BTC USD 83,642.1 Gold USD 4,156.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi benarkan Gereja Katolik buat semakan & disokong MP PAS

joelabu

Active Member
Messages
1,979
Joined
Mar 14, 2007
Messages
1,979
Reaction score
23
Points
25
Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi benarkan Gereja Katolik buat semakan & disokong MP PAS

Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi benarkan Gereja Katolik buat semakan

05/05/2008 11:28am

KUALA LUMPUR 5 Mei – Gereja Katolik dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini untuk membuat semakan kehakiman terhadap larangan menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan Herald - The Catholic Weekly.

Hakim Lau Bee Lan juga membenarkan gereja tersebut untuk membuat semakan kehakiman terhadap tuntutan mereka untuk perisytiharan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan itu dan tuntutan bahawa kalimah Allah tidak eksklusif kepada agama Islam.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0505&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_04.htm

Mula² penerbitan mingguan..lepas nie na guna kalimah Allah dekat mana pulak?....
 
hmm...dah hilang kuasa...nak buat camna..terima je la...
 
update skit..

Editor Herald, Father Lawrence Andrew yang kelihatan tersenyum selepas penghakiman tersebut dibaca, berkata: "Kita menanti keadilan. Kita akan tunggu dan lihat apa yang akan berlaku seterusnya."

Pada 19 Mac lalu, pemohon, Titular Roman Catholic Archbishop dari Kuala Lumpur memfailkan permohonan semakan penghakiman terhadap menteri dalam negeri dan pihak kerajaan berhubung arahan melarang Herald menggunakan perkataan "Allah" dalam seksyen bahasa Malaysia akhbar tersebut.
http://www.malaysiakini.com/news/82334

p/s: ulamak kita jugak kata boleh...jadi jangan membantah...
 
ada agenda tersembunyi disebaliknye tu..
musuh-mush islam takkan berdiam diri selagi kita tidak menurut cara hidup mereka seluruhnya..
 
pasal ada edisi bahasa melayu plak: buat dalam bahasa inggeris dan tamil cukup le rasanya sebab aku nampak, pelopor benda ni pun ramai org tamil
 
pasal ada edisi bahasa melayu plak: buat dalam bahasa inggeris dan tamil cukup le rasanya sebab aku nampak, pelopor benda ni pun ramai org tamil

supaya orang kat sabah/sarawak dan beberapa di semenanjung yang hanya tahu baca bahasa melayu dapat baca...itu jer...
 
Back
Top
Log in Register