Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > Investor, Business, Entrepreneur > Offline Business, Entrepreneur Discussion

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 26-01-2013, 07:35 PM
magnesium magnesium is offline
Legendary Member

magnesium's Avatar
 
Trader Rating: (5)
Join Date: Apr 2010
Posts: 10,051
Thanks (Received): 158
Likes (Received): 88
Active Level
Default Trip Borong Ke Bangkok

Assalamualaikum,

Sini aku nak kongsi pengalaman aku yang baru balik dari belajar memborong sendiri di bangkok. Aku pergi seorang diri sahaja tanpa ada pengalaman pun ke bangkok dan juga tidak pernah pergi ke sebarang kursus borong. Pergi 5 hari 4 malam dengan tujuan mencari selipar dan kasut.

So aku akan ceritakan dari A sampai Z tentang pengalaman yang aku dapat.

Kepada sesiapa yang ada pengalaman di sana pun boleh turut sama menyumbangkan ilmu anda.

Kalau korang rasa setiap post aku ni berguna pada korang, boleh la tekan button thanks pada setiap post tu ya?

Last edited by magnesium; 26-01-2013 at 08:49 PM..
Reply With Quote
Thanks firdaus90, 9_9, akas6754, bart72, putra1234 and 40 others thanked for this post
Paid Advertisement
  #2  
Old 26-01-2013, 07:37 PM
magnesium magnesium is offline
Legendary Member

magnesium's Avatar
 
Trader Rating: (5)
Join Date: Apr 2010
Posts: 10,051
Thanks (Received): 158
Likes (Received): 88
Active Level
Default

Reserved dulu
Reply With Quote
Thanks none thanked for this post
  #3  
Old 26-01-2013, 07:38 PM
magnesium magnesium is offline
Legendary Member

magnesium's Avatar
 
Trader Rating: (5)
Join Date: Apr 2010
Posts: 10,051
Thanks (Received): 158
Likes (Received): 88
Active Level
Default

Pengangkutan

Penerbangan adalah menaiki airasia berlepas dari lcct dan mendarat di Lapangan Terbang Don Muang Bangkok.

Dari airport keluar, disebelah kiri adalah tempat mengambil taxi. Di sini ada kaunter taxi, konfem x kena tipu.
Taxi disini menggunakan meter so, kalau mereka tak nak guna meter, sepatutnya janganlah naik taxi tu, xnak menggalakkan aktiviti yg x baik ni. Jangan risau tentang taxi sebab melambak taxi disini. Satu kita xnak, sekejap je dah lalu taxi lain.

Ok, jika ambil taxi dikaunter ni, selain dari charge menggunakan meter, anda akan dicharge surcharge 50 bath untuk driver. Dan kalau anda x nak bayar surcharge ini, keluar je dari airport terus pergi ke departure terminal.

Di sana akan ada banyak taxi yang menurunkan penumpang, so kalau amik taxi disini, anda jimat surcharge 50 bath.

Aku amik taxi untuk ke Chatuchak Market, kena 140 bath + surcharge total 190bath.

Oh ya, ketika naik taxi, driver akan tanya nak lalu tol atau x?

Kalau lalu tol kita kena bayar 60 bath, biasanya taxi driver akan minta kat kita.

Kalau anda sampai malam, x payah lalu tol, kerana x jem.

Last edited by magnesium; 26-01-2013 at 08:11 PM..
Reply With Quote
Thanks vedder9, 9_9, putra1234, customys, nosh89 and 20 others thanked for this post
  #4  
Old 26-01-2013, 07:39 PM
magnesium magnesium is offline
Legendary Member

magnesium's Avatar
 
Trader Rating: (5)
Join Date: Apr 2010
Posts: 10,051
Thanks (Received): 158
Likes (Received): 88
Active Level
Default

Hotel

Di kawasan pratunam (baiyoke), ada banyak hotel bajet, so aku suggest cari hotel kat area sini je.

Korang boleh google hotel2 kat sini dan ratenya.

Signboard untuk hotel ni pun memang banyak, jangan risau tentang hotel, cuma perlu cari yang bersusaian dengan kehendak anda sahaja.

Last edited by magnesium; 26-01-2013 at 08:20 PM..
Reply With Quote
Thanks putra1234, klasikkabin, none, Oohnoitz, HanG_TuaH and 5 others thanked for this post
  #5  
Old 26-01-2013, 07:39 PM
magnesium magnesium is offline
Legendary Member

magnesium's Avatar
 
Trader Rating: (5)
Join Date: Apr 2010
Posts: 10,051
Thanks (Received): 158
Likes (Received): 88
Active Level
Default

Makanan

Kat pratunam ni ada beberapa buah kedai iran pakistan yang halal dan melambak restoren indian food.

Ratenya, watermelon juice 50 bath dan beriani kambing 200 bath.

Ada satu lorong ni, ada banyak stall makanan dan salah satu stall tu ada jual tomyam halal.

Rate dari 100-140bath. Tapi aku x merasa makanan kat sini sebab ramai orang dan dia masak satu satu.

Di sebelah pagi, di lorong masuk ke pratunam market ada 3 orang makcik ni, 2 daripadanya pakai tudung.
Mereka ada jual murtabak, bihun dan lain2 lagi. Aku x sempat gak merasa makanan mereka sebab dah last day baru aku perasan mereka ni.

Untuk makan tengah hari, aku cadangkan pergi ke food courts di Indra Square bersebelahan sahaja ngan area hotel ni. Ada 2 biji kedai yang menjual makanan halal. Ratenya nasi dan ayam curry 40 bath dan omelette 60 bath.
Kat sini korang kena tukar duit kepada kupon dulu baru pergi order dan terus bayar.

Last edited by magnesium; 26-01-2013 at 08:33 PM..
Reply With Quote
Thanks vedder9, putra1234, klasikkabin, none, Oohnoitz and 6 others thanked for this post
  #6  
Old 26-01-2013, 07:40 PM
magnesium magnesium is offline
Legendary Member

magnesium's Avatar
 
Trader Rating: (5)
Join Date: Apr 2010
Posts: 10,051
Thanks (Received): 158
Likes (Received): 88
Active Level
Default

Chatuchak Market

Chatuchak market ni adalah yang terbesar di asia tenggara. Ada beribu kedai kat sini.

Sini amat sesuai untuk beli buah tangan.

Barang yang sesuai beli kat sini adalah tshirt lelaki, barangan askar, barangan dapur macam pinggan mangkuk dan bunga bungaan.

Kalau korang nak beli borong boleh bincang ngan penjual sebab market ni bukanlah terkenal dengan pembelian borong.

Last edited by magnesium; 26-01-2013 at 08:53 PM..
Reply With Quote
Thanks vedder9, putra1234, customys, klasikkabin, Oohnoitz and 7 others thanked for this post
  #7  
Old 26-01-2013, 07:42 PM
magnesium magnesium is offline
Legendary Member

magnesium's Avatar
 
Trader Rating: (5)
Join Date: Apr 2010
Posts: 10,051
Thanks (Received): 158
Likes (Received): 88
Active Level
Default

Pratunam Market

Pratunam market diibaratkan tempat borong kenanga, bezanya pratunam market adalah berkali ganda besar.

Di sini barang yang mereka display kebanyakannya dah siap tulis berapa harganya dan berapa helai amik baru dapat rege borong. Katakan mereka display amik 3 helai dapat harga 100 bath, tapi anda nak amik 10 helai, so cuba tekan lagi harga tu, mana tahu dapat lagi murah.

Terdapat banyak kedai dan fesyen disini cuma kalau kita nak cari fesyen yg kita nak, contoh baju fesyen wanita lengan panjang, kena rajin berjalan setiap lorong. Sebab sana banyak baju yang x berlengan sesuai dengan fesyen orang cina kat malaysia.

Berhadapan dengan pratunam market, di seberang jalan besar, ada platinum shopping mall. Sini pun tempat borong gak cuma da macam shopping kompleks la.

Selang 4 bangunan dari platinum shopping mall ada pantip plaza, kat sini boleh beli barang handphone dan komputer borong.

Sekeliling pratunam market ni pun ada beberapa shopping mall, suma shopping mall ni pun menjual borong.

Kat sini juga ada pasar pagi tutup kul 9 pastu sambung pulak peniaga lain sampai petang dan nanti sambung lagi peniaga lain sampai malam. Stall mereka cuma canopy 6x6 sahaja.

Pastu berapa banyak peniaga kecil kecilan ditepi jalan, xda pun pihak majlis mereka kacau kalau nak dibandingkan kat Malaysia ni, jual pisang goreng pun kena rampas barang.

Last edited by magnesium; 28-01-2013 at 07:14 PM..
Reply With Quote
Thanks customys, Oohnoitz, pe_jal, Ahwazi Mustafa, d.lemur thanked for this post
  #8  
Old 26-01-2013, 07:43 PM
magnesium magnesium is offline
Legendary Member

magnesium's Avatar
 
Trader Rating: (5)
Join Date: Apr 2010
Posts: 10,051
Thanks (Received): 158
Likes (Received): 88
Active Level
Default

Sampaeng Market

Ha...

Kat sini diibaratkan chowkit dan plaza GM

Nak cari anak patung, aksesori perempuan, pinggan mangkuk, selipar kasut, kain ela, cadar dan sebagainya.

Kat sini umpama kita pergi petaling street, amat sempit dan ramai pengunjung.

Kali pertama datang sini, aku naik sky train, turun kat sakhton thaksin, pastu turun ke bawah ada jeti.
Dari jeti aku naik bot turun ke ratchawongse. Tambang cuma 40 bath sehala. Pastikan sebelum naik bot,
Arah ratchawongse adalah sebelah kanan jeti. Jangan silap naik bot pulak.

Turun kat jeti, terus ke arah jalan raya, dan jalan kaki je terus kehadapan, anda akan jumpa Sampaeng Market ni berada di sebelah kiri dan kanan anda.

Sebelah kiri bahagian kain ela banyak dan sebelah kanan aksesori perempuan, anak patung, selipar kasut dan periuk pinggan mangkuk serta cadar.

Aku borong barang kat sini. Penjual ada offer untuk hantar barang aku ke hotel kerana banyak, mereka juga offer untuk panggilkan tuk tuk atau taxi. Mula2 takut gak nak minta hantar ke hotel, takut kena bawa lari.
Tapi bila pikir sikit punya banyak barang aku, gamble je minta mereka hantar ke hotel.

Percuma je mereka hantar. Bayangkan 4 plastik besar dia hantar pakai motor rxz je...

Kalau nak mereka hantar, pastikan kita ada alamat lengkap hotel serta no telepon juga no bilik.

Macam aku, aku siap bawa resit hotel jadi senang mereka nak hantar.

4 plastik je yang satu kedai ni hantar, selebihnya aku bawa balik pakai tuk tuk. Sampai bergoyang goyang tuk tuk tu aku kerjakan sebab berat dan banyak sangat barang sampai penuh.
Jangan cerita la time dia amik korner.

Rate tuk tuk kat sini 100 -150 bath. Pandai2 la nego. Ok kat sini aku tunjukkan resit hotel kat driver sebab dia xtau kat mana dan x paham bahasa kita. Juga aku tunjukkan gambar keadaan jalan kat luar hotel yang sempat aku snap guna tab aku.

Baru dia paham mana aku nak pergi.

Last edited by magnesium; 28-01-2013 at 07:13 PM..
Reply With Quote
Thanks shamil91, kelicap thanked for this post
  #9  
Old 26-01-2013, 07:44 PM
magnesium magnesium is offline
Legendary Member

magnesium's Avatar
 
Trader Rating: (5)
Join Date: Apr 2010
Posts: 10,051
Thanks (Received): 158
Likes (Received): 88
Active Level
Default

Boabei Market

Bagi aku yang selalu pergi tempat borong, Boabei Market tak lah menarik bagi aku.

Biasa2 je tapi kalau nak shopping pakai sendiri, sini ok gak.

Di bahagian luar, ada stall di tepi sungai, jual runcit dan borong

Lagi ada boabei tower, dalam ni ada hotel dan bahagian bawah tempat jualan borong.

Kat boabei tower ni, aku beli pyjamas.

Boleh tahan la kualiti dan harganya.

Aku naik tuk tuk ke pratunam harganya 100bath.

Pergi, aku jalan kaki je. Korang google la berapa jauh boabei ni dari pratunam.

Last edited by magnesium; 29-01-2013 at 11:40 PM..
Reply With Quote
Thanks kelicap thanked for this post
  #10  
Old 26-01-2013, 07:44 PM
magnesium magnesium is offline
Legendary Member

magnesium's Avatar
 
Trader Rating: (5)
Join Date: Apr 2010
Posts: 10,051
Thanks (Received): 158
Likes (Received): 88
Active Level
Default

Transport hantar pulang barang

Dia area Chatuchak Market, ada beberapa ejen untuk hantar barang ke Malaysia.

Tapi kalau di Pratunam, ada banyak ejen untuk hantar barang ni.

Kalau korang sampai di pratunam, aku cadangkan korang pergi survey beberapa ejen kargo ni.
X lah kelam kabut macam aku hari tu. Takut nanti mereka tutup, x sempat hantar barang.

Kat sini ada 2 jenis, satu pakai kapal terbang biasanya DHL.
Aku tanya rate adalah 140 bath untuk sekilo. Dia siap bungkuskan barang kita dalam kotak secara percuma.

Satu lagi, pakai jalan darat. Cara ni yg paling murah.
Ratenya 50 kilo kebawah 120 bath.
50 - 100 kilo 90 bath sekilo.
100 kilo keatas 85 bath.

Dan aku punya lebih dari 200 kilo, ratenya 70 bath sekilo.

Ada satu lagi jenis shipping kat sini yg x menggunakan kilo tapi menggunakan cubic meter.

Rate aku x tau, nanti korang survey kat sana leh bgtau kat sini.
Bg aku, kalau barang kecil tapi berat contoh pakaian, baik amik yg guna cubic meter.

Ok....
Kenapa aku suruh korang survey dulu awal2 pasal shipping ni?

Sebab bila kita beli barang, pasti kita beli sedikit2 dulu, pastu hantar kat bilik.
X kan kita nak pikul suma barang kita keliling pratunam kan?
Jadi mestilah penghantaran adalah perkara terakhir dan hari terakhir kan?
Senang kita nak bajet nak ke lapangan terbang supaya x lambat.

Ok....
Macam aku lepas aku kumpulkan suma barang aku yg hanya dalam plastik bag sahaja letak di bawah hotel.
Aku pi survey ejen. Dah ok, dia akan hantar orang ikut kita untuk amik barang kita.
Bila dah amik, dia akan masukkan dlm guni.
Pastu kita tulis alamat dan no tel kita pakai marker pen kat atas guni. Pastikan tulis lebih dari satu contact no untuk memudahkan ejen di'Malaysia kol kita.
Kemudian baru dia timbang.
Kira harga, dan bayar.

Kata ejen tu, biasa 7 hari akan sampai barang dan paling lambat 10 hari.
Dan ngam2 7 hari barang aku sampai.

Macam kawan aku, dia dah biasa amik barang kat sana, bila dah cukup shopping, dia akan kol ejen shipping ni.
Pastu ejen tu akan amik sendiri barang dia di hotel. Itu sahaja.
Dlm 5 hari barang dia sampai di rumah, dalam seminggu baru dia bayar kos transport tadi.

Dengan hanya satu kol ejen dia uruskan suma dengan dia hanya berehat di bilik.
Senangkan?

Last edited by magnesium; 02-02-2013 at 05:31 PM..
Reply With Quote
Thanks ulatjahat, kelicap thanked for this post
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump