keahlian lebih kurang 400 orang lelaki. Mereka ialah gerakan keluarga Punjungan Kiram dari Pulau Simunul menurut laporan tersebut.

- Sultan Bantilan II kemudian mengeluarkan kenyataan kepada wakilnya di Tawi-Tawi agar tidak melibatkan diri dengan mana-mana pihak bersenjata. Maka sekiranya ada ahli SSDI (Sultaniyah Sulu Darul Islam) yang terlibat maka SSDI berlepas diri dari sebarang tanggungjawab, yakni SSDI tiada kaitan dengan mereka.

- Sultan Bantilan II juga menghantar mesej ke Sabah khusus kepada ahli SSDI yang sedang bekerja di sana agar memastikan ahlinya tidak terlibat dengan sebarang gerakan bersenjata. Sekiranya ada minta dilaporkan ke Istana seberapa segera. Kerana menurut pandangan Sultan Bantilan, kemungkinan gerakan bersenjata KIRAM tersebut adalah untuk sabotaj gerakan Kesultanan Sulu (SSDI).

- Tiga hari sebelum pihak bersenjata KIRAM masuk ke Lahad Datu, Sabah, Istana Sultan Bantilan II di Jolo mendapat maklumat bahawa ada dua bot besar sedang bersiap menuju ke Sabah sarat dengan senjata berat dan dikatakan punya misi untuk berperang.

- Menurut laporan dari Tawi-Tawi mereka ini ditertawakan oleh para penyokong Sultan Sulu lain kerana menurut mereka mana mungkin dengan hanya dua bot sebesar itu dan tentera yang bilangannya boleh dibilang dengan jari kaki dapat menewaskan tentera Malaysia yang serba lengkap itu. Mereka dianggap bunuh diri. Bagi Sultan Bantilan di Jolo pula, gerakan bersenjata KIRAM ini ada pihak yang lebih besar main dibelakang mereka.

- Kemudian beberapa hari kemudian mereka telah sampai ke Lahad Datu yang menurut laporan mereka sampai dulu di Felda Sahabat 17. Dari dua bot itu yang satu telah berjaya dipintas malah dikatakan telah karam. Manakala yang satu lagi berjaya mendarat dan terus berkubu.


Sambung di bawah:
__________________
"I have never thought of writing for reputation and honor. What I have in my heart must come out; that is the reason why I compose"
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 10-03-2013, 10:17 PM
Jess.Malik Jess.Malik is offline
Super Active Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2011
Posts: 3,153
Poster Rank: #1212
Blog Entries: 1
Thanked 152 Times
Active Level
Default


- Menurut laporan dalam kumpulan Kiram itu terdapat seorang lelaki berkulit putih memakai baju celoreng. Pelbagai spekulasi timbul selepas itu berkenaan kehadiran lelaki kulit putih tersebut dalam kumpulan penceroboh itu. Namun menurut Sultan Bantilan II di Jolo, SSDI tidak boleh mengeluarkan kenyataan spekulasi berkenaan kehadiran kulit putih tersebut kemungkinan hanyalah rekaan untuk mengaiktan pencerobohan itu dengan tentera Balikatan USA yang sekarang sedang berkubu di Tawi-Tawi dan Jolo.

- Lahad Datu tiba-tiba kecoh bak diserang garuda. Huru-hara dari pasar ke kampung-kampung. Ada yang yang seperti meracau tak tentu pasal kerana berasakan Lahad Datu bakal menjadi medan pertempuran ala filem Holywood. Dikhabarkan dari saksi mata, bahawa mereka yang berkubu di Lahad Datu itu memang nekad dan sarat dengan senjata berat. Mengambil posisi strategik dan nampaknya mereka seperti sudah biasa berperang. Almaklum latihan tentera mereka berbulan bulan sejak tahun lalu.

- Ada laporan sebahagian mereka itu adalah bekas tentera MNLF yang sudah lama mufarakah dari MNLF. Mereka adalah dari suku Tausug yang GAGGIL (degil) dan selalu melanggar arahan ketua. Menurut saksi mata yang telah ambil video sebagaimana yang dilaporkan dalam Facebook wajah-wajah mereka seperti sudah hilang seri walau pun kelihatan menakutkan. Hilang seri seperti tanda bahawa mereka bakal mati katak di tangan tentera Malaysia. Rambut sebahagian mereka panjang sebagai melambangkan kepahlawanan Tausug yang walau pun nampak kalah secara lojik namun dianggarkan dapat bertahan berbulan bulan malah mungkin bertahun. Mereka dapat bertahan begitu kerana mungkin berjaya berenang larikan diri semula ke pulau Tawi-Tawi. Selamat.

- Malaysia nampaknya panik seketika. Pelbagai tuduhan dan spekulasi bergema di mana-mana. Ada yang buat sepekulasi bahawa tentera penceroboh itu diatur oleh Kerajaan BN-UMNO sendiri untuk mnejadikannya hero lantaran itu pengundi KDM pun akan kembali menyokong BN. Ada pula spekulasi yang menyatakan bahawa itu adalah perancangan PKR untuk memburukkan kerajaan BN. Ada yang kata ia perancangan USA-Filipina untuk dapatkan semula Sabah demi Minyak di Laut Sulu dan Spratly. Ada yang katakan bahawa kemungkinan ia adalah kerja MNLF dan ABU SAYYAF kerana marah pada Malaysia yang menyokong MILF dalam perjanjian damai tahun lalu. Ada juga yang kata ia dilakukan oleh kumpulan politikus dari Filipina untuk dapatkan pampasan demi menampung kos kempen pilihanraya ARMM tidak lama lagi di Sulu-Mindanau.

- Akhirnya bocor rahsia setelah tunggang-langgang mencari jawapan, bahawa mereka itu adalah tentera KIRAM yang kemudian didapati mereka seperti ditipu dengan janji-janji pelik. Kemungkinan besar ada yang dijanjikan tanah seluas beribu ekar, ladang kelapa sawit berhektar, dan mungkin ada yang dijanjikan dengan hanya diberikan seluar LEVI'S 501. Yang lebih pelik kedengaran janji bahawa mereka kalau dah sampai ke Sabah, wakil Inggeris sedang sedia dengan berguni USD untuk diberikan kepada mereka. Nampak seperti bergurau dan melucukan. Mungkin saja benar mungkin saja tidak walau pun mungkin terbukti mereka dihantar untuk dijadikan umpan untuk dibunuh oleh MALAYSIA.

- Nyata sekali mereka adalah perangkap kepada MALAYSIA menurut analisis alternatif di tepi jalan. Mereka yang masuk kelihatan sedikit dan senang dimakan, namun ia bahaya sebagaimana bahayanya ikan buntal yang kecil tapi jerung pun takut termakannya. Sebesar mana pun ikan jerung dengan gigi semula jadi tajam namun takut termakan ikan buntal.
__________________
"I have never thought of writing for reputation and honor. What I have in my heart must come out; that is the reason why I compose"

Last edited by Jess.Malik; 10-03-2013 at 10:20 PM..
Reply With Quote
  #3  
Old 10-03-2013, 10:18 PM
Jess.Malik Jess.Malik is offline
Super Active Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2011
Posts: 3,153
Poster Rank: #1212
Blog Entries: 1
Thanked 152 Times
Active Level
Default

- Mereka berkata, kalau Malaysia lepaskan tembakan dan berjaya membunuh mereka maka PASUKAN YANG LEBIH BESAR akan datang. Ikan-ikan buntal yang datang kemudian ini akan dilemparkan ke seluruh pantai timur Sabah. Namun, kalau Malaysia berjaya menghalau mereka secara aman tanpa berlaku apa-apa. Nyata sekali misi ikan-ikan buntal akan gagal.

- Sultan Bantilan II di Jolo sebagai ketua gerakan SSDI yang bergerak secara aman tanpa senjata, menyeru saudara-saudara seagama di Malaysia agar cepat memformasikan satu jawatankuasa bertindak dengan menghimnpun sejarahwan Malaysia dan Sulu. Duduk semeja memandang positif kepada gerakan Kesultanan Sulu secara aman ini. Malaysia harus bertindak dahulu sebelum ia berlarutan menjadi benda lain. Gerakan Kesultanan Sulu semakin mendapat tempat. Kiram walau pun tindakannya kali ini sangat menjadikannya tidak popular malah menjadikannya sebagai keluarga kesultanan Sulu yang selamanya melakukan kesilapan. Namun sekurang-kurangnya tindakan subersif KIRAM ini dapat membuka mata Malaysia betapa masanya sudah tiba untuk MEMBICARAKAN KESULTANAN SULU.





Quote:
Gambar di atas:Keluarga Kiram sangat terancam dengan gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang dijalankan oleh Sultan Bantilan II di kepulauan Sulu saat ini. Perarakan demi perarakan secara aman oleh rakyat SSDI selama 6 tahun sehingga kini menjadikan keluarga KIRAM perlu "DO SOMETHING". Kerana menurut KIRAM, SABAH dan SULU itu adalah milik keluarganya, bukan milik kerajaan SULU yang mana ia bukan milik pribadi mana-mana Datu pun melainkan ia hak rakyat Sulu secara keseluruhan. KIRAM tidak pernah belajar dari kesilapannya yang lalu. Mereka sangat ketinggalan dari pengetahuan sejarah sekali pun generasi muda Tausug sudah berjaya menulis pelbagai buku sejarah Sulu.
Sumber di atas ini adalah daripada: SINI






Bawah ini lebih menarik:

Bagaimana USA akan membuat Warfare Ops(termasuk Media)????

Sila download dari link ini dan sebarkan kepada mereka yang pandai berbahasa Inggeris dan kerana taktik2 dalam buku ini digunakan 100% di negara Syria, Mesir dan juga SUDAH mula digunakan di rantau ini:

https://itsweb.us.army.mil/armypubs....df/tc18_01.pdf
__________________
"I have never thought of writing for reputation and honor. What I have in my heart must come out; that is the reason why I compose"

Last edited by Jess.Malik; 10-03-2013 at 10:30 PM..
Reply With Quote
  #4  
Old 10-03-2013, 10:19 PM
Jepang Jepang is offline
Super Active Member

Jepang's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2011
Posts: 3,224
Poster Rank: #1178
Thanked 33 Times
Active Level
Default

parking dulu..
__________________
Imam Syafie berkata: "Aku mampu berhujah dengan 10 org yg berilmu tetapi aku pasti kalah dgn seorang yg jahil kerana org yg jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu".

"Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf serta berpalinglah dari orang-orang yang jahil. (yg degil dengan kejahilannya)" (Al-A'raf : 199)
Reply With Quote
  #5  
Old 10-03-2013, 10:20 PM
markbomoh123 markbomoh123 is offline
Active Member

markbomoh123's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Jun 2008
Posts: 1,144
Poster Rank: #3143
Thanked 14 Times
Active Level
Default

Boleh masuk catitan sejarah ni...
Reply With Quote
  #6  
Old 10-03-2013, 10:30 PM
Jess.Malik Jess.Malik is offline
Super Active Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2011
Posts: 3,153
Poster Rank: #1212
Blog Entries: 1
Thanked 152 Times
Active Level
Default

Bawah ini lebih menarik:

Bagaimana USA akan membuat Warfare Ops(termasuk Media)????

Sila download dari link ini dan sebarkan kepada mereka yang pandai berbahasa Inggeris dan kerana taktik2 dalam buku ini digunakan 100% di negara Syria, Mesir dan juga SUDAH mula digunakan di rantau ini:

https://itsweb.us.army.mil/armypubs....df/tc18_01.pdf
__________________
"I have never thought of writing for reputation and honor. What I have in my heart must come out; that is the reason why I compose"

Last edited by Jess.Malik; 10-03-2013 at 10:36 PM..
Reply With Quote
  #7  
Old 10-03-2013, 10:31 PM
Jess.Malik Jess.Malik is offline
Super Active Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2011
Posts: 3,153
Poster Rank: #1212
Blog Entries: 1
Thanked 152 Times
Active Level
Default

Pembacaan lain: Pergolakan LD - Permulaan kpd sesuatu yg lebih besar?Sultan Kiram Talibarut USA!
__________________
"I have never thought of writing for reputation and honor. What I have in my heart must come out; that is the reason why I compose"
Reply With Quote
  #8  
Old 10-03-2013, 10:33 PM
Jess.Malik Jess.Malik is offline
Super Active Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2011
Posts: 3,153
Poster Rank: #1212
Blog Entries: 1
Thanked 152 Times
Active Level
Default

- Menurut laporan dalam kumpulan Kiram itu terdapat seorang lelaki berkulit putih memakai baju celoreng. Pelbagai spekulasi timbul selepas itu berkenaan kehadiran lelaki kulit putih tersebut dalam kumpulan penceroboh itu. Namun menurut Sultan Bantilan II di Jolo, SSDI tidak boleh mengeluarkan kenyataan spekulasi berkenaan kehadiran kulit putih tersebut kemungkinan hanyalah rekaan untuk mengaiktan pencerobohan itu dengan tentera Balikatan USA yang sekarang sedang berkubu di Tawi-Tawi dan Jolo


Siapakah lelaki berkulit putih????
__________________
"I have never thought of writing for reputation and honor. What I have in my heart must come out; that is the reason why I compose"

Last edited by Jess.Malik; 11-03-2013 at 09:08 AM..
Reply With Quote
  #9  
Old 11-03-2013, 05:49 AM
Luqmanul Hakim Luqmanul Hakim is offline
CG Top Poster Club

Luqmanul Hakim's Avatar
 
Trader Rating: (18)
Join Date: Mar 2010
Location: GP (Kampung) BM (Bandar) PP (Negeri) M (Negara)
Posts: 23,222
Poster Rank: #62
Blog Entries: 2
Thanked 4,653 Times
Active Level
My Mood:
Default

Keep it up diucapkan kepada Tuan Masta Jess.Malik, rajin betul beliau provide info info pasal penceroboh di Sabah nie...

Luqmanul Hakim @ CariGold.com
Reply With Quote
  #10  
Old 11-03-2013, 09:08 AM
Jess.Malik Jess.Malik is offline
Super Active Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2011
Posts: 3,153
Poster Rank: #1212
Blog Entries: 1
Thanked 152 Times
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by Luqmanul Hakim View Post
Keep it up diucapkan kepada Tuan Masta Jess.Malik, rajin betul beliau provide info info pasal penceroboh di Sabah nie...

Luqmanul Hakim @ CariGold.com
Thanks..demi agama dan negara..ceh wah!

Alhamdulillah..
__________________
"I have never thought of writing for reputation and honor. What I have in my heart must come out; that is the reason why I compose"
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 01:34 PM.


Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner. CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE