Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Religious Talk

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 24-06-2008, 09:48 AM
Dangkal Dangkal is offline
Regular

Dangkal's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2008
Posts: 275
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 0
Active Level
Default Perbezaan antara orang mukmin dan orang muslim?

salam...
saudara saudara ku sekelian..
aku pernah bertanya tentang perbezaan ini dan salah satu jawapan yang aku dapat ialah seperti berikut....

Orang mukmin lebih tinggi darjatnya di sisi Allah... ok jugak la jawapan tu cuma ia menimbulkan lagi persoalan kenapa orang mukmin lebih tinggi darjatnya? mesti ada sebab... betul tak?

so saudara saudara sekelian marilah kita bergkongsi ilmu mengenai apa yang dikatakan mukmin dan apa pula yang dikatakan muslim...
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 24-06-2008, 10:11 AM
jeebfx jeebfx is offline
Regular

jeebfx's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2007
Posts: 803
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 0
Blog Entries: 8
Active Level
Default

org muslim = org islam
org mukmin = org beriman

org islam tak semestinya beriman, org beriman semestinya org islam. ada paham..
Reply With Quote
  #3  
Old 24-06-2008, 10:16 AM
kambing gurun kambing gurun is offline
Active Plus

kambing gurun's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2008
Posts: 3,254
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by jeebfx View Post
org muslim = org islam
org mukmin = org beriman

org islam tak semestinya beriman, org beriman semestinya org islam. ada paham..
Isk!!!
Tolong bg contoh sikit.. Kurang memahamilah bro.... Tertanya2 gak nih...
Reply With Quote
  #4  
Old 24-06-2008, 10:21 AM
Dangkal Dangkal is offline
Regular

Dangkal's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2008
Posts: 275
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 0
Active Level
Default kureng sikit laaaa..

Quote:
Originally Posted by jeebfx View Post
org muslim = org islam
org mukmin = org beriman

org islam tak semestinya beriman, org beriman semestinya org islam. ada paham..
orang islam x beriman? kalau x beriman macam mana nak ngaku orang islam? contoh nye tiger woods dia x beriman tapi kalau dia ngaku dia orang islam dah kira islamkah dia? gitu ke? ihhhh fening fening.....
betul tu kasik la contoh sikit saya nikan dangkal orangnya
Reply With Quote
  #5  
Old 24-06-2008, 10:29 AM
tokputih tokputih is offline
CG Top Poster Club

tokputih's Avatar
 
Trader Rating: (23)
Join Date: Apr 2008
Posts: 25,804
Thanks (Received): 520
Likes (Received): 52
Blog Entries: 4
Active Level
My Mood:
Default

anda seorang islam.. adakah anda seorang beriman?

1.MAKSUD IMAN
DARI SEGI BAHASA : percaya
DARI SEGI ISTILAH :
Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota



2. KEPENTINGAN IMAN DALAM KEHIDUPAN SEORANG MUSLIM
- membentuk insan muslim sejati
- supaya istiqamah dalam ibadat
- melahirkan generasi berakhlak mulia
3. PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN IMAN

SYIRIK
MAKSUD : menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af'alnya

JENIS-JENIS SYIRIK :
1.Syirik Jali
- Maksud :
perlakuan syirik secara terang-terangan

Contoh :
menyembah patung dan berhala
menyembah bulan atau matahari
mengaku nabi Isa sebagai anak tuhan

- Akibat :
rosak akidah, berdosa besar, mendapat azab di akhirat

2.Syirik Khafi

- Maksud :

tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat terutama dalam ibadat

Contoh :
riak (menunjuk-nunjuk kehebatan diri),
ujub (mengagumi diri sendiri),
takbur (membangga diri)

- Akibat :
dibenci masyarakat, hilang kawan dan sahabat
sukar menerima pandangan orang lain

3. Perbuatan mensyirikkan Allah haram kerana :

Ia membatalkan iman seseorang

Orang yang mengamalkan perbuatan itu dengan sendirinya menafikan kekuasaan Allah

Masyarakat menjadi bimbang dan seterusnya terikut-ikut terhadap pantang larang kesan dari kepercayaan syirik

Mencemarkan kesucian agama Islam



4. Cara mengelak perbuatan syirik

Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan ajaran Islam secara meluas

Tanamkan keyakinan yang teguh terhadap kekuasaan Allah bermula dari kanak-kanak lagi

Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan pengetahuan bahaya syirik



5. Kesan syirik

Membatalkan iman

Hilang keyakinan terhadap kekuasaan Allah

Dimurkai Allah

4. CARA MENGELAKKAN TERBATALNYA IMAN

Berpegang teguh pada ajaran Allah

Mematuhi segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah

Menghindarkan semua perbuatan yang boleh membatalkan keinanan kepada Allah



5. KESAN BURUK SEKIRANYA IMAN TERBATAL

Segala amal ibadat tidak diterima oleh Allah
Amal kebaikan yang dilakukan sia-sia dan tidak mendapat apa-apa ganjaran daripada Allah
Dilaknat dan dibenci oleh Allah
Terputus hidayat dan rahmat daripada Allah

6. PERBANDINGAN IMAN ORANG FASIK, MUNAFIK DAN IMAN YANG SEMPURNA
ORANG FASIK

Tidak beriman sepenuhnya kepada Allah
Masih melakukan perbuatan yang dilarang Allah

ORANG MUNAFIK

Keimanan mereka berpura-pura sahaja
Menunjukkan diri mereka beriman kepada Allah, tetapi hakikatnya mereka adalah musuh Allah

ORANG YANG SEMPURNA IMAN

Terus sujud dan memuji Allah jika dibacakan ayat-yat Allah
Sentiasa berdoa kepada Allah dengan penuh harapan
Sentiasa membelanjakan harta pada jalan kebaikan
Reply With Quote
  #6  
Old 24-06-2008, 10:31 AM
tokputih tokputih is offline
CG Top Poster Club

tokputih's Avatar
 
Trader Rating: (23)
Join Date: Apr 2008
Posts: 25,804
Thanks (Received): 520
Likes (Received): 52
Blog Entries: 4
Active Level
My Mood:
Default

Pengertian dan maksud ISLAM

Perkataan Islam berasal dari bahasa arab ertinya sejahtera , aman, harmoni dan dirujuk dari istilah memberi makna menyerah diri kepada Pencipta yang Maha Berkuasa dengan mentauhidkannya dengan penuh kenyakinan serta melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan larangannya .

Maksud Islam ialah , Agama ciptaan Allah yang lengkap lagi sempurna dengan segala peaturan dan undang-undang yang merangkumi penyususnan kehidupan manusia , baik yang mengenai orang perseorangan , kekeluargaan, kemasyarakatan dan kenegaraan sekaligus menghubungkan manusia dengan Tuhan dan manusia dengan alam sejagat bagi menjamin kesejahteraan , keselamatan , kesempurnaan dan kebahgiaan di dunia dan akhirat .

Islam sbagai “Ad-Dinn” mengajar dan menyuruh umatnya berpandangan jauh dengan mengambil kira kepentingan dunia dan akhirat secara seimbang dan seiring. Islam memberi perhatian kepada kepentingan jasmani sama diberi kepada kepentingan rohani, agama dan kemajuan di dunia dan akhirat.

Pengertian “Ad-Dinn”

Perkataan “Ad-Dinn”dalam bahasa arab membawa pengertian kepada agama. Maksudnya suatu cara hidup atau atau bentuk hidup atau peraturan hidup atau suatu pegangan hidup . Islam ialah agama dan tidak semua agama itu Islam . Maka jika dua perkataan itu digandingan , ia menjadi Agama Islam yang memabwa maksud suatu pegangan hidup atau cara hidup yang menjamin segala keselamatan di dunia dan akhirat . Firman Allah ;

“Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam .”, Al-Imran ayat 19.
Reply With Quote
  #7  
Old 24-06-2008, 10:36 AM
tokputih tokputih is offline
CG Top Poster Club

tokputih's Avatar
 
Trader Rating: (23)
Join Date: Apr 2008
Posts: 25,804
Thanks (Received): 520
Likes (Received): 52
Blog Entries: 4
Active Level
My Mood:
Default

Istilah Islam, mukmin dan taqwa ini sering atau kerap kita dengar. Walaupun secara umumnya ia berkaitan dengan orang yang beragama Islam, namun maksudnya tidak sama. Terdapat perbezaan di antara orang Islam, orang mukmin dan orang bertaqwa.

Orang yang masuk agama Islam tidak dikatakan masuk iman atau dikatakan orang mukmin. Orang yang masuk Islam tidak diistilahkan sebagai orang yang beriman. Lebih-lebih lagi dia tidak dikatakan orang yang bertaqwa. Istilah yang dipakai ialah dia orang Islam atau muslim. Secara umumnya, itulah umat Islam. Mereka tidak dikaitkan dengan iman dan taqwa. Iman dan taqwa adalah perkara yang berbeza.

Iman dan taqwa sangat mahal. Tidak mudah untuk men-dapat iman dan taqwa. Untuk menjadi orang Islam, mudah. Cukup dengan bersyahadah sahaja. Namun dengan sekadar syahadah, seseorang itu tidak boleh dikatakan orang mukmin atau orang bertaqwa. Dia baru Islam. Bagaimana pun seorang yang sudah bersyahadah tidak boleh dikatakan kafir. Kalau dia sembahyang, puasa, naik haji dan berjuang, tentulah dia orang Islam.

Untuk menjadi orang Islam, itu mudah tetapi untuk menjadi orang mukmin, susah. Untuk menjadi orang bertaqwa, lebih-lebih lagi susah. Sebab itu masuk sahaja agama Islam, dia di-katakan Islam atau muslim tetapi tidak dikatakan mukmin atau taqwa.
Reply With Quote
  #8  
Old 24-06-2008, 10:37 AM
Dangkal Dangkal is offline
Regular

Dangkal's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2008
Posts: 275
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 0
Active Level
Default

alhamdulillah tok putih... makasih .... panjang lebar penerangan yang diberi... tapi still unclear ... kalau diikutkan penerangan diatas masih belum clear .. cuba bagi conclusion sikit ? boleh ke islam tanpa iman? ke ada lagi kesinambungan ni.. sekiranya ada, sorry aaa tercelah plak kat sini...
Reply With Quote
  #9  
Old 24-06-2008, 10:37 AM
tokputih tokputih is offline
CG Top Poster Club

tokputih's Avatar
 
Trader Rating: (23)
Join Date: Apr 2008
Posts: 25,804
Thanks (Received): 520
Likes (Received): 52
Blog Entries: 4
Active Level
My Mood:
Default

Siapa boleh terangkan kepada ayah apakah perbezaan antara Islam, mukmin dan taqwa?”. Semua menundukan kepala. Tak berani nak dongak ke atas. Kang kalau bertembung mata dah tentu kena panggil nama dan kena jawab. “Ahh janganlah aku yang dipanggil” aku berbisik didalam hati. Malah anak-anak kuliah ayah sufi yang lain pun semuanya tawaduk tunduk ke bawah.

Hemm bukan ayah sufi tak tahu perilaku kami. Akhirnya dia terus memberi jawapan. Dia yang menyoal dia juga yang menjawap “Begini..” Ayah sufi memulakan bicara. “Istilah Islam, mukmin dan taqwa sering kita dengar. Umumnya ia berkaitan dengan orang beragama Islam. Tapi maksudnya tidak sama. Terdapat perbezaan antara orang Islam, mukmin dan taqwa. Orang Islam tidak dikatakan masuk iman atau mukmin. Orang yang masuk Islam tidak dikatakan sebagai orang beriman. Lebih-lebih lagi tidak dikatakan ia orang bertaqwa.Istilah yang dipakai ialah dia orang Islam atau muslim. Secara umumnya itulah umat Islam.Mereka tidak dikaitkan dengan iman dan taqwa kerana iman dan taqwa adalah perkara yang berbeza.

Ada satu cerita di zaman Rasulullah Seorang Arab Badwi masuk Islam. Apabila bertemu dengan Rasulullah, dia berkata kepada baginda, “Wahai Rasulullah, saya sudah beriman.” Terus Rasulullah menegur, “Jangan katakan kamu sudah beriman. Katakan sahaja kamu sudah Islam.”

Untuk menjadi orang Islam mudah tapi untuk menjadi orang beriman lebih-lebih lagi orang bertaqwa amat lah payah. Di antara orang mukmin dengan orang Islam sangat jauh bezanya. Kata ayah sufi kalau kita hendak buat misalan bolehlah kita kata Islam itu ibarat sebuah taman yang indah, yang di dalam taman itu ada pokok buah-buahan, bunga-bungan dan sayur-sayuran. Orang masuk Islam itu sebenarnya baru masuk dan berada di pintu taman itu. Dia baru ambil tiket untuk membolehkan dia jelajah taman. “Syahadah” tu ibarat tiket semata-mata. Dia masih belum tahu lagi apa yang ada di dalam taman. Sedangkan dalam taman itu ada bermacam-macam keindahan. Ada keindahan rasa, keindahan akal, keindahan pandangan, keindahan pendengaran dan lain-lain.


Manakala orang mukmin pula dia sudah menjelajah taman. Dia sudah round satu taman tu. Dia sudah lihat keindahan taman. Orang bertaqwa pula dia sudah makan dan merasa semua buah-buahan dan sayuran dalam taman itu. Maka kedudukan orang bertaqwa lah yang paling tinggi.

Atau kalau nak contoh lagi Islam ibarat kulit buah iaitu benda luar, benda lahir atau benda yang nampak. Iman adalah isinya manakala rasa isi itu adalah taqwa. Soal isi dan rasa, itu soal batin atau soal rohaniah. Kulit buah itu ibarat Islam, seperti syahadah, sembahyang, puasa, zakat dan lain-lain. Mungkin tambah lagi dengan sedekah atau menuntut ilmu. Itu kulit. Itu Islam.


Kalau kita hendak beli buah, adakah kita hendak makan kulit atau isi? Tentu isi. Tetapi perlu ingat kalau kulit cacat kita tidak akan beli buah itu walaupun bukan kulit yang hendak dimakan. Kalau kulit tidak elok, kita tidak beli. Tetapi ada juga buah yang kulitnya cantik dan elok tetapi di dalamnya ada ulat. Kalau kulit baik, belum tentu isinya baik, tetapi kalau kulit rosak sudah tentu, confirm yang di dalamnya rosak. Tidak semestinya kulit yang elok menggambarkan rasa isi yang sedap.Katalah isi elok, namun belum tentu rasanya sedap. Kalau isi elok, boleh dimakan tetapi belum tentu rasanya sedap. Isi elok itu tamsilan orang mukmin. Rasa sedap itu tamsilan orang bertaqwa

Beza antara orang Islam dan orang mukmin terlalu jauh. Kalau wujud ciri mukmin maka secara automatik ciri Islam itu wujud, namun, kalau ciri Islam wujud pada seseorang belum tentu ciri mukmin juga ada. Iman itu hakikat dan Islam itu syariat, iman itu bersifat rohaniah dan Islam itu bersifat lahiriah.

Tiba-tiba spontan ayah sufi menyoal kami lagi “Apa beza iman dengan taqwa.” Tak ada sesiapa yang sempat nak menjawab sebab ayah sufi terus menjawab.”Taqwa sering dikaitkan oleh Allah dengan iman. Bahkan taqwa bermula dari iman. Taqwa tumbuh dari iman. Iman adalah perkara asas yang perlu ditanam ke dalam hati seseorang terlebih dahulu. Apabila iman yang ditanam itu sudah sejati barulah akan lahir taqwa dalam diri seseorang. Orang beriman belum tentu bertaqwa. Tetapi orang yang bertaqwa sudah tentu dia beriman. Iman pula berperingkat-peringkat. Tidak semua peringkat iman boleh menghasilkan taqwa.”

Kami semua mengangguk-angguk tanda setuju. Sedangkan aku pula asyik leka menyalin nota kuliah tetiba terkejut bila ayah sufi minta aku berikan peringkat-peringkat iman. Jawab jugalah tapi tak lengkap. Gayah sebelah aku pula tolong sambungkan pun tak lengkap. Akhirnya Tuan Hj Zaki yang bantu melengkapkannya. Hemmm ayah sufi angguk-angguk tanda setuju. Aku dan Gayah tunduk malu terasa pula macam tak lengkap lagi ilmu iman kami ni. Ah terlupa.. dah tua bergini semuanya lupa. Ayah sufi pun mencatit didepan white bord peringkat-peringkat iman tadi. Aku cepat-cepat salin.

PERINGKAT IMAN

Iman taqlid

Iman ilmu

Iman ‘ayyan

Iman hak

Iman hakikat

Terus ayah sufi menyambung kuliahnya “Iman orang taqlid seumpama iman ikut-ikutan.imannya tepat iaitu dia percaya kepada Allah dan Rasul tetapi kepercayaannya tanpa dalil, tanpa keterangan dan ilmu pengetahuan. Orang begini tidak kuat dan tidak teguh imannya. Imannya mudah goyang.

Iman ahli ilmu macam tu juga. Imannya tepat. Tetapi walaupun keyakinannya kepada Allah dan Rasul dapat disokong dengn dalil-dalil, keterangan dan hujah-hujah namun iman peringkat ini baru sah. Jiwanya belum kuat sedangkan kekuatan seseorang pada jiwanya. Iman seperti ini belum sanggup melawan syaitan dan hawa nafsu, kerana itu itu orang yang imannya ditahap ilmu masih melanggar perintah Allah dalam sedar. Orang yang mempunyai iman ilmu hanya pandai berkata-kata kerana dia ada ilmu tetapi tidak mengotakan kata. Mereka adalah mukmin yang ‘asi (derhaka) atau mukmin yang fasik atau mukmin yang berpura-pura.

Iman ‘ayyan pula adalah orang yang sentiasa sedar bahawa Allah Taala sentiasa mengawasi dirinya. Kalau iman ilmu keyakinannya bertempat di fikiran manakala iman ‘ayyan keyakinannya bertempat di hati. Dengan kata-kata lain hatinya sentiasa dapat merasakan kehebatan Allah. Hatinya sentiasa takut kepada Allah dan kuat sekali penyerahan dirinya kepada Allah

Iman paling baik ialah iman haq dan iman haqiqat. Dengan kata yang lain iman hak dan iman hakikat disebut juga iman yang sebenar. Mereka tidak terpesona langsung kepada keindahan dan keseronokan duniawi. Cintanya penuh kepada Allah. Hatinya tidak langsung dapat dilalaikan oleh nafsu dan syaitan. Nafsunya benar-benar telah ditundukkan dan syaitan tidak lagi berani menghampirinya. Ini adalah merupakan kemuncak iman bagi orang-orang yang hampir dengan Allah atau apa yang dinamakan golongan muqarrabbin kerana mereka sangat bertaqwa dan kuat penyerahan dirinya kepada Allah.”
Reply With Quote
  #10  
Old 24-06-2008, 10:40 AM
suweb84 suweb84 is offline
Active Plus

suweb84's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Feb 2008
Location: ~Jangan Pandang Belakang~
Posts: 3,215
Thanks (Received): 8
Likes (Received): 2
Active Level
My Mood:
Default

aku nk tnye tuan tanah...ade berapa rukun islam dan rukun iman??
snang jer nk beza..
fahami rukun islam dan rukun iman...

tiger wood mngaku islam tpi adakah die mngucap syahadah??
klo stakat ngaku jer pon xguna gak...
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump