pendapat korang tentang champions youth cup (CYC)-wajar ke tak wajar?
perlu ke CYC?bg aku x penting...
abiskan duit rakyat jerk...diorang bukan nk sgt maen kt malaysia...
ye lah kan..realitinya iklim panas..stadium tidak bertaraf tinggi..
lagipun kite org malaysia bkan suka sgt tgok diorang main..
sbb diorang amatur lagi..
maen pulak 70 min sahaja..
pngajuran CYC jgak x mendapat perkenan sultan kita..
samapai gadoh2 ngan FAM..
kita kt cni berbalah2..tp pasukan yg djemput tu x rasa apa2 pun
MSN peruntukkan bjuta2 ringgit utk CYC..ingat..tu duit rakyat
dh la CYC dbuat setiap tahun...mana ade prestij..
kejohanan2 besar cam world cup, euro, olimpik dbuat 4 thun skali
buat publisiti dn komersial besar2 dahulu baru gempak...
alasan MSN perkenalkan CYC adalah sbg pendedahan kepada skuad muda malaysia kpd permainan yg lebih kualiti..
dah yg selama ini diorang pi hantar skuad2 muda ni kt australia, akademi manutd n arsenal,brazil pn ade..tp??biasa jer...
bg aku CYC ni x perlu la...kita perjudikan nama negara..
kita anta negara kita untuk lawan skuad remaja kelab2 gergasi..
kalau kalah??ape agaknya indon ngan thailand pikir ye...
diorang x perlu mende2 alah camni pon hebat gak...
ini pendapat aku jer...
pendapat korang?
__________________
stood your ground . stick your thugs . don't step back . but run into . leave no man behind . AND you are immortal
KBS 'serang balas' dalam kontroversi penganjuran CYC- Berita harian hari ini..
KONTROVERSI penganjuran Piala Juara-Juara Belia (CYC) memasuki episod baru dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tampil dengan langkah yang jelas mahu mempertahankan diri daripada segala pelanggaran syarat kontrak kejohanan itu.
Dalam tindakan yang boleh diibaratkan sebagai 'serang balas', Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob semalam meminta promoter kejohanan, Gifted Group Limited (GGL) meneruskan kejohanan itu di Malaysia.
Ketika ini, sukar membayangkan CYC diteruskan kerana berdasarkan kontrak yang dimeterai antara KBS dan GGL, sokongan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) harus diperoleh dua bulan sebelum kejohanan yang dijadualkan daripada 2 hingga 16 Ogos ini.
Namun sokongan FAM masih gagal diperoleh dan Ismail kekal dengan pendiriannya sebelum ini bahawa ia adalah tanggungjawab GGL untuk mendapat pengiktirafan FAM.
“Segala bayaran sudah dilakukan KBS, dan kami meminta GGL meneruskan kejohanan itu. Bagi KBS, kami sudah melaksanakan segala tanggungjawab, malah kami tidak pernah membatalkan kejohanan dan kini terserah kepada GGL untuk menunaikan tanggungjawab mereka pula.
“Mengikut kontrak, KBS hanya perlu membantu mendapat sokongan FAM dan perjumpaan saya dengan Presiden FAM (Sultan Ahmad Shah) boleh dianggap sebagai bantuan kepada GGL untuk mendapat sokongan FAM.
“Jika kejohanan itu gagal diteruskan, kami akan menuntut balik segala bayaran yang sudah dibayar kepada mereka. Mereka boleh menuntut daripada kami tetapi kami juga akan menuntut daripada mereka,” kata Ismail.
Lebih menarik, Ismail turut mengatakan KBS ‘dikelirukan’ GGL apabila promoter itu mengatakan mereka sudah memperoleh sokongan yang sebenarnya hanyalah kelulusan selama tiga tahun daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).
“KBS dikelirukan dengan kenyataan GGL bahawa mereka sudah memperoleh sokongan untuk menganjurkan kejohanan, tetapi selepas mengadakan pertemuan dengan FAM didapati GGL tidak memperoleh sokongan FAM untuk menganjurkan kejohanan.
“Saya akan serahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk menentukan sama ada GGL sengaja mahu mengelirukan KBS. Jika didapati tindakan mereka sengaja untuk mengelirukan kami, satu laporan polis akan dibuat,” tegas Ismail.
Pada 12 Jun lalu, Pengerusi GGL, Jonathan Price berkata pihaknya menamatkan perjanjian penganjuran itu selepas enggan lagi mengikut rentak dolak dalik KBS selepas mentafsirkannya sebagai mahu ‘menamatkan kejohanan itu’ ketika mengadakan pertemuan dengan pihak kementerian pada 3 Jun lalu.
APA BENDA NI.....? AKU TAK FAHAM LA...... PI MAI PI MAI TANG TU JUGAK.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE