BTC USD 84,799.8 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Adam Bridge : Jambatan Raksasa Purba Yang Terbentuk Lebih 1 Juta Tahun Lalu.

jamtulenmurah

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,458
Joined
Mar 11, 2009
Messages
25,458
Reaction score
7,729
Points
316

Adam Bridge : Jambatan Raksasa Purba Yang Terbentuk Lebih 1 Juta Tahun Lalu.


1.jpg


Adam Bridge,atau dikenali juga dengan nama Rama Bridge merupakan salah satu daripada beberapa tempat paling misteri di dunia. Jambatan purba misteri sepanjang 30 Km yang menghubungkan antara Manand Island (Srilanka) dan Pamban Island (India) ini dipercayai telah berumur lebih daripada 1 juta tahun!

Struktur Rama Brige sendiri sangat mudah terlihat dari atas permukaan air laut kerana kedudukannya yang tidak terlalu dalam,iaitu hanya ditenggelami air sedalam kira-kira 1.2 meter (jika air laut sedang surut).

Status jambatan ini masih merupakan misteri sehingga kini, menurut tafsiran para pengkaji,dikatakan Rama Bridge berkemungkinan mempunyai kaitan yang rapat dengan mitos terkenal India, Ramayana.

Srilankan Archeology Department telah mengeluarkan suatu statment yang menyebutkan usia Rama Bridge mungkin berkisar diantara 1000000 hingga 2000000 tahun, namun apakah jambatan ini benar-benar terbentuk secara semulajadi atau adakah ia merupakan suatu ciptaan manusia? Sehinnga kini persoalan ini masih belum dapat dirungkaikan.

S.U.Deraniyagala, Pengarah Pusat Arkeologi Sri Lanka yang juga merupakan pengarang buku “Early Man and the Rise of Civilization in Sri Lanka: the Archaeological Evidence mengatakan bahawa peradaban manusia telah muncul di Kaki Gunung Himalaya sekitar 2000.000 tahun lalu. Walaupun menurut para sejarawan peradaban paling awal di benua India adalah peradaban bangsa Ca, hal itu bukan merupakan suatu jaminan bahawa terdapat peradaban yang jauh lebih tua lagi dari mereka sebelumnya.

Para sarjana menaksirkan bahawa kemungkinan jambatan purba ini dibangunkan setelah daratan Sri Lanka terpisah daripada India jutaan tahun silam.

Di dalam Epik Ramayana,jambatan itu dibangunkan oleh para pasukan manusia kera dibawah pengawasan Rama. Maksud dari pembangunannya sendiri ialah sebagai tempat penyeberangan menuju Negeri Alengka dalam misi untuk menyelamatkan Dewi Shinta, dimana pada saat itu Dewi Sinta diculik oleh Raja Kerajaan Alengka, iaitu Rahwana.

Epik Ramayana, menurut Kalender Hindu seharusnya berada pada masa Tredha Yuga (menurut cakram masa evolusi hindu/ cakram Hinduism tentang Epos tersebut terbahagi kepada masa Sathya (1728000 tahun), Tredha (1296000 tahun), Dwapara (864000 tahun) dan Kali (432000 tahun).

Tahap sekarang menurut kalender mereka ialah Kali. Bermaksud menurut Epik tersebut, usia dari Rama Bridge sekitar 1.7 juta tahun lalu.


Adams_bridge_2.jpg


Adams-Bridge1.jpg


ram+sethu.png


31slid1.jpg


Adam's-Bridge.jpg


Rama's_bridge.jpg


AdamsBridge02.jpg

 
Adakah Nabi Adam jalan disini jumpa Hawa di Sri Lanka??? :D
 
Wow...panjang jambatan tu...mcm semulajadi ada jgak tu.
 
tmpt turunnya nabi adam pn dekat2 situ kan?

Nabi Adam landing Puncak Adam (Adam’s Peak).

Mungkin berjalan kaki ke Jeddah nak jumpa Siti Hawa.

Tetapi akhirnya dorang jumpe Kat Jabbal Arafah............. :D


Kena ingat tinggi Nabi Adam 60 Hasta.

So selangkah tu dah berapa KM je........
 
nabi adam jumpa hawa dekat area situ..so adakah orang india bangsa terpilih?

Dorang jumpa kat Jabbal Arafah la.

Tulis tu gimik nak tgk korang alert ke tak Sejarah Nabi Adam ni.

Bos tanya mcm ni nampak sangat tak baca sejarah Adam ni.
lol.gif
 
Nabi Adam landing Puncak Adam (Adam’s Peak).

Mungkin berjalan kaki ke Jeddah nak jumpa Siti Hawa.

Tetapi akhirnya dorang jumpe Kat Jabbal Arafah............. :D


Kena ingat tinggi Nabi Adam 60 Hasta.

So selangkah tu dah berapa KM je........

adam peak sekarang kat negara mana?
 
Dorang jumpa kat Jabbal Arafah la.

Tulis tu gimik nak tgk korang alert ke tak Sejarah Nabi Adam ni.

Bos tanya mcm ni nampak sangat tak baca sejarah Adam ni.
lol.gif

pernah baca cakap jumpa dekat area india...xtau auta or fakta
 
Back
Top
Log in Register