BTC USD 84,622.8 Gold USD 4,298.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

penyerang hebat Isa Bakar (saing arwah mokhtar dahari & r. arumugam)

david.cronenberg

Active+ Member
gem
Messages
3,763
Joined
Nov 14, 2011
Messages
3,763
Reaction score
27
Points
371
Nama penuh : Isa Bakar
Lahir : 25 December 1952
Meninggal : 28 Ogos 2010
Allahyarham meninggalkan isteri, Mazlina Md Ismail,
Mempunyai 3 anak perempuan Nur Kamalia, 19, Nur Liyana 21, Nur Aishah
dan Seorang anak lelaki Muhd Firdhaus, 16.
POSISI : Penyerang


su_031.jpg


Pencapaian Allahyarham :

Isa mula menggilap bakatnya pada peringkat kelab dengan mewakili Malayawata, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan seterusnya
Telekom Utara.

Dalam persada bola sepak Malaysia, beliau sentiasa menjulang nama Pulau Pinang bersama abangnya Ali Bakar dan pernah membantu pasukan negeri itu menjulang Piala Malaysia pada 1974.

Membantu pasukan negara memenangi pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 1977 dengan membelasah Burma ketika itu 8-1.

Isa selaku penyerang berbisa membantu pasukan kebangsaan memenangi pingat gangsa dalam acara bola sepak di Sukan Asia Tehran 1974.

Pernah berganding dengan seorang lagi legenda iaitu Allahyarham Mokhtar Dahari sekitar tahun 70-an.

pix_gal1


Semasa zaman kegemilangannya, Isa selaku penyerang berbisa pernah membantu pasukan kebangsaan memenangi pingat gangsa dalam acara bola sepak di Sukan Asia Teheran pada 1974.

Beliau yang merupakan penyerang yang sentiasa digeruni lawan juga membantu pasukan negara memenangi pingat emas pada Sukan SEA di Kuala Lumpur pada 1977, setelah membelasah Burma ketika itu 8-1.

Era mereka tidak mengenal erti mewah dan wang ringgit, bermain semata-mata untuk negara yang dicintai.


008708367.jpg


ERA KEGEMILANGAN... Allahyarham, Isa Bakar (kiri) tersenyum gembira apabila rakan sepasukannya, Mokhtar Dahari berjaya menjaringkan gol ketika menentang Thailand, pada perlawanan peringkat kumpulan, kejohanan Piala Dunia. Malaysia menang 6-4.


shabb+004.jpg


no 2 dari kiri

shabb+005.jpg


Back row: Azraai Khor @ Khor Sek Leng, P. Umaparam, Isa Bakar.
Middle: Irfan Bakti Abu Salim, Mokhtar, R. Arumugam, team official. Front: Zainuddin Kassim, Rashid Hassan, Yahya Jusoh

MENINGGAL DUNIA

NEGARA kehilangan seorang lagi legenda era kegemilangan bola sepak Malaysia apabila Isa Bakar, 59 menghembuskan nafas terakhirnya semalam di George Town, semalam.
Kehilangannya dirasai rakan sepasukannya yang pernah beraksi bersama-samanya dalam pasukan Pulau Pinang, Mohamad Bakar yang berperanan mengumpan hantaran dari sayap kanan untuk disudahkan Isa di depan gol.

“Saya beraksi bersama-samanya pada 1974 ketika Pulau Pinang menjuarai Piala Malaysia. Ketika itu juga, Isa menjadi sebahagian daripada pasukan kebangsaan yang memenangi pingat gangsa Sukan Asia di Tehran.

“Pada masa itu saya menghampiri penghujung kerjaya saya manakala Isa mula mencipta nama di Pulau Pinang. Saya sempat bermain dua tahun bersamanya. Tugas saya adalah mencipta peluang dari sayap kanan dan dia menyudahkannya di depan pintu gol,” katanya.

Pemergiannya turut mengundang hiba rakan sepasukannya dalam pasukan kebangsaan pada 70an, Reduan Abdullah yang bergegas ke Pulau Pinang untuk memberikan penghormatan terakhir buat penyerang yang membentuk gandingan berbisa dengan seorang lagi legenda, Allahyarham Mokhtar Dahari.

“Saya mulai mengenalinya pada Piala Burnley 1971 di Sarawak dan kemudian beraksi bersama-sama mewakili Malaysia dalam Piala Belia 1972 di Bangkok.
“Dia memiliki personaliti yang menyenangkan manakala gandingannya dengan Allahyarham Mokhtar adalah yang terbaik pernah disaksikan. Dia pantang menghidu peluang di depan gol dan pakar menyempurnakan bola muntah penjaga gol,” kata Reduan yang beraksi bersama Selangor ketika itu.

Pengurus keahlian Yayasan Kebajikan Atlit Kebangsaan (YAKEB), Aminuddin Mohd Nasir pula tidak menyangka akan pemergian Isa selepas pihaknya menangguhkan hasrat untuk melawatnya kelmarin ke semalam selepas mendapat berita kesihatan Isa yang semakin baik.

“Saya mendapat panggilan daripada (Datuk Soh) Chin Aun bahawa kesihatan Isa bertambah baik dan menangguhkan kunjungan ke hari ini (semalam).

“Kami mendapat berita dia meninggal dunia pada 10 pagi berikutan masalah hati. Pihak kami menyampaikan sumbangan kecil kepada pihak keluarganya bagi meringankan beban mereka,” katanya.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah SWT. AL-FATIHAH.
 
tengok gambar last tu terfikir pula..tak nampak beza melayu cina dan india pada masa tu kan..haha
 
thanks tt ... info yang menarik
 
misai kalah dato' K
 
Back
Top
Log in Register