Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Religious Talk

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 06-11-2012, 10:30 PM
Nizam Safuan Nizam Safuan is offline
Account Locked as requested

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2008
Posts: 919
Thanks (Received): 50
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default Sejarah kehidupan Rasulullah (sebelum dan selepas menjadi Rasul Allah)

Salam sahabat2 yg dikasihi. Disini saya nk share sedikit sebanyak ttg perjalanan kehidupan Rasulullah (pada sebelum dan selepas diangkat menjadi Rasul.

Sejarah nabi Muhammad sebelum diangkat menjadi Rasul

Umur 0 - Nabi dilahirkan pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan dgn 20 April 571 Masihi, kira-kira 571 tahun selepas kelahiran Nabi Isa as. Keturunan Bani Hashim yg dihormati dari kalangan suku-suku arab. Bapanya Abdullah bin Abdul Mutalib seorang usahawan yg berpengaruh dan ibunya Aminah datang dari keluarga keturunan bangsawan yg baik-baik, yang mempunyai susur galur dengan keturunan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Umur 1 - disusukan oleh Halimatussaddiah. Budaya org kaya Arab hantar bayi kpd ibu susuan diluar kota mekah agar bayi-bayi dpt menghirup udara yg bersih, terhindar dari penyakit kota dan dapat berbicara dgn bahasa yg murni dan fasih.

Umur 3 - diajar menggembala kambing. Budaya org kaya Arab sebagai satu bentuk pendidikan

Umur 5 - dihantar semula kepada ibu kandungnya Aminah binti Wahab

Umur 6 - Aminah wafat, nabi dibela oleh datuknya Abdul Mutalib ketua pemimpin kaabah di kota mekah. Masyarakat arab pada zaman itu adalah masyarakat yg bertamadun, punya struktur pemerintahan sendiri dan pusat pentadbiran yg dikenali sebagai Darunnadwah.

Umur 8 - Datuknya wafat dan nabi dibela oleh bapa saudaranya Abu Talib juga seorang pemimpin di kota mekah berketurunan bangsawan. Bapa saudara nabi yg lain seperti Al-Harith, Qutham, Az-Zubair, Hamzah, Al-Abbas, Abu Lahab, Abdul Kaabah, Hajl, Dhirar, Al-Ghaidak (sebelah bapanya)

Umur 12 - Diajar berniaga ke Syam oleh bapa saudaranya Abu Talib

Umur 15 – Diberikan tanggungjawab mengendalikan bantuan logistik dalam perang yang dikenali sbg Harbul Fijar (Nabi belajar selok belok peperangan)

Umur 17 - Nabi menyertai sebuah pertubuhan ala-NGO yg dikenali sebagai Halful Fudhul yg berperanan membenteras masalah sosial di kota mekah. Pertubuhan ini masih wujud sampai sekarang

Umur 20 - Mengetuai berpuluh kabilah unta berdagang dari mekah ke syam yg jaraknya kira-kira 900km

Umur 25 - Berkahwin dgn Siti Khadijah, seorang janda yang kaya raya

Umur 33 - Nabi dilantik menjadi hakim menyelesaikan masalah perletakan Hajaratul Aswad di kota mekah

Umur 35 - Dianugerahkan gelaran Al-Amin

Umur 37 - Mengasingkan diri dgn bertahnud (pemusatan jiwa) di Gua Hirak

Umur 40 - Nabi mendapat wahyu pertama dan secara rasminya diangkat menjadi Rasul.


Perjalanan selepas diangkat menjadi Rasul Allah

Umur 40 - Mendapat wahyu yg pertama iaitu surah Al-Alaq (ayat 1-7). 3 tahun selepas itu turun wahyu yg seterusnya iaitu Surah Al-Qalam (ayat 1-7), surah Al-Muzammil (ayat 1-7), surah Al-Mudatsir (ayat 1-7) dan seterusnya surah Al-Fatihah (surah pertama yg diturunkan lengkap. Inilah surah yg dikenali sebagai ummul-kitab dan dikatakan sebagai perkataan yg berat dalam 73:5)

Umur 40-53 - Baginda menyampaikan wahyu secara senyap-senyap dan bersembunyi di rumah2 sahabatnya yg dikenali sebagai Abu Abdillah al-Arqam bin Abi al-Arqam, seorang ahli perniagaan berpengaruh dari kalangan suku Makhzum. Wahyu yg diturunkan pada waktu ini dikenali sebagai surah makiyyah.

Umur 45 - mencari bantuan perlindungan dari Raja Habsyah yg beragama Nasrani kerana Nabi dan pengikut2nya ditindas oleh kaum musyrikin mekah. Umar Al-Khattab dan bapa saudaranya Hamzah masuk Islam.

Umur 50 - Tahun kesedihan bagi Nabi. Abu Talib dan Siti Khadijah wafat.

Umur 51 - Peristiwa Isra Mikraj. Nabi diperturunkan perintah solat dari Allah.

Umur 52 - Perjanjian Aqabah yg pertama. 13 org dari Yathrib bertemu Rasulullah di kota mekah utk masuk islam dan menyatakan janji setia (berbaiah) kepada Allah dan Rasulullah

Umur 53 - Nabi berhijrah ke Yathrib utk proklamasi kerajaan Islam yg dinamakan sebagai Madinah. Merangka dan melaksanakan undang-undang Piagam Madinah. Mendirikan masjid Quba sebagai tempat beribadah, bermesyuarat, berniaga, pentadbiran dsb. Wahyu yg diturunkan pada waktu ini dikenali sebagai surah madaniyyah.

Umur 55 - Perang Badar. Amr bin Hisyam (atau nama gelarannya Abu Jahal, ketua org musyrikin) mati dalam peperangan ini. Abu Sufyan ambil alih pemerintahan kota mekah.

Umur 56 - Perang Uhud
Umur 58 - Perang Khandak/Ahzab
Umur 58 - Kaum musyrikin kalah dalam perang Khandak. Perjanjian Hudaibiyah diadakan antara kaum muslimin dan kaum musyrikin bagi membolehkan umat islam mengerjakan haji di kaabah.

Umur 61 - Kaum musyrikin mekah memungkiri Perjanjian Hudaibiyah. Mekah diperangi dan ditakluki oleh kaum muslimin dalam peperangan yg dikenali sebagai peperangan Al-Fath. Abu Sufyan masuk islam. Syiar islam disebarkan ke seluruh dunia.

Siri-siri peperangan selepas Penaklukan kota Mekah

Umur 61 – Perang Mut’ah (Pembawa utusan, Harith b. Umair al-Azdi dibunuh oleh Raja Basrah, wakil Hercules)
Umur 61 – Perang Hunain (Puak Hawazin dan Thaqif menyerang Makkah bagi mengelakkan puak mereka diserang)
Umur 62 – Perang Tabuk (Raja Rom Hercules ingin menyerang Madinah mendengarkan siri kemenangan umat Islam dalam perang-perang sebelumnya)

Umur 63 - Nabi wafat kesan daripada diracun.

Semoga memberi manfaat. Yg baik datang dari Allah, yg buruk datang dari kelemahan diriku ini.
Terima kasih
Reply With Quote
Thanks haudli, Berfikir, syahays, kalamsiber, Niyang and 32 others thanked for this post
Paid Advertisement
  #2  
Old 06-11-2012, 10:46 PM
Nizam Safuan Nizam Safuan is offline
Account Locked as requested

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2008
Posts: 919
Thanks (Received): 50
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Harap memberikan manfaat. Saya ringkaskan agar mudah difahami
Reply With Quote
  #3  
Old 06-11-2012, 10:53 PM
MHaffiezMNazri MHaffiezMNazri is offline
Super Active

MHaffiezMNazri's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jul 2012
Location: Kuala Lumpur, MALAYSIA
Posts: 5,204
Thanks (Received): 676
Likes (Received): 347
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by Nizam Safuan View Post
Umur 0 - Nabi dilahirkan pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan dgn 20 April 571 Masihi, kira-kira 571 tahun selepas kelahiran Nabi Isa as. Keturunan Bani Hashim yg dihormati dari kalangan suku-suku arab. Bapanya Abdullah bin Abdul Mutalib seorang usahawan yg berpengaruh dan ibunya Aminah datang dari keluarga keturunan bangsawan yg baik-baik, yang mempunyai susur galur dengan keturunan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.
Umur 5 - dihantar semula kepada ibu kandungnya Aminah binti Wahab
Sekadar bertanya:

Abdullah bin Abdul Mutalib - tapi ini zaman Jahiliah... Allah, bermaksud Tuhan yang Satu telah lama digunakan walau sebelum baginda menjadi nabi.....

Ada juga tuhan bulan yang disembah yang diberi nama Allah


Aminah binti Wahab - wahab salah satu nama Tuhan... pun zaman jahiliah.....

Kenapa bila orang kafir guna perkataan Allah ramai orang di sini melenting? Sedangkan perkataan Allah yang bermaksud Tuhan yang Satu telah lama digunakan masyarakat Arab Kristian, Malta Kristian, dan Arab Jahiliah (dan beberapa yang lain)...

(sekadar bertanya, nak melihat apa jawapan TT atau saudara2 lain
__________________
MHaffiezMNazri is also reachable on WhatsApp
Adult ADHD: difficulty following directions, remembering information, concentrating, organising tasks, or completing work on time.
Reply With Quote
  #4  
Old 06-11-2012, 10:54 PM
amuk293 amuk293 is offline
Active Plus

amuk293's Avatar
 
Trader Rating: (6)
Join Date: Jan 2008
Posts: 4,027
Thanks (Received): 7
Likes (Received): 18
Active Level
My Mood:
Default

yg last skali tu nabi wafat kesan diracun??betul ke ni??
__________________
Jom Ke Open House Rumah Saya Di Sini: SHAIN'S HOUSE
Reply With Quote
  #5  
Old 06-11-2012, 10:56 PM
MHaffiezMNazri MHaffiezMNazri is offline
Super Active

MHaffiezMNazri's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jul 2012
Location: Kuala Lumpur, MALAYSIA
Posts: 5,204
Thanks (Received): 676
Likes (Received): 347
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by Nizam Safuan View Post
Umur 63 - Nabi wafat kesan daripada diracun.
Quote:
Originally Posted by amuk293 View Post
yg last skali tu nabi wafat kesan diracun??betul ke ni??
Oh my God! Ya Allah!
__________________
MHaffiezMNazri is also reachable on WhatsApp
Adult ADHD: difficulty following directions, remembering information, concentrating, organising tasks, or completing work on time.
Reply With Quote
  #6  
Old 06-11-2012, 10:58 PM
Ibn Raffar Ibn Raffar is offline
Super Active

Ibn Raffar's Avatar
 
Trader Rating: (28)
Join Date: May 2011
Posts: 6,753
Thanks (Received): 320
Likes (Received): 22
Active Level
My Mood:
Default

TT, tarikh kelahiran 12 Rabiul Awal tu tiada dalil yang sahih kan...

p/s: cadangan ambe, bila mengisahkan apa2 tentang Nabi kita mestilah berlandaskan dalil sahih supaya niat baik kita tidak terjerumus ke dalam perbuatan 'berbohong mengenai diri Baginda SAW'.wallahu 'alam.

Last edited by Ibn Raffar; 06-11-2012 at 11:07 PM.. Reason: edit
Reply With Quote
  #7  
Old 06-11-2012, 11:00 PM
Nizam Safuan Nizam Safuan is offline
Account Locked as requested

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2008
Posts: 919
Thanks (Received): 50
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by amuk293 View Post
yg last skali tu nabi wafat kesan diracun??betul ke ni??
Yes. nabi wafat sbab pernah diracun oleh seorg wanita yahudi
Reply With Quote
  #8  
Old 06-11-2012, 11:01 PM
Nizam Safuan Nizam Safuan is offline
Account Locked as requested

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2008
Posts: 919
Thanks (Received): 50
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by Ibn Raffar View Post
TT, tarikh kelahiran 12 Rabiul Awal tu tiada dalil yang sahih kan...
Wallahua'lam. Allah lebih mengetahui
Reply With Quote
  #9  
Old 06-11-2012, 11:01 PM
amuk293 amuk293 is offline
Active Plus

amuk293's Avatar
 
Trader Rating: (6)
Join Date: Jan 2008
Posts: 4,027
Thanks (Received): 7
Likes (Received): 18
Active Level
My Mood:
Default

setahu saya ramai yg cuba racun Rasulullah tapi semuanya tak berjaya..adalah mustahil rasulullah wafat kesan dri diracun...agak2 laa nk copy and paste TT...klu betul,tepek ceritanya kat sini biar sama2 kita menilai......
__________________
Jom Ke Open House Rumah Saya Di Sini: SHAIN'S HOUSE
Reply With Quote
  #10  
Old 06-11-2012, 11:02 PM
Nizam Safuan Nizam Safuan is offline
Account Locked as requested

 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2008
Posts: 919
Thanks (Received): 50
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by MHaffiezMNazri View Post
Sekadar bertanya:

Abdullah bin Abdul Mutalib - tapi ini zaman Jahiliah... Allah, bermaksud Tuhan yang Satu telah lama digunakan walau sebelum baginda menjadi nabi.....

Ada juga tuhan bulan yang disembah yang diberi nama Allah


Aminah binti Wahab - wahab salah satu nama Tuhan... pun zaman jahiliah.....

Kenapa bila orang kafir guna perkataan Allah ramai orang di sini melenting? Sedangkan perkataan Allah yang bermaksud Tuhan yang Satu telah lama digunakan masyarakat Arab Kristian, Malta Kristian, dan Arab Jahiliah (dan beberapa yang lain)...

(sekadar bertanya, nak melihat apa jawapan TT atau saudara2 lain

Saya xtahu org lain. saya percaya sewaktu nabi diutuskan, pada waktu itu sudah ada org islam yg dikenali sebagai Milah Ibrahim
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump