Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Historical, Myth, Legend

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 30-01-2013, 07:43 AM
Luqmanul Hakim Luqmanul Hakim is offline
CG Top Poster Club

Luqmanul Hakim's Avatar
 
Trader Rating: (18)
Join Date: Mar 2010
Location: GP (Kampung) BM (Bandar) PP (Negeri) M (Negara)
Posts: 23,319
Thanks (Received): 4841
Likes (Received): 3
Blog Entries: 2
Active Level
My Mood:
Lightbulb Asal Usul Permainan 'Spirit Of The Coin' + Fakta & Rahsia

Asal Usul Permainan 'Spirit Of The Coin' + Fakta & Rahsia



Sapa yg duduk sekolah asrama tentu pernah dengar Spirit Of The Coin and maybe ada yg pernah main. Permainan ini dinamakan Ouija di US dan konsepnya adalah sama seperti Spirit Of The Coin. Dari manakah asal usul permainan ini? Tonton video dibawah.



Permainan Spirit of the coin Fakta & Rahsia




Spirit of the coin sebuah permainan yang sangat terkenal suatu masa dahulu . Sekarang pun mungkin ada juga orang yang masih main permainan ini. Pada zaman persekolahan , kami selalu main permainan ini selepas peperiksaan akhir tahun kerana tiada sebarang pelajaran atau aktiviti diadakan disekolah pada masa itu.

Selepas kian lama apabila saya mengimbas kembali permainan itu , saya rasa kami memang bertuah kerana tidak melalui sebarang gangguan semasa dan selepas bermain. Disebelah sekolah kami terdapat sebuah kubur cina yang lama dan luas . Nasib baik kami tidak diganggu oleh roh-roh yang tersesat disitu.


Apa itu permainan spirit of the coin sebenarnya ?

Sebenarnya spirit of the coin bukan sebuah permainan sebaliknya sebuah kaedah untuk berhubung dengan roh orang yang meninggal dunia. Kaedah spirit of the coin digunakan dalam beberapa ritual dan kepercayaan untuk berhubung dan berbual dengan roh orang yang telah meninggal dunia.


Kaedah ini biasanya digunakan untuk :
  • Tanya khabar orang yang meninggal dunia.
  • Mengetahui kedudukan roh.
  • Berkomunikasi dengan roh.
  • Minta bantuan secara gaib
  • Mencari barang / orang yang hilang.
  • Untuk mengetahui cara matinya : kemalangan atau dibunuh dan sebagainya
  • Untuk tanya sesuatu yang penting seperti : Password , no pin , kedudukan harta.

Quote:
Ini bukan sebuah hiburan atau permainan sebaliknya sebuah proses ritual yang sangat keras. Jangan sekali-kali mencubanya tanpa latihan rohani , panduan dan pertahanan yang lengkap.

Apa yang berlaku dalam ritual spirit of the coin ?.

Setelah lengkap papan atau kertas Ouija yang dilengkapi dengan tulisan A-Z , Nombor 0-9 , Yes , No , Home dan Good Bye . Kita boleh menjemput sesebuah roh yang tertentu atau memanggil sebuah roh secara rambang untuk berkomunikasi dengannya. Apabila sebuah roh hadirkan diri , Kita perlu tanya beberapa soalan untuk memastikan yang hadir itu adalah roh yang kita inginkan. Setelah memastikan ia adalah roh yang kita inginkan , Kita boleh mula tanya apa yang kita inginkan atau berbual dengannya.

Selalunya banyak roh yang berkeliaran dengan keinginan untuk berbual dengan manusia. Sama ada roh saudara mara kita atau orang luar. Banyak roh terdapat disekeliling kita tetapi kita tidak dapat nampak dengan mata kasar kerana kebolehan kita terhad . Orang yang melatih Yoga , Meditasi dan kuat sembayang dapat merasai kehadiran mereka.

Semua manusia dijaga dan dipelihara oleh sebuah kuasa khas yang ditugaskan untuknya. Sebab itulah kita tidak diganggu oleh roh atau makhluk halus. Apabila seseorang mula bermain spirit of the coin , dengan rela hatinya dia membuka ikatan kawalannya dan membenarkan makhluk halus masuk kedalam kehidupannya. Apabila sebuah roh hadir ia akan memasuki badan orang itu dan menjawab soalannya dan keluar selepas proses tersebut. Ritual ini perlu dikendalikan oleh seseorang yang berilmu tinggi dan berkebolehan untuk berkomunikasi dengan roh.

Kadang-kadang dalam beberapa kes roh yang tersesat atau roh orang yang mati terseksa akan memasuki kedalam ritual ini dan berlakun seperti roh orang yang kita maksudkan . Jawapan yang salah dan jawapan yang mengelirukan akan diberikan olehnya kerana dia tidak dapat berhubung dengan alam roh. Dalam kes sebegini roh jahat atau roh yang berhawa nafsu tinggi tidak akan meniggalkan orangnya selepas ritual ini selesai sebaliknya ia akan mengekorinya dan mengganggunya seumur hidup.

Quote:
Roh yang jahat boleh menyebabkan kerugian , penyakit , kemalangan dan juga kematian. Ia juga akan mengganggu ahli keluarga kita yang lain. Jadi Awas ! Jangan buat ritual ini. Ini bukan sebuah permainan sebaiknya sebuah ritual yang keras . Tujuan Spirit of the Coin hanya untuk berhubung dengan alam roh sahaja .




Reply With Quote
Thanks Niyang, gimau, ykenobi, syahrizal2703, cengkih and 15 others thanked for this post
Paid Advertisement
  #2  
Old 30-01-2013, 07:54 AM
badai707 badai707 is offline
Regular

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jul 2009
Posts: 566
Thanks (Received): 11
Likes (Received): 0
Active Level
Default

bukan roh yang jawab, syaitan yang jawab
Reply With Quote
  #3  
Old 30-01-2013, 07:56 AM
lpsoldier007 lpsoldier007 is offline
CG Top Poster Club

lpsoldier007's Avatar
 
Trader Rating: (9)
Join Date: Dec 2010
Posts: 21,528
Thanks (Received): 18
Likes (Received): 222
Active Level
My Mood:
Default

Masa buat persediaan dkt Uitm seksyen 17 dulu ada budak main benda ni. Jadi mcm tak betul dah time tu.
Reply With Quote
  #4  
Old 30-01-2013, 08:00 AM
LORDZ666 LORDZ666 is offline
Active Plus

LORDZ666's Avatar
 
Trader Rating: (9)
Join Date: Apr 2007
Location: PERAK><SELANGOR
Posts: 3,673
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 2
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by badai707 View Post
bukan roh yang jawab, syaitan yang jawab
betul!roh mana boleh berhubung dengan orang masih hidup.
__________________
FB
Reply With Quote
  #5  
Old 30-01-2013, 08:02 AM
lady_nite06 lady_nite06 is offline
Active Member

lady_nite06's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Sep 2009
Posts: 2,175
Thanks (Received): 4
Likes (Received): 0
Active Level
Default

TT main kat sekolah mana dulu?at least boleh bagi tempat jer la
Reply With Quote
  #6  
Old 30-01-2013, 08:03 AM
sempoiajer sempoiajer is offline
Regular

sempoiajer's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Dec 2012
Posts: 227
Thanks (Received): 1
Likes (Received): 0
Active Level
Default

Aku pn xtau bnda ni btul ker x, tp dlu member aku pnah gak main, last2 syaitan xnk balik..mintak kencing ikut tingkap dlu bru dia nk blik..tu kra bg dia mkn dlu la tu..
Reply With Quote
  #7  
Old 30-01-2013, 08:05 AM
skyside skyside is offline
Active Plus

skyside's Avatar
 
Trader Rating: (18)
Join Date: Jul 2009
Posts: 3,698
Thanks (Received): 25
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

bdk2 nakal masa sek aku dulu suka main benda ni.
menjadi plak tu
Reply With Quote
  #8  
Old 30-01-2013, 08:11 AM
johan_zafuan johan_zafuan is offline
Active Member

johan_zafuan's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2011
Posts: 1,533
Thanks (Received): 40
Likes (Received): 0
Active Level
Default

masa sekolah asrama dulu,ada geng silat main benda ni.at last, benda tu xmau pegi lepas diorang suh pegi dan hasilnya lepas tu,abis satu asrama kena histeria. benda yg diorang panggil tu kata dia mati kena bunuh lepas dirogol..wallahu'alam..
__________________
johan_Zafuan
Reply With Quote
  #9  
Old 30-01-2013, 08:12 AM
FadzliMelianysDesign FadzliMelianysDesign is offline
Permanently Banned

 
Trader Rating: (0)
Join Date: May 2012
Posts: 2,146
Thanks (Received): 126
Likes (Received): 0
Active Level
Default

Tu semua jin,roh dah dkunci oleh Allah pd tmpt yg telah ditetapknNya melainkn dgn izinNya,kalau roh bergentayangan,jd roh boleh lari dr seksa kubur lah kalo gitu.
Reply With Quote
  #10  
Old 30-01-2013, 08:16 AM
triphase triphase is offline
Regular

triphase's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2011
Posts: 344
Thanks (Received): 5
Likes (Received): 0
Active Level
Default

main benda ni datang gangguan makhluk ghaib baru tau
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump

CariGold