Luqmanul Hakim
CG Top Poster Club

- Messages
- 23,318
- Joined
- Mar 17, 2010
- Messages
- 23,318
- Reaction score
- 4,848
- Points
- 196
Khas untuk Newbie CG - Koleksi Perkataan Agak Pelik Yang Biasa Dijumpai di CG
Mungkin rakan-rakan yang baru menyertai CariGold.com, mungkin
akan pening apabila menjumpai perkataan-perkataan yang pelik,
tetapi seolah-olah sudah biasa digunakan di CariGold.com...
Berikut saya senaraikan perkataan-perkataan yang biasa dijumpai di
CariGold.com beserta maksudnya...
Forex Section
Politic Section
Electrics, Electronics, DIY Section
Jadi, rakan-rakan dan Masta-Masta CG, kongsikan perkataan-
perkataan pelik dan selalu dijumpai di CG nie beserta maksudnya,
saya akan update pada first page dari semasa ke semasa


Mungkin rakan-rakan yang baru menyertai CariGold.com, mungkin
akan pening apabila menjumpai perkataan-perkataan yang pelik,
tetapi seolah-olah sudah biasa digunakan di CariGold.com...
Berikut saya senaraikan perkataan-perkataan yang biasa dijumpai di
CariGold.com beserta maksudnya...
- *******
Merujuk kepada perkataan yang telah ditapis secara automatik oleh pihak pengurusan CG daripada disiarkan (*credit to ipp)
- Abam
Abang, untuk menghormati rakan-rakan CG yang lebih tua dan join CG lebih awal daripada kita
- Angkat Sepanduk
Tanda tengah marah and disertai dgn ikon Scam () (*credit to noradrenalina)
- APTB
Apa Pun Tak Boleh, dipendekkan menjadi APTB (*credit to jamtulenmurah dan adamdaniel81)
- A.S.A.P atau ASAP
As Soon As Possible, secepat mungkin (*credit to ratusanRM)
- Astrok
Ulang tayang, mungkin gabungan perkataan A stro + Teruk = Asterok, merujuk Thread itu sudah ada, dipostkan oleh rakan-rakan CG lain sebelum dipostkan oleh kita
- Bebenang
Diadaptasi daripada perkataan Thread (benang dalam bahasa Malaysia), merujuk kepada Thread atau Topik (*credit to tokmudin)
- Biar betik
Diadaptasi daripada perkataan 'Biar betul' (*credit to zkry)
- Bro
Brother, dipendekan menjadi bro, merujuk kepada 'saudara' bagi Forumer lelaki (*credit to zkry)
- B.U.M.P atau BUMP
Bringing Up My Post, merujuk kepada post/komen kita pada thread kita sendiri untuk melonjakkan thread kita ke depan
- Cai
Diadaptasi daripada perkataan 'pencacai', merujuk kepada golongan yang membela kesalahan. Yang juga kebiasaannya berlaku dalam section Politic iaitu membela Parti Politik masing-masing (*credit to nvmname)
- CCL atau ccl
Chit Chat Lover, dipendekkan menjadi CCL, mana-mana thread dibuka oleh mana-mana Thread Starter diubah oleh Tuan Super Moderator ke section CCL kerana post-post dalam Thread tersebut terlalu banyak berbual kosong (*credit to susah2je)
- Cer citer
Cuba ceritakan (*credit to skyside)
- CG
CariGold.com, dipendekkan menjadi CG
- CM atau CGCM
Certified Member, dipendekkan menjadi CM, rakan-rakan atau Masta-Masta CG akan mendapat pengiktirafan ini dan satu ikon CG Certified Member diletakkan bersebelahan avatar masing-masing setelah memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh pihak pengurusan CG (*credit to zkry)
- CGS
CariGold.com Supporter, dipendekkan menjadi CGS, rakan-rakan atau Masta-Masta CG akan mendapat pengiktirafan ini dan satu ikon CG Suppoter diletakkan bersebelahan avatar masing-masing setelah membuat sejumlah bayaran yang ditetapkan oleh pihak pengurusan CG. CGS mendapat keistimewaan seperti avatar lebih besar, dibenarkan meletakkan 'banner' pada signature mereka dan 250 inbox PM (*credit to zkry)
- CGLS
CariGold.com Lifetime Supporter, dipendekkan menjadi CGLS, rakan-rakan atau Masta-Masta CG akan mendapat pengiktirafan ini dan satu ikon CG Lifetime Suppoter diletakkan bersebelahan avatar masing-masing setelah membuat sejumlah bayaran yang ditetapkan oleh pihak pengurusan CG. CGLS mendapat keistimewaan seperti avatar lebih besar, dibenarkan meletakkan 'banner' pada signature mereka, boleh menggunakan 'invisible mode' (lampu online bersebelahan ID tidak menyala) dan 500 inbox PM (*credit to zkry)
- Close Thread atau tutup Thread
Permintaan kepada Tuan Super Moderator untuk menutup (delete) Thread daipada menerima komen atau Reply. Di mana Thread hanya boleh dilihat (View) sahaja lepas Thread ditutup (*credit to Iman_Sr)
- COD
Cash on Delivery, merujuk kepada bersua muka/berjumpa untuk urusan jual beli barang
- Cop tempat dulu, Parking dulu
Merujuk kepada 'Bookmark this Thread', untuk menandakan/save Thread yang kita jumpa, baca, nanti, bila offline, online semula ia akan memudahkan kita untuk sambung baca artikel di thread berkenaan (*credit to zkry)
- Forex
Gabungan perkataan 'Foreign' dan 'Exchange', menjadi Forex, pertukaran mata wang asing (*credit to imatheonlyone)
- Forum Sebelah
Merujuk kepada Forum WangCyber.com atau dipendekkan menjadi WC (*credit to sharemalaysia)
- GAH
Golongan Anti Hadis, dipendekkan menjadi GAH (*credit to Hitman™)
- Gambir
Gambar (*credit to ARIFFX)
- Gomen
Diadaptasi daripada perkataan 'goverment', bererti kerajaan atau seseorang yang merupakan kakitangan kerajaan (*credit to Atomars)
- Halimunan
Merujuk kepada 'Invisible Mode' CGLS (lampu online bersebelahan ID tidak menyala), biasanya dijumpai di Thread CG Supporter (*credit to Iman_Sr)
- Hapdet
Diadapatasi daripada perkataan 'Update', menambah maklumat terkini dan terbaru (*credit to Bro_Izantie dan seph)
- Hijack
Mengepost dalam Thread orang lain bagi tujuan promosi dan selalunya salah masuk section, terutamanya orang baru (Newbie) (*credit to biggie80)
- HYIP
High Yield Investment Program, dipendekkan menjadi HYIP, Program Pelaburan yang mendatangkan hasil yang lumayan (*credit to imatheonlyone)
- Inzal
Inzal tu merujuk kepada penampilan kereta orang kaya yang tip top dari segi dalamannya (interior) atau luarannya (*credit to TXT)
- JAYOR
Join at Your Own Risk, dipendekkan menjadi JAYOR, biasanya dijumpai di Thread HYIP (High Yield Investment Program) (*credit to Iman_Sr dan butterfingers)
- Kaki Korek
Gelaran yang diberikan kepada Forumer yang suka 'mengorek' thread-thread lama (*credit to Atomars)
- Kaki spin
Kaki putar, merujuk kepada golongan yang sentiasa menukar topik, kebiasaannya berlaku dalam thread Politic (*credit to nvmname)
- Kedai Gambar
Merujuk kepada penggunaan aplikasi software Adobe Photoshop untuk tujuan menyunting gambar (*credit to ZHARIFSOFIA)
- Kedai Sebelah
Merujuk kepada thread yang berbeza tapi menjual barangan sama dalam section 'General Stuffs & Products', 'Electrics, Electronics, DIY' dan lain-lain (*credit to biggie80)
- Kenduri
Makan-makan, biasanya digunakan di section Sport - Soccer - EPL, contoh penggunaan ayatnya " Rumah (Chelsea) takde buat kenduri atau makan-makan ke, kan dah bawah 2 - 1 malam nie (17-11-2012)? " (*credit to Iman_Sr)
- Kepsi
Diadaptasi daripada perkataan 'KFC', Kentucky Fried Chicken (*credit to d_conan)
- Kondifen
Diadaptasi daripada perkataan 'confident', yakin, percaya (*credit to matalim)
- Kotak Mimpi/Kotak Terbuka/Kotak Langit
Diterjemahkan daripada perkataan 'SkyBox', menyerupai kotak langgan A stro, tetapi dicaj mengikut langgan Internet kita (*credit to Nobu)
Merujuk kepada Dreambox/Openbox/Skybox dalam section "Electrics, Electronics, DIY" (*credit to biggie80)
- Langau
Merujuk kepada Forumer yang suka bercakap kosong/luar topik(off-topic) dan suka SPAM kepada mana-mana Thread (*credit to biggie80)
- Link mati
Merujuk kepada link download yang telah tamat tempoh dan tidak boleh digunakan lagi (*credit to wawantow)
- Lucas
Sebutan yang lebih sopan untuk perkataan 'lucah'
- Makan Popcorn
Murujuk kepada kebiasaan membeli dan memakan Popcorn ketika menonton wayang, di mana sedang ada 'drama' berlaku dalam sesuatu Thread (*credit to RuthlessFairy)
- Masta
Master, gelaran untuk orang-orang lama dan otai-otai CG
- Masuk penjara
Merujuk kepada hukuman melanggar terma dan peraturan CG yang membawa kepada banned (tidak boleh login CG) samada seminggu ataupun sebulan. Permanently Banned akan dikenali sebagai 'penjara seumur hidup' (*credit to d_conan dan Poziabb)
- Mekdi
Diadaptasi daripada perkataan 'McD', McDonald (*credit to d_conan)
- Melecak atau Merembes
Perkataan untuk pasangan-pasangan kekasih (couple) yang suka melakukan perbuatan yang tidak senonoh. Juga terpakai jika melihat gambar artis yg seksi. Juga sesuai untuk menggambarkan makanan seperti burger yang melimpah-limpah sos nya digambarkn seperti melecak-lecak (*credit to alonso)
- Memey atau meme
Memang la, memang lah (*credit to traderfox)
- Menyepam
Melakukan aktiviti 'spamming', menulis komen/post yang sama berulang kali (*credit to ARIFFX)
- Meroyan
Merujuk kepada peminat-peminat pasukan lawan yang datang post/komen tanpa diundang di mana, post-post dan komen-komen berkenaan berbentuk rasa tidak puas hati akan kemenangan yang diperolehi oleh pasukan yang tidak disokongnya. Biasanya, perkataan ini digunakan di Thread-Thread yang berkaitan dengan Bola Sepak (*credit to Iman_Sr dan traderfox)
- Mod
Moderator, dipendekkan menjadi Mod, merujuk kepada Tuan-Tuan Super Moderator CG
- Nakharom, Nohorom
Diadaptasi daripada perkataan 'Anak Haram', diubah supaya berbunyi lebih sopan, banyak dijumpai di section News, Current Issues, Rumours, dan kadang-kadang muncul di section Politics dan Santai, Others (*credit to traderfox)
- OMG, Hamaigad
Oh, My God! atau Oh, My Gosh! dipendekkan menjadi OMG, Hamaigad diadaptasi daripada ayat 'Oh, My God!(*credit to ipp)
- Orait
Diadaptasi daripada perkataan 'All Right', baiklah (*credit to wawantow)
- Osem, Ohsem
Diadaptasi daripada perkataan 'Awesome', menarik (*credit to seether)
- Payung
Belanja, biasanya digunakan untuk belanja kawan lepak minum atau makan (*credit to Iman_Sr)
- Pencerahan
Penerangan, nakkan maklumat lanjut atau maklumat yang lebih jelas, terperinci (*credit to noradrenalina)
- Perasantan
Diadaptasi daripada perkataan 'Perasan', mungkin gabungan perkataan Perasan + Santan = Perasantan (*credit to razzo)
- Popit
Diadaptasi daripada perkataan 'Profit', keuntungan (*credit to jamtulenmurah)
- PM atau pm
Private Message, dipendekkan menjadi PM (*credit to i3l4ck)
- Ramas mesra
Ramah mesra, sesi beramas mesra bermaksud sesi beramah mesra, berkenal-kenalan, 'ice breaking' masa jumpa kat mana-mana TT Session (Teh Tarik Session), gathering. (*credit to ARIFFX)
- Rare
Merujuk kepada sesuatu yang antik, jarang jumpa ataupun susah nak jumpa. (*credit to seether)
- Retis
Diadaptasi daripada perkataan 'artis', selebriti (*credit to Atomars)
- Rumah Sebelah
Merujuk kepada topik/Thread lain yg dah dibuka oleh rakan-rakan lain di CG (*credit to tokmudin)
(Tahun 2005) Thread atau topik berkenaan, sudah ada di forum lain. Di mana dulu-dulu ramai Forumer join banyak Forum (*credit to susah2je)
Merujuk kepada forum sebelah, jiran CG iaitu No Gold or Cari (*credit to viper207)
- RV
Redenomination Value, dipendekkan menjadi RV (*credit to jamtulenmurah)
- Sedut
Muat turun (Download) (*credit to GhostTrader)
- Sekam, Sekem, Sekem dan Menyekam
Diadaptasi daripada perkataan 'scam', bermaksud menipu, lebih kepada penipu urusniaga jual beli (*credit to matalim dan Bro_Izantie)
- Setan dah kuar Jamban
Merujuk kepada peminat-peminat Manchester United (MU) yang suka keluar pergi mengganggu Thread-Thread lawan (rival) lain tanpa diundang (*credit to alonso)
- Siggy
Signature, merujuk kepada iklan kita yang biasanya diletak di bawah post-post/komen-komen kita
- Sis
Sister, dipendekan menjadi sis, cik adik, merujuk kepada 'saudara' bagi Forumer wanita, gadis (*credit to zkry)
- SS
Screen Shot atau Snap Shot, dipendekkan menjadi SS (*credit to GhostTrader)
- Tacing
Diadaptasi daripada perkataan 'Touching', menyentuh hati (*credit to zaralove)
- Tepek
Tampal, merujuk kepada permintaan untuk kepilkan (attach) sesuatu (*credit to mr.dede)
- Trance
Transgender, merujuk kepada perbuatan mengubah jantina, lelaki ke perempuan dan sebaliknya (*credit to jamtulenmurah)
- TT atau tt
Tuan Tanah, merujuk kepada pembuka thread (Thread Starter), pemilik satu-satu thread
- TT Session atau TTS
Teh Tarik Session, ngeteh. Lepak kat Kedai Mamak, minum-minum, gosip-gosip, 'bisnes presentation' atau mengumpat-mengumpat secara off-line (*credit to ARIFFX)
- Typo
Merujuk kepada perbuatan salah menaip sesuatu perkataan (*credit to 302)
- Wassap atau wasap
Diadaptasi daripada perkataan 'What's up', apa hal? (*credit to wawantow)
- Welkam
Diadaptasi daripada perkataan 'Welcome', selamat datang (*credit to kalamsiber)
- WTA
Want to Ask, hendak bertanya sesuatu, tanda yang biasanya diletakkan pada tajuk Thread sebagai petunjuk kita ini hendak bertanya sesuatu kepada rakan-rakan Forumer yang lain (*credit to viper207)
- WTB
Want to Buy, hendak menbeli sesuatu, tanda yang biasanya diletakkan pada tajuk Thread sebagai petunjuk barangan ini hendak dibeli (*credit to Atomars)
- WTF
Want to Find, hendak mencari sesuatu, tanda yang biasanya diletakkan pada tajuk Thread sebagai petunjuk kita ini hendak mencari sesuatu dan memohon bantuan rakan-rakan Forumer yang lain (*credit to viper207)
- WTH
Want to Hired, hendak mengupah seseorang, tanda yang biasanya diletakkan pada tajuk Thread sebagai petunjuk kita ini hendak mengupah rakan-rakan Forumer lain untuk membuat kerja untuk kita (*credit to viper207)
- WTS
Want to Sell, hendak menjual sesuatu, tanda yang biasanya diletakkan pada tajuk Thread sebagai petunjuk barangan ini hendak dijual (*credit to Atomars)
- WTT
Want to Trade, hendak menukar sesuatu, tanda yang biasanya diletakkan pada tajuk Thread sebagai petunjuk barangan ini hendak ditukarkan barang yang lain yang sama nilai ataupun tidak (*credit to maxpda)
Forex Section
- Aston Martin
Martingale Technique (*credit to wawantow)
- BOE
Bank of England (*credit to wawantow)
- BOJ
Bank of Japan (*credit to wawantow)
- BE
BreakEven (*credit to wawantow)
- Broka
Broker (*credit to cipakuk)
- Cable
Pound British (*credit to wawantow)
- Cik Marginah atau MC equal
Margin call (*credit to azrulahmad)
- Cokeng
Price (harga) naik (*credit to wawantow)
- FR
Federal Reserve (*credit to wawantow)
- Kek Lapis Sarawak
Membuka posisi (position)/order yang sama (Sell atau Buy) secara berlapis-lapis atau bertingkat-tingkat (*credit to cipakuk)
- Mapuh Kerah
Margin call (*credit to jinlapar)
- MM
Money Management (*credit to cipakuk)
- Popit
Profit (*credit to cipakuk)
- SL
StopLoss (*credit to cipakuk)
- TAYOR
Trade at Your Own Risk, dipendekkan menjadi TAYOR (*credit to mr.dede dan wawantow)
- Tiruk
Price (harga) turun (*credit to wawantow)
- TOYOL
Trade on Your Own Loss, dipendekkan menjadi TOYOL (*credit to wawantow)
- TL
TrendLine (*credit to wawantow)
- TP
Take Profit (*credit to cipakuk)
Politic Section
- ABU
Asal Bukan Umno, dipendekkan menjadi ABU (*credit to Bro_Izantie)
- TUKAR
Tolak UMNO Kerana Aniaya Rakyat, dipendekkan menjadi TUKAR (*credit to Bro_Izantie)
Electrics, Electronics, DIY Section
- C-garis
Pembekal (provider) yang menyediakan perkhidmatan menonton TV Satellite (*credit to kekez)
- Burung Besi
Satellite yang hendak ditembak (*credit to kekez biggie80)
- FTA
Free to Air (*credit to kekez)
- Indomie
Satellite 'IndoSat' (*credit to biggie80)
- Peluru Besi
LNB (*credit to kekez)
- Piring atau Kuali
Satellite Dish (*credit to biggie80)
- Tembak
Menetapkan arah muka Piring/Satellite Dish ke arah sesuatu Satellite yang tertentu (*credit to biggie80)
- Tomyam
Satellite 'ThaiCom' (*credit to biggie80)
- Transponder List
TP List (*credit to kekez)
- Xstro
A stro (*credit to biggie80)
Jadi, rakan-rakan dan Masta-Masta CG, kongsikan perkataan-
perkataan pelik dan selalu dijumpai di CG nie beserta maksudnya,
saya akan update pada first page dari semasa ke semasa
Last edited: