Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 23-12-2012, 05:55 PM
balqis07 balqis07 is offline
CG Top Poster Club

balqis07's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jan 2010
Posts: 30,940
Thanks (Received): 244
Likes (Received): 45
Blog Entries: 6
Active Level
Post Jelmaan wak-wak hantui penjebak


Burung wak-wak ini dipercayai boleh menyembuhkan pelbagai penyakit.



Burung wak-wak ataupun nama saintifiknya Amaurornis phoenicurus mempunyai banyak kisah misteri dalam kalangan penjebak atau penangkap burung.

Burung yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 itu dipercayai mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Sehubungan itu, ada dalam kalangan mereka yang sanggup mengeluarkan ribuan ringgit semata-mata untuk mendapatkan seekor burung berkenaan.

Namun, menangkap burung itu bukan perkara mudah selain kemungkinan berhadapan dengan jelmaan wak-wak yang amat menyeramkan.

Ramli Dahawang, 65, ataupun lebih dikenali sebagai Pak Da ialah antara penjebak yang aktif pada awal tahun 70-an dan 80-an.

Walaupun telah ‘cuci tangan’ dalam aktiviti menjebak wak-wak ini, Pak Da tidak lokek untuk berkongsi pengalamannya menjebak wak-wak sejak umurnya berusia 15 tahun lagi.

Anak kelahiran Kampung Charuk Bemban Mukim Kupang, Baling, Kedah ini tidak menafikan banyak kisah misteri di sebalik keghairahan menangkap spesies yang kian terancam ini.

Menceritakan pengalamannya, Pak Da pernah bersama beberapa rakannya pernah terserempak dengan seekor wak-wak yang bersaiz luar biasa pada awal tahun 80-an.

Menurutnya, kehadiran burung itu disertai angin yang kuat selain gegaran kuat pada jaring yang digunakan untuk menangkap burung wak-wak itu.

“Ketika itu, saya dan rakan kuatkan semangat pergi ke arah jaring. Ternyata jaring kami koyak akibat dirempuh oleh sesuatu yang besar. Tapi, tiada apa yang melekat di jaring itu.

“Itulah pengalaman yang bukan sahaja berlaku kepada saya malah mungkin kepada mereka yang pernah menjadi pemburu wak-wak ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Jelmaan burung indera kayangan

Pak Da berkata, penjebak lama sering mengaitkan jelmaan burung itu merupakan burung indera kayangan yang sukar dilihat manusia.

Menurutnya, burung indera kayangan itu hanya berada di kawasan tinggi ataupun pergunungan, mereka yang bernasib baik sahaja kemungkinan boleh melihat burung ini.

“Ini adalah cerita orang lama-lama, ketika itu, saya pun masih kecil. Kemungkinan ia hanyalah mitos semata-mata. Tetapi, pengalaman berdepan dengan jelmaan wak-wak adalah benar. Kebanyakan penjebak pasti merasai pengalaman ini,” katanya.

Bapa kepada tujuh anak ini berkata, terdapat pelbagai jenis teknik menangkap burung wak-wak yang berubah mengikut perubahan masa.

Menurutnya, ketika awal tahun 70-an, pemburu wak-wak menggunakan seruling atau dipanggil pipit untuk menangkap burung ini.

Kemudian, barulah datangnya denak ataupun dipanggil burung pemikat bagi menarik perhatian wak-wak masuk ke dalam jebak (perangkap).

Kini, ada yang hanya menggunakan radio ataupun perakam suara untuk menangkap burung ini. Namun begitu, aktiviti menjebak semakin berkurangan disebabkan faktor penguatkuasaan undang-undang selain perubahan zaman.

Pak Da berkata, terdapat juga beberapa teknik yang jarang digunakan oleh penjebak antaranya jerat bidas atau menggunakan pancing.

“Kedua-dua kaedah ini akan menyeksa burung ini malah, boleh membunuh sekiranya penjebak lambat melepaskan burung yang terperangkap. Disebabkan itu, kebanyakan kaedah ini tidak digunakan,” katanya.

Pak Da yang cukup bersemangat menceritakan pengalaman itu turut berkongsi cara membesarkan denak iaitu anak burung wak-wak untuk dijadikan burung pemikat.

Katanya, membesarkan denak bukan perkara yang mudah kerana denak tidak akan mengeluarkan suara memikat sekiranya tidak dibesarkan dengan sempurna.

Denak sebagai burung pemikat

Pak Da berkata, untuk memastikan denak itu jinak sehingga boleh dijadikan burung pemikat, denak perlu dibiarkan bercampur dengan anak ayam agar mereka dapat berkawan.

“Denak tidak makan dedak ayam, tetapi bila denak melihat ayam memakan dedak, secara langsung, denak akan terikut-ikut seterusnya akan memudahkan proses penjagaan.

“Penjagaan yang baik boleh menjinakkan denak. Justeru, denak akan bersuara semasa diletakkan di dalam jebak seterusnya boleh dijadikan burung pemikat. Kegagalan menjinakkan denak akan mengakibatkan denak menjadi liar. Keadaan ini akan menakutkan burung lain, bukannya untuk memikat,” katanya.

Antara faktor keghairahan penjebak memburu burung wak-wak adalah kerana burung ini dipercayai mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Burung ini akan dijadikan minyak sebelum dibekalkan kepada pengamal perubatan tradisional atau untuk diri sendiri.

Disebabkan itu, ada yang sanggup mengeluarkan ribuan ringgit semata-mata untuk mendapatkan seekor burung ini.

Namun, tiada kajian saintifik yang mengatakan minyak burung wak-wak ini mempunyai khasiat tertentu kepada masyarakat.

Pak Da menambah, menjebak boleh dijadikan hobi pada masa lapang demi memastikan aktiviti menjebak ini dapat terus disampaikan kepada generasi yang akan datang.




sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/...jebak-1.114848
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 23-12-2012, 05:58 PM
FAUZEY_FX FAUZEY_FX is offline
Legendary Member

FAUZEY_FX's Avatar
 
Trader Rating: (17)
Join Date: Nov 2010
Location: Sekadar Di Pinggiran Ukay..
Posts: 18,447
Thanks (Received): 431
Likes (Received): 96
Active Level
My Mood:
Default

tidak pernah ku dengar burung wak2 ni..
Reply With Quote
  #3  
Old 23-12-2012, 05:58 PM
mADaN mADaN is offline
Regular

mADaN's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Oct 2010
Location: paHaNg, kUanTaN
Posts: 588
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

burung cenderawasih cm ne lak?
__________________
kAwAn
Reply With Quote
  #4  
Old 23-12-2012, 06:01 PM
balqis07 balqis07 is offline
CG Top Poster Club

balqis07's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jan 2010
Posts: 30,940
Thanks (Received): 244
Likes (Received): 45
Blog Entries: 6
Active Level
Default

pernah dengar aje sebelum ni.
Reply With Quote
  #5  
Old 23-12-2012, 06:02 PM
mujhi mujhi is offline
Active Member

mujhi's Avatar
 
Trader Rating: (10)
Join Date: Jul 2007
Posts: 1,419
Thanks (Received): 6
Likes (Received): 6
Active Level
Default

pengalaman aku tengok pada tempat juga.. bukan burung..kalau tempat tu memang ada penghuni lain memang lah..
Reply With Quote
  #6  
Old 23-12-2012, 06:09 PM
Megat Sri Rama Megat Sri Rama is offline
CG Top Poster Club

Megat Sri Rama's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Aug 2007
Posts: 20,241
Thanks (Received): 505
Likes (Received): 1
Active Level
Default

karut.... senang cerita, kalau nak beli dengan dia, jangan jerat sendiri.


burung wak-wak ni banyak lagi kat area paya.
__________________
Saya benci Mahathir Bin Mohamad Kutty
Reply With Quote
  #7  
Old 23-12-2012, 06:09 PM
roslanab roslanab is offline
Active Member

 
Trader Rating: (5)
Join Date: Dec 2008
Posts: 2,469
Thanks (Received): 19
Likes (Received): 4
Active Level
Default

oh ini burung wak2 rupanya.
burung ni selalu lepas belakang rumah aku cari makan.
tapi aku tak layan sangat.
Reply With Quote
  #8  
Old 23-12-2012, 06:15 PM
Faizudin Faizudin is offline
Super Active

Faizudin's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Apr 2011
Location: 3rd Rock From Sol
Posts: 5,547
Thanks (Received): 4
Likes (Received): 106
Active Level
My Mood:
Default

macam tu rupa burung wak-wak.
Reply With Quote
  #9  
Old 23-12-2012, 06:31 PM
orangseni orangseni is offline
Legendary Member

orangseni's Avatar
 
Trader Rating: (39)
Join Date: Aug 2010
Posts: 10,719
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 6
Active Level
Default

pernah dengar xpernah tengok ...
__________________
Reply With Quote
  #10  
Old 23-12-2012, 06:31 PM
zed82 zed82 is offline
Active Member

zed82's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2007
Location: Jb - Kelate - Jb
Posts: 1,919
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 7
Active Level
My Mood:
Default

Dah lama x mkn daging ni..
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump