Sensasi dalam dunia Forex! Cepat dapatkan tawaran terbaru daripada InstaForex - bonus 45% untuk setiap deposit! Bonus 45% untuk keuntungan yang maksimum!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > News, Current Issues, Rumours

News, Current Issues, Rumours Share & get daily updated news, current issues from locals to all around the world.

CG Sponsors



Recommended Brokers

CG Updates
0 Forum rules improvised
Last Post: CariGold
Posted On: 05-02-2014
Replies: 0
Views: 6,083
0 Social Group is now based on request
Last Post: CariGold
Posted On: 11-12-2012
Replies: 0
Views: 30,194
0 Unscheduled maintenance
Last Post: CariGold
Posted On: 26-11-2012
Replies: 0
Views: 22,601
More...
  #33351  
Old 20-03-2013, 07:36 AM
mustopa_a mustopa_a is offline
Legendary Member

mustopa_a's Avatar
 
Trader Rating: (3)
Join Date: Apr 2008
Posts: 12,101
Poster Rank: #188
Thanked 73 Times
Active Level
Default

kiram, idjirani dan jacel boleh menyalak apa saja di dalam pagar .. tak ada makna apa2 pun.. pengganas sulu .. letak senjata atau mati. <<muktamad.>>
__________________
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #33352  
Old 20-03-2013, 07:47 AM
fish fish is offline
Active Member

fish's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Dec 2010
Posts: 608
Poster Rank: #4864
Thanked 0 Times
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by noavatar View Post
Sulu sultanate claims assassination plot
By Mike Frialde (The Philippine Star) | Updated March 20, 2013 - 12:00am

MANILA, Philippines - The sultanate of Sulu yesterday bared an alleged plot by Malaysia to kill Sultan Jamalul Kiram III, his family and their supporters.

Sultanate spokesman Abraham Idjirani told reporters that a certain Sunny Ng, whom he described as a Malaysian colonel, has arrived in the Philippines along with four commandos to assassinate the members of the sultanate royal household and their supporters.

Idjirani said the commandos have also hired three alleged members of the New People’s Army from Quezon to carry out the assassination. He said the plot was revealed Monday by a former lawyer of Pastor Saycon, the sultanate’s political adviser, who was also one of the alleged targets of assassination.

He said the lawyer is currently working for Kenneth Lee, a Malaysian businessman based in the country, and a business partner of Ng.

Idjirani said the lawyer was with Lee when the businessman met Ng’s group at Genting Palace, a restaurant at the Resorts World in Pasay City around noon Monday.

During the meeting, Ng reportedly bared the plot to kill the Kirams to Lee.

He said the lawyer even revealed that Ng was billeted either in room “806 or 906” of Maxim’s Hotel, which is also located at Resorts World.

“In the light of this development, we would like to ask the government: Have we surrendered our sovereign control (of our country) that we allow a Malaysian hit squad to perform their terrorist acts in the Philippines?” Idjirani told reporters.

Sumber: http://www.philstar.com/headlines/20...ssination-plot
Cakap orang tak serupa bikin Geng2 dia orang ni no school punya orang la
Reply With Quote
  #33353  
Old 20-03-2013, 08:02 AM
ijaljb ijaljb is offline
Super Active Member

ijaljb's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2011
Location: Somewhere Between Heaven & Earth
Posts: 3,671
Poster Rank: #1000
Thanked 4 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by kepang View Post
Assalamualaikum wbt

Tuan Jamtulenmurah, hebat "permainan" tuan di CariGold ini!
Ehhh...ader "permainan" kerr kat thread ni... cuba beri pencerahan sikin bang...
Reply With Quote
  #33354  
Old 20-03-2013, 08:08 AM
sayasuka sayasuka is offline
Active Member

sayasuka's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Oct 2011
Posts: 2,494
Poster Rank: #1514
Thanked 0 Times
Active Level
Default

kena abaikan yg boleh memecahbelahkan kita kat sini ....
Reply With Quote
  #33355  
Old 20-03-2013, 08:21 AM
linamys linamys is offline
Normal Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Dec 2006
Posts: 214
Poster Rank: #9120
Thanked 1 Time
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by mustopa_a View Post
kiram, idjirani dan jacel boleh menyalak apa saja di dalam pagar .. tak ada makna apa2 pun.. pengganas sulu .. letak senjata atau mati. <<muktamad.>>
setuju...
Reply With Quote
  #33356  
Old 20-03-2013, 08:23 AM
linamys linamys is offline
Normal Member

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Dec 2006
Posts: 214
Poster Rank: #9120
Thanked 1 Time
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by fish View Post
Cakap orang tak serupa bikin Geng2 dia orang ni no school punya orang la
tunding jari kat org .. tertunding kat diri sendiri tanpa sedar... bengap... media pun sama bengapnya...
Reply With Quote
  #33357  
Old 20-03-2013, 08:23 AM
northbioasli northbioasli is online now
Super Active Member

northbioasli's Avatar
 
Trader Rating: (12)
Join Date: Oct 2011
Posts: 4,734
Poster Rank: #750
Thanked 107 Times
Active Level
Default

lawak lawak kiram yang saya boleh ingat:

1. malaysia melakukan kezaliman kerana membiarkan pengganas suluk kebuluran

2. Op bunuh Kiram sedang lepak di hotel,
Reply With Quote
  #33358  
Old 20-03-2013, 08:23 AM
Hamirul Hamirul is offline
Active Member

Hamirul's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Jul 2010
Location: CariGold :)
Posts: 764
Poster Rank: #4128
Thanked 4 Times
Active Level
My Mood:
Default

Pengganas sedia serah diri

KUALA LUMPUR 19 Mac - Ramai anggota kumpulan pengganas Kiram yang sedang menyembunyikan diri daripada diburu pasukan keselamatan, bersedia menyerah diri setelah berputus asa untuk meneruskan perjuangan mereka dan mengalami kebuluran.

Sumber berkata, pengganas yang kini berpecah kepada beberapa kumpulan kecil dikesan sudah hilang arah dan berada dalam keadaan tertekan akibat trauma dengan insiden yang berlaku.

Beliau berkata, ini kerana sebelum datang ke Lahad Datu, Sabah untuk menuntut negeri itu, mereka telah dijanjikan bayaran RM80,000 setiap seorang dan diberikan pangkat dalam pasukan polis atau tentera jika misi mereka berjaya.

Malah, katanya, anggota yang sedia untuk taat setia menyumbangkan bakti sebagai 'polis' dan 'tentera' dalam misi pencerobohan itu dijamin bahawa tiada pertumpahan darah akan berlaku menyebabkan mereka tidak ragu-ragu menyertai kumpulan pengganas Kiram.

...

Langgan akhbar digital Utusan Malaysia anda hari ini... Mudah dan murah

Reply With Quote
  #33359  
Old 20-03-2013, 08:27 AM
Mr.Lobo Mr.Lobo is offline
Super Active Member

Mr.Lobo's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Oct 2012
Posts: 2,677
Poster Rank: #1396
Thanked 0 Times
Active Level
My Mood:
Default

Media Filipina Pertikai Foto Mangsa Serangan!

Dikala media arus perdana & media sosial di Malaysia menyebarkan gambar panas berkenaan beberapa orang mangsa yang berada dalam sebuah liang lahad selepas serangan dilakukan baru-baru ini, tiba-tiba muncul pula maklumat panas daripada media Filipina yang mempertikaikan kesahihan gambar tersebut. Menurut laporan media terbabit gambar-gambar yang didedahkan itu adalah merupakan mangsa serangan di Selatan Thailand pada tahun 2007.

Menurut sumber, jika gambar yang diperolehi itu datangnya dari para media dan wartawan yang membuat liputan mungkin ia boleh diterima. Namun bila gambar-gambar yang berkenaan diambil oleh pihak yang berkenaan maka kesaihannya boleh dipertikaikan. Lantaran itulah dalam pendedahan terdahulu ramai yang mendakwa cara mayat-mayat mangsa yang berada dalam liang lahat itu tidak memungkinkan mereka adalah penceroboh Sulu.

Ini kerana gaya pakaian dan keadaan lokasi yang berkenaan kelihatan tenang, tiada kesan bom malah papan alas lubang berkenaan juga tidak hancur dibom. Malah mereka juga mempertikaikan mana mungkin penceroboh boleh menggali lubang sebesar itu ketika serangan berlaku. Mereka tidak mungkin membawa alatan yang membolehkan ia digali sedemikian rupa. Apapun, kini gambar itu masih menjadi misteri yang pastinya akan menimbulkan kontroversi.

Macam macam la geng Kiram nih......
Reply With Quote
  #33360  
Old 20-03-2013, 08:29 AM
Mr.Lobo Mr.Lobo is offline
Super Active Member

Mr.Lobo's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Oct 2012
Posts: 2,677
Poster Rank: #1396
Thanked 0 Times
Active Level
My Mood:
Default

jangan menangis...ini pejuang kita

GUGURNYA BUNGA BANGSA...
Artikel ni admin alih bahasa dr artikel terbitan NST..temuramah dgn anggota VAT69 yg terselamat semasa serangan di Semporna dulu.serius..masa menulis...rasa mual..sakit perut..pilu dan sayu..fans nilaikan sendiri...

2 org anggota mengimbas kembali kejadian tembakan yg mengorbankan rakan2 mereka di Kampung Simunul pd 2 Mac 2013

Ketika penyerang utama pasukan polis di luar tempat persembunyian pengganas itu dihujani peluru, *Adam, *Amir dan anggota2 lain berundur kebelakang dan mencari perlindungan. Nampaknya musuh mempunyai kelebihan kawasan tembakan dan pasukan polis itu telah terdedah.

beberapa saat selepas pengganas melepaskan tembakan, kawasan persembunyian mereka menjadi berapi apabila semakin ramai pengganas yg melepaskan tembakan ke arah pasukan polis. Pasukan polis cuba melepaskan tembakan perlindungan bagi memberi peluang anggotanya mencari perlindungan segera.

Ramai yg melompat masuk ke dalam rumah2 yg tidak berpintu di situ, yg tersusun di sepanjang laluan..inilah tempat kurungan mereka buat 24 jam seterusnya, sekurang2nya. Adam dan Amir adalah antara yg mencari perlindungan dlm bangunan berselirat itu. Mereka segera combat net (command centre) mereka dan meminta bantuan.

mengenang kembali saat itu, Adam berkata ketika dia bergerak menjauhi rumah tersebut, sambil memusingkan kepalanya sekali sekala, dia melihat pengganas keluar dr rumah itu utk menarik masuk rakan2nya yg sedang terbaring dalam limpahan darah mereka sendiri, masuk ke dalam

" Salah seorg anggota kami yg ditembak di pintu itu telah terjatuh ke dalam air semasa dia cuba berundur. Entah bagaimana, dia sempat menghubungi operations centre.”

" Dia memberitahu pusat perintah tentang serang hendap itu dan dia telah ditembak. Pengganas2 itu pasti telah mendengar kata2nya. Kami jumpa tubuhnya yg dipenuhi peluru beberapa meter dr tempat dia jatuh," kata Adam.
Ini adalah satu2nya saat sepanjang temuramah itu di mana Adam kelihatan sedikit beremosi.

" Kemudian tembakan itu berhenti. Saya berpusing ke belakang dan saat itulah saya nampak pengganas itu menghentam tubuh rakan2 saya dgn barong ( pisau yg menyerupai pisau pemotong daging, digunakan di Filipina) berulang kali.
" Mereka sudahpun cedera parah. Saya tak dengar sebarang bunyi dr mereka ketika mereka ditetak," pegawai yg berusia tidak lebih 30 tahun itu bersuara. Suaranya semakin lama semakin perlahan, sehingga hampir tak kedengaran.

Tembakan kembali bergema, kali ini dr segenap arah. *Musa, yg mengintai dr celah papan sambil sebelah matanya menjeling 4 pengganas yg ditahannya, bimbang mereka akan cuba melompat ke atasnya, hampir saja terkena 2 butir peluru yg memecahkan tingkap. Kurang dr seminit selepas tembakan pertama kedengaran, beberapa pengganas mula mendekati pasukan polis dan menembak dgn lebih tekanan.

Pengganas2 itu nampaknya sangat mengenali kawasan itu kerana mereka dipercayai telah memasuki kawasan itu lebih kurang seminggu sebelum itu. Musa berkata, memandangkan ianya terlampau gelap di luar sana, dia tidak dapat menembak balas kerana takut tertembak rakannya sendiri

Dari di mana dia berada, dapat dia melihat kezaliman yg dilakukan ke atas rakan2nya yg gugur dalam rumah yg malap itu. Suaranya pecah saat dia memberitahu kami: " kalaulah ada satu benda yg boleh saya padamkan dr ingatan saya, ianya adalah pemandangan saat rakan2 saya dizalimi oleh pengganas2”.

" Saya melihat seorg dr saudara saya, yg telah ditembak dan sudah nazak, ketika salah seorg pengganas itu menghentak barongnya ke leher rakan saya itu. Dia kemudian ditembak di mulut ," kata Musa , suaranya bergetar.
Pada saat inilah Inspektor Mohd Hasnal, yg sedang melutut di atas laluan itu selepas tertembak, diserang pangganas dengan barong mereka.

Walaupun dia tidak dapat membalas, Hasnal melindungi tubuhnya dengan lengannya. Pada ketika itu, jari dan lengan bawahnya sudah hampir putus. Penyerangnya jugta sempat menetaknya di kepala dan belakang badan

*Ahmad, dari kedudukannya, melihat keselurah perkara yg berlaku, dan menembak ke arah penyerang Hasnal dengan senjatanya. Jarinya tidak henti menarik picu, kelonsong kososng berhamburan keluar tanpa henti. Dia juga sempat membunuh seorg lagi pengganas. Ahmad menghabiskan satu kelopak peluru ke atas penyerang Hasnal sebelum pengganas itu jatuh ke dalam bot di bawah rumah itu. Polis kemudian menemui tangkal pd pergelangan tangan pengganas itu. Dia dan pengganas2 yg lain tidak memakai sebarang body armour atau perlindungan ballistik.

pd ketika itu, Hasnal bangaun dan mencari perlindungan. Nasibnya baik, dia memilih laluan yg menuju ke rumah dimana Ahmad berada. Melihatnya semakin hampir, Ahmad mengengsot ke laluan sempit itu dan menolak Hasnal ke dalam rumah dimana Musa berada.

Superintendent Ibrahim Lebar, yg telah ditembak beberapa meter dr situ, berada beberapa langkah di belakang Hasnal. Walaubagaimanapun, dia terserempak dengan seorg pengganas yg kebetulan melalui laluan itu. Pengganas itu menembak ke arahnya dan menyerangnya dengan sebilah barong.
Ahmad, yg terdengar tembakan itu dr dalam rumah, menembak ke arah pengganas itu yg sempat melarikan diri. Ibrahim meninggal dunia di laluan itu.

Melihat kekejaman pengganas2 Suluk itu, Ahmad bertekad menyelamatkan jenazah pegawainya itu. Dia mengheret Ibrahim ke dalam rumah.

Malam semakin sepi.

24 jam seterusnya adalah ibarat neraka bagi Musa dan anggota2 lain yg terperangkap di dalam rumah itu. Meski tembakan sudah berhenti, mereka terperangkap dalam kepungan dinding yg menjadi tempat perlindungan mereka itu. Mereka tidak pasti siapa yg boleh mereka percayai.

dengan satu tangan di senjata yg diacu ke arah 4 org suspek tersebut, sambil sebelah lagi cuba menahan darah yg mengalir dr luka Hasnal, mata Musa berlari di sekeliling rumah itu. Dia tidak tahu dari arah mana pengganas akan masuk dan menyerangnya. Mereka boleh masuk dari dapur atau tingkap terbuka yg dihadapnya. Dia berdoa agar pasukan penyelamat akan sampai segera.

"saya terpaksa kencing dalam seluar dan di atas sekeping kain, kerana kalau pengganas2 itu terdengar bunyi air menitik, matilah kami masa tu. Sesekali saya akan kejutkan Hasnal utk pastikan dia masih hidup."

Musa telah menjumpai sebuah bekas yg mengandungi air yg digunakan oleh penghuni rumah itu utk menadah air hujan. Ianaya penuh dgn entah apa sampah dan juga tahi cicak. “Saya minum air tu dan bagi sedikit pd Hasnal. Air tu juga saya gunakan utk membasuh darah di mukanya”.

Katanya, bateri handphonennya dah lama mati dan dia terpaksa membuka bateri telefon Hasnal kerana dia tidak pasti bagaimana nak mematikannya. Dia tidak mahu pengganas2 itu menjejaki mereka. Keempat2 suspek itu sudah diperiksa sebelum serang hendap itu dan telefon bimbit mereka dirampas.

Operasi Penyelamatan

Bunyi laluan berkayu yg berkeriut itu pada pukul 5 pagi mengejutkan Musa yg keletihan.

Ia diikuti bunyi tapak kaki yg berat. Dia mengintai dr celah retakan dan melihat sebilangan anggota komando VAT 69 berpakaian penuh memenuhi tempat itu. Dia menagmbil jaket pantulan cahaya yg telah disembunyikannya dan meletakkannya di tingkap, utk menunjukkan kedudukannya kpd penyelamat2 itu.
Terdahulu, sebelum misis itu, keseluruhan pasukan telah bersetuju dgn isyarat2 tertentu yg akan digunakan bg memastikan komunikasi yg efisien.

Seperti dipersetujui semasa briefing di ibu pejabat, sekiranya ada sesuatu yg tidak kena, Musa akan berbaring dan diam. Ini akan membantu pasukan rakan mengenalinya sebagai anggota mereka.

Para komando itu menyerbu rumah itu dan seperti prosedur, dia memberikan laopran ringkas. Mereka kemudian mengumpul dan mengambil semua senjata yg ada di situ, termasuk miliknya.

" Saya rasa mcm tahanan bila senjata saya dibawa pergi. Kemudian, mereka menjerit “Selamat!” dan berkata mereka akan pulang mendapatkan saya," katanya.

Inspektor Hasnal segera dibawa pergi oleh 2 org komando keluar dr kawasan berbahaya itu. " leganya saya bila Hasnal dibawa keluar dlm keadaan hidup”.

"Dia berjuang utk nyawanya..dan ia tidak sia2."...
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Tags
kiram, lahad datu, sabah, sulu

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 03:15 PM.


Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner. CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE