KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah melancarkan siasatan terhadap FX Capital Consultant (M) Sdn Bhd, yang tidak diberikan lesen di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan tidak diberi kebenaran untuk mengurus niaga sebarang jenis aktiviti sekuriti atau dagangan hadapan.
"Ia juga tidak dibenarkan untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan dana atau nasihat pelaburan berkaitan sekuriti atau niaga hadapan," kata SC dalam satu kenyataan di sini hari Jumaaat.
SC menyeru para pelabur supaya berhati-hati terhadap skim pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi luar biasa dalam tempoh pelaburan yang singkat.
"Para pelabur diingatkan SUPAYA hanya melabur dengan individu atau syarikat yang diberikan lesen oleh SC," katanya.
SC berkata senarai syarikat dan individu yang diberikan lesen untuk melakukan aktiviti pelaburan boleh diperolehi di www.sc.com.my.
Orang ramai yang menemui sebarang program dan produk pelaburan yang mencurigakan atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan program dan produk sedemikian hendaklah memberitahu SC melalui e-mel di aduan@seccom.com.my atau telefon 03-62048999, katanya.
-- BERNAMA
aku dpt news ni dr Bernama ... ada sesapa tau pasal company ni tak ... ATAU ni company yg diperbincangkan kat thread scammer tuu ...
aku harap news ni tak mengganggu perjalanan forex kat m'sia ni
penah dgr tapi taktau sangat apa nature bisnes dia..tapi ada FX tu dh tentu ader related to forex trading agaknya..
jgn sampai broker pulak dikacau dah ler
penah dgr tapi taktau sangat apa nature bisnes dia..tapi ada FX tu dh tentu ader related to forex trading agaknya..
jgn sampai broker pulak dikacau dah ler
tu la pasal, jangan sc start kacau forex kat m'sia ni sudah ...
Disclaimer : All posts made by either members or mods even admins on CariGold.com are just only individual opinions, not necessarily or specifically those of CariGold.com or it's owner.
CariGold does neither support, endorse nor vouch any programs and/or opportunities discussed here. We also does not give/offer investment advice and we does not research the opportunities discussed here. We simply provide a place for discussion. YOU'RE ON YOUR OWN RESPONSIBILITY IF YOU LOSE SUM OF MONEY IN ANY PROGRAMS DISCUSSED HERE