Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Historical, Myth, Legend

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 29-11-2012, 02:37 AM
jamtulenmurah jamtulenmurah is offline
Permanently Banned - Multiple ID

 
Trader Rating: (94)
Join Date: Mar 2009
Location: But here I stand lost and all alone
Posts: 25,415
Thanks (Received): 7711
Likes (Received): 9
Blog Entries: 6
Active Level
My Mood:
Cool Kolonel Jihad : Antara Mitos dan Realiti



Penahanan Kolonel Jihad!

Abdul Manaf Kasmuri seorang bekas pegawai kanan tentera berpangkat leftenan kolonel yang amanah dalam melaksanakan tanggungjawab sosialnya kepada beberapa buah negara yang bergolak. Sehingga pada 20 Februari 2003, seluruh lensa kamera media menghala kepadanya. Beliau telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki telah bekerjasama dengan Al-Qaeda dan menjadi penasihat Jemaah Islamiah!


Ketika ditahan, beliau telah pun bersara secara opsyenal pada awal Januari 1995. Sepanjang dua dekad khidmatnya bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), beliau telah menyandang pelbagai jawatan antaranya menjadi Ketua Divisyen Putera Maktab Tentera Diraja, Jurulatih Pusat Latihan Darat (PULADA) dan menjadi Pegawai Turus Kanan di Bosnia dan Crotia ketika bertugas di bawah panji PBB - United Nations Protection Force [UNPROFOR] sekitar tahun 1993-1994.



Persaraannya dalam ATM juga agak kontroversi kerana setelah pulang daripada berkhidmat di Bosnia, beliau sering dipanggil untuk soal siasat tentang beberapa tindakannya dan keraguan beberapa pegawai ATM terhadap reputasi baiknya semasa berkhidmat di sana (actions prejudice to good conduct of the service). Selain itu, beliau turut menerima nota ringkas yang ditandatangan oleh Panglima ATM yang menyarankan agar beliau dipecat!


Demi menjaga nama baik ATM, beliau tidak memanjangkan kes tersebut atau meminta sebarang mengadilan di mahkamah. Oleh itu, pada 5 Januari 1995 secara rela hati beliau telah meninggalkan ATM secara rasmi.

Abdul Manaf Kasmuri is one of the most interesting. He was a Malaysian army colonel, educated at Sandhurst, UK where he won three batons of honor on graduation, including best foreign student. In the early1990s, he led Malaysia’s peacekeeping unit in Bosnia where, after witnessing the UN and the West’s inaction, started to secretly support the Bosnian Mujihidin. He was recalled and forced to retire in 1995, but immediately returned to Bosnia, where under the guise of being an aid worker, he continued to support the Mujihidin. He was a frequent traveler to Pakistan, and admired the Taliban. At the time of his arrest he was the human resources manager for an Islamic youth organization based in Kuala Lumpur, and the director of Excelsetia, a JI/AQ front company, registered in the financial black hole of Labuan, Malaysia’s offshore banking center. The other directors were Zulkifli Marzuki, one of Al Qaeda and JI’s most important money men in Southeast Asia, and Yazid Sufaat, who was part of Al Qaeda’s anthrax production team and in whose apartment the USS Cole and 9/11 operations were planned. Yazid Sufaat is still under ISA detention while Marzuki is still at large.




1) Beliau yang bertanggungjawab membawa ATM menjejaki bumi Eropah pertama kali.

2) Semasa latihan di Turki, pemerintah tentera Turki amat mengagumi keupayaan ATM - Bat ke-23 RAMD, asalnya Pihak Turki yang sepatut memberi latihan kepada ATM, sekali ATM berlatih sendiri sahaja, & mengajar pihak Turki cara-cara counter-insurgency. ATM berjaya menewaskan ' musuhnya ' (Turki) dalam latihan Special Ops.

3) Tentera Malaysia dihormati di Bosnia oleh kawan & lawan (Serbia).

4) Selepas peristiwa pembunuhan kejam di kampung Bosnia, bermulanya perasaan ingin membantu bantu saudara se-Islam di Bosnia .. under UNPROFOR, ATM masih terikat dengan peraturan, & mereka tidak boleh sewenang-wenangnye membantu tentera Serbia / Croatia / Bosnia .. beliau pernah dituduh Serbia, membekalkan senjata berat yang hebat kepada Bosnia dan menyerang kedudukan & kereta kebal Serbia.

5) Tahun 1995, beliau telah dipanggil pulang, secara ringkasnya - ditamatkan tugas di Bosnia. Kepulangan beliau tidak disambut red carpet, tetapi kerap dipanggil soal siasat oleh risikan Kementah dimana beliau dituduh membuat tindakan yang membantu kerajaan Bosnia sehingga menjejaskan nama negara.

6) Akhirnya beliau dinasihatkan berenti ATM setelah berkhidmat 20 tahun.. Segala curah & penghargaan PBB di Bosnia tidak langsung dipandang oleh pegawai atasan ATM..
Namun hikmah disebaliknya, beliau mempunyai kenalan ABIM di Bosnia seterusnya meneruskan niatnya membantu Bosnia ..

7) Bantuan itu adalah, menolong & menguruskan pejuang-pejuang yg cedera perang Bosnia, pejuang kebanyakkan sukarela, iaitu MUSLIM, tak kira bangsa lah ...
pejuang yg cedera itu akan terbang masuk Malaysia & dirawat di hospital2 swasta, lepas sembuh, keluar dari Malaysia, di bawah pengurusan & tanggungan Lt Kol (B) Manaf dan juga bantuan-bantuan lain..

Walaupun beliau tidak merawat secara langsung pesakit-pesakit ini, tapi beliau amat dikenali oleh dunia ISLAM, termasuklah mendapat kiriman salam dari ' Osama Laden ' melalui agen-agen.
dan pada akhirnya beliau akan dituduh seterusnya kena ISA akibat usaha beliau ini ...

Beliau menegaskan : " Saya menolong atas dasar sesama Muslim. Saya tidak tahu kemana mereka & apa mereka buat selepas di rawat di Malaysia ...Selepas ada antara mereka ditangkap Amerika semasa perang Al-Qaeda, tiba-tiba saya dikaitkan sebagai merawat & penaja pengganas. "





Sapa ada baca buku ni???


Quote:
Originally Posted by hafizuka View Post
Kapten aku satu batch di RMC dengan dia ni

Masa reunion dia datang, kaki tempang sebelah akibat perang di Bosnia, orangnya kecik aje tapi semangatnya besar.

Buku dia ada cover up sikit kalau tak, mana boleh lepas publish

Nama dia still ada kat laman web UN sebagai pengganas, kalau tak dia dah ke Bosnia atas jemputan presiden bosnia skang yg sama2 berjuang sekali dulu, kalau travel ke luar juga mmg kena tangkap la

Bab ISA tu dia beritahu kepada kapten den dan jugo kawan2 lain, dia berterima kasih kepada tun kerana mmg tun masukkan dia dalam ISA utk elakkan dia kena cekup dengan MI5 dan Mossad. Sewaktu dalam ISA, MI5 dan Mossad ada datang buat soal siasat tapi takat tu je la, diorang request utk bawak kuar Malaysia tapi ISA jadi batu penghalang.

Ada banyak juga kapten aku citer tapi baca buku lagi menarik rasanya

Anak2 dia mmg menjadi betul, alhamdulillah


__________________
[URL="http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=372882"][SIZE="3"][B][COLOR="BLUE"][CENTER]ΩΩΩ <GEMPAR> MADU HERBA PENAWAR Batuk Kahak, Asma, Kesihatan Dalaman! Testi Page 1!!!Meh sini Beli MADU HERBA HIMALAYA Kualiti TINGGI!!! ΩΩΩ[URL="http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=369990"][COLOR="Red"]JAM TULEN HARGA MURAH!!![/COLOR][/URL][/CENTER][/COLOR][/B][/SIZE][/URL]

Last edited by jamtulenmurah; 29-11-2012 at 10:00 PM..
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 29-11-2012, 02:37 AM
jamtulenmurah jamtulenmurah is offline
Permanently Banned - Multiple ID

 
Trader Rating: (94)
Join Date: Mar 2009
Location: But here I stand lost and all alone
Posts: 25,415
Thanks (Received): 7711
Likes (Received): 9
Blog Entries: 6
Active Level
My Mood:
Default

BELI DI MPH ONLINE

Synopsis:
Buku ini adalah memoir peribadi seorang bekas pegawai tentera yang telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Ia menceritakan pengalamannya sebagai seorang aktivis bantuan kemanusian dan ketika di dalam tahanan.
Biodata Penulis
Abdul Manaf bin Kasmuri dilahirkan pada 28 Mei 1955 di Kampung Batu 7 Jalan Kebun, Klang Selangor. Beliau mendapat pendidikan ketenteraan di Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi sebagai seorang Putera. Seterusnya menghadiri latihan Pegawai Kadet di Port Dickson dan melanjutkan pelajaran di Royal Academy of Sanhurst di England,UK. Pulang ke Malaysia pada tahun 1976 dan ditauliahkan sebagai Pegawai di dalam Rejimen Askar Melayu Diraja, sepanjang berkhidmat di dalam Angkatan Tentera Malaysia beliau telah memegang beberapa jawatan pemerintah sehinggalah sebagai Ketua Divisyen Putera Maktab Tentera Diraja. Beliau bersara secara opsyenal pada awal Januari 1995, seterusnya menceburkan diri dalam bantuan kemanusiaan terutamanya di kawasankawasan konflik dan peperangan.


Reply With Quote
  #3  
Old 29-11-2012, 02:42 AM
jamtulenmurah jamtulenmurah is offline
Permanently Banned - Multiple ID

 
Trader Rating: (94)
Join Date: Mar 2009
Location: But here I stand lost and all alone
Posts: 25,415
Thanks (Received): 7711
Likes (Received): 9
Blog Entries: 6
Active Level
My Mood:
Default



Lt Kol (B) Manaf Kasmuri merupakan Pegawai Pemerintah (OC~ Officer Commanding) semasa bertugas di Maktab Tentera Diraja. Berpangkat Mejar menguruskan Divisyen Putera MTD tersebut semenjak 1991 setelah tamat kursus Command and Staff College di Queensland, Australia.

Memohon dari Kementah utk bertugas di rantau Balkan ketika Malaysia belum membuat keputusan untuk menyertai PBB. Selepas 3 bulan dari tarikh permohonan,beliau diarahkan bertukar ke Battalion ke 23 RAMD (mekanis) Ipoh sebagai Penolong Pegawai Pemerintah. (800 anggota dan 150 kenderaan berperisai)

Keutamaan beliau adalah latihan kepada anggota dengan penyesuaian keadaan terutamanya suhu, tempat pertama pilihan ialah Cameron Highland. Selepas itu mendapat arahan untuk berlatih di Turki (anggota NATO). Ini penting kerana Malaysia sebagai negara "dunia ketiga" perlukan pengiktirafan dari negara yang lebih maju utk mengelakkan keraguan terhadap keupayaan tentera kita.

Penerbangan menggunakan pesawat Beoing 747 dan mendarat di Lapangan
Terbang Tentera (Murted) yang terletak di barat Ankara. Lapangan ini pernah digunakan sebagai markas tentera NATO semasa misi mengebom Iraq.


Cuaca sejuk menyebabkan anggota tentera kita dicap sebagai tidak bersungguh dan mudah hilang tumpuan semasa latihan yang dikendalikan tentera Turki. Bermula dari sini, Lt Kolonel Manaf mula merancang sesuatu.( gua pun sama gak....kalau sejuk baik tarik selimutt jerr...hehehe)

Beliau memohon supaya tentera Malaysia diberi latihan di kem komando mereka yg tidak jauh dari kem yang sedang mereka duduki. Latihan intensif mula menampakkan hasil, tentera Malaysia dipandang tinggi oleh Ketua Komandan pusat latihan tersebut, biarpun sebelumnya beliau tidak percaya tentera Malaysia mampu melepasi latihan dipusat tersebut. Paling mengejutkan mereka ialah apabila doa dibacakan didalam 3 bahasa, Melayu, Arab dan Turki (Turki negara sekular...x de doa dlm tentera, walaupun seseorang itu muslim...bahkan sambahyang dan solat juga diabaikan)

Latihan tempur (serangan kilat) diadakan, latihan pertama; sebuah pemancar yang berada diatas puncak gunung yang penuh dengan salji menjadi sasaran tentera Malaysia dalam latihan ini. Menurut perkiraan tentera Turki, latihan ini mengambil masa selama 2/3 hari untuk dilaksanakan.

Ternyata tentera Malaysia berjaya menyempurnakan sasaran hanya dalam masa setengah jam sahaja. Pasukan bantuan musuh (Turki) berputih mata kerana tidak menyangka serangan dari tentera Malaysia. Mereka telah tersalah perkiraan. latihan kedua juga sangat mengagumkan. Manakala latihan ketiga telah menyebabkan tentera Turki menjadi seperti "haiwan buruan" yang bercelaru dicelah2 pokok fir!

Latihan besar2an pula membabitkan gempuran kereta perisai, disaksikan oleh orang2 kenamaan. Latihan yang dianggarkan selama 3 jam oleh pemerintah tentera Turki berjaya diselesaikan hanya dalam masa 10 minit. Mereka sangat kagum dengan keupayaan tentera Malaysia sehingga segala gedung peralatan yang ada dikem mereka dibuka untuk digunakan oleh tentera Malaysia.

Walaupun asalnya mereka (tentera Turki) yang sepatutnya mengajar tentera kita, akhirnya tentera kita yang mengajar mereka taktik melawan pemberontakan bersenjata. Dalam pada itu Lt Kol (B) Manaf sempat juga mempersembahkan KESBAN kepada mereka.


SUMBER
__________________
[URL="http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=372882"][SIZE="3"][B][COLOR="BLUE"][CENTER]ΩΩΩ <GEMPAR> MADU HERBA PENAWAR Batuk Kahak, Asma, Kesihatan Dalaman! Testi Page 1!!!Meh sini Beli MADU HERBA HIMALAYA Kualiti TINGGI!!! ΩΩΩ[URL="http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=369990"][COLOR="Red"]JAM TULEN HARGA MURAH!!![/COLOR][/URL][/CENTER][/COLOR][/B][/SIZE][/URL]

Last edited by jamtulenmurah; 29-11-2012 at 02:45 AM..
Reply With Quote
  #4  
Old 29-11-2012, 02:49 AM
jamtulenmurah jamtulenmurah is offline
Permanently Banned - Multiple ID

 
Trader Rating: (94)
Join Date: Mar 2009
Location: But here I stand lost and all alone
Posts: 25,415
Thanks (Received): 7711
Likes (Received): 9
Blog Entries: 6
Active Level
My Mood:
Default



Buku ini adalah memoir peribadi seorang bekas pegawai tentera yang telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Menceritakan pengalamannya sebagai seorang tentera, aktivis bantuan kemanusian dan ketika di dalam tahanan ISA.

Kolonel Jihad : Antara Mitos dan Realiti
PROLOG

Banyak sekali yang mendesakku dengan persoalan apakah
sebenar-benarnya yang menyebabkan aku dihumban ke Kem
Tahanan Kamunting untuk tiga tahun lapan bulan lamanya mulai awal 2003. Justeru, aku terpanggil untuk menitipkan senarai pertuduhan rasmi yang mensabitkan aku di bawah Akta KeselamatanDalam Negeri (ISA) bagi menjawab persoalan yang mendakapi minda kalian yang menginginkan kepastian dari ungkapan perkataan seorang bekas tahanan sepertiku.

“ Bahawa kamu,...............telah bersubahat membawa masuk secara berperingkat seramai lebih 10 anggota Al-Qaeda terdiri dari warganegara Arab Saudi, Pakistan dan Afghanistan untuk mendapatkan rawatan di beberapa hospital dan pusat perubatan dengan tujuan untuk meneruskan perjuangan perang jihad .....

dan “.............telah mengendalikan latihan ala ketenteraan secara sulit kepada 6 ketua kem tentera Arakan Rohingya National Organisation berasal dari Myanmar bagi menyemai dan menanam semangat jihad....”

dan “............telah mengadakan satu perjumpaan sulit untuk memberi latihan ketenteraan kepada sebuah negara militan dari negara jiran yang ada hubungan dengan kumpulan Al-Qaeda ......”

dan “.............bersama-sama dengan seorang rakyat Indonesia yangdikenali telah mengadakan latihan ketenteraan secara sulit kepada 18 militan Indonesia ......”

dan “.............telah Menjadi Penasihat kepada sebuah organisasi hadapan (Front Organisation) Jemaah Islamiah dalam cara-cara mengurus dan menjana dana kumpulan tersebut ....”

Satu demi satu untaian pertuduhan itu dibacakan. Dakwaan
yang tercungkil dari persepsi mereka yang kabur ke atas apa yang aku lakukan demi keamanan sejagat. Namun, aku tidak berpeluang untuk membicarakan kekhilafan yang telah aku lakukan dan apayang sebenarnya yang terjadi sebelum aku ditahan. Rentetan dakwaan tersebutlah yang membawa aku bermukim di Kamunting selama 3 tahun 8 bulan. Apakah ia sekadar alasan yang berpaksikan andaian atau mungkinkah rencana tahanan ini sekadar mencegah bencana yang lebih besar umpama mengkandang kambing dari rakusan serigala yang sedang menggila mencari mangsanya?

Seingatku, hari Khamis malam Jumaat tanggal 20 Februari tahun 2003 merupakan waktu yang mengubah banyak aspek kehidupanku. Bermula dari detik lebih kurang jam 10.30 itulah aku menjadi sedar akan kewujudan bahawa andaian dan sangkaan boleh mewahamkan erti keikhlasan di dalam perjuangan. Dengan menggunakan akta polis aku diseret ke pusat reman untuk disoal-siasat dan kemudian dihumban ke Kem Tahanan Perlindungan (KEMTA) berdasarkan pertimbangan yang amat sukar ditakrifkan oleh skala keadilan asasi. Mungkin kepada yang berkenaan dengan merujuk nasihat dari ‘pakar keselamatan’ sudah cukup untuk
menghukum kalian di bawah akta keselamatan dalam negeri. Persis pendapat pakar perubatan yang memungkinkan pembedahan amputasi dilakukan kepada pesakit yang perlu menyerahkan nasib tanpa mempersoalkan kesahihannya. Agaknya, keperluan pendapat kedua (second opinion) hanya menunda masa!

Sejujurnya, aku tidak tahu adakah penjelasan yang aku
nukilkan di sini mampu melempiaskan jawapan bagi setiap persoalanyang acapkali kalian lumpukkan kepadaku. Aku sedar, bahasaku tidak sepuitis sasterawan negara yang bisa menguasai bait-bait ungkapan menjadi suatu coretan yang meruntun jiwa-jiwa yang membacanya.Aku hanya seorang manusia biasa yang tiada upaya menganyambahasa berbunga-bunga. Aku termegun memikirkan entah dari bahagian mana perlu aku memulakan agar ia menjadi jelas dan dapat difahami akan segenap perasaan yang telah aku pendam tujuh tahun lamanya.

Aku menghela nafas panjang yang membawa bersama
harapan dan kesedihan dan begitu sukar untukku menterjemahkan kepada mereka yang telah melabelkan aku dengan pelbagai gelarandan sisipan yang menyakitkan hati setelah aku dikuburkan di Kamunting dan ditalkinkan sebagai pengganas!

Lantas, aku menggerakkan pena untuk memberitahu dunia kerana aku sering dihakimi dan bukan dimengerti.
http://coloneljihad.blogspot.com/


Sedikit Biodata:
Abdul Manaf Bin Kasmuri

Dilahirkan pada 28 Mei 1955 di Kampung Batu 7 Jalan kebun, Klang, Selangor. Berkahwin pada tahun 1978 dan dikurniakan 3 orang cahaya mata, seorang lelaki dan 2 orang perempuan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun sebelum meneruskan pelajaran di Sekolah anglo Chinese School di bandar klang.

Beliau kemudiannya terpilih memasuki Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi sebagai seorang putera. Seterusnya menghadiri latihan Pegawai Kadet di Port Dickson dan Sungai Besi pada tahun 1973 sebelum melanjutkan pengajian di Royal Academy of Sandhurst di England UK. Pulang ke Malaysia pada 1976 dan ditauliahkan sebagai seorang Pegawai di dalam Rejimen Askar Melayu Diraja. Sepanjang berkhidmat di dalam Angkatan Tentera Malaysia, beliau telah memegang beberapa jawatan pemerintah dari peringkat platun hingga ke battalion, pegawai turus dari peringkat battalion hingga ke brigade, sebagai ketua divisyen Putera Maktab Tentera Diraja dan jurulatih di Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA). Pernah bertugas di bawah panji panji PBB sebagai Pegawai Turus Kanan di Bosnia dan di Crotia pada tahun 1993/1994

Beliau bersara secara opsyenal pada awal Januari 1995. Seterusnya menceburkan diri di dalam lapangan kemanusiaan membantu pelarian pelarian terutamanya di kawasan kawasan konflik dan peperangan seperti di Bosnia, Kosovo, Afghanistan, Pakistan, Azad Kashmir, Bangladesh / Myanmar ( Rohingya ) dan Ambon. Selain itu beliau juga bergiat didalam bidang perusahaan dengan menjadi pengurus dan pengarah kepada beberapa firma. Beliau telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ) selama 3 tahun lapan bulan bermula pada Februari 2003 sehingga dibebaskan pada Oktober 2006. Kini beliau bertugas di sebuah syarikat swasta sebagai Pengurus Besar dan menjawat Exco di dalam Global Peace Mission, sebuah organisasi bantuan kemanusiaan. Selangor. Berkahwin pada tahun 1978 dan dikurniakan 3 orang cahaya mata, seorang lelaki dan 2 orang perempuan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun sebelum meneruskan pelajaran di Sekolah anglo Chinese School di bandar Klang.
Setakat ini dulu, Insyaallah gua sambung kemudian hari.


__________________
[URL="http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=372882"][SIZE="3"][B][COLOR="BLUE"][CENTER]ΩΩΩ <GEMPAR> MADU HERBA PENAWAR Batuk Kahak, Asma, Kesihatan Dalaman! Testi Page 1!!!Meh sini Beli MADU HERBA HIMALAYA Kualiti TINGGI!!! ΩΩΩ[URL="http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=369990"][COLOR="Red"]JAM TULEN HARGA MURAH!!![/COLOR][/URL][/CENTER][/COLOR][/B][/SIZE][/URL]
Reply With Quote
  #5  
Old 29-11-2012, 02:49 AM
green_maskman green_maskman is offline
Active Plus

green_maskman's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Mar 2010
Posts: 4,851
Thanks (Received): 165
Likes (Received): 2
Active Level
My Mood:
Default

semakin menarik.......thanks tt......
Reply With Quote
  #6  
Old 29-11-2012, 02:51 AM
jamtulenmurah jamtulenmurah is offline
Permanently Banned - Multiple ID

 
Trader Rating: (94)
Join Date: Mar 2009
Location: But here I stand lost and all alone
Posts: 25,415
Thanks (Received): 7711
Likes (Received): 9
Blog Entries: 6
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by green_maskman View Post
semakin menarik.......thanks tt......
sharing is caring.

Kalau bos berani cuba la cek thread sebelah. Cara ngorat mak lampir.
__________________
[URL="http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=372882"][SIZE="3"][B][COLOR="BLUE"][CENTER]ΩΩΩ <GEMPAR> MADU HERBA PENAWAR Batuk Kahak, Asma, Kesihatan Dalaman! Testi Page 1!!!Meh sini Beli MADU HERBA HIMALAYA Kualiti TINGGI!!! ΩΩΩ[URL="http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=369990"][COLOR="Red"]JAM TULEN HARGA MURAH!!![/COLOR][/URL][/CENTER][/COLOR][/B][/SIZE][/URL]
Reply With Quote
  #7  
Old 29-11-2012, 03:04 AM
green_maskman green_maskman is offline
Active Plus

green_maskman's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Mar 2010
Posts: 4,851
Thanks (Received): 165
Likes (Received): 2
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by jamtulenmurah View Post
sharing is caring.

Kalau bos berani cuba la cek thread sebelah. Cara ngorat mak lampir.
nti saya try................. kekkekee
Reply With Quote
  #8  
Old 29-11-2012, 03:38 AM
AuraSuccess_88 AuraSuccess_88 is offline
CG Hardcore

AuraSuccess_88's Avatar
 
Trader Rating: (159)
Join Date: Apr 2010
Posts: 69,867
Thanks (Received): 178
Likes (Received): 5
Blog Entries: 7
Active Level
My Mood:
Default

cian plk biler kena isa
Reply With Quote
  #9  
Old 29-11-2012, 09:17 AM
jamtulenmurah jamtulenmurah is offline
Permanently Banned - Multiple ID

 
Trader Rating: (94)
Join Date: Mar 2009
Location: But here I stand lost and all alone
Posts: 25,415
Thanks (Received): 7711
Likes (Received): 9
Blog Entries: 6
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by AuraSuccess_88 View Post
cian plk biler kena isa
bila kena tekan dek kuasa luar, kerajaan sendiri jadi talibarut menikam belakang seorang pejuang.
__________________
[URL="http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=372882"][SIZE="3"][B][COLOR="BLUE"][CENTER]ΩΩΩ <GEMPAR> MADU HERBA PENAWAR Batuk Kahak, Asma, Kesihatan Dalaman! Testi Page 1!!!Meh sini Beli MADU HERBA HIMALAYA Kualiti TINGGI!!! ΩΩΩ[URL="http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=369990"][COLOR="Red"]JAM TULEN HARGA MURAH!!![/COLOR][/URL][/CENTER][/COLOR][/B][/SIZE][/URL]
Reply With Quote
  #10  
Old 29-11-2012, 06:24 PM
valentinik valentinik is offline
Active Member

valentinik's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Mar 2011
Posts: 1,642
Thanks (Received): 0
Likes (Received): 1
Active Level
Default

Bagi aku,atm x salah,l.kolonel ni pun x salah,cuma untuk mengelakkan negara kita dituduh membantu pengganas tindakan terpaksa diambil..sp tau apa dia buat lepas keluar dari atm..
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump