BTC USD 84,703.7 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penggantungan dalam MMC, Dr Rozmey tidak akan merayu

talibanes

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
12,991
Joined
Aug 18, 2011
Messages
12,991
Reaction score
1,852
Points
191
penarikbalikan.jpg


Dr Rozmey Ditarik Dari Gelaran Doktor Kerana Kencing

drrozmiditarikdr.jpg


Gelaran ‘Doktor’ pada Dr Rozmey sebenarnya telah ditarik balik bermula Bulan Mac 2011 hingga Mac 2013, iaitu selama 2 tahun kerana kerana melanggar etika (dalam bidang perubatan) bahawa dia mengakui dirinya adalah pakar obesiti (penyelidikan).dia dah salahguna title DR dia tu so coucil tarik balik title tu.kalau mmg terang2 dia langgar medical act mmg boleh diambil tindakan

TRANSLATE YG ATAS

a. Menyebabkan maklumat tidak benar telah diberikan di papan-papan iklan dan artikel-artikel dengan menyatakan bahawa beliau adalah pakar kajian obesiti bilamana beliau sebenarnya tidak mempunyai kelayakan seperti yang demikian.

b. memperoleh, merestui, dan/atau merelakan penerbitan artikel-artikel yang mengulas tentang atau menjuruskan perhatian kepada kemahiran ikhtisas, kebolehan, pengetahuan, perkhidmatan dan kelayakan.

c. melalui papan-papan iklan dan artikel-artikel tersebut telah menarik perhatian masyarakat umum kepada kebolehan dan kemahiran-kemahiran, yang mana perlakuan tersebut menyamai dengan penyebaran maklumat dengan cara yang tidak beretika.

d. mengiklankan diri sendiri di dalam artikel-artikel dan papan-papan iklan, bertentangan dengan Kod Tingkahlaku Profesional yang menentang pengiklanan dan usaha meraih sokongan/pengaruh/pesanan secara langsung dan/atau tidak langsung untuk tujuan mendapatkan pesakit-pesakit ataupun mempromosikan kelebihan profesionalnya.

e. melalui papan-papan iklan dan artikel-artikel telah mengiklankan ubat-ubat herba dalam perawatan obesiti dan pencerahan kulit yang keberkesanannya belum terbukti dan dengan isi kandungannya yang tidak didedahkan, dan

f. melalui papan-papan iklan dan artikel-artikel mengaitkan dirinya dengan pengedaran dan penjualan ubat-ubatan herba, yang mana adalah usaha komersil di mana beliau mempunyai kepentingan kewangan.

Penggantungan dalam MMC, Dr Rozmey tidak akan merayu

Pengasas syarikat Herba Marketing Sdn Bhd., Datuk Dr Che Rozmey Che Din hari ini akur dengan keputusan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) menggantung keahliannya selama dua tahun berkuatkuasa 14 Mac lepas kerana melanggar Kod Etika Profesional di bawah Akta Perubatan 1971.

Pengeluar dan pencipta formula pelbagai produk kesihatan, pelangsingan badan an kecantikan itu berkata beliau tidak akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut kerana tidak lagi bertugas sebagai pakar sakit puan sejak 2008.

"Saya telah meninggalkan kerjaya sebagai pengamal perubatan sejak 2008 lagi dan menumpukan kerjaya sebagai usahawan. Kes ini dibangkitkan pada 2009 dan hukuman telah berjalan sehingga 2014," katanya dalam sidang media di pejabatnya di Jitra semalam.

Katanya, beliau tidak menyalahkan MMC mengenai perkara tersebut kerana beliau tidak melakukan kesalahan dalam bidang perubatan dan hanya melanggar etika sahaja.

Kelmarin, Presiden MMC Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, yang juga ketua pengarah kesihatan, dalam kenyataan berkata inkuiri pada 16 Januari lepas mendapati Dr Rozmey bersalah atas pertuduhan terlibat dalam penjualan bahan didakwa mampu menurunkan berat badan, membungkus serta menyimpan bahan berkenaan, yang melanggar Seksyen 3.4 kod itu.

Beliau berkata Dr Rozmey juga didapati bersalah mengiklan diri sendiri, sama ada secara langsung atau tidak langsung, bagi tujuan mempromosi kelebihan sendiri serta membabitkan diri dengan perusahaan komersial yang melanggar Bahagian 4.1 dan 3.4 Kod Etika Profesional.

Bagaimanapun, Dr Hasan berkata Dr Rozmey tidak menggunakan haknya untuk merayu ke Mahkamah Tinggi seperti diperuntuk oleh Akta Perubatan 1971.

Dr Rozmey berkata beliau akur dengan tindakan disiplin itu namun mempertahankan tindakannya untuk memperkenalkan diri dalam iklan produk kesihatan sebagai usahawan.

Beliau berkata tindakan MMC terhadapnya itu tidak akan mengganggu perniagaannya kerana semua produk keluaran syarikatnya selamat dan berkesan serta mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Farmasi dan Pemakanan.

Beliau berkata hasil kejayaan formula baru produknya telah membolehkan keluarannya berjaya menembusi pasaran luar negara seperti Indonesia, Qatar dan Dubai di Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

- Bernama
 
Last edited:
prank atau betol2 ni??:-?:-?:-?
 
kena gantung pon pedehal
dah kaya
 
apa kata mereka yang setia menggunakan produk beliau
 
udah...kene gantung plak..patut dah xde lg iklan2 dia nie..
 
sape pernah pakai product dia ..menjadik dok ?
 
tak kisah pun, dia dah kaya raya.
apa ade pada gelaran. huhu
 
Back
Top
Log in Register