Viere
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,579
- Joined
- Aug 8, 2008
- Messages
- 26,579
- Reaction score
- 179
- Points
- 123
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Tiga anggota Parlimen sependapat pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) merupakan kaedah terbaik ke arah mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang sentiasa meningkat dari semasa ke semasa.
Anggota Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata pelaksanaan AES harus disokong oleh semua pihak termasuk pembangkang kerana ia melibatkan keselamatan pengguna jalan raya.
"Kenapa harus bantah perkara yang memberi kebaikan semua pihak?, tetapi pada masa yang sama Kementerian Pengangkutan harus memberi pengecualian kepada mereka yang berada dalam kecemasan terutamanya mereka yang terpaksa memandu laju untuk ke hospital," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Persepsi pembangkang bahawa AES adalah semata-mata untuk mengaut keuntungan adalah tidak benar dan ia harus diperjelaskan oleh Kementerian Pengangkutan dengan memberi penerangan dari masa ke semasa di media massa, kata Tajuddin.
Anggota Parlimen Tangga Batu Datuk Idris Haron berkata ia adalah pendekatan terbaik untuk mendisiplin pengguna jalanraya untuk mematuhi peraturan ketika memandu atau menunggang motosikal khususnya di kawasan berisiko tinggi.
"Perasaan takut disaman seterusnya memandu perlahan dan tidak melanggar lampu merah di persimpangan jalan ada kebaikannya, ia adalah jalan penyelesaian kepada pemandu yang gemar melanggar peraturan jalan raya," katanya.
Anggota Parlimen Mambong Datuk Dr James Dawos Mamit berkata negara-negara maju seperti Australia sudah pun menggunakan AES dan terbukti ia mampu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
"Berdasarkan kepada pemerhatian dan pengalaman saya memandu kereta di Amerika Syarikat dan Australia, tahap disiplin pemandu mereka jauh lebih baik jika dibandingkan di Malaysia yang gemar melanggar peraturan jalan raya," katanya.