Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Historical, Myth, Legend

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 21-12-2012, 03:50 PM
david.cronenberg david.cronenberg is offline
Active Plus

 
Trader Rating: (2)
Join Date: Nov 2011
Posts: 3,763
Thanks (Received): 12388
Likes (Received): 10
Active Level
Default hasan anak rimau

Ajaran : Hasan Anak Rimau

Keputusan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-6 yang bersidang pada 10 Oct 1983 telah membincangkan Ajaran Hasan Anak Rimau. Muzakarah telah memutuskan bahawa oleh kerana ajaran Tok Ayah Hasan ini hanya berlaku di negeri Kelantan dan Terengganu sahaja maka terserahlah kepada kedua-dua negeri itu untuk mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membendung ajaran Tok Ayah Hasan. Sementara itu ianya hendaklah diawasi supaya tidak merebak ke negeri-negeri lain.






Sedikit pendedahan untuk maklumat semoga ia menjadi pedoman dan pengajaran pada pembaca blog semua.
Pertama sekali jangan tanya siapa saya.....

Hasan anak harimau dulunya seorang guru silat maka ramailah anak murid mereka dan antaranya ada di balok kuantan. Banyak keistemewaan beliau maklumlah beliau seorang guru silat.
Apabila usia meningkat tergerak untuk mengabdi diri pada Allah dan beliau terus meningalkan alam persilatan.
Kerja hariannya ialah menjual anak limau di pekan daerah beliau tinggal.Lama kelamaan orang kampong mengelar beliau "Hasan anak rimau". Dalam masa itu anak murid beliau semakin ramai.Asas utama ajaranya ialah berzikir dan beruzlah mengingati Allah.
Zikir yang beliau bawa dinamakan "zikir kuat"

Pengikut beliau masa itu seluruh negara & perusuk negeri ada.Lama kelamaan hilang nama 'Hasan Anak limau' dan digantikan dengan 'Hasan anak Harimau'.
Banyak keistimewaan beliau antaranya
Dia boleh mengetahui isi hati tetamu datang.
Sekiranya dia ingin makan burung sebut saja tak lama kemudian burung itu akan datang.
Dan banyak lagi.

Pengikut setia beliau ialah anak sulung beliau dan ayah pin.Ayah pin ini ada anak perempuan yang bernama mok su. Tak lama kemudian hasan ini kawin dengan mok su...dengan ini ayah pin ada lah pok mertua hasan anak harimau.

Apabila meninggalnya hasan anak rimau ini ajaran ini berpecah menjadi 3 kumpulan.

Kumpulan anak beliau
Kumpulan ayah pin
Dan kumpulan mok su.


Kumpulan yang di bawa oleh anak beliau ada dikelantan ,kumpulanya tidak meninggalkan sembahyang 5 waktu ,masih mengamalkan zikir dan beruzlah .

Kumpulan Mok su baik sikit dari ayah pin. Pengikut mok su tak ada yang sembahyang dan pernah seorang pengikutnya yang sembahyang ditegur dengan kataya "selagi kita sembahyang selagi itu kita tak kenal Allah".Mok su ini pada pengikut mereka dia umpama Aishah isteri Rasulullah..dia tak boleh kawin sebab itu sehingga sekarang dia tak kawin lagi. Kehidupanya mewah dan dengar cerita sekarang dia tinggal di Muazam Shah.


Tarikat Zikrullah Hasan Anak Rimau Ayah Pin


LATAR BELAKANG

1 .Nama sebenar Hasan bin Yaakob. Gelaran lain untuk beliau ialah Tok Yah Hasan, Pak Teh Hasan dan Pak Chu Hasan tetapi yang paling popular ialah Hasan Anak Rimau.

2. Dilahirkan di Kampung Bendang Pauh, Chetok, Pasir Mas, Kelantan pada tahun 1914. Disebarkan di Kampong Bukit Gading, Bukit Mas, Tanah Merah, Kelantan. Menetap di Batu 13, Kampong Tenang, Jalan Kerawak, Hulu Besut, Terengganu dan meninggal dunia di sana.

3. Pengganti beliau ialah Ayah Pin. Nama penuhnya ialah Ariffin bin Muhamad. Berusia 49 tahun. Beliau berasal dari Bukit Mas, Tanah Merah, Kelantan. Mempunyai empat orang isteri dan 21 orang anak.

4. Ayah Pin menetap di Batu 13, Kampong Tenang, Jalan Kerawak, Hulu Besut, Terengganu dan disitulah dijadikan markas kumpulan ajaran Ratip Kuat.

5. Dua orang guru lain sebagai penyambung ajaran ini ialah Mohamad bin Ya dan Kamariah bt Ali. Mohamad bin Ya dilahirkan pada 11.8.1950 di Kampong Beah, Redang, Bachok, Kelantan. Pernah belajar di Madrasah Tarbiah Kampung Lepah, Selising Bukit Jawa, Pasir Putih hingga darjah tujuh sebelum menyambung pelajaran ke Darululum, Deoband India dan Mesir. Manakala isterinya Kamariah bt Ali dilahirkan pad a 1.1.1951. Berasal dari Pasir Putih, Kelantan dan berkelulusan Azhar. Kedua-duanya pernah menjadi guru agama di Sekolah Menengah Methodist Kampar, Perak (suami) dan Sekolah Menengah Kampar, Perak (Isteri).

6.Bapa Muhamad ialah Haji Ya bin Haji Ali dan merupakan ketua ajaran berkenaan di Kampung Beah, Redang, Bachok, Kelantan.

7.Ajaran ini dikesan pada tahun 1970an di tempat-tempat berikut:

a. Bukit Mas, Tanah Merah )
b. Gong Datok, Pasir Putih )
c. Dalam Rhu, Pasir Putih ) Kelantan
d. Kampong Beah, Redang, Bachok )
e. Pasir Panjang )
f. Merchang )
g. Felda Sungai Tong )
h. Kampung Langkat ) Terengganu
i. Pulau Rusa )
J. Felda Jerangau )
k. Kemaman )
l. Marang )
m. Kampong Tok Kah, Dungun )
n. Taman Kapar Jaya, Malim Nawar )
o. Taman Lela, Kemunting, Taiping )
Perakp. Kongsi Baru, Setiawan )
q. Endau Rompin ) Pahang

8.Jumlah Pengikut keseluruhan dianggarkan mencapai 2,000 orang.

9. Antara murid kanan ajaran ini ialah:
I. Haji Ya bin Hj. Ali, Bachok.
II. Nik Halim, Gong Datok, Pasir Putih
III. Yusof bin Awang, Kg. Tok Kah Dungun.
IV. Sulaiman bin Takrib, Malim Nawar, Perak.

CIRI-CIRI KESALAHAN

Hasan Anak Rimau dan Ayah Pin membawa ajaran berikut:
1. Gurunya berada di mana-mana sahaja makhluk berada.

2.Guru adalah pemegang anak kunci syurga.

3.Manusia adalah tuhan dan tuhan adalah manusia.

4.Tidak perlu percaya kepada Nabi Muahmmad S.A.W.

5.Mendakwa dirinya tuhan.

6.Berkuasa melantik di kalangan muridnya sebagai Wali Allah dan menentukan darjat.

7.Di waktu solat dikehendaki mengingati guru terlebih dahulu sebelum mengingati Allah.

8.Mendakwa diri diresapi roh Nabi Muhammad S.A.W. dan di suatu masa nanti akan bertukar menjadi Imam Mahadi.

9.Ratib dan Zikir selepas Maghrib, Isyak dan Subuh.Ayah Pin mengajar zikir kepada ahli-ahlinya dan seruan seperti berikut:"WAHAI AYAH PIN MEMBERI KEPADA AKU, DISITULAH AKU, BERGURULAH AKU DI HADAPAN AYAH PINKU, SEBENAR-BENARNYA GURULAH AKU DUNIA SAMPAI AKHIRAT, WAHAI AYAH PINKU, WAHAI TUHANKU APALAH DOSAKU, MOHONNYA KEPADAMU YA ALLAH".Mohamad Ya dan isteri mendakwa:

a.Hari Jumaat sebenarnya ialah hari Sabtu iaitu berhimpun segala hari dari hari Ahad hingga hari Sabtu. Alasannya berdasarkan surah Al Hadid dimana dikatakan Allah mencipta dan menyempurnakan alam ini dalam masa enam hari, sedang hari Jumaat penghulu segala hari sudah tentu duduknya hari ketujuh. Susunan harinya menjadi Ahad, Isnin, Selasa, Rabu Khamis, Sabtu dan Jumaat dihari Ketujuh.

b.Solah Jumaat hendaklah diamalkan pada hari yang ketujuh iaitu Sabtu,

c.Mentafsir perkataan Aamanu di ayat 9, surah Jumaat sebagai wajib sembahyang bagi laki-laki dan perempuan kerana mereka adalah orang beriman.

d.Maksud solat Jumaat ialah berhimpun beramai-ramai melakukan amalan zikir/ratib iaitu dimulai dengan solat maghrib, berselawat, berdoa dan disusuli dengan ratip maghrib. Kemudian solat Isyak, berselawat, berdoa dan mengamalkan zikir Isyak. Selepas ini mengadakan perbincangan mengenai hal ehwal amalan mereka.

TINDAKAN

1.Pada 16 Mac 1971, Mahkamah Kadi, Pasir Mas, Kelantan telah menghukum Hasan Anak Rimau dengan denda RM200.00 atau sebulan penjara kerana kesalahan di bawah Sek. 69 Undang-Undang Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan bil 2/66 iaitu mengajar perkara-perkara yang berlawanan dengan hukum syarak'.

2.Pada 20 Jun 1980, Mahkamah Kadi Tanah Merah telah menjatuhkan hukuman denda RM200.00 dan sebulan penjara kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 60. Mahkamah Kadi Besar Kota Bahru pada 20 Mei 1981 dalam kes ulang bicara telah memutuskan Hasan Anak Rimau bersalah dan dikenakan denda RM200.00 atau penjara 2 1/2 tahun. Beliau membayar denda tersebut.

3.Pada 22 Mac 1983, Hasan Anak Rimau telah dijatuhkan hukuman penjara 3 bulan oleh Mahkamah Kadi Besar di bawah Seksyen 74(1). Undang-Undang Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan bil 2/1996 kerana melafazkan perkataan yang menyebabkan terkeji dan tersenda agama Islam.

4.Mahkamah Kadi Besar Ipoh pada 29 Julai 1991 dan 30 September 1991 telah membicarakan kes Muhamad bin Ya dan telah dijatuhkan hukuman penjara tiga bulah.

5.Pada tahun 15 Januari 1995, Ariffin bin Muhamad (Ayah Pin) telah membuat pengkuan bahawa beliau menipu semua pengikutnya dengan dakwaan pernah bertemu dengan Allah dan Rasulullah S.A.W. dalam keadaan jaga. Beliau juga mengaku jahil dalam hukum Islam dan tidak pernah belajar agama (Utusan Malaysia - 16.1.1995).

6.Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu pada 30.5.1981 telah memfatwakan bahawa ajaran tarikat tersebut yang mengamalkan meratip kuat adalah salah dari segi ajaran Islam dan membawa kepada kekufuran. Ini kerana terdapat zikir-zikir dan wirid-wirid dan juga kedapatan perkataan yang tidak ada makna dalam bahasa Arab seperti perkataan Ho Hang.

7.Jemaah Ulamak Majlis Ugama Islam Kelantan pada 10.8.1981 telah memfatwakan bahawa butir-butir pengajaran tarikat Zikrullah Hassan Anak Rimau adalah salah dan menjejaskan iman seseorang Islam yang mempercayai dan beriktikad dengannya. Oleh yang demikaian sesiapa yang mempercayai, menerima dan beriktikad dengan ajaran itu atau mengamalkan, wajiblah bertaubat kembali kepada pengajaran dan jalan yang sebenar.

8.Pada 12 Februari 1995, Muhamad bin Ya, Kamariah bt Ali, Teh Idris, Mad Yaakob bin Ismail, Daud bin Mamat dan Kamaruzaman bin Abdullah telah dibicarakan di Mahkamah Syariah Kota Bahru, Kelantan. Pada 26 Mac 1995 Mahkamah Syariah Kota Bahru telah menjatuhkan hukuman penjara terhadap Mohamad Mohamad Ya selama 2 tahun iaitu satu tahun atas tuduhan pertama dan satu tahun atas tuduhan kedua. Tuduhan pertama iaitu mengadakan istiadat atau perkara yang berlawanan dengan hukum syarak dan upacara berzikir beramai-ramai dan berlawanan dengan Fatwa Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan. Manakala isterinya Kamariah Ali, 43 tahun dipenjarakan 20 bulan bagi kedua-dua tuduhan. Begitu juga Teh Idris 64 tahun dari Kg. Pacakan, Jalan Rhu Semerak, Md. Yaakob Ismail, 40 tahun dari kampung yang sama dan Daud Mamat 62 tahun dari Kg. Patani Sering, Pasir Putih dihukum 20 bulan penjara. Hukuman penjara berjalan secara berasingan dan berkuatkuasa pada 26 Mac 1995.

NEGERI SELANGOR
Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY
Sel. P.U. 45
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM, 1989
FATWA TENTANG TARIKAT ZIKRULLAH HASAN ANAK RIMAU DAN AYAH PIN
En. 21/1989
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 31(1) dan seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989. Mufti bagi Negeri Selangor, selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara', membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

JADUAL

(1)Amalan Tarikat Zikrullah Hasan Anak Rimau atau Yah Pin didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.

(2)Orang-orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan ajaran Tarikat Zikrullah Hasan Anak Rimau atau Yah Pin di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata'alla.
Dibuat pada 19hb Oktober 1995.
[JAI. Sel. 8014/7 Jilid IV; P.U. Sel. AGM/0007j

Negara asal : Malaysia
Negeri : Selangor
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Mufti Negeri Selangor
Penulis/Ulama : Dato' Haji Ishak Bin Haji Baharom
Tarikh Diisu : 30th September 1995

Nota: 23th November 1995


sumber copyjer, halaqah & tokcu[/SIZE]

Last edited by david.cronenberg; 07-01-2013 at 10:16 AM..
Reply With Quote
Thanks yongyap, pirez, CiliHidup, safa69, coway_daddy and 4 others thanked for this post
Paid Advertisement
  #2  
Old 21-12-2012, 03:59 PM
david.cronenberg david.cronenberg is offline
Active Plus

 
Trader Rating: (2)
Join Date: Nov 2011
Posts: 3,763
Thanks (Received): 12388
Likes (Received): 10
Active Level
Default

Ade tak warga CG pernah terjumpa dengan pengikut atau pengamal nya?
Reply With Quote
  #3  
Old 21-12-2012, 04:25 PM
coyotito coyotito is offline
Active Member

coyotito's Avatar
 
Trader Rating: (4)
Join Date: May 2008
Posts: 1,685
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Pernah jumpa.. Knp?
Reply With Quote
  #4  
Old 21-12-2012, 04:35 PM
david.cronenberg david.cronenberg is offline
Active Plus

 
Trader Rating: (2)
Join Date: Nov 2011
Posts: 3,763
Thanks (Received): 12388
Likes (Received): 10
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by coyotito View Post
Pernah jumpa.. Knp?
benarkah mereka bole membaca fikiran orang lain ala telepathic? atau cara psychoanalisis?

masih aktif kah mereka?
Reply With Quote
  #5  
Old 21-12-2012, 04:37 PM
amins33 amins33 is offline
Super Active

amins33's Avatar
 
Trader Rating: (8)
Join Date: Sep 2008
Posts: 5,481
Thanks (Received): 5
Likes (Received): 0
Active Level
Default

panjang lebar asal usul ayah pin ni...

awal-awal ok je,bile da diagungkan org tu,jadi mcm hampeh la
Reply With Quote
  #6  
Old 21-12-2012, 04:48 PM
lambda123 lambda123 is online now
Super Active

 
Trader Rating: (3)
Join Date: Aug 2008
Posts: 6,481
Thanks (Received): 158
Likes (Received): 151
Active Level
My Mood:
Default

ntah la tak pernah jumpa mereka.
Reply With Quote
  #7  
Old 21-12-2012, 05:55 PM
muaqall muaqall is offline
Active Member

muaqall's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2007
Posts: 2,044
Thanks (Received): 4
Likes (Received): 1
Active Level
Default

so TT penah jumpa dgn syeikh mahmud ke?

dah penah hadir majlis zikir depa?
Reply With Quote
  #8  
Old 25-12-2012, 08:04 PM
david.cronenberg david.cronenberg is offline
Active Plus

 
Trader Rating: (2)
Join Date: Nov 2011
Posts: 3,763
Thanks (Received): 12388
Likes (Received): 10
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by muaqall View Post
so TT penah jumpa dgn syeikh mahmud ke?

dah penah hadir majlis zikir depa?
tak penah pula
Reply With Quote
  #9  
Old 26-12-2012, 02:59 PM
silent6 silent6 is offline
Junior

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2012
Posts: 95
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 3
Active Level
Default

sy rasa mereka bukan ada kuasa psikik atau apa saja yg superpower tp mungkin bersifat supernatural melibatkan jin dan ilmu hitam..andai yg berjumpa dengan golongan ini harus berhati2..jangan sampai hilang kewarasan seperti ustaz muhamad b. ya dan isterinya ustazah kamariah itu..malah bukan mereka sahaja yg jadi begitu setelah minum air atau join kumpulan ini..ada yg sampai sanggup berhabis wang ringgit dan sanggup jadi hamba menurut segala kata puak ini..ini bkn sesuatu yg hanya dgr2 cerita tetapi dari pengalaman..
Reply With Quote
  #10  
Old 26-12-2012, 03:24 PM
muaqall muaqall is offline
Active Member

muaqall's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Nov 2007
Posts: 2,044
Thanks (Received): 4
Likes (Received): 1
Active Level
Default

Quote:
Originally Posted by david.cronenberg View Post
tak penah pula
..lenkali hadir dulu..jgn dok main kopi pes...

..tak pon jumpe saje2 pon tak pe...

...dosa dgn manusia..kene mintak maaf dgn manusia gak bro..

..kekekekekke..

..selamat mengkopi dan pes...ekekekekke
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump