BTC USD 84,415.0 Gold USD 4,153.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dadah Paling Merbahaya Di Russia Menyebabkan Daging & Kulit Mereput!

wanchaidek

Active+ Member
Messages
3,418
Joined
Oct 8, 2012
Messages
3,418
Reaction score
119
Points
33
xtw samaada dh ada atau thread pasal ni,klu dh ad mintak maaf
klu xda saja nk berkongsi dgn ap yg aku jumpa :">:">:">


photo uploader

Russia merupakan negara dengan paling ramai penagih heroin dan Krokodil adalah versi dadah dengan kesan yang hampir sama tetapi dihasilkan sendiri penagih di rumah mereka selalunya.


Ini kerana, harga heroin yang terlalu tinggi tidak mampu dibeli sebahagian besar penagih di negara itu.
Dengan kandungan kimia yang keterlaluan, Krokodil mampu ‘memakan’ daging penggunanya.

Ia akan mula menghancurkan daging dari dalam dan perlahan-lahan, sampai ke permukaan kulit.

Krokodil adalah istilah Russia untuk Crocodile (buaya). Ini kerana, dadah itu akan memakan isi badan dan menjadikannya berlubang-lubang dan bersisik yang mana sekali pandang, kulit penagih akan menjadi macam kulit buaya.

Ia dibuat dengan campuran minyak tanah, asid hidroklorik dan fosforus merah. Sebaik memasuki sistem tubuh, Krokodil akan mula memcah pembuluh darah dan tisu badan mulai mati.
Dalam tempoh hanya dua atau tiga bulan pengunaan, simptom seperti daging mati dan menjadi hitam akan mula dapat dilihat.

Ia mampu menukar seorang penagih menjadi zombie.
Dadah ini banyak digunakan di Siberia. Disebabkan saiz negara itu yang terlalu luas, untuk pembasmian penyalahgunaan dadah menjadi satu perang yang tidak berkesudahan.
Sikap kerajaan negara itu yang tidak memberikan peruntukan banyak kepada usaha pemulihan memburukkan lagi keadaan.

Video-video di bawah memaparkan beberapa kisah berkaitan dadah yang paling merbahaya di Russia itu dan mungkin yang paling bahaya di seluruh dunia.
Salah satu video itu memperlihatkan bagaimana kaki seorang pengguna Krokodil dipotong kerana sudah mereput.

http://http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=REP6NCDfAtg

http://http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=cM6v-43-1PU

http://http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=ZfkXH8wXqQI
 
Last edited:
bile da tak puas dgn dadah sedia ada,tu yg buat baru...lagi kaw kaw

nama pon dadah
 
asal image yg aku letak kat thread tu xkeluar erk???
mohon bantuan, saya newbies :">:">:">:">
 
xnampak gambar la
ke aku sorg je yg xnampak?

:-?
 
xnampak gambar la
ke aku sorg je yg xnampak?

:-?
 
Back
Top
Log in Register