Sensasi dalam dunia Forex! Cepat dapatkan tawaran terbaru daripada InstaForex - bonus 45% untuk setiap deposit! Bonus 45% untuk keuntungan yang maksimum!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > News, Current Issues, Rumours

News, Current Issues, Rumours Share & get daily updated news, current issues from locals to all around the world.

CG Sponsors



Recommended Brokers

CG Updates
0 Forum rules improvised
Last Post: CariGold
Posted On: 05-02-2014
Replies: 0
Views: 16,571
0 Social Group is now based on request
Last Post: CariGold
Posted On: 11-12-2012
Replies: 0
Views: 46,766
0 Unscheduled maintenance
Last Post: CariGold
Posted On: 26-11-2012
Replies: 0
Views: 34,540
More...
Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 28-05-2008, 03:07 AM
NEMO NEMO is online now
CG Super Hardcore

NEMO's Avatar


 
Trader Rating: (241)
Join Date: Jan 2007
Location: Balik modal dalam 6 bln..bisnes emas terbaru
Posts: 112,333
Poster Rank: #3
Thanked 1,001 Times
Active Level
My Mood:
Default Perebutan Kepulauan Spratly

Salam....

aku bukak thread ni memandangkan sekarang isu perebutan pulau yang makin menarik.


Kepulauan spratly dah lama direbut namun hingga kini belum masih ada jalan penyelesaian...



SELEPAS Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) membuat keputusan mengenai status Batu Puteh/Pedra Branca yang menjadi rebutan Malaysia-Singapura sejak 29 tahun lalu, kita harus memandang ke hadapan untuk melihat isu Pulau Pisang dan Kepulauan Spratly pula.

Selain Batu Puteh menjadi hak Singapura, ICJ Jumaat lalu juga memutuskan Middle Rock (Batuan Tengah) diberikan kedaulatan kepada Malaysia, manakala status South Ledge belum diputuskan.

Keputusan berkait isu Batu Puteh ini yang memihak kepada Singapura memberikan banyak iktibar kepada Malaysia, terutama apabila memperkatakan mengenai soal kedaulatan.

Keadaan ini dilihat lebih kritikal kerana Malaysia mempunyai sempadan daratan dan maritim dengan beberapa negara lain yang dilihat mampu membawa kepada masalah jika tidak diselesaikan dengan berhemah dan memerlukan tindakan segera.

Kejayaan Malaysia mendapatkan Pulau Sipadan dan Ligitan beberapa tahun lalu seolah-olah menjadikan kita leka dengan isu yang bersabit dengan pertindihan wilayah yang menghantui negara kita selama ini.

Malah, selepas mendapatkan kedua-dua pulau itu, negara dikejutkan lagi dengan isu pertindihan wilayah yang berlaku di Ambalat antara Malaysia dan Indonesia sekitar 2005.

Di samping itu, kita juga tidak seharusnya terlepas pandang dengan isu pertindihan wilayah yang masih berlaku sehingga hari ini.

Malah, dalam beberapa keadaan didapati bahawa isu ini jika tidak ditangani segera akan memberikan kerugian besar kepada negara, lebih-lebih lagi apabila memperkatakan soal kedaulatan, keuntungan ekonomi terutama sumber dan sebagainya.

Satu daripada isu utama pertindihan wilayah ini yang sudah berlarutan adalah isu di Kepulauan Spratly yang membabitkan beberapa negara lain termasuk China, Vietnam dan Filipina.

Di samping itu, isu berkait Pulau Pisang turut perlu diketengahkan kerana jika silap percaturan dan tidak ada sebarang langkah awal diambil, ia juga mungkin boleh jatuh kepada Singapura.

Bukan setakat itu saja, malah banyak lagi isu yang perlu dilihat dengan serius oleh kerajaan berkaitan dengan pertindihan wilayah ini, misalnya isu Limbang yang turut dituntut kerajaan Brunei Darussalam.

Beberapa pendekatan perlu diambil kerajaan. Antaranya usaha mengumpulkan semua maklumat berkait dengan pulau atau wilayah yang dilihat 'bermasalah' ini. Penumpuan harus difokuskan kepada data dan sumber, sama ada yang berada di Malaysia atau di luar negara, terutama di London, Belanda dan India.

Bukan setakat itu, beberapa kajian perlu dibuat penyelidik, ahli akademik dan pelajar di negara ini perlu diberikan perhatian segera. Hal ini kerana tesis yang dikaji dan ditulis mengenai pulau dan wilayah ini boleh diperoleh di perpustakaan di negara ini .

Di samping itu, Wisma Putra patut mengubah sikap terhadap ahli akademik, penyelidik dan pelajar yang seolah-olah dilihat sebagai cabaran selama ini.

Hal ini cukup bertentangan dengan kaedah yang dilaksanakan White House di Amerika Syarikat yang memberikan layanan kepada ahli akademik, khususnya dalam bidang hubungan antarabangsa dan bidang berkaitan dalam menasihati pemimpin Amerika Syarikat berhubung sebarang isu antarabangsa, apatah lagi yang ada kaitan dengan kepentingan nasional.

Sebaliknya sikap Wisma Putra misalnya yang tidak memberikan kerjasama penuh jika ada ahli akademik, penyelidik atau pelajar yang mahu membuat kajian mengenai isu seperti ini atau sebarang isu yang berkait dengan dasar luar.

Hal ini sudah tentu sangat dikesali kerana Wisma Putra patut memberikan galakan kepada mereka untuk membuat kajian mengenai dasar luar Malaysia kerana dengan adanya kajian yang dilakukan akan membolehkan input mengenai sesuatu isu yang diperlukan terutama yang berkaitan dengan kepentingan nasional kita.




SEDIKIT INFO SPRATLY

Letak: Laut China Selatan
Koordinat: 4° LU - 11°30' LU dan 109°30' BT - 117°50' BT.
Luas lautan: 244.700 km persegi
Luas daratan: 3 km persegi
Jumlah pulau: 230



Spratly yang hanya 3 km persegi itu, mempunyai potensi sumber alam yang terkandung di kawasan seluas hampir 2 kali pulau Jawa itu. Di bawah permukaan laut kepulauan tersebut memiliki kandungan gas dan minyak bumi yang sangat besar, selain itu juga strategik untuk pos pertahanan tentera. Pulau ni amat besar keuntungannya pada negara yang memilikinya.

Simpanan Minyak di Kepulauan Spratly adalah sebanyak 17.7 billion tan merupakan simpanan minyak keempat terbesar didunia.


NEGARA2 YANG MENUNTUT PULAU SPRATLY

CHINA
TAIWAN
VIETNAM
MALAYSIA
FILIPINA



Pada 1975 , Vietnam mengambil langkah awal dengan menghuni 20 pulau dan telah membina sekurangnya 9 rumah api disitu.

Pulau keempat terbesar telah dihuni Vietnam


Malaysia, Taiwan dan Filipina turut membina rumah api di beberapa pulau.


Malaysia didapati sedang menghuni Terumbu Laksamana,Pulau Amboyna Kecil,Terumbu Perahu,Terumbu Layang Layang,Terumbu Ubi, Terumbu Laya, Terumbu Siput, Terumbu Semarang/ Barat Kecil (Malaysia ada bina rumah api disini),Terumbu Mantanani,Beting Burgai.


Pulau Layang2 yang dikuasai Malaysia..Malaysia membina lapangan terbang kecil, markas tentera dan scuba diving resort.




p/s...apakah nasib Malaysia kali ini

Last edited by NEMO; 28-05-2008 at 05:37 AM..
Reply With Quote
Paid Advertisement
  #2  
Old 28-05-2008, 03:10 AM
nashburn nashburn is offline
Well-Known
Member

nashburn's Avatar
 
Trader Rating: (14)
Join Date: Mar 2008
Location: ebay.co.uk
Posts: 5,830
Poster Rank: #601
Thanked 60 Times
Active Level
My Mood:
Default

Haihh rebut lagi...
China tu apehal jauh benar
Reply With Quote
  #3  
Old 28-05-2008, 03:11 AM
NEMO NEMO is online now
CG Super Hardcore

NEMO's Avatar


 
Trader Rating: (241)
Join Date: Jan 2007
Location: Balik modal dalam 6 bln..bisnes emas terbaru
Posts: 112,333
Poster Rank: #3
Thanked 1,001 Times
Active Level
My Mood:
Default

10. Level of Conflict: Threat

1930s
France first occupied various Spratly islands.

1934-1944
During WWII, Japan displaced the French and occupied the Spratly Islands, using the islands as a submarine base. After the war, neither the French nor the Japanese returned to the islands.

1946
Kuomintang forces took possession of the Itu Aba island -- the largest Spratly island.

1968
The Philippines take control of 3 islands.

1973
South Vietnam possessed 5 islands in the Spratlys

1974
China disregards territorial claims by South Vietnam, and occupies the Paracel Islands lying north of the Spratly Islands. U.S. and South Vietnam naval forces clash over island ownership.

1978
The Philippines extend an official claim to islands east of the Spratlys, naming them the Freedom Islands. China removes 6 Spratly atolls from Vietnam's possession.

1979
Malaysia claims its first Spratly island, indicating that the island is part of Malaysia's continental shelf.

1988
China and Vietnam become military engaged over Johnson Reef. China retains occupation of the reef. By April, Vietnam expands claims to include 15 additional reefs. China occupies 6 isles.

1989
International outrage at the Tiananmen Square incident in China calmed China's aggression in the South China Sea, in an attempt to further avoid infuriating international opinion.

1992
The Manila declaration was drafted and claimats agreed to peaceful resolution of the disputes.

1992
On 25 February 1992, China passed the "Territorial Sea and Contiguous Zones" Law, laying claim to all Spratly islands, as well as several other archipelagos.

1992
In May, China National Offshore Oil Corp. signed a joint exploration contract with Crestone Energy Corp. for the 25,1255 sq km Wan'an Bei-21 block in the Spratly Islands.(28) Exploration is set to begin in 1994. Vietnam vehemently opposes this contract.

1992
In July, China occupied Da Lac Reef, serving as its first military presence since the 1988 clash with Vietnam.

1992
In September, China drills on the Vietnamese side of the Gulf of Tonkin median line, violating the 1972 agreement not to drill in disputed waters.

1994
In November, Exxon concludes a US$35 billions gas field exploration deal in the area north of Natuna Island, a region partly claimed by China. Vietnam signs an exploration deal with Mobil in Vietnam's EEZ, but in waters also claimed by China.
1995
In February, China occupied the Philippine-claimed Mischief Reef in the Spratly Islands.

1995
In March, the Philippine forces seize Chinese fishing boats and destroy Chinese markers on Mischief Reef.

1996
Vietnam's PetroVietnam signed a deal with the U.S.-based Conoco oil company to explore waters 400 km southeast of Ho Chi Minh CIty. ...dah start teroka minyak dah dorang

1997
In March, China allegedly began operating the Kan Tan III oil rig in an area north of the Spratly Islands, but within Vietnam's EEZ.



p/s...mana Malaysia ni..lembab betoi la..skrg yang pulau2 besar sume geng2 luar duk lepak..malaysia hanya duk kuasai terumbu jer...

Last edited by NEMO; 28-05-2008 at 03:16 AM..
Reply With Quote
  #4  
Old 28-05-2008, 03:12 AM
Kurma Kurma is offline
Super Active Member

Kurma's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jul 2007
Location: NeuBie....
Posts: 4,219
Poster Rank: #875
Thanked 96 Times
Active Level
My Mood:
Default

napa mesia slalu lambat eik...vietnam yg satu ketika dulu kekalutan dgn peperangan saudara di negaranya sempat gak bina rumah api @ pacak kedaulatan negara mereka ke gugusan pulau2 yg berharga ni....
__________________
Desktop PC Refurbished
P4 3.2ghz, 160 hd, 1 gig RAM tanpa monitor , RM550
***Doing Things From The Heart***
Reply With Quote
  #5  
Old 28-05-2008, 03:12 AM
NEMO NEMO is online now
CG Super Hardcore

NEMO's Avatar


 
Trader Rating: (241)
Join Date: Jan 2007
Location: Balik modal dalam 6 bln..bisnes emas terbaru
Posts: 112,333
Poster Rank: #3
Thanked 1,001 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by nashburn View Post
Haihh rebut lagi...
China tu apehal jauh benar
byk minyak tu beb...jauh pun jauh la....
Reply With Quote
  #6  
Old 28-05-2008, 05:10 AM
monalito monalito is offline
Super Active Member

monalito's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Feb 2008
Posts: 4,051
Poster Rank: #911
Thanked 5 Times
Active Level
Default

teruslah berjuang
Reply With Quote
  #7  
Old 28-05-2008, 05:28 AM
NEMO NEMO is online now
CG Super Hardcore

NEMO's Avatar


 
Trader Rating: (241)
Join Date: Jan 2007
Location: Balik modal dalam 6 bln..bisnes emas terbaru
Posts: 112,333
Poster Rank: #3
Thanked 1,001 Times
Active Level
My Mood:
Default

Desas-desus lumba senjata

TIDAK begitu menghairankan jika berlaku apa yang dipanggil perlumbaan senjata di rantau Asia Timur kerana Jepun, Korea Selatan, Taiwan amat mencurigai tingkah laku jiran mereka iaitu Korea Utara dan China.

Tokyo dengan bantuan Washington beberapa hari lepas berjaya menjalankan ujian pemusnahan peluru berpandu. Kejayaan ini membawa erti yang besar kerana perisai ala Star Wars yang sedang dibangunkan oleh Jepun untuk menghindar ancaman peluru berpandu Pyongyang sudah nampak kejayaannya.

Begitu juga dengan rantau Asia Selatan, tidak pernah sunyi dengan perlumbaan senjata di antara India dan Pakistan kerana masing-masing ingin mendahului lawan dalam memperoleh aset ketenteraan yang canggih.

Keadaan yang berlaku di rantau ini tidak pelik kerana kedua-dua negara ini saling tidak mempercayai antara satu sama lain. New Delhi dan Islamabad setiap tahun tidak pernah gagal memperuntukan jumlah belanjawan yang besar bagi tujuan pertahanan mereka.

Tetapi apabila timbul desas-desus yang membuat andaian bahawa tingkah laku Malaysia mempermodenkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal menjerumus kepada situasi perlumbaan senjata di Asia Tenggara dikatakan agak janggal kerana Kuala Lumpur tidak seghairah sesetengah negara apabila berhadapan dengan perbelanjaan pertahanan.

Singapura umpamanya menyediakan peruntukan pertahanan yang agak lumayan sehingga mencapai enam peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Malaysia sebagai perbandingan hanya membelanjakan paling banyak tiga peratus KDNK untuk tujuan yang sama.

Tetapi dua perolehan aset ketenteraan yang dilakukan beberapa tahun kebelakangan ini mencuri perhatian kebanyakan negara. Perolehan dua kapal selam dari kelas Scorpene dan 18 jet pejuang Sukhoi Su-30 MKM agaknya dinilai sebagai keterlaluan berbanding dengan perbelanjaan pertahanan tahunan yang dilihat sebagai munasabah.

Walaupun kedua-dua aset tersebut tidaklah sehebat perolehan jet pejuang F-15 atau helikopter tempur Apache yang dilakukan oleh angkatan tentera Singapura (SAF), tetapi proses permodenan ATM tetap dipandang serong.

Cakap-cakap Malaysia sebagai pemangkin perlumbaan senjata di rantau Asia Tenggara disanggah oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen beberapa hari lalu.

Beliau menegaskan seiring dengan kemajuan ekonomi, maka sistem pertahanan juga perlu mencapai status pembangunan yang sama. Ini membawa maksud bahawa pemodenan ATM dilaksanakan mengikut kemampuan kewangan negara. Najib selaku Menteri Pertahanan berkata: “Namun pembelian ini tidak akan sampai ke peringkat yang boleh mencetuskan satu perlumbaan senjata di rantau ini.”

Malah semasa pertemuan Najib dengan Menteri Pertahanan Indonesia Juwono Sudarsono di Mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) Malaysia Indonesia (Malindo) Ke-36 pada 14 Disember lepas, timbul kemusykilan di kalangan wartawan bahawa sedang berlakunya perlumbaan senjata di antara Malaysia dan Indonesia.

“Tidak betul, mana ada perlumbaan senjata. Semuanya adalah proses modenisasi dan itu perkara biasa. Ia bukan satu yang sepatutnya ditafsirkan sebagai perlumbaan senjata,” tegas Najib. Khabar angin ini diperkuatkan lagi dengan perjanjian pembelian senjata di antara Indonesia dan Rusia yang bernilai sehingga AS$1 bilion.

Sukar untuk ditentukan dengan sahih bahawa sedang berlaku perlumbaan senjata di Asia Tenggara kerana perolehan aset yang dilakukan dikatakan sebagai tidak melampau.


Angkatan

Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand dilihat sebagai antara negara Asia Tenggara yang begitu rancak dengan proses memodenkan angkatan tentera masing-masing.

Ramai penganalisis membuat andaian bahawa kerancakan aktiviti ini disebabkan keghairahan keempat-empat negara tersebut membuat perolehan aset ketenteraan yang tidak dapat dinafikan didahului oleh Singapura.

Apa tidaknya, Singapura telah memiliki segala-galanya daripada peluru berpandu sehinggalah ke jet pejuang jauh di hadapan negara Asia Tenggara yang lain.

Tetapi apa yang berlaku di sekeliling Asia Tenggara lebih banyak mempengaruhi proses pemodenan angkatan tentera, iaitu perlumbaan senjata di antara keempat-empat negara tersebut akan menjadi rancak bergantung kepada apa yang berlaku di sekelilingnya.

Malaysia umpamanya membuat perolehan jet pejuang Sukhoi tidak ada kena-mengena dengan SAF yang mempunyai sejumlah besar F-15 dan F-16. Begitu juga peruntukan pembelian senjata yang besar oleh Indonesia tidak ada kena-mengena dengan perbelanjaan pertahanan Singapura atau Malaysia.

India yang akan membelanjakan sehingga AS$40 bilion untuk perolehan aset ketenteraan dalam jangka masa lima tahun akan datang bakal memberi cabaran kepada negara Asia Tenggara. Begitu juga kerjasama bantuan teknologi nuklear di antara New Delhi dan Washington sudah tentu mewarnai strategi pertahanan rantau Asia Tenggara.

China sebagai kuasa besar Asia yang mempunyai pengaruh terhadap kebanyakan negara di Asia Tenggara, juga perlu diawasi setiap tindak-tanduknya. Walaupun tidak diketahui jumlah sebenar peruntukan pertahanan yang disediakan oleh Beijing, penambahan hampir 18 peratus tahun ini sudah cukup sebagai isyarat amaran kepada negara berdekatan.

Tidak dapat dinafikan sememangnya sedang berlaku perlumbaan senjata di kalangan negara Asia Tenggara, tetapi proses yang berlaku dikatakan agak tertib dan tersirat.

Tetapi apa yang penting ialah fenomena tersebut berlaku bukan kerana aset pertahanan negara jiran tetapi kerana tingkah laku kuasa besar Asia yang berdekatan seperti India, China dan juga Amerika Syarikat.

Mengapa disifatkan berlakunya perlumbaan senjata yang tertib adalah kerana Beijing dan Washington telah belajar melalui kesilapan lampau yang dilakukan. Beijing cuba berbaik-baik dengan negara Asia Tenggara, di samping itu memperkemaskan angkatan tentera mereka dengan begitu hebat sekali.

Masalah tuntutan bertindih Kepulauan Spratly umpamanya mempamerkan bagaimana kekuatan tentera China (PLA) memberi kelebihan kepada Beijing. Sementara Washington pula memperluaskan pengaruh melalui negara proksi.

Kekuatan aset ATM membolehkan Malaysia menganggap tiga pulau terumbu Spratly sebagai wilayah berdaulat Malaysia iaitu Terumbu Ubi (Ardasier Reef), Terumbu Mantanani (Maruiveles Reef) dan Terumbu Layang-Layang (Swallow Reef).

Selain daripada ketiga-tiga terumbu ini, dua lagi terumbu yang diduduki oleh tentera Malaysia yang bakal menimbulkan masalah ialah Terumbu Siput (Erica Reef) dan Terumbu Peninjau (Invertigator Reef).

Walaupun rantau Asia Tenggara kelihatan mustahil akan berlakunya konflik, tetapi perlu diingat campur tangan kuasa besar secara tersurat atau tersirat untuk memperluaskan pengaruh mereka bakal menyusahkan rantau ini.
Reply With Quote
  #8  
Old 28-05-2008, 05:29 AM
yinbyungheon yinbyungheon is offline
Permanently Banned

 
Trader Rating: (3)
Join Date: Jul 2006
Location: Star City
Posts: 36,677
Poster Rank: #23
Thanked 854 Times
Active Level
My Mood:
Default

Dulu aku ade dgr org TUDM cite penah tembak rumah api Vietnam. Mase TDM laa. Lepas tu diaorg x rani nak datang lagi. Skrang ni Pak Lah jadi PM mmg jahanamlah jawabnyee...

Sejahat2 TDM, die x penah kasi tanah kat org...
Reply With Quote
  #9  
Old 28-05-2008, 05:31 AM
NEMO NEMO is online now
CG Super Hardcore

NEMO's Avatar


 
Trader Rating: (241)
Join Date: Jan 2007
Location: Balik modal dalam 6 bln..bisnes emas terbaru
Posts: 112,333
Poster Rank: #3
Thanked 1,001 Times
Active Level
My Mood:
Default

Membersih kekeruhan



BERBANDING rakan-rakan dialog lain, China paling banyak kaitannya dengan ASEAN.Satunya kerana sejak menjadi rakan dialog pada tahun 1996, perdagangan ASEAN-China tumbuh paling pesat sehingga mencecah jumlah AS$78.2 bilion (RM289.7 bilion) pada tahun 2003, peningkatan sebanyak 43 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Malahan China adalah pengasas keanggotaan dalam Forum Serantau ASEAN (ARF) selain peserta aktif dalam proses ASEAN+3 sejak tahun 1997.

Mudah kata, banyak yang boleh dimanfaat dan dinikmati ASEAN dari segi pertumbuhan, perdagangan dan pelaburan daripada gergasi ekonomi itu.

Namun di sisi lain, China masih ada pertikaian sempadan maritim belum selesai dengan Vietnam dan Filipina, masing-masing berebut hak kedaulatan di gugusan kepulauan Spratly, yang kaya dengan hasil gas dan minyak.

Kepulauan Spratly juga menjadi rebutan Malaysia dan Vietnam
.
Reply With Quote
  #10  
Old 28-05-2008, 05:41 AM
NEMO NEMO is online now
CG Super Hardcore

NEMO's Avatar


 
Trader Rating: (241)
Join Date: Jan 2007
Location: Balik modal dalam 6 bln..bisnes emas terbaru
Posts: 112,333
Poster Rank: #3
Thanked 1,001 Times
Active Level
My Mood:
Default

Khazanah laut Layang-Layang




Asalnya, ia hanya untaian 13 terumbu karang. Dikenali sebagai Terumbu Layang- Layang, ia mendapat namanya apabila mereka yang pernah singgah menyatakan kehadiran banyak sarang burung layang-layang di sekitarnya.

Terumbu yang dikawal Tentera Laut Diraja Malaysia (TUDM) itu hanya menerima kemasukan pelancong pada Januari hingga Oktober. Sepanjang November dan Disember, tiada pelancong dibenarkan memasuki kawasan berkenaan berikutan ombak besar yang boleh membahayakan.

Di kalangan pasukan keselamatan negara, Terumbu Layang-Layang juga dikenali sebagai Stesen Lima. Perkembangannya dari terumbu karang terletak 156 batu nautika dari utara Kota Kinabalu bermula dari pembinaan dua modul penginapan tentera yang siap pada Februari 1985.

Akhir 80-an menyaksikan kerja penambakan laut giat dilakukan di satu bahagian terumbu berpendapat ini apabila kerajaan rasakan ia mempunyai potensi besar dalam bidang pelancongan.

Pasir, batu dan konkrit dibawa berterusan untuk membentuk daratan seluas 12.5 hektar.


Maka, lahirlah Pulau Layang-Layang seluas 14 km persegi dengan hanya sepanjang 7.5 km dan lebar 2 km. Layang-Layang Island Resort kemudian menjadi pusat peranginan tunggal yang membuka pintunya di pulau terpencil itu.

Pulau kecil ini dilengkapi dengan terusan, jeti dan landasan kapal terbang.

Untuk membekalkan tenaga bagi kegunaan penghuninya, kincir angin dibina pada satu bahagian pulau.

Bagaimanapun, Pulau Layang-Layang yang menjadi sebahagian daripada gugusan kepulauan Spratly itu menjadi rebutan beberapa negara termasuk China, Vietnam, Filipina dan Brunei.

Ini berikutan dasar lautnya kaya dengan emas hitam dan pelbagai gas asli, selain lokasi strategik dalam laluan perhubungan antara Laut Pasifik di bahagian timur dan Laut Hindi di sebelah barat.


Perairan di sekitarnya juga mendapat reputasi sebagai antara 10 destinasi selam skuba tercantik dunia.

Khazanah lautnya dipaparkan dalam beberapa penerbitan antarabangsa termasuk Diver (United Kingdom); Merguilho (Brazil), Scuba Diver (Australia) dan majalah gaya hidup elit, Le Prestige.

Walaupun membesar dengan kehidupan orang pulau, penulis teruja bermain air laut di Layang-Layang.

Ketika rakan lain sibuk mencari tilam untuk melepaskan lelah, penulis ditemani anggota tentera mencari lokasi sesuai untuk berendam.

Bagaimanapun, perasaan teruja bertukar kepada tawar hati apabila diberitahu kedalaman perairan sedalam 2,000 meter itu sering dilawati pelbagai kumpulan jerung. Daripada yu kabut, jerung putih dan yu sirip hitam, spesies jerung yang hanya dilihat di saluran Discovery ini boleh didekati menerusi aktiviti selam skuba.

Layang-Layang mula meniti populariti sebagai lokasi 'wall diving' kerana dasar lautnya yang dalam. Pembinaan penempatan tentera juga memainkan peranan penting dalam menjaga terumbu karang daripada pencerobohan nelayan, sekali gus memulihara terumbu karangnya.

Untuk warga tempatan, mendengar nama jerung sudah menggerunkan. Sebaliknya, untuk penggemar selam skuba, menyelam untuk menyaksikan pelbagai spesies ikan dengan mata sendiri adalah pengalaman paling bernilai.

Untuk mengubat hati, kami bersama-sama anggota tentera lain menghabiskan waktu malam dengan memancing. Langit yang cerah menyebabkan agak mudah untuk melihat kumpulan ikan kecil yang mengejar umpan.
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 10:38 PM.


Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner. CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE