Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > ENTERTAINMENTS, HOBBIES, INTERESTS > Sports > Soccer > Sports Talk : Soccer (Locals)

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Closed Thread
 
Thread Tools
  #261  
Old 01-01-2013, 03:20 PM
@SwooshGoldex @SwooshGoldex is offline
Active Member

@SwooshGoldex's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2007
Location: Johor Bahru
Posts: 1,219
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Jadual perlawanan Liga Super (First Round) Johor Darul Takzim FC 2013

JAN 8/ PAHANG vs JOHOR DARUL TAKZIM (Away) 8.45pm
JAN 11/ JOHOR DARUL TAKZIM vs PERAK (Home) 4.45pm
JAN 15/ KELANTAN vs JOHOR DARUL TAKZIM (Away) 8.45pm
JAN 18/ JOHOR DARUL TAKZIM vs ATM (Home) 4.45pm
JAN 22/ PKNS vs JOHOR DARUL TAKZIM (Away) 8.45pm
FEB 16/ JOHOR DARUL TAKZIM vs T-TEAM (Home) 4.45pm
FEB 19/ JOHOR DARUL TAKZIM vs LIONS XII (Home) 4.45pm
FEB 22/ FELDA UNITED vs JOHOR DARUL TAKZIM (Away) 4.45pm
MARCH 2/ JOHOR DARUL TAKZIM vs NS (Home) 4.45pm
MARCH 9/ SELANGOR vs JOHOR DARUL TAKZIM (Away) 8.45pm
MARCH 30/ JOHOR DARUL TAKZIM vs TERENGGANU (Home) 4.45pm

Note: Perubahan waktu perlawanan tertakluk kpd perubahan dari masa ke semasa.

Sumber: sports247.my
__________________
All banners are advertisements only SwooshGoldex does not endorse or vouch for any advertisers.
Paid Advertisement
  #262  
Old 01-01-2013, 04:59 PM
rafont rafont is offline
Active Member

rafont's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Aug 2010
Posts: 1,972
Thanks (Received): 9
Likes (Received): 0
Active Level
Default

Terbaik Johor DT dan Johor FA.
Sokong Johor - dah lama sepi sejak zaman semi Pro dulu.
cgrock
  #263  
Old 01-01-2013, 05:30 PM
yussys yussys is offline
Super Active

yussys's Avatar
 
Trader Rating: (9)
Join Date: Mar 2011
Location: sibol - larkin
Posts: 7,056
Thanks (Received): 16
Likes (Received): 0
Active Level
Default

selamat petang fan johor.....
  #264  
Old 01-01-2013, 05:40 PM
darkkiller darkkiller is offline
Super Active

 
Trader Rating: (5)
Join Date: Jun 2007
Posts: 8,312
Thanks (Received): 573
Likes (Received): 1
Active Level
My Mood:
Default

bro,aku tak pernah beli tiket sebelum ni...biasanya nak beli tiket kat larkin tu kalau game dah nak start dalam 30 minit masih dijual ke?
  #265  
Old 01-01-2013, 05:52 PM
@SwooshGoldex @SwooshGoldex is offline
Active Member

@SwooshGoldex's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2007
Location: Johor Bahru
Posts: 1,219
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by darkkiller View Post
bro,aku tak pernah beli tiket sebelum ni...biasanya nak beli tiket kat larkin tu kalau game dah nak start dalam 30 minit masih dijual ke?
Tiket Bermusim 2013 Stadium Larkin hanya tinggal 800 sahaja lagi... sila datang terus ke Pejabat Persatuan Bolasepak Negeri Johor untuk mendapatknya..
TEMPAHAN SECARA ONLINE - PASUKAN JOHOR


SEMUA TIKET BERMUSIM AKAN MULA DISERAHKAN
SEMASA MAJLIS PELANCARAN PASUKAN JOHOR DAN JOHOR UNITED PADA :

TARIKH : 29 DISEMBER 2012 (SABTU)
TEMPAT : PLAZA ANGSANA, JOHOR BAHRU
MASA : 9.00 PAGI - 5 PETANG

ATAU

PEJABAT PERSATUAN BOLASEPAK NEGERI JOHOR (PBNJ)

TARIKH TUTUP : 31 DISEMBER 2012

SILA HANTAR MAKLUMAT PERIBADI ANDA MELALUI EMAIL :

[email protected]

*PIHAK PENGURUSAN PERSATUAN AKAN MENGHANTAR BORANG MELALUI EMAIL KEPADA MEREKA YANG BERMINAT.

Bolasepak Negeri Johor telah menetapkan harga tiket musim sepanjang Liga Malaysia 2013

Stadium Larkin :-
Grandstand : RM20
Terbuka : RM 10

Stadium Pasir Gudang :-
Grandstand : RM15
Terbuka : RM 10
__________________
All banners are advertisements only SwooshGoldex does not endorse or vouch for any advertisers.
  #266  
Old 01-01-2013, 05:56 PM
@SwooshGoldex @SwooshGoldex is offline
Active Member

@SwooshGoldex's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2007
Location: Johor Bahru
Posts: 1,219
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Petang nie pukul 4.30 petang Padang Sri Gelam Perlawanan Persahabatan Di antara Johor Darul Takzim V.S Presiden Cup Johor... Mari ramai2 Kite saksikan Perlawanan Itu.... Info Terkini Dari PBNJ.

Gol pertama dari safee sali..kedudukan semasa johor dt ( 1 ) vs piala presiden ( 0 )

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN PERSAHABATAN

JOHOR DARUL TAKZIM FC (3) VS JOHOR PRESIDEN (0)

*jaringan hasil --->safee-1/guiza-2
__________________
All banners are advertisements only SwooshGoldex does not endorse or vouch for any advertisers.

Last edited by @SwooshGoldex; 01-01-2013 at 09:55 PM..
  #267  
Old 01-01-2013, 06:52 PM
darkkiller darkkiller is offline
Super Active

 
Trader Rating: (5)
Join Date: Jun 2007
Posts: 8,312
Thanks (Received): 573
Likes (Received): 1
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by @SwooshGoldex View Post
Tiket Bermusim 2013 Stadium Larkin hanya tinggal 800 sahaja lagi... sila datang terus ke Pejabat Persatuan Bolasepak Negeri Johor untuk mendapatknya..
TEMPAHAN SECARA ONLINE - PASUKAN JOHOR


SEMUA TIKET BERMUSIM AKAN MULA DISERAHKAN
SEMASA MAJLIS PELANCARAN PASUKAN JOHOR DAN JOHOR UNITED PADA :

TARIKH : 29 DISEMBER 2012 (SABTU)
TEMPAT : PLAZA ANGSANA, JOHOR BAHRU
MASA : 9.00 PAGI - 5 PETANG

ATAU

PEJABAT PERSATUAN BOLASEPAK NEGERI JOHOR (PBNJ)

TARIKH TUTUP : 31 DISEMBER 2012

SILA HANTAR MAKLUMAT PERIBADI ANDA MELALUI EMAIL :

[email protected]

*PIHAK PENGURUSAN PERSATUAN AKAN MENGHANTAR BORANG MELALUI EMAIL KEPADA MEREKA YANG BERMINAT.

Bolasepak Negeri Johor telah menetapkan harga tiket musim sepanjang Liga Malaysia 2013

Stadium Larkin :-
Grandstand : RM20
Terbuka : RM 10

Stadium Pasir Gudang :-
Grandstand : RM15
Terbuka : RM 10
tak beli full session sebab rasa tak setiap masa ada game aku ada masa utk tgk...cuma bila free je dapat tgk
  #268  
Old 01-01-2013, 09:26 PM
mantoya mantoya is offline
Legendary Member

mantoya's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Jan 2007
Posts: 10,546
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 2
Active Level
My Mood:
Default

Elok beli awal sehari ke tghr hari game sepak mula..... Dtg lambat pun takpe,janji boleh masuk....
.nanti mcm kes masa final ramai yg tak beli lg.....ticket petg dah
abis....
Kesian dokkkkk........haru
  #269  
Old 01-01-2013, 10:45 PM
@SwooshGoldex @SwooshGoldex is offline
Active Member

@SwooshGoldex's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2007
Location: Johor Bahru
Posts: 1,219
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Boys Of Straits (B.O.S)
Firma ini bertujuan untuk menaikkan semangat pemain2 sepanjang 90 minit dengan bersorak dan menyanyi lagu yang boleh membuatkan semangat mereka semua berkobar di tengah padang.

Firma ini diwujudkan di bawah panji Ultras Malaya,bertujuan bersorak dan memberi semangat sepanjang 90 minit untuk pasukan Johor

Matlamat Utama: Mengumpulkan seberapa ramai ahli untuk mengerakkan firma ini bagi berjuang demi bola sepak Johor

Matlamat jangka pendek:

1. Membuat banner-dipasang untuk setiap match melibatkan pasukan Johor. Banner khas akan dibuat bergantung pd growth ultras ini

2. Membuat lagu khas untuk dinyanyikan sepanjang 90mins -akan dibincangkan sesama kita

3. Hadir untuk match HOME pasukan Johor sebagai permulaan

4. Memperkenalkan idea firma ini di FB untuk mendapat sokongan yg lebih lg,sebagai gerakan di merata Johor dan Malaysia. Maka,setiap match melibatkan Johor dapat diwakili oleh setiap anak-anak Johor di mana mereka tinggal dan berada.

Matlamat Jangka Panjang:

1. Hadir di setiap match HOME and AWAY

Terima kasih kepada mereka-mereka yang bersama-sama menjayakan misi kita untuk menaikkan semula maruah bolasepak Johor

Dibawah ini sedikit rujukan untuk kepada siapa yang mempunyai semangat dan jiwa untuk berjuang demi maruah pasukan Johor

1. Apakah itu Ultras
2. Curva
3. Corteo
4. Tifo
5. Capo
6. Flares dan Bom asap
7. Bagaimana mengenal ultras
8. 4 teras ultras
9. Perbezaan ultras dan hooligans.
10. Kesimpulan

1.Apakah itu ULTRAS

ULTRAS mengikut penafsiran Wikipedia adalah sejenis kumpulan yang dikenali dengan sokongan padu yang fanatik dan persembahan yang dipertunjukkan oleh mereka. Secara keseluruhannya, ultras di seluruh dunia dikenali dengan penggunaan suar (flares), terutamanya dalam koreofrafi tifo, sokongan dari segi sorakan dalam kumpulan besar dan banner yang dipasang di stadium.
Tindakan sesuatu kumpulan ultras di luar Negara adalah boleh menjadi extreme dan kadang kala dipengaruhi oleh sesuatu ideology politik atau perkauman, tetapi kebanyakannya ia adalah satu fenomena ultras, keghairahan dan kesetiaan dalam menyokong sesuatu pasukan.
Menurut dalam artikel yang ditulis di laman sesawang (www.ultrasmalaya.net), penulis menerangkan dengan lebih lanjut mengenai ultras. Dalam tulisannya, perkataan ‘ultras’ wujud dari perkataan ‘oltre’ yang bermaksud ‘beyond’ atau melampaui batasan. Beliau menekankan untuk menjadi ultras seseorang itu harus maju setapak lebih dari orang lain.

2. Curva

Curva dan ultras adalah signifikan. Curva dalam bahasa itali atau ‘curve’ dengan kata lainnya adalah lengkongan di dalam stadium. Seseorang ultras hendaklah menumpukan taat setianya pada curva. Seperti mana A.S Roma di Stadium Olimpico memilih Curva Sud dan Milan di Curva Nord, Stadium San Siro. Ultras memilih untuk setia dengan curva adalah berdasarkan beberapa faktor antaranya adalah dari segi sejarah yang dikhabarkan bahawa curva adalah tempat yang diberi kepada golongan yang tidak berkemampuan untuk membeli tiket bagi tempat duduk yang mahal dalam stadium, kebiasaanya diletakkan di belakang gol. Zaman berganti zaman, curva menjadi lokasi wajib bagi setiap ultras menjadikannya sebagai markas mereka bersorak dan berdiri 90 minit. Kebiasaanya, di curva lah aksi-aksi menarik di pertontonkan sebagai tanda sokongan misalnya dalam pembakaran suar, pertunjukkan tifo dan paparan koreografi.

3. Corteo

Perarakan ultras beramai-ramai dengan bendera, banner dan chants dikenali sebagai corteo. Sambil berarak, ultras akan menyanyikan pelbagai lagu semangat mengiringi corteo mereka. Lazimnya corteo dimulakan sekumpulan kecil dan diikuti orang ramai menjadi perarakan besar. Corteo adalah penting dalam menunjukkan kegerunan kepada pihak lawan. Ia dapat menjadi senjata yang boleh melemahkan semangat pihak lawan disaat menyaksikan segerombolan tentera yang mereka perlu hadapi.

4. Tifo

Tifo berasal dari perkataan itali, merupakan salah satu elemen penting dalam ultras. Ia adalah satu paparan koreografi yang membentuk imej dan tulisan. Tifo dilakukan dalam skala yang ramai dan disiplin yang mantap diperlukan dalam membentuk koreografi paparan tersebut. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti plastik, kertas yang membentuk paparan, bendera dan banner yang besar, paper rolls dan sebagainya bergantung kepada kreativiti penyokong.

5. Capo

Ketua yang memimpin sesuatu krew atau tentera digelar Capo yang berasal dari perkataan itali. Disiplin seseorang ultras turut mewajibkan crew ultras untuk mengikut setiap arahan yang diberikan oleh capo. Ini bagi memastikan keseragaman dan setiap choreo yang mahu dilakukan dapat dilakukan dengan jayanya. Crew adalah dilarang sama sekali berdiri di tempat capo iaitu di bahagian bawah sekali bagi mengelakkan kesesakan yang akan mengakibatkan arahan tidak sampai dengan lancarnya. Seseorang capo harus bersifat tegas kerana capo adalah dipandang tinggi dalam ultras kerana nadi kelancaran sesuatu perjalanan bergantung kepada capo.

6. Flares dan Bom asap

Ultras tanpa suar (flares) adalah sesuatu yang tidak seimbang ibarat pantai yang tidak berombak. Disiplin dalam pembakaran flares adalah suatu yang seni. Ramai orang yang menyalah anggap bahawa ultras yang membakar adalah samseng bolasepak. Penulis percaya penggunaan flares dikalangan ultras adalah berdisiplin dan terkawal. Seseorang ultras bijak yang membakar flares akan memadamkan sendiri flares yang dibakar dan tidak dibaling ke padang kerana ia boleh menggangu perlawanan. Memegang flares dan membakar bom asap adalah sesuatu penghormatan dari ultras kepada pasukan di samping menimbulkan rasa gerun kepada pihak lawan. Kontroversi mengenai pembakaran flares dan bom asap haruslah diredakan memandangkan disiplin ultras dalam mengendalikan instrument tersebut adalah terkawal.

7. Bagaimana mengenal ultras

Dalam artikel Ultras Malaya menafsirkan bahawa seseorang ultras itu tidak boleh dilihat dengan pakaian (dress code). Lazimnya seseorang ultras dikenali dengan hooded, scard/mafla yang menutupi mukanya, dan tidak mengikuti trend berpakaian seseorang peminat bolasepak. Baju yang dipakai juga tidak mempunyai logo kelab. Hanya kawan baik akan mengenal seseorang ultras dan Ultras itu bukan satu trend tetapi jiwa, fenomena dan budaya.

8. 4 teras dalam Ultras

1) Tidak berhenti menyanyi atau chanting semasa perlawanan, tidak kira keputusannya.
2) Tidak duduk semasa perlawanan.
3) Hadir sebanyak mungkin perlawanan (Home & Away), tidak mengira kos dan jarak.
4) Kesetiaan kepada lokasi ultras. (Curva)

9. Perbezaan Ultras dan Hooligans.

Hooliganism lebih kepada pergaduhan antara kelab. Berbeza dengan Ultras walaupun kadangkala boleh menjadi ganas, kebanyakan perlawanan berlangsung tanpa insiden pergaduhan. Ultras adalah seni. Seni flares, Tifo dan choreo. Seseorang ultras tidak akan menyerang, namun jika diserang pertahankan diri adalah menjadi keutamaan. “Ultras never leave man behind; this is brotherhood, blood in blood out”

10. Kesimpulan

Budaya ultras masih lagi baru di Malaysia mahupun sudah dimulakan Ultras Malaya sejak tahun 2007 lagi. Namun dek kesedaran anak muda dalam memperjuangkan hak membangunkan sukan bola sepak di Malaysia, Ultras di setiap negeri terbit bagai cendawan selepas hujan termasuklah firma ini untuk memeriahkan lagi fenomena Ultras di Malaysia. Semoga kehadiran jiwa-jiwa ini dapat mengembalikan kegemilangan Liga Malaysia.

“If you are ashamed of your colors, you better seek for another flag”-Ultras Malaya

Rujukan:

Penulis Guerrero Eijal
http://en.wikipedia.org/wiki/Tifo
http://en.wikipedia.org/wiki/Curva_(stadia)
http://en.wikipedia.org/wiki/Ultras
http://www.ultrasmalaya.net/
__________________
All banners are advertisements only SwooshGoldex does not endorse or vouch for any advertisers.
  #270  
Old 01-01-2013, 10:58 PM
sonOFjawa sonOFjawa is offline
Active Member

sonOFjawa's Avatar
 
Trader Rating: (7)
Join Date: Mar 2008
Location: putarJaya_18
Posts: 2,324
Thanks (Received): 17
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

camner nk join BOS no tt???
Sponsored Links
Closed Thread

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump