Forex Gratis! Modal - hadiah dari broker. Dapatkan bonus $50!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Official News, Current Issues

Official News, Current Issues Discuss daily updated official news from tv to newspapers, current issues from locals to all around the world.

CG Sponsors



Recommended Brokers

CG Updates
0 Video embed in post
Last Post: CariGold
Posted On: 15-12-2016
Replies: 0
Views: 9,469
0 Software Upgrade
Last Post: CariGold
Posted On: 09-12-2016
Replies: 1
Views: 7,302
0 New forum feature to help you manage updates of your own thread
Last Post: CariGold
Posted On: 22-02-2016
Replies: 0
Views: 32,300
More...
View Poll Results:
0 0%
Voters: 0. You may not vote on this poll

Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 12-11-2007, 03:04 PM
NEMO NEMO is offline
CG Super Hardcore

NEMO's Avatar

 
Trader Rating: (241)
Join Date: Jan 2007
Location: 10-30% bulanan tanpa gagal..berminat?
Posts: 108,058
Post Thanks / Like
Thanks (Received): 1026
Likes (Received): 2
Dislikes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default Semakan Semula - Pulau Batu Putih (Malaysia vs Singapura)

Quote:
Originally Posted by TT View Post
Semakan Pulau Batu Puteh tak jejas hubungan


TIMBALAN Menteri Luar Negeri Merangkap Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican ketika sidang media pada Program Mobile Community Transformation Centre (CTC) di Perkarangan Sekolah Kebangsaan Bertam Perdana, Kepala Batas. - Foto Zulaikha Zainuzman

KEPALA BATAS: Permohonan semakan semula di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung kedaulatan Batu Puteh tidak akan menjejaskan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Singapura.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata permohonan yang dikemukakan Malaysia itu adalah berdasarkan undang-undang antarabangsa, yang mana ia perlu dibuat dalam tempoh 10 tahun selepas kes itu dibangkitkan pada 2008.

"Kerajaan yakin permohonan semakan semula ini tidak akan mengeruhkan hubungan kerana sewaktu ICJ memutuskan Batu Puteh adalah hak Singapura, kita akur.

"Selepas itu juga berlaku peningkatan dalam perdagangan antara kedua-dua negara, malah hubungan juga semakin erat," katanya pada sidang media selepas Majlis Sumbangan Peralatan Sekolah dan Penyerahan Geran Biasiswa oleh Yayasan Kebajikan Pelajar Malaysia, di sini, hari ini.

Pada 23 Mei 2008, ICJ memutuskan kedaulatan Batu Puteh yang terletak di perairan luar pantai Johor adalah milik Singapura dengan keputusan majoriti 12:4, manakala Batuan Tengah pula diputuskan sah milik Malaysia dengan keputusan majoriti 15:1.

Semakan semula itu dikemukakan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang memfailkan permohonan itu di ICJ, The Hague, Belanda.


http://www.bharian.com.my/node/244381

Quote:
Originally Posted by TT View Post
Singapura kaji fakta baru dikemuka Malaysia



SINGAPURA: Singapura dilaporkan berkata ia akan mengkaji dokumen yang dikemukakan Malaysia sebagai sebahagian daripada asas permohonannya kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) supaya membuat semakan semula terhadap penghakiman mengenai pemilikan Pulau Batu Puteh (Pedra Branca).


Channel NewsAsia melaporkan lewat Sabtu bahawa Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam berkata beliau telah melihat dokumen berkenaan dan sebuah pasukan undang-undang akan meneliti dokumen itu serta memberi repsons sewajarnya.

Shanmugam juga berkata Malaysia perlu memenuhi beberapa syarat seperti yang ditetapkan mahkamah.

"Antaranya ialah terdapat fakta baharu dan fakta baharu yang ditemukan itu akan menghasilkan perbezaan penting, manakala skop perundangan secara khusus pula perlu dijelaskan.

"Jika dilihat dari perspektif itu, saya tertanya-tanya apakah fakta baharu yang terkandung dalam dokumen berkenaan dan bagaimana akan membawa sebarang perbezaan terhadap kes itu atau mewujudkan sebarang perbezaan," kata beliau seperti yang dilaporkan.

Fakta baharu yang mendorong Malaysia memohon agar semakan dibuat terhadap keputusan ICJ mengenai Pulau Batu Puteh itu merujuk kepada tiga dokumen yang ditemukan di National Archives of the United Kingdom.

Dalam siaran akhbar melalui laman sesawangnya pada Jumaat, ICJ berkata dokumen itu ialah surat-menyurat dalaman pihak berkuasa tanah jajahan Singapura pada 1958, laporan mengenai satu kejadian yang difailkan pada 1958 oleh seorang pegawai tentera laut Britain dan satu peta bernota mengenai operasi tentera laut mulai 1960-an.

Dokumen itu ditemukan di arkib berkenaan antara 4 Ogos 2016 dan 30 Januari 2017, katanya.

Malaysia memfailkan permohonan tersebut pada Khamis. - BERNAMA


Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berit...xeTACv06cXE.99
Quote:
Originally Posted by TT View Post
Rekod komunikasi Pulau Batu Puteh antara dorongan ke ICJ

KUALA LUMPUR 6 Feb. - Penemuan rekod komunikasi antara pemimpin tertinggi British pada lewat 1950-an yang menyatakan Pulau Batu Puteh bukan milik Singapura dipercayai salah satu faktor mendorong Malaysia memohon semakan semula dalam kes tuntutan bertindih terhadap pulau tersebut.


Timbalan Pengarah Institut Pengajian Malaysia dan Antarabangsa (Ikmas), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Sufian Jusoh (gambar) mendakwa, Singapura juga mengetahui mengenai rekod komunikasi tersebut tetapi mereka menyembunyikannya selama ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga pakar undang-undang antarabangsa percaya Malaysia mempunyai peluang cerah dalam proses se*makan semula keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) tersebut.

“Rekod membabitkan pemim*pin tinggi British di Singapura ketika itu secara ringkasnya menyatakan bahawa Pulau Batu Puteh bukan milik Singapura. Ini merupakan bukti yang tidak pernah diketahui oleh Malaysia selama ini.

“Sekiranya Singapura tiada dokumen sokongan lain untuk ‘melawan’ bukti baharu dikemukakan Malaysia ini, dipercayai keputusan yang sangat positif akan memihak kepada negara,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jumaat lalu, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali memberitahu, kerajaan telah memfailkan permohonan semakan keputusan ICJ dalam kes tuntutan Pulau Batu Puteh.

Mohamed Apandi berkata, permohonan tersebut difailkan di ICJ di The Hague, Belanda selepas penemuan fakta baharu yang boleh memberi kesan terhadap keputusan sebelum ini yang memihak kepada Singapura.

Mengulas lanjut, Sufian menjelaskan, sekiranya keputusan memihak kepada Malaysia, sudah tentu ia akan memberi kesan kepada Singapura khususnya di Zon Ekonomi Eksklusif negara itu.

Katanya, ketika ini, Singapura menikmati Zon Ekonomi Eksklusif yang terletak kira-kira 200 batu nautika dari pantai negara itu disebabkan oleh pemilikan Pulau Batu Puteh.

“Sekiranya diputuskan Pulau Batu Puteh bukan milik Singapura, sudah tentu memberi kesan terhadap Zon Ekonomi Eks*klusif dinikmati mereka memandangkan jarak persempadanan negara itu kembali kepada 12 batu nautika dari pantai berbanding 200 batu nautika ketika ini,” jelas beliau.

Dalam pada itu, Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Madya Dr. Mohd. Hisham Mohd. Kamal berkata, Malaysia cukup yakin dengan bukti yang dikemukakan kepada ICJ berhubung kes tersebut.

“Kos yang diperlukan untuk membawa semula kes ini bukan sedikit, manakala masa yang diperlukan juga bukannya pendek. Apabila Malaysia tampil mengemukakan fakta baharu, sudah mesti ada bukti yang kukuh,” ujarnya.


https://www.utusan.com.my/berita/nas...apura-1.441422
Quote:
Originally Posted by TT View Post
Batu Puteh: Ketengah fakta sejarah tidak boleh dicabar



KUALA LUMPUR 5 Feb. – Bukti sejarah yang tidak boleh dicabar bahawa Pulau Batu Puteh sememangnya berada dalam wilayah Malaysia dalam setiap keadaan akan memberi peluang cerah kepada Malaysia dalam proses semakan semula keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2008.


Setiausaha Agung Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia-Afrika (AALCO), Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad berkata, merujuk kepada kes kuil purba Preah Vihear sebagai contoh, ICJ memutuskan kuil itu terletak dalam kedaulatan Kemboja kerana wujud bukti sejarah yang tidak boleh disangkal Thailand.

Beliau yang juga pakar undang-undang antarabangsa berkata, sebab itu, tiga dokumen Malaysia ditemukan di National Archives of the United Kingdom itu diharap mempunyai dokumen-dokumen yang menyatakan pulau tersebut adalah hak milik Malaysia dalam apa keadaan sekali gus mengubah keputusan sebelum ini.

“Kita ambil iktibar daripada keputusan ICJ berhubung kes tuntutan kuil Preah Vihear pada tahun 2013, yang mana ICJ berdasarkan bukti sejarah mengesahkan bahawa kuil purba itu berada di bawah kedaulatan kerajaan Kemboja.

“Kita boleh tiru cara ini kerana apa lagi yang kita ada kalau tidak bergantung kepada bukti sejarah, secara keseluruhannya saya menyokong penuh usaha kerajaan yang dike*tuai oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mahu mendapatkan semula pulau ber*kenaan,” katanya ketika dihubu*ngi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Rahmat ber*kata, kerajaan perlu memberi penekanan kepada aspek sejarah dalam isu pertikaian berkenaan bagi menunjukkan kepada ICJ dan pihak lain bahawa aspek tersebut adalah jalan penyelesai*an terbaik.

Menurut beliau, faktor kekalahan Malaysia berhubung Pulau Batu Puteh pada tahun 2008 adalah kerana Singapura telah me*nguasai kawasan tersebut dengan menjalankan pelbagai aktiviti kemanusiaan.

“Perkara itu telah menunjukkan kepada ICJ bahawa Singapura benar-benar mahukan pulau berkenaan dan menganggap ia adalah sebahagian hak milik me*reka,” katanya.


https://www.utusan.com.my/berita/nas...cabar-1.440962
Quote:
Originally Posted by TT View Post
Milik Johor dan mesti kekal sebahagian Johor - Almarhum Sultan Iskandar


Pulau Batu Puteh yang telah diserahkan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) kepada Singapura pada 2008.

ALMARHUM Sultan Iskandar Sultan Ismail sebelum mangkat pernah berpesan, Pulau Batu Puteh adalah milik Johor dan pulau itu mesti kekal menjadi sebahagian daripada Johor.

Semasa baginda menitahkan demikian, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 23 Mei 2008 sudah memutuskan Pulau Batu Puteh yang menjadi pertikaian antara Malaysia dan Singapura sejak 1979 adalah milik Singapura.

Rakyat terutama orang Johor yang kecewa dengan keputusan ICJ menaruh harapan untuk mendapatkannya semula apabila Sultan Iskandar bertitah demikian. Walaupun keputusan sudah dibuat, ramai beranggapan sehingga kini bahawa pulau berke*naan masih lagi ‘milik’ kita.

Selama kira-kira 10 tahun pulau tersebut ‘terlepas’ kepada republik itu, kita masih tidak nampak sebarang jalan atau peluang yang boleh mengembalikannya dalam peta Malaysia. Ini sekali gus menebus kembali maruah dan kedaulatan tanahair.

Sejajar pesanan Sultan Iskandar, anakandanya, Sultan Ibrahim menitahkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 29 Mei 2014 supaya kerajaan negeri menubuhkan sebuah pasukan khas mengkaji untuk membuat rayuan terhadap keputusan ICJ itu.

Keputusan Sultan Ibrahim itu kerana secara sejarahnya pulau berkenaan dimiliki Kesultanan Johor selain cukup sensitif berikutan melibatkan pertikaian wilayah kedaulatan negara.

Apabila kerajaan Malaysia memfailkan permohonan semakan berhubung keputusan ICJ pada 3 Februari lalu dalam kes tuntutan bertindih ke atas pulau itu, rakyat negara ini seakan menoleh semula ke belakang dengan perspektif baharu.

Permohonan semakan oleh Malaysia adalah berdasarkan Perjanjian Khas bertarikh 9 Mei 2003 dan berkuat kuasa pada 9 Mei tahun sama. Semua dilakukan berlandaskan undang-undang antarabangsa dan mengikut ketetapan ICJ di The Hague, Belanda.

Namun reaksi balas Singapura pada 5 Februari lalu mengenai permohonan Malaysia itu dilihat agak kurang ‘terbuka’ apabila melihat fakta baharu dikemukakan negara ini akan membawa atau mewujudkan sebarang perbezaan terhadap keputusan sebelum ini.

Sememangnya fakta baharu itu menerbitkan harapan cerah dalam keputusan semakan semula itu. Ramai pihak juga beranggapan sekiranya ketetapan baharu nanti memihak kepada negara ini, keputusan itu tidak merosak hubungan dua hala. Diharapkan begitulah.

Walau apapun keputusannya nanti, Singapura harus menghormati keputusan mahkamah keadilan itu sekiranya kalah dalam tuntutan baharu sebagaimana Malaysia yang tidak mempersoalkan malah akur apabila tewas dalam perbicaraan di ICJ pada 2008.

Pulau berkenaan hanya sebesar padang bola dengan permukaan batu putih. Mengapa Singapura memandangnya amat penting? Ini kerana kedudukannya amat strategik selain peranan mereka bukan sekadar ‘meninjau’ kapal-kapal nelayan Malaysia menangkap ikan di sekitarnya.

Daripada segi logikal terutama jarak, kedudukannya pulau berke*naan hanya 12.8 kilometer dari Pengerang, Johor berbanding 64 kilometer ke Singapura. Jadi sudah tentu rakyat negara ini nampak rasional dan perlunya tuntutan semula ke atas pulau berkenaan.

Kita tidak tahu apakah Singapura sudah memulakan aktiviti menambak pulau berkenaan seperti dimaklumkan sebelum ini kerana langkah itu jelas akan menyebabkan kerosakan ekosistem hidupan laut selain akan ‘merapatkan’ sempadan antara dua negara itu.

Berdasarkan sejarah, pulau berkenaan mula dipertikakan hak dan teritorinya sejak 37 tahun lalu iaitu selepas Malaysia melakukan pemetaan sempadan maritim yang meliputi Pulau Batu Puteh sebagai wilayahnya pada 1979.

Tuntutan terhadap Batuan Tengah (Middle Rocks) yang terletak kira-kira 0.5 batu nautika dari Pulau Batu Puteh dan Tubir Selatan (South Ledge) yang berada 1.7 batu nautika dari Batuan Tengah, dibuat Singapura pada 1993.

Secara rasminya Singapura yang mengendalikan Rumah Api Horsburgh di atas Pulau Batu Putih mempertikaikan pulau tersebut milik Malaysia menerusi nota bantahan pada 14 Februari 1980.

Selepas ini bagi memastikan pulau tersebut milik Malaysia, pasukan perundangan yang mewakili Malaysia dalam permohonan semakan itu nanti harus melakukan kajian menyeluruh, mendapatkan dokumen soko*ngan selain bersiap sedia sepenuhnya supaya tidak kecundang.

Ini untuk memastikan rakyat Malaysia sekali lagi tidak berputih mata sekiranya Pulau Batu Puteh hilang buat kali kedua kepada Singapura malah untuk selama-lamanya.


https://www.utusan.com.my/berita/wil...-lagi-1.441349

Quote:
Originally Posted by TT View Post
Surat gabenor, peta antara bukti baru Malaysia



Kuala Lumpur: Surat kepada pegawai kanan penjajah British pada 1958, kejadian membabitkan kapal British pada tahun yang sama dan peta Singapura pada 1996 adalah menjadi bukti terbaru dikemukakan Malaysia dalam tuntutannya terhadap Pulau Batu Puteh kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).


Menurut laporan South China Morning Post (SCMP), Malaysia menyatakan dokumen terbabit yang difailkan pada 3 Februari lalu, membuktikan pulau berkenaan miliknya selepas mahkamah memutuskan pada 2008 ia milik Singapura .

Telegram pada 1958 yang dihantar Gabenor Singapura ketika itu kepada Setiausaha Negara (untuk negara jajahan) di London, menyatakan beliau “tidak menganggap Pedra Branca (Pulau Batu Puteh) sebahagian wilayah Singapura”.

Gabenor itu mencadangkan koridor laluan antarabangsa hanya ‘satu batu (1.6km) dari Pulau Batu Puteh’.

Dokumen kedua yang menurut SCMP ia melihat dokumen difailkan Malaysia, ialah kejadian membabitkan kapal British yang ditugaskan mengawal perairan Singapura ‘tidak menganggap kawasan sekitar Pulau Batu Puteh sebagai milik Singapura’.

Menurut laporan kejadian itu yang dihantar kepada Gabenor Singapura, kapal British tidak boleh membantu satu vesel Malaysia yang dikejar bot bersenjata ‘kerana vesel itu masih berada dalam perairan Johor’.

Dokumen ketiga ialah peta pada 1962 namun bertarikh Februari 1966 menunjukkan perairan Singapura ‘tidak termasuk Pulau Batu Puteh.’

Malaysia menyatakan ia melakukan penyelidikan di arkib Britain antara 4 Ogos tahun lalu, hingga 30 Januari tahun ini.

Kerajaan Malaysia pada 2 Februari lalu, memfailkan permohonan bagi semakan keputusan ICJ dalam kes kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, permohonan itu dibuat selepas Malaysia menemui beberapa fakta baru yang menjadi faktor penentu, yang sebelum itu, apabila penghakiman disampaikan, fakta berkenaan tidak diketahui oleh mahkamah dan juga Malaysia sebagai pihak yang memohon semakan.

Beliau berkata, permohonan Malaysia untuk semakan penghakiman ialah kesinambungan proses yang dimulakan pada 9 Mei, 2003 oleh Malaysia dan Republik Singapura, apabila kedua-dua negara bersetuju untuk merujuk pertikaian berhubung kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh (Pedra Branca), Batuan Tengah dan Tubir Selatan kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (“Perjanjian khas”).

Pada 23 Mei, 2008, ICJ memutuskan Singapura mempunyai kedaulatan terhadap Pulau Batu Puteh manakala Batuan Tengah milik Malaysia, Tubir Selatan menjadi milik negara di perairan mana pulau itu terletak.

Pulau Batu Puteh terletak 7.7 batu nautika dari pantai Tanjung Penyusuh, Johor.


http://www.hmetro.com.my/node/204896








INTERNATIONAL COURT OF JUSTICE
Peace Palace, Carnegieplein 2, 2517 KJ The Hague, Netherlands
Tel.: +31 (0)70 302 2323 Fax: +31 (0)70 364 9928
Website: www.icj-cij.org


No. 2008/10
23 May 2008
Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Puteh, Middle Rocks and South Ledge
(Malaysia/Singapore)
The Court finds that Singapore has sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Puteh; that
Malaysia has sovereignty over Middle Rocks; and that sovereignty over South Ledge
belongs to the State in the territorial waters of which it is located


THE HAGUE, 23 May 2008. The International Court of Justice (ICJ), principal judicial organ of the United Nations, today rendered its Judgment in the case concerning Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Puteh, Middle Rocks and South Ledge (Malaysia/Singapore).

In its Judgment, which is final, binding and without appeal, the Court

⎯ finds by twelve votes to four that sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Puteh belongs to the Republic of Singapore;
⎯ finds by fifteen votes to one that sovereignty over Middle Rocks belongs to Malaysia;
⎯ finds by fifteen votes to one that sovereignty over South Ledge belongs to the State in the territorial waters of which it is located.



Reasoning of the Court


The Court first explains that the dispute between Malaysia and Singapore concerns sovereignty over three maritime features in the Straits of Singapore: Pedra Branca/Pulau Batu Puteh (a granite island on which Horsburgh lighthouse stands), Middle Rocks (consisting of some rocks that are permanently above water) and South Ledge (a low-tide elevation).
Having described the historical background of the case, the Court notes that the dispute as to sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Puteh crystallized on 14 February 1980, when Singapore protested against the publication in 1979 by Malaysia of a map depicting the island as lying within Malaysia’s territorial waters. It further observes that the dispute as to sovereignty over Middle Rocks and South Ledge crystallized on 6 February 1993, when Singapore referred to the two features in the context of its claim to Pedra Branca/Pulau Batu Puteh during bilateral negotiations.
⎯ Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Puteh
Malaysia contends that it has an original title to Pedra Branca/Pulau Batu Puteh (dating back from the time of its predecessor, the Sultanate of Johor) and that it continues to hold this title, while Singapore claims that the island was terra nullius in the mid-1800s when the United Kingdom (its predecessor) took lawful possession of the island in order to construct a lighthouse.

- 2 -
Having reviewed the evidence submitted by the Parties, the Court finds that the territorial domain of the Sultanate of Johor did cover in principle all the islands and islets within the Straits of Singapore and did thus include Pedra Branca/Pulau Batu Puteh. It establishes that this possession of the islands by the Sultanate was never challenged by any other Power in the region; and that it therefore satisfies the condition of “continuous and peaceful display of territorial sovereignty”. The Court thus concludes that the Sultanate of Johor had original title to Pedra Branca/Pulau Batu Puteh. It adds that this ancient title is confirmed by the nature and degree of the Sultan of Johor’s authority exercised over the Orang Laut (“the people of the sea”, who inhabited or visited the islands in the Straits of Singapore, including Pedra Branca/Pulau Batu Puteh and made this maritime area their habitat).
The Court then looks at whether this title was affected by developments in the period between 1824 and the 1840s. In March 1824, the colonial Powers in the region, the United Kingdom and the Netherlands, signed a Treaty which had the practical effect of broadly establishing the spheres of influence of the two Powers in the East Indies. As a consequence, one part of the Sultanate of Johor (under Sultan Hussein) fell within the British sphere of influence while the other (under Sultan Abdul Rahman, Sultan Hussein’s brother) fell within a Dutch sphere of influence. In August 1824, Sultan Hussein ceded the island of Singapore, together with its adjacent seas, straits, and islets to the extent of 10 geographical miles from the coast of Singapore to the English East India Company in the so-called Crawfurd Treaty. Finally, in a letter of 25 June 1825, Sultan Abdul Rahman “donated” certain territories, which were already within the British sphere of influence, to his brother, thereby confirming the division of the “old” Sultanate of Johor. After careful consideration of the legal effects of these developments, the Court finds that none of them brought any change to the original title.
The Court turns next to the legal status of Pedra Branca/Pulau Batu Puteh after the 1840s to determine whether Malaysia and its predecessor retained sovereignty over the island. It observes that in order to do so, it needs to assess the relevant facts, consisting mainly of the conduct of the Parties (and of their predecessors) during the period under review.
The Court examines the events surrounding the selection process of the site of the lighthouse and the construction of the latter, as well as the conduct of the Parties’ predecessors between 1852 and 1952 (in particular with respect to the British and Singapore legislation relating to Horsburgh lighthouse and in the context of the Straits lights system; constitutional developments of Singapore and Malaysia; and Johor regulation of fisheries in the 1860s), but is unable to draw any conclusions for the purposes of the case.
The Court notes that in a letter written on 12 June 1953 to the British Adviser to the Sultan of Johor, the Colonial Secretary of Singapore asked for information about the status of Pedra Branca/Pulau Batu Puteh in the context of determining the boundaries of the “Colony’s territorial waters”. In a letter dated 21 September 1953, the Acting State Secretary of Johor replied that the “Johore Government [did] not claim ownership” of the island. The Court considers that this correspondence and its interpretation are of central importance “for determining the developing understanding of the two Parties about sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Puteh” and finds that the Johor’s reply shows that as of 1953 Johor understood that it did not have sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Puteh.
The Court finally examines the conduct of the Parties after 1953 with respect to the island. Having reviewed all arguments submitted to it, it finds that certain acts, inter alia the investigation of shipwrecks by Singapore within the island’s territorial waters and the permission granted or not granted by Singapore to Malaysian officials to survey the waters surrounding the island, may be seen as conduct à titre de souverain. The Court also considers that some weight can be given to the conduct of the Parties in support of Singapore’s claim (i.e., the absence of reaction from Malaysia to the flying of the Singapore ensign on the island, the installation by Singapore of military


- 3 -
communications equipment on the island in 1977, and the proposed reclamation plans by Singapore to extend the island, as well as a few specific publications and maps).
The Court concludes, especially by reference to the conduct of Singapore and its predecessors à titre de souverain, taken together with the conduct of Malaysia and its predecessors including their failure to respond to the conduct of Singapore and its predecessors, that by 1980 (when the dispute crystallized) sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Puteh had passed to Singapore. The Court thus concludes that sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Puteh belongs to Singapore.
⎯ Sovereignty over Middle Rocks and South Ledge
Malaysia claims that the two maritime features have always been under Johor/Malaysian sovereignty while Singapore’s position is that sovereignty over the features goes together with sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Puteh.
With respect to Middle Rocks, the Court observes that the particular circumstances which led it to find that sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Puteh rests with Singapore clearly do not apply to Middle Rocks. It therefore finds that original title to Middle Rocks should remain with Malaysia as the successor to the Sultanate of Johor.
As for South Ledge, the Court notes that this low-tide elevation falls within the apparently overlapping territorial waters generated by Pedra Branca/Pulau Batu Puteh and by Middle Rocks. Recalling that it has not been mandated by the Parties to draw the line of delimitation with respect to their territorial waters in the area, the Court concludes that sovereignty over South Ledge belongs to the State in the territorial waters of which it is located.


Composition of the Court
The Court was composed as follows: Vice-President Al-Khasawneh, Acting President in the case; Judges Ranjeva, Shi, Koroma, Parra-Aranguren, Buergenthal, Owada, Simma, Tomka, Abraham, Keith, Sepúlveda-Amor, Bennouna, Skotnikov; Judges ad hoc Dugard, Sreenivasa Rao; Registrar Couvreur.
Judge Ranjeva appends a declaration to the Judgment of the Court; Judge Parra-Aranguren appends a separate opinion to the Judgment of the Court; Judges Simma and Abraham append a joint dissenting opinion to the Judgment of the Court; Judge Bennouna appends a declaration to the Judgment of the Court; Judge ad hoc Dugard appends a dissenting opinion to the Judgment of the Court; Judge ad hoc Sreenivasa Rao appends a separate opinion to the Judgment of the Court.


LETTER YANG MEMIHAK KEPADA SINGAPORE


Last edited by NEMO; 18-02-2017 at 03:21 AM..
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
Paid Advertisement
  #2  
Old 12-11-2007, 03:06 PM
NEMO NEMO is offline
CG Super Hardcore

NEMO's Avatar

 
Trader Rating: (241)
Join Date: Jan 2007
Location: 10-30% bulanan tanpa gagal..berminat?
Posts: 108,058
Post Thanks / Like
Thanks (Received): 1026
Likes (Received): 2
Dislikes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

kepentingan Pulau Batu Putih kepada Malaysia


1- lokasi Batu Puteh amat strategik untuk mengawal laluan keluar masuk ke selat Tebrau, Kepulauan Riau, dan Laut China Selatan. Lebih spesifik, dari kedudukan pulau tersebut, pemantauan 24 jam dapat dilakukan terhadap keluar masuk aset maritim termasuk juga aset Tentera Laut Di-raja Malaysia (TLDM) dari KD Sultan Ismail atau Pangkalan TLDM Tanjung Pengelih. Malaysia boleh meletakkan peranti elektronik dan radar maritim yang berkuasa tinggi untuk melaksanakan “electronics intelligence” dari lokasi rumah api tersebut (adakah Singapura telah lama melaksanakan?).


2- Pulau Batu Puteh amat strategik kepada kedua-dua negara kerana ia akan menjadi batu penanda wilayah marin kepada sempadan masing-masing. Sekiranya kes ini dimenangi oleh Singapura, keluasan perairannya akan memanjang sehingga ke Pulau Batu Puteh. Hal ini pasti memberi impak yang besar kepada industri maritim Malaysia termasuk para nelayan Johor Darul Takzim. Umum telah sedia mengetahui bagaimana "cemburunya" Singapura dalam menjaga sempadan maritim mereka. Pernah terjadi bot ronda Polis Malaysia "diusir" kerana menghampiri sempadan Singapura.


3- sekiranya Malaysia kalah dalam kes ini dan hak keatas pulau Batu Puteh terlepas kepada Singapura, rakyat Malaysia sudah pasti menunjukkan perasaan marah dan kurang senang kepada kerajaan. Populariti kerajaan pasti tercemar dan disaat menghadapi pilihanraya umum ke-12 hal ini (kehilangan populariti) memang menakutkan. Jika pilihanraya umum kali ke 12 diadakan selepas November 2007, kes ini akan menjadi amat berpengaruh terhadap sentimen rakyat Malaysia.
Jika Malaysia menang, undi popular pasti membantu kemenangan kerajaan Barisan Nasional (BN).



Kenapa Malaysia patut menang


Jelas sekali Portugis , Belanda dan British menggunakan istilah pulau Pedra Branca untuk pulau Batu Putih. Dalam hikayat Melayu lama, tidak pernah muncul nama pulau ini kecuali nama Temasik, nama lama Singapura atau Singapore sekarang. Singapura amat bergantung bukti , dokumen, surat-menyurat , pentadbiran pulau itu oleh Enpayar British. Secarsa analogi, jika Selat Tebrau pernah ditadbir oleh British, apakah Selat Tebrau juga milik Singapura. Empayar mana jadi titik rujukan terakhir, adakah Empayar British, Empayar Belanda, Empayar Portugis, Empayar Johor-Riau , Empayar Melaka, Empayar Srivijaya atau sebelum itu lagi.

Daratan yang paling dekat Pulau Batu Putih / Pedra Branca ialah Malaysia. Jaraknya hanya 7 km . Sedangkan jarak dengan Singapura 22 km nautika.

Empayar British melalui Syarikat Hindia Timur Inggeris yang diketuai oleh Stamford Raffle telah 'membuka' dan mendapatkan pulau Singapura dari Sultan Husain dari Kesultanan Johor pada 1819.

Apabila Perjanjian 1824 ditandatangani antara Empayar British dengan Belanda, dengan jelas Singapura termasuk / tertakluk dalam Empayar British. Perjanjian Inggeris-Belanda pada 1824 hanya melibatkan pulau Singapura dan wilayah di selatan Selat Singapura. Great Britain dan Singapura tidak pernah menuntut kedaulatan ke atas tiga kawasan itu pada bila-bila masa sebelum tarikh penting berkaitan pertikaian sekarang (1980 bagi kes Pulau Batu Puteh dan 1993 bagi kes dua kawasan lain itu)

Pulau Batu Puteh, Terumbu Karang Tengah (Middle Rocks) dan Terumbu Karang Selatin (South Ledge) serta pulau lain di sekitar Selat Singapura adalah sebahagian daripada Kesultanan Johor sebelum 1824.

Undang-undang dan amalan perjanjian yang diguna pakai oleh Singapura, penerbitan serta petanya dan kenyataan oleh pegawai-pegawai Singapura yang berpengetahuan, kesemuanya mengesahkan bahawa tiga tempat berkenaan bukan wilayah negara itu, tetapi ditadbir sebagai sebahagian daripada wilayah Singapura.

Istilah Malaysia hanya wujud pada 1963 . Sebelum itu dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya. Dari 1402 - 1511 dikenali dengan nama kerajaan Melaka. Apabila British menjajah, ia dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat ( Strait Settlement) .

Singapura yang dikenali sebagai Temasik pernah dijajah oleh kerajaan Siam melalui pemerintah Tamagi. Parameswara yahng lari dari Palembang telah singgah sekejap dan menukar nama Temasik kepada Singapura. Parameswara telah mengasaskan Empayar Melaka , merupakan kesinambungan Empayar Srivijaya di Palembang.

Apabila Empayar Melaka runtuh pada 1511 oleh Portugis, Empayar Johor-Riau-Lingga telah ditubuhkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah pada 1528. Logiknya pulau Batu Putih dalam lingkungan pentadbiran Empayar Johor-Riau-Lingga ini




Rumah Api Horsburgh di Pulau Batu Putih dibina 1851



besonya pulau yang nak direbutkan ni

Last edited by NEMO; 24-05-2008 at 03:58 AM..
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #3  
Old 12-11-2007, 03:09 PM
syah99 syah99 is offline
Super Active

syah99's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Sep 2006
Location: Battlefield
Posts: 5,945
Post Thanks / Like
Thanks (Received): 18
Likes (Received): 13
Dislikes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

aku rasa kali ni Singapore yg menang kot.
__________________
BLITZKRIEG!!!
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #4  
Old 12-11-2007, 03:31 PM
badangiler badangiler is offline
Active Plus

badangiler's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Sep 2007
Location: Gombak - Selayang - K.Kubu Bharu - Cheras
Posts: 3,972
Post Thanks / Like
Thanks (Received): 3
Likes (Received): 0
Dislikes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

blom tentu lagi..
malaysia pon leh menang..
skang nih 50/50...
__________________
Dan kalian, teman-temanku yang rendah hati, para martir bagi hukum buatan manusia. Kau bersedih, dan kesedihanmu adalah akibat dari kebiadaban yang hebat, dari ketidakadilan sang hakim, dari licik si kaya, dan dari keegoisan hamba demi hawa nafsunya

LIVERPOOL DIE HARD FAN!

[SIGPIC][/SIGPIC]
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #5  
Old 12-11-2007, 03:39 PM
fachak fachak is offline
Active Plus

fachak's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Aug 2006
Location: Bandar Baru Uda Johor Bahru
Posts: 3,075
Post Thanks / Like
Thanks (Received): 11
Likes (Received): 0
Dislikes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

semalam aku borak2 pasal isu ni ngan ayahanda aku, senang je dia cakap... ko gi bukit serene, masuk istana, ngadap sultan johor dan minta bukakan peti besi.. dalam tu ada semua geran2 tanah milik johor termasuk segala pulau2 disekitar perairan johor, entah2 geran tanah singapura pun ada juga...

tapi betul ke tidak ada tu aku pun tak tau...
__________________
Terjemahan Al-Quran Format Excell - Put this to good use, Allah knows best.
http://www.carigold.com/portal/forum...ad.php?t=84920
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #6  
Old 12-11-2007, 03:40 PM
awin awin is offline
Regular

awin's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jun 2007
Posts: 158
Post Thanks / Like
Thanks (Received): 60
Likes (Received): 0
Dislikes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

aku fikir malaysia pasti menang...
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #7  
Old 12-11-2007, 03:46 PM
puyong puyong is offline
Super Active

puyong's Avatar
 
Trader Rating: (1)
Join Date: Jan 2007
Location: dalam negeri yg berkerajaan tongong...
Posts: 6,491
Post Thanks / Like
Thanks (Received): 15
Likes (Received): 0
Dislikes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

...Malaysia...Malaysia...Malaysia...Malaysia...
(mcm tgok bola je la..)
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #8  
Old 12-11-2007, 04:21 PM
NEMO NEMO is offline
CG Super Hardcore

NEMO's Avatar

 
Trader Rating: (241)
Join Date: Jan 2007
Location: 10-30% bulanan tanpa gagal..berminat?
Posts: 108,058
Post Thanks / Like
Thanks (Received): 1026
Likes (Received): 2
Dislikes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by puyong View Post
...Malaysia...Malaysia...Malaysia...Malaysia...
(mcm tgok bola je la..)
ko rase menang bape..2-0 ker..rekod malaysia ni xberapa baik dgn singapore
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #9  
Old 12-11-2007, 04:22 PM
NEMO NEMO is offline
CG Super Hardcore

NEMO's Avatar

 
Trader Rating: (241)
Join Date: Jan 2007
Location: 10-30% bulanan tanpa gagal..berminat?
Posts: 108,058
Post Thanks / Like
Thanks (Received): 1026
Likes (Received): 2
Dislikes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by fachak View Post
semalam aku borak2 pasal isu ni ngan ayahanda aku, senang je dia cakap... ko gi bukit serene, masuk istana, ngadap sultan johor dan minta bukakan peti besi.. dalam tu ada semua geran2 tanah milik johor termasuk segala pulau2 disekitar perairan johor, entah2 geran tanah singapura pun ada juga...

tapi betul ke tidak ada tu aku pun tak tau...
xkan nak bwak sultan johor dlm mahkamah kot
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
  #10  
Old 12-11-2007, 04:25 PM
pedagang cyber pedagang cyber is offline
Active Plus

pedagang cyber's Avatar
 
Trader Rating: (2)
Join Date: Mar 2007
Location: <<Kota Bharu >>
Posts: 2,941
Post Thanks / Like
Thanks (Received): 19
Likes (Received): 0
Dislikes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by mynemokembali View Post
ko rase menang bape..2-0 ker..rekod malaysia ni xberapa baik dgn singapore
malaysia boleh
Reply With Quote
Likes 0 Dislikes 0
 
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 04:09 PM.


Copyright ©2000 - 2017, Jelsoft Enterprises Ltd.
All posts published herein are merely based on individual views, and they do not expressly or by implications represent those of CariGold.com or its owner. It is hereby made clear that CariGold.com does not endorse, support, adopt or vouch any views, programs and/or business opportunities posted herein. CariGold.com also does not give and/or offer any investment advice to any members and/or readers. All members and readers are advised to independently consult their own consultants, lawyers and/or families before making any investment and/or business decisions. This forum is merely a place for general discussions. It is hereby agreed by all members and/or readers that CariGold. com is in no way responsible and/or liable for any damages and/or losses suffered by anyone of you