Sensasi dalam dunia Forex! Cepat dapatkan tawaran terbaru daripada InstaForex - bonus 45% untuk setiap deposit! Bonus 45% untuk keuntungan yang maksimum!


     
All banners are advertisements only. CG does not endorse or vouch for any advertisers. Read Disclaimer HERE


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Historical, Myth, Legend

CG Sponsors



Recommended Brokers

CG Updates
0 Forum rules improvised
Last Post: CariGold
Posted On: 05-02-2014
Replies: 0
Views: 25,368
0 Social Group is now based on request
Last Post: CariGold
Posted On: 11-12-2012
Replies: 0
Views: 56,093
0 Unscheduled maintenance
Last Post: CariGold
Posted On: 26-11-2012
Replies: 0
Views: 43,249
More...
Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 09-10-2012, 08:15 AM
Luqmanul Hakim Luqmanul Hakim is offline
CG Top Poster Club

Luqmanul Hakim's Avatar
 
Trader Rating: (18)
Join Date: Mar 2010
Location: GP (Kampung) BM (Bandar) PP (Negeri) M (Negara)
Posts: 23,265
Poster Rank: #62
Blog Entries: 2
Thanked 4,683 Times
Active Level
My Mood:
Default Sejarah Daun Terup + Nama-Nama Raja Pada Kad Daun Terup

Sejarah Daun Terup



Daun terup ialah kepingan kertas keras, kad atau plastik yang nipis, dihiasi motif yang berbeza-beza dan digunakan dalam set permainan daun terup (atau permainan kad). Daun terup biasanya sebesar tapak tangan agar senang dipegang.

Satu set daun terup yang lengkap dipanggil dek (deck) atau pek (pack), manakala set daun terup yang dipegang oleh seseorang pemain ketika bermain dipanggil segenggam (hand). Satu dek daun terup boleh digunakan untuk pelbagai permainan daun terup, termasuk sekali perjudian. Disebabkan daun terup ada standardnya dan juga mudah didapati di mana-mana, maka ada juga kegunaan lain seperti silap mata, penilikan, penyulitan, permainan berpapan, atau membina binaan daun terup.

Muka hadapan setiap daun terup ini membawa tanda-tanda atau rajah-rajah yang membezakan setiap kad dari yang lain dalam dek serta menentukan kegunaannya mengikut peraturan permainan yang dilangsungkan. Muka belakang kad pula sama bagi semua kad dalam mana-mana satu dek, biasanya berupa warna tunggal, reka bentuk yang tertentu ataupun iklan jenama. Selalunya, daun terup disusun menjadi dek, dan dikocok untuk mengubah urutannya secara rawak.


Sejarah awal

Daun terup dijumpai di China seawal abad ke-9 ketika zaman Dinasti Tang (618907), apabila sanak-saudara kepada seorang puteri bermain dengan "daun". Seorang penulis bernama Su E menyatakan bahawa Puteri Tongchang (?870), anakanda Maharaja Yizong (r. 860874), meluangkan masa lapangnya dengan bermain dengan daun bersama ahli-ahli keluarga Wei. Seorang ilmuwan Dinasti Song (9601279) bernama Ouyang Xiu (10071072) bertegas bahawa permainan daun terup sudah lama wujud semenjak pertengahan zaman Dinasti Tang, apatah lagi penciptaan daun terup seiring dengan perkembangan penggunan helaian atau halaman kertas menggantikan gulungan sebagai bahantara surat-menyurat.



Sekeping daun terup Cina bertarikh sekitar 1400 M, Dinasti Ming,
yang ditemui berhampiran Turfan, berukuran 9.5 3.5 cm


"Daun wang" Cina kuno terdiri dari empat "sama bunga", iaitu syiling (atau tunai), ikatan syiling (which may have been misinterpreted as sticks from crude drawings), ribuan ikatan, dan puluhan ribu, dilambangkan oleh ideogram beserta angka 29 dalam tiga sama bunga pertama dan angka 19 dalam "puluhan ribu". Rekabentuk pada buah mahjong mungkin sekali berasal dari daun-daun terup lama ini. Bagaimanapun, ada kemungkinan bahawa dek daun terawal yang pernah dicetak merupakan dek domino China, yang mana kesemua 21 gabungan sepasang dadu terpapar pada daun-daunnya. Mengikut catatan Kuei-t'ien-lu yang disusun pada abad ke-11, didapati baahwa daun domino ini dicetak pada zaman Dinasti Tang, selaras dengan pencetakan buku-buku pertama. Perkataan pi (牌) dalam bahasa Cina membawa maksud daun terup dan kepingan permainan.

Bila dan bagaimana daun terup diperkenalkan di Eropah, masih menjadi tanda tanya. Daftar karya ke-38 majlis Worcester (1240) sering dipetik sebagai bukti bahawa daun terup dikenali di England seawal pertengahan abad ke-13, namun permainan de rege et regina (raja dan ratu) yang disebutkan kini dipercayai merupakan catur.

Mungkin sekali pelopor kepada daun terup moden tiba di Eropah hasil sumbangan kaum Mamluk dari Mesir pada penghujung 1300-an, yang amat serupa rupanya dengan daun terup masa kini. Dek Mamluk khususnya terdiri daripada 52 kad yang dibahagi kepada empat "sama bunga", iaitu kayu polo, syiling, pedang, dan cawan. Setiap sama bunga mengandungi sepuluh daun "bunga" (daun yang dikenal pasti mengikut bilangan mata bunga yang ditunjukkan) dan tiga daun "istana" bergelar malik (raja), nā'ib malik (wizurai atau timbalan raja), dan thānī nā'ib (timbalan kedua). Daun istana Mamluk memaparkan rekabentuk abstrak yang tiada gambar manusia (atau begitulah dalam semua spesimen yang masih wujud) tetapi ada tertera nama-nama pegawai tentera.

Satu dek lengkap daun terup Mamluk ditemui oleh Leo Mayer di Istana Topkapi, Istanbul, pada tahun 1939, mungkin dibuat sekitar tahun 1400 M. Terdapat bukti bahawa dek ini diadaptasi dari dek 48 keping yang cuma ada dua daun istana dalam setiap sama bunganya, ditambah lagi bukti bahawa daun terup Cina awal yang dibawa ke Eropah pernah melalui tanah Parsi, kemudian mempengaruhi daun terup Mesir pada ketika itu.

Belum pasti sama ada daun-daun terup ini mempengaruhi rekaan daun terup India yang digunakan untuk bermain Ganjifa, ataupun sebaliknya dipengaruhi oleh daun-daun India ini. Apapun, daun terup India ini amat berbeza, kerana berbentuk bulat, dicatkan dengan lukisan rumit, dan terdiri daripada lebih dari empat (biasanya berpuluh-puluh) sama bunga.


Perluasan di Eropah dan perubahan rekaan terawal

Pada penghujung abad ke-14, daun terup semakin berleluasa di seluruh Eropah. Terdapat catatan-catatan yang menyebutkan kewujudan daun terup semenjak tahun 1371 di Sepanyol, 1377 di Switzerland, dan 1380 di merata tempat termasuk kota Florence dan Paris.

Pada abad ke-15 di Eropah, daun terup semuanya berlainan sama bunganya; biasanya satu dek ada empat sama bunga, tetapi ada juga dek lima sama bunga dan struktur-struktur lain. Di Jerman, lekuk, genta, daun (pokok), dan buah ok (acorn) merupakan empat sama bunga piawainya, dan kini masih digunakan dalam dek Jerman Timur dan Tenggara untuk permainan Skat, Schafkopf, dan lain-lain lagi. Daun terup Itali dan Sepanyol abad ke-15 pula menggunakan pedang, tongkat, cawan, dan syiling (atau gelang) sebagai bunga.

Empat sama bunga yang dipakai di seluruh dunia masa kini, iaitu sped, lekuk (jantung), daiman, dan kelawar, berasal dari Perancis sekitar tahun 1480. Bentuk trfle (kelawar) mungkin diambil dari bentuk buah ok, sementara bentuk pique (sped) dari bentuk daun dalam sama bunga Jerman. Nama "pique" dan "spade" pula mungkin berasal dari pedang dalam sama bunga Itali. Lambat-laun England menerima pakai sama bunga Perancis walaupun pernah memakai sama bunga Itali sebelum ini.



Orang Itali bermain daun terup, mangkuk jenis Sancai,
Itali Utara, pertengahan abad ke-15.


Juga pada abad ke-15, orang Eropah mengubah daun istana agar selaras dengan kelaziman kerabat dan pengiring diraja Eropah, asalnya "raja", "kesatria", and "pekak" (atau "hamba"). Dalam pek Jerman zaman 1440-an, Ratu menggantikan Raja sebagai daun terbesar dalam dua sama bunga. Dek 56 daun yang mengandungi Raja, Ratu, Kesatria, dan Valet (dari daun istana tarot Perancis) juga kerap dijumpai.

Daun istana yang direka pada abad ke-16 di pusat perkilangan Rouen menjadi rekaan piawai di England, sementara rekaan Paris dipiawaikan di Perancis. Kedua-dua daun istana Paris dan Rouen dinamakan sempena wira-wira bersejarah dan mitos. Kini, nama-nama rekaan Paris lebih kerap digunakan, walaupun untuk rekaan Rouen.





Perubahan rekaan selanjutnya


Dalam permainan-permainan terlama, raja sentiasa dijadikan daun tertinggi dalam sama bunga masing-masing. Walaupun begitu, sejak sekitar penghujung abad ke-14 penekanan khusus diberi kepada daun terendah, atau daun sat, sehingga dijadikan daun tertinggi manakala daun dua menjadi terendah. Konsep ini mungkin dicetuskan oleh Revolusi Perancis pada abad ke-18, yang mana permainan daun terup menjadikan daun sat sebagai nilai tertinggi, sebagai lambang golongan bawahan mengatasi kuasa raja.[perlu rujukan] Ketika Revolusi Perancis, rekaan tradisional Raja, Ratu, dan Pekak menjadi Kebebasan, Kesamaan, dan Persaudaraan. Pemerintahan radikal sekitar tahun 1793 dan 1794 menganggap dirinya sudah menggulingkan rejim lama dan seorang revolusioner tidak bermain raja dan ratu, sebaliknya bergenggamkan wawasan revolusi. Pada tahun 1805, dengan kebangkitan Napoleon kembalinya daun istana lama.



Daun terup khas dari dek Vanity Fair 1895


Pada abad ke-19, wujudnya daun terup transformasi yang menjadi laris di Eropah dan Amerika, yang mana daun bernombor diterapkan reka lukis yang menarik di keliling mata-matanya.


Daun terup masa kini


Dek utama 52 helai daun terup yang digunakan hari ini merangkumi 13 pangkat dalam empat sama bunga, iaitu daiman (diamond, ♦), sped (spade, ♠), lekuk (heart, ♥) dan kelawar (club, ♣). Setiap sama bunga terdiri daripada sekeping daun sat yang tertera satu mata bunganya; daun muka yang terdiri daripada daun raja (king), daun ratu (queen), daun pekak (jack), setiap satunya tertera bunga masing-masing; dan pangkat dua hingga sepuluh, setiap kepingnya tertera bilangan mata (pip) bunganya mengikut nombor. Juga terdapat dua atau empat keping daun joker yang tidak tergolong dalam mana-mana sama bunga, disertakan dalam kebanyakan dek yang dijual masa kini namun selalunya terpaksa digugurkan sebelum bermain.



Daun terup juga digunakan sebagai penyebar kenyataan politik.
Contohnya, daun terup Revolusi Perancis melambangkan kebebasan persaudaraan.


Rekabentuk menonjol dan logo pengeluar yang dipaparkan pada daun sat sped dicetuskan oleh pemerintahan Raja James di England yang meluluskan undang-undang yang mewajibkan ketandaan dicetak pada daun berkenaan sebagai bukti pembayaran cukai untuk penghasilan daun terup tempatan. Dek daun terup yang dibuat dan dijual di United Kingdom dikenakan cukai sehingga dimansuhkan pada 4 Ogos 1960, dan daun sat sped inilah yang membawa bukti nama pencetak dan pengesahan pembayaran cukai untuk daun terup berkenaan. Pek daun terup juga dibalut dengan bungkusan duti kerajaan.









Tahukah Anda Nama-Nama Raja Pada Kad Daun Terup?

1. Spade = David/Raja Daud
Daud ( داود Dāwūd) ialah nabi yang juga merupakan raja Bani Israil. Semenjak masih muda telah menyertai tentera Bani Israil di bawah pimpinan Thalut melawan pasukan bangsa Palestin yang dipimpin Jalut (Goliath). Daudlah yang berjaya membunuh Jalut, sehingga dipuji sebagai pahlawan perang. Setelah Raja Thalut meninggal, Daud menggantikannya sebagai raja. Allah mengangkat Daud sebagai nabi dan rasul-Nya.

Kepadanyalah diturunkan kitab Zabur. Daud memiliki beberapa mukjizat, kecerdasan akal, memahami bahasa burung, dan melembutkan besi hanya dengan menggunakan tangan kosong dan Daud juga memiliki suara yang paling merdu daripada semua suara umat manusia, sama seperti Yusuf yang diberikan wajah yang paling tampan.

Daud memulakan pembangunan Bait Suci iaitu Baitul Muqaddis yang telah diselesaikan oleh anaknya Sulaiman, yang ketika ini dikenali sebagai Masjid Al-Aqsa. Daud meninggal pada usia 100 tahun dan dikebumikan di Baitul Muqaddis.


2. Club = Alexander the Great/Iskandar Agung
Alexander (yang) Agung, (bahasa Yunani: Μέγας Ἀλέξανδρος ("Megas Alexandros"), bahasa Inggeris: Alexander the Great) adalah seorang penakluk berasal dari Macedonia. Beliau diakui sebagai salah seorang pemimpin tentera paling genius sepanjang zaman. Beliau juga menjadi inspirasi bagi penakluk-penakluk seperti Hannibal, Pompey dan Caesar dari Romawi, dan Napoleon. Pada masa pemerintahannya yang singkat, Alexander mampu menjadikan Macedonia sebagai salah satu empayar terbesar di dunia.


3. Heart = Charlemagne/ Raja Perancis
Karel yang Agung atau Karel Agung (Perancis: Charlemagne; bahasa Latin: Carolus Magnus atau Karolus Magnus; bahasa Jerman: Karl der Groe; bahasa Inggeris: Charles the Great, bahasa Itali: Carlo Magno) (742 atau 747 28 Januari 814), adalah raja kaum Frank dari tahun 768 hingga 814 dan kaum Lombard dari tahun 774 hinggai 814.

Beliau dinobatkan sebagai Imperator di Rom pada hari krismas tahun 800 oleh Paus Leo III. Beliau dianggap sebagai pengasas Tamadun Rom yang Suci (dengan gelaran Karel I). Melalui penaklukan dan pertahanan, beliau mengukuhkan dan mengembangkan kekuasaannya hingga meliputi sebahagian besar Eropah Barat. Beliau juga sering dianggap sebagai pengasas Perancis dan Jerman, bahkan tidak keterlaluan dianggap sebagai pengasas Eropah.


4. Diamond =Julius Caesar
Gaius Julius Caesar (Latin: CIVLIVSCFCNCAESAR) (13 Julai 100 SM15 Mact 44 SM) adalah seorang pemimpin tentera Rom yang kekuasaannya terhadap Gallia Comata memperluaskan lagi dunia Rom sehingga ke Oceanea Atlantic, melancarkan serangan Rom pertama ke Britan, dan memperkenalkan pengaruh Rom terhadap Gaul (Perancis kini), sebuah pencapaian yang kesan langsungnya masih terlihat hingga kini.

Julius Caesar bertarung dan memenangi sebuah perang saudara yang menjadikannya penguasa terhebat dunia Rom, dan memulai reformasi besar-besaran terhadap masyarakat dan pemerintah Rom. Beliau menjadi diktator seumur hidup, dan memusatkan pemerintahan yang makin melemah dalam republik tersebut.


Nota Tambahan:

4 jenis kad (Spade, Heart, Diamond, Clud) = 4 musim dalam 1 tahun.
52 kad = 52 minggu dalam 1 tahun.
13 fasa kad = 13 fasa bulan "





Last edited by Luqmanul Hakim; 31-12-2012 at 06:22 AM.. Reason: readding some informations...
Reply With Quote
The Following 13 Users Say Thank You to Luqmanul Hakim For This Useful Post:
ameant (27-10-2012), Arioz (31-12-2012), Arluth (01-01-2013), braintrust (09-10-2012), Don Malaya (31-12-2012), iejataj11 (04-01-2013), kopininja (04-01-2013), malrockstar (04-01-2013), n_aruto_x (09-10-2012), skYnEt-gEnIUs (31-12-2012), tokmudin (31-12-2012), wan amin (04-01-2013), zed7590 (09-10-2012)
Paid Advertisement
  #2  
Old 09-10-2012, 08:18 AM
Jaynazrin Jaynazrin is offline
Active Member

Jaynazrin's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jul 2008
Posts: 1,469
Poster Rank: #2593
Thanked 2 Times
Active Level
My Mood:
Default

Nice info TT....terkenang maasa zaman muda dulu. tiap2 hari main terup dgn member, tapi takde judi la
Reply With Quote
  #3  
Old 09-10-2012, 08:20 AM
Luqmanul Hakim Luqmanul Hakim is offline
CG Top Poster Club

Luqmanul Hakim's Avatar
 
Trader Rating: (18)
Join Date: Mar 2010
Location: GP (Kampung) BM (Bandar) PP (Negeri) M (Negara)
Posts: 23,265
Poster Rank: #62
Blog Entries: 2
Thanked 4,683 Times
Active Level
My Mood:
Default

Quote:
Originally Posted by Jaynazrin View Post
Nice info TT....terkenang maasa zaman muda dulu. tiap2 hari main terup dgn member, tapi takde judi la
2 x 5 = 10 jugak la dengan saya masa zaman study dulu...
Reply With Quote
  #4  
Old 09-10-2012, 08:30 AM
ibeceivy ibeceivy is offline
Active Member

 
Trader Rating: (1)
Join Date: Nov 2009
Posts: 1,186
Poster Rank: #3089
Thanked 0 Times
Active Level
Default

time kecik dulu men terup main monyet namanya..pastu dah boring daun terup ni kasi lipat dua susun memanjang pastu tolak..
Reply With Quote
  #5  
Old 27-10-2012, 08:23 AM
Luqmanul Hakim Luqmanul Hakim is offline
CG Top Poster Club

Luqmanul Hakim's Avatar
 
Trader Rating: (18)
Join Date: Mar 2010
Location: GP (Kampung) BM (Bandar) PP (Negeri) M (Negara)
Posts: 23,265
Poster Rank: #62
Blog Entries: 2
Thanked 4,683 Times
Active Level
My Mood:
Default

Membawa Ke Atas Post Saya untuk 27-10-2012
Reply With Quote
  #6  
Old 31-12-2012, 06:21 AM
Luqmanul Hakim Luqmanul Hakim is offline
CG Top Poster Club

Luqmanul Hakim's Avatar
 
Trader Rating: (18)
Join Date: Mar 2010
Location: GP (Kampung) BM (Bandar) PP (Negeri) M (Negara)
Posts: 23,265
Poster Rank: #62
Blog Entries: 2
Thanked 4,683 Times
Active Level
My Mood:
Default Tahukah Anda Nama-Nama Raja Pada Kad Daun Terup?

Tahukah Anda Nama-Nama Raja Pada Kad Daun Terup?

1. Spade = David/Raja Daud
Daud ( داود Dāwūd) ialah nabi yang juga merupakan raja Bani Israil. Semenjak masih muda telah menyertai tentera Bani Israil di bawah pimpinan Thalut melawan pasukan bangsa Palestin yang dipimpin Jalut (Goliath). Daudlah yang berjaya membunuh Jalut, sehingga dipuji sebagai pahlawan perang. Setelah Raja Thalut meninggal, Daud menggantikannya sebagai raja. Allah mengangkat Daud sebagai nabi dan rasul-Nya.

Kepadanyalah diturunkan kitab Zabur. Daud memiliki beberapa mukjizat, kecerdasan akal, memahami bahasa burung, dan melembutkan besi hanya dengan menggunakan tangan kosong dan Daud juga memiliki suara yang paling merdu daripada semua suara umat manusia, sama seperti Yusuf yang diberikan wajah yang paling tampan.

Daud memulakan pembangunan Bait Suci iaitu Baitul Muqaddis yang telah diselesaikan oleh anaknya Sulaiman, yang ketika ini dikenali sebagai Masjid Al-Aqsa. Daud meninggal pada usia 100 tahun dan dikebumikan di Baitul Muqaddis.


2. Club = Alexander the Great/Iskandar Agung
Alexander (yang) Agung, (bahasa Yunani: Μέγας Ἀλέξανδρος ("Megas Alexandros"), bahasa Inggeris: Alexander the Great) adalah seorang penakluk berasal dari Macedonia. Beliau diakui sebagai salah seorang pemimpin tentera paling genius sepanjang zaman. Beliau juga menjadi inspirasi bagi penakluk-penakluk seperti Hannibal, Pompey dan Caesar dari Romawi, dan Napoleon. Pada masa pemerintahannya yang singkat, Alexander mampu menjadikan Macedonia sebagai salah satu empayar terbesar di dunia.


3. Heart = Charlemagne/ Raja Perancis
Karel yang Agung atau Karel Agung (Perancis: Charlemagne; bahasa Latin: Carolus Magnus atau Karolus Magnus; bahasa Jerman: Karl der Groe; bahasa Inggeris: Charles the Great, bahasa Itali: Carlo Magno) (742 atau 747 28 Januari 814), adalah raja kaum Frank dari tahun 768 hingga 814 dan kaum Lombard dari tahun 774 hinggai 814.

Beliau dinobatkan sebagai Imperator di Rom pada hari krismas tahun 800 oleh Paus Leo III. Beliau dianggap sebagai pengasas Tamadun Rom yang Suci (dengan gelaran Karel I). Melalui penaklukan dan pertahanan, beliau mengukuhkan dan mengembangkan kekuasaannya hingga meliputi sebahagian besar Eropah Barat. Beliau juga sering dianggap sebagai pengasas Perancis dan Jerman, bahkan tidak keterlaluan dianggap sebagai pengasas Eropah.


4. Diamond =Julius Caesar
Gaius Julius Caesar (Latin: CIVLIVSCFCNCAESAR) (13 Julai 100 SM15 Mact 44 SM) adalah seorang pemimpin tentera Rom yang kekuasaannya terhadap Gallia Comata memperluaskan lagi dunia Rom sehingga ke Oceanea Atlantic, melancarkan serangan Rom pertama ke Britan, dan memperkenalkan pengaruh Rom terhadap Gaul (Perancis kini), sebuah pencapaian yang kesan langsungnya masih terlihat hingga kini.

Julius Caesar bertarung dan memenangi sebuah perang saudara yang menjadikannya penguasa terhebat dunia Rom, dan memulai reformasi besar-besaran terhadap masyarakat dan pemerintah Rom. Beliau menjadi diktator seumur hidup, dan memusatkan pemerintahan yang makin melemah dalam republik tersebut.


Nota Tambahan:

4 jenis kad (Spade, Heart, Diamond, Clud) = 4 musim dalam 1 tahun.
52 kad = 52 minggu dalam 1 tahun.
13 fasa kad = 13 fasa bulan "




Reply With Quote
  #7  
Old 31-12-2012, 06:27 AM
tokmudin tokmudin is offline
Well-Known
Member

tokmudin's Avatar
 
Trader Rating: (65)
Join Date: Aug 2010
Posts: 9,506
Poster Rank: #303
Thanked 304 Times
Active Level
My Mood:
Default

apsal J ( jack ) dipanggil pekak yek ..dan kenapa dipanggil Jack? bukan Minister, atau Knight, atau Lord etc ..kenapa kenapa kenapa ..
Reply With Quote
  #8  
Old 31-12-2012, 06:32 AM
boyz371 boyz371 is offline
CG Top Poster Club

boyz371's Avatar
 
Trader Rating: (52)
Join Date: Aug 2010
Location: Kelantan - Ganu - KL
Posts: 24,417
Poster Rank: #57
Thanked 219 Times
Active Level
My Mood:
Default

selama ni main je tak taw sejarah
hehehe
Reply With Quote
  #9  
Old 31-12-2012, 06:37 AM
nvmname nvmname is offline
Legendary Member

nvmname's Avatar
 
Trader Rating: (14)
Join Date: May 2010
Location: Somewhere In My Mind
Posts: 10,217
Poster Rank: #277
Thanked 70 Times
Active Level
My Mood:
Default

lepas ni kalau main daun terup nak sebut nama pulak lah...
'Alexander The Great' sekeping...
__________________
Allahumma salli `ala muhammadin wa'ali muhammad
Reply With Quote
  #10  
Old 31-12-2012, 06:51 AM
Lancelot Lancelot is offline
Well-Known
Member

Lancelot's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Jan 2010
Posts: 6,449
Poster Rank: #565
Thanked 8 Times
Active Level
My Mood:
Default

aku pon dulu2 masa main terup terfikir kenapa sat yang nilai satu suddenly boleh nilainya besar dari jack, queen and king .. huhu..

tapi sekarang 2 pon dah lebih besar dari jack, queen , king dan sat.. untuk satu permainan terup yang namananya cho dai di / big 2 ..
Reply With Quote
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 02:49 AM.


Copyright ©2000 - 2014, Jelsoft Enterprises Ltd.
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner. CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE