Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ... BONUS TANPA SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!


Go Back   CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > Investor, Business, Entrepreneur > Properties Discussions

Recommended Brokers

Forex Chart
Crypto Chart
CG Sponsors



Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 30-08-2012, 01:29 PM
razoraz razoraz is offline
Active Plus

razoraz's Avatar
 
Trader Rating: (0)
Join Date: Dec 2010
Posts: 2,743
Thanks (Received): 97
Likes (Received): 0
Active Level
My Mood:
Default 7 Perkara Penting Sebelum Membeli Tanah Lot Bangunan

Membeli tanah lot bangunan bukan sekadar membeli geran semata-mata. Ramai di antara pembeli mungkin terlepas pandang tentang perkara-perkara yang melibatkan keadaan fizikal tanah tersebut. Bagi yang membeli tanah daripada pemaju mungkin tidak atau kurang menghadapi masalah-masalah yang tidak diingini. Fokus utama ialah membeli tanah bangunan daripada seseorang individu yang menjual tanah tersebut.

Sebelum berhajat membeli tanah sebegini, 7 perkara yang mesti diambilkira oleh pembeli sebelum membayar tunai 'sedebuk' atau membuat pembiayaan institusi kewangan:

1. Keadaan Tanah

Keadaan permukaan tanah (platform) mestilah berbentuk rata dan dibersihkan.

2. Jalan Masuk

Pembeli perlu memastikan jalan masuk perlu dihamparkan batu kerikil (crusher run) bermula dari pangkal hingga hujung lot tanah.

3. Penyediaan Box Culvert untuk laluan masuk

Sesetengah tanah lot mungkin mempunyai longkang besar atau parit dan ianya perlu disediakan box culvert untuk memudahkan laluan masuk. Pastikan box culvert memenuhi standard JPS atau JKR dan bukan sekadar 'melepaskan batuk ke tangga'.

4. Batu Pancang

Batu pancang merupakan penanda sempadan. Pastikan batu pancang boleh dilihat dengan jelas.

5. Penyediaan sistem perparitan atau longkang

Pastikan setiap lot tanah di bahagian hadapan mempunyai longkang kecil yang terus bersambung dengan longkang besar. Bagi yang membeli tanah daripada pemaju mungkin tidak menghadapi masalah sebegini.

6. Sistem Bekalan Air

Pastikan setiap lot mempunyai sambungan bekalan air dengan sempurna. Adalah lebih bagus jika penjual memasang meter air di setiap lot.

7. Sistem Bekalan Elektrik

Pastikan juga penjual individu menyediakan tiang letrik sepanjang lot tanah. Harus diingat, bukan semua pembeli merancang untuk membina rumah secara serentak.

Jika salah satu atau kesemuanya tidak dipenuhi oleh penjual individu, sila abaikan tawaran mereka. Apalah gunanya jika membeli tanah lot bangunan dengan harga yang mahal tanpa kemudahan infrastruktur yang sempurna!
__________________
Perunding Hartanah
H/P: 012 302 7882

Sedang Mencari Rumah di Gombak, Selayang & Batu Caves?
Reply With Quote
Paid Advertisement
Sponsored Links
Reply

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

AMP
Forum Jump